Pages

Tuesday, August 31, 2010

Argh kenapa la pompuan ni sanggup ditampar?

video

Kenapa? Adakah ini dinamakan cinta? argh mmg xpadan lelaki menampar seorg gadis.
Kenapa la kawan pompuan tu sanggup record video tp xnk tolong kawan die yang ditampar? Astaghfirullah

Sunday, August 29, 2010

Kadang2 kita yang teruk tapi nk lebih2 pulak

video

Kadang2 kita lebih gemar bercakap tntg sesuatu perkara tanpa menyiasat hal yg berlaku.
Kadang2 kita suka mencari kesalahan orang lain tanpa menyedari kesalahan diri sendiri lebih besar dripada org lain.

Menyedari kini negara kita sedang hebat memperkatakan tentang isu ahli politik bukan beragama Islam memasuki ruangan masjid atau surau. Untuk menjadikan cerita itu lebih hebat ditambah pula pelbagai cerita seperti memberi ucapan berunsurkan politik,berada di saf paling hadapan,dan sebagainya. Aduh Malaysiaku.

Bagi saya la,mmg salah kalau orang bukan Islam memasuki masjid kerana mereka tidak suci(tidak mandi hadas) sedangkan Sayyidina Umar sebelum memeluk agama Islam mesti membersihkan diri baru boleh pegang Al-Quran.

Kalau itu kesalahannya,kenapalah sampai akhbar2 ehem2 nk menghangatkan tajuk,sedangkan kesalahannya memasuki masjid. Itupun dia masuk ke kawasan masjid/surau selepas dijemput oleh jawatankuasa surau tersebut. Tujuan dah la baik. Tapi disebabkan unsur politik, pelbagai cerita di gembar-gemburkan. Ada yang menuduh si dia memberi ucapan berbaur politik. Kalau kita sedarlah politik di Malaysia lebih banyak menfitnah antara satu sama lain. Perlu sgt untuk mnfitnah orang lain ke?

Siapa yang xkenal Yusuf Islam? Katanya kalau dia x menemui Al-Quran, ntah masuk Islam ke x. Kalau hanya melihat umat Islam sekarang,mungkin masih tersesat lagi beliau. Inilah Malaysia. Umat Islamnya(Melayu) tidak langsung membawa imej Al-Quran.

Kalau nk menyalahkan si dia memasuki surau,cukuplah skadara menegur. Jangan lah sampai menuduh dia macam2. Tujuannya baik iaitu menyampaikan bantuan daripada kerajaan Negeri untuk membaiki pagar surau tp dituduh mmberi ceramah politik. Aduh Malaysia

Saya ade melihat berita di TV, tuntutan ehem2 agar pihak surau memulangkan kembali duit tersebut, dan si ehem2 ini terus mengutip dana untuk membantu surau tersebut. Oi dah macam ni baru nk kumpul duit? Ini satu lagi masalaha. Orang nk bantu kita tolak sedangkan manusia yang seagama pun tidak sampai2 hatinya untuk menghulurkan bantuan. Dah orang lain bagi bantuan baru nk tergadah.

Ok lah. Orang bukan Islam masuk surau. kata mereka SALAH disebabkan haid(berhadas besar) kemudian tidak menutup aurat. Kalau masjid Putrajaya tu nk masuk bg yang terdedah sane sini kene dapatkan jubah dan penutup kepala yang disediakan pihak masjid. Alasan2 ini sangatlah tepat. Tetapi kenapa ehem2 ini tak nak membahaskan atau menghukum Orang ISLAM sendiri yang memasuki ruangan surau/masjid yang auratnya terdedah? Inilah yang saya maksudkan kuman seberang lautan nampak, gajah depan mata x nampak.(video di atas)

Baru sahaja dapat berita ada orang bukan Islam masuk surau. Tapi kali ni lelaki. Kita tgk apa pula alasan ehem2 untuk terus menghentam niat baik mereka. Kalau salahnya masuk ruangan solat,janganlah nk mnghentam lebih,sedangkan bangsa sendiri masuk ke perkarangan masjid/surau x menutup aurat(video di atas)

Wallahu'alam

Saturday, August 28, 2010

Kisah RASULULLAH SAW

Kisah Rasulullah saw sebagai pengajaran dan tauladan

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah saw menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.

Maka Nabi saw bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' )

Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'Rasulullah saw lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah saw menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'

'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi saw 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

6) Pernah baginda saw bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung
tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun kesatu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda saw yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'

'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin tuan sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah saw mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'

Lalu baginda saw menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan didunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah dilehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'

Jawab baginda saw dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah
aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Rasulullah saw bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.

Salam Ukhwah..~

Friday, August 27, 2010

Munafik di Ramadhan.

Salam Alaik.
Alhamdulillah malam ni nak share sumthng yg sy dapat dri ceramah selepas solat witir td.
act ceramah tu berkisarkan NuzulQuran tp penceramah tu lebih suka nak memberi mukadimah berkaitan Islam di Malaysia. Mana salah silap kita sekarang.

Umat Islam kini menggelar Ramadhan sebagai bulan Ibadah tp sebenarnya gelaran itu adalah salah! Yang sepatutnya Ramadhan menjadi permulaan untuk beribadah. Berpuasa di siang hari berqiam di malam hari. Melipat gandakan Ibadah. Bulan yang melatih hati kita. Tgk gred hati kita. Kalau bagus ibadah kita yang telah dilatih selama sebulan mampu bertahan hingga sebelas bulan yang akan datang.

Sedar atau tidak kini kita semua adalah munafik! Kerana kita telah mempunyai beberapa ciri2 org munafik lebih2 lagi di dalam bulan Ramadhan ini.
Penceramah ada memetik 2 daripada 50 ciri org munafik antaranya

no 3: Melalaikan solat fardhu tetapi merajinkan Solat sunat tarawikh
no 5: Tidak melakukan solat fardhu secara berjemaah tetapi melakukan solat sunat Tarawikh secara berjemaah.

Istighfarlah kita. Agak2 nya kenapa ya kita boleh melakukan perkara2 sebegini? mungkin kerana sesetengah antara kita yang suka bercakap, Ramadhan sekali setahun,jadi apa salahnya kita beribadah habis2an dalam bulan ini? Mmg x salah tetapi kita ini berpendirian bahawa bulan Ramadhan sahaja dituntut beribadah. berduyun2 mengejar Tarawikh tetapi siapa yang berani jamin bahawa mereka menjaga solat Fardhu yang 5? Kalau ibadah sunat siapa yang mngerjakan solat sunat Rawatib?

Munafik. Siapa yang x kenal Abdullah bin Ubai? Bapa segala munafik. Dia lah yang solat di belakang Nabi. Dia lah yang menjadi makmum ketika solat bersama Nabi. Jibril memberitahu Rasulullah saw bahawa Abdullah bin Ubai merupakan org yang munafik. Kenapa dia digelar munafik? Kerana dia beribadah mempunyai matlamat yang lain. Apa matlamatnya? Nak cari kesalahan Nabi, nak juga menghancurkan Islam dari dalam. Ingat! Jangan melatih hati kita untuk beribadah dengan tujuan yang lain.

Ok la kita bercerita pasal Tarawikh. Tarawikh ni bermaksud rehat dan semasa zaman Nabi, baginda x menggelarkan Tarawikh tp mmnggilnya sebagai QiamuRamadhan. Pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab baru digelar Tarawikh. Pada malam 1 Ramadhan, Rasulullah memberitahu Abu Hurairah untuk mengejut dan mengajak para sahabat yang lain. Abu Hurairah bertanya ada apa ya Rasulullah? Lalu berkata Rasulullah saw baginda mahu mengimamkan solat. Lalu Abu Hurairah pun mengejutkan para sahabat yang lain dan mengajak mereka QiamuRamadhan bersama Rasulullah. Solat dilakukan bukan on the spot tp kalau waktu Malaysia dalam jam 10 mcm tu la. Kemudian lepas subuh para sahabat segera memberitahu sahabat2 yang tidak hadir pada malam tersebut dan berita itu terus tersebar hingga pada malam kedua para sahabat yang hadir semakin ramai.

Sehingga malam ketiga bilangan yang hadir memenuhi masjid dan pada keesokan harinya iaitu malam ke4 para jemaah menunggu ketibaan Rasulullah tetapi Rasulullah masih tidak keluar daripada rumahnya.

Sayyidatina Aisyah r.a membuka pintu Rumah nabi lalu Sayyidina Usman berjumpe dgn Rasulullah saw dan brtanya adakah Baginda tidak sihat?atau apa2 perkara lain yg terjadi? Usman mengajak Rasulullah untuk mengimami jemaah yang hadir seperti yang telah Rasulullah saw lakukan pada malam2 sebelumnya. Tetapi Rasulullah dgn tegasnya tidak mahu melakukan solat tersebut pada malam itu.

Cuba kita amek pngajarannya. Bayangkan kalau anda tidak mahu menjadi imam pada malam tersebut tetapi ramai jemaah sedang menunggu,apa salahnya kalau anda pergi mnjadi imam bkn?ttp dalam kisah ini menunjukkan bahawa Rasulullah mahu menekankan bahawa yang Sunnah tetap Sunnah! Yang Wajib tetap Wajib!

Cuba kita ingat, macam mana Rasulullah mengerjakan yang wajib walaupun sakit,bagaimana pada pagi subuh 12 Rabiulawal tahun kewafatan baginda,Rasulullah mengimamkan solat subuh,Baginda terpakse dipapah oleh Bilal bin Rabah kerana baginda sedang sakit,tp disebabkan solat itu wajib,baginda tetap melakukannya.

Jadi janganlah kita mengutamakan yang sunat sedangkan yang wajib kita tunggang tebalik.

Dalam Al-Quran ada 116 ayat yang berkait dengan solat.
cth2 isi mengenai solat ialah:

Jangan meninggalkan solat.
Jangan melambat2kan solat.
Jangan solat di rumah.
Jangan solat sorang2.
Banyakkan amalan solat sunat.(ap yang kita keja baru nombor 5)
Khusyukkan solat.

[1]
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
[2]
Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
[3]
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
[4]
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -
[5]
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
[6]
(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),
[7]
Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).

bercakap mengenai xsolat dekat masjid,ade satu kisah,kalau x silap name lelaki ni umu makhtum,kalau x salah dgar la. Beliau merupakan seorang lelaki yang buta. Katanya pada Rasulullah untuk meminta sedikit keringanan. Kata lelaki buta itu bahawa kalau solat zohor asar dia masih mampu untuk ke Masjid tetapi untuk waktu subuh agak susah kerana kawasan yang masih gelap. Rasulullah bersabda sekiranya dia mendengar azan,dalam keadaan merangkak sekalipun kene datang masjid jugak. Haa nmpk bagaiman Rasulullah menekankan solat di masjid?

Rasenye tulah dapat dikongsi. ada igt2 lupe gak la isi ceramah tu. Tp apa yang perlu kita amek jangan lah jadikan perkara sunat tu perkara yang utama sedangkan perkara yang wajib kita ambil mudah. Kalau nk keja berbuka boleh je. Kenapa xnk segerakan solat? Wallahu'alam Yang baik daripada Allah,yang buruk disandarkan pada diri ini yang lemah dah hina.wslm.

Thursday, August 26, 2010

Jangan kahwini yang Enam

Copy dpd blog ciko.

Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.


---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli---
Wallahu'alam

_________________________________________________________________

p/s : hanya sekadar perkongsian dan peringatan bersama..

Saturday, August 21, 2010

Mengenai Sanggul di tudung

" akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat"- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.



Rasulullah s.a.w bersabda:

"dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini"

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Friday, August 20, 2010

Antara Kaabah, Menara Jam & Hotel Raffles

Salam Alaik.
Sekadar perkongsian,saya ada terbaca mengenai gmbar di atas di dalam facebook. moga artikel ini dapat menyedarkan kita tentang perkara2 yang kita lalai. Wallahu'alam


Antara Kaabah, Menara Jam & Hotel Raffles

Kompilasi gambar-gambar (yg den kidnap dari internet) di atas sebenarnya menjadi kejutan kpd den 4-5 hari lopeh. Ini antara fakta gambar di atas :

1] Menara jam di atas dikenali sebagai Abraj Al-Bait Tower atau Mecca Royal Clock Hotel Tower.

2] Menara jam tersebut adalah keduo tertinggi (691 meter) di belakang Burj Khalifa yg terletak di Kota Dubai. Tetapi ia adalah menara jam yg terbesar dan tertinggi dalam dunia yg mempunyai 4 muka. Jam 4 muka mcm Big Ben di London.

3] Salah satu bangunan yg mengelilingi Menara jam di atas ialah Hotel Raffles yg dimiliki oleh org Singapore.

4] Hotel Raffles mempunyai 868 bilik. Ia adalah hotel mewah. 7 bintang bai!

5] Hotel Raffles dan bangunan-bangunan lain yg mengelilingi Abraj Al-Bait Tower (menara jam) hanya terletak 400 meter dari Kaabah.

6] Menara jam, Hotel Raffles dan lain-lain bangunan dibina oleh Saudi Binladin Group.

7] Jam di Menara jam tersebut sudah berdetik utk percubaan selamo 3 bulan pd 11 Ogos lepas (2010).

8] Jam di menara jam tersebut dibuat oleh orang German.

9] Arab Saudi bercita-cita menjadikan Abraj Al-Bait Tower sbg ganti masa kepada Greenwich Mean Time (GMT). Nanti dio akan jadi Meccan Mean Time (MMT). Arab Saudi mendakwa Mekah adalah pusat dunia.

10] Jiko dunio mengiktiraf Meccan Mean Time (MMT), maso GMT akan ditolak lebih kurang 2 jam.

Kalau kenkawan ado fakta lain, boleh tambah dalam thread ni. Ontah la, den raso tak sodap hati bilo tgk menara jam ni. Adoihai.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

-> Kalau di Bandar-bandar lain dalam dunio ni, jiko ado satu bangunan suci atau bersejarah, bangunan moden lain kono jauh dan tak boleh tinggi dari bangunan bersejarah/suci tersebut. Britain cukup jaga hal ni. Bandar Paris pun. Kat Eropah, mano ado bangunan yg lagi tinggi dari Cathedral-Cathedral (gereja besar) diorg. Mano pie kepalo otak orang Arab ni?

Cubo kito buek contoh kt Malaysia ni. Kito amik Kota A Famosa. Ia adolah monumen bersejarah yg berharga bagi Negeri Melaka. Cubo disekeliling Kota A Famosa tu kito bina kilang dan hotel. Ape jadi dgn A Famosa? Sudah tentulah kota itu akan hilang tarikan dan nilai estetikanya. Kota A Famosa adolah bandar bersejarah maka ia perlu kekal begitu.

Begitu juga dgn Mekah, ia adolah Kota suci umat Islam maka ia perlu kekal dlm keadaan begitu. Dgn terbinanya menara jam tertinggi dlm dunio di sebelah Kaabah maka Kaabah dikhuatiri akan semakin hilang daya tarikan dan tumpuan. Nanti Mekah dikenali sbg Kota yg mana terletaknya menara jam paling tinggi dlm dunio dan bukan krn Kaabah.

Nanti pergi Mekah sobab nak amik gambar menara jam. Bergambar sebolah menara jam la. Nak naik lif menara jam la. Niat sudah terpesong bilo poie Mekah. Sudah hilang niat hendak beribadat. Walhal kito sekarang berada berhampiran dgn Kaabah. Tarikan utk beribadat tu nanti lama kelaman akan hilang dek menara jam tertinggi di dunia.

-> Apo perlunya hotel mewah berdekatan dgn Kaabah? Apo tujuan kito pergi Kaabah? Sudah tontulah mengerjakan Haji/Umrah. Apo tujuan Haji? Menyatukan kesemuo manusio dalam dunio ni dgn penuh kehambaan kpd Allah S.W.T. Lihat bilo diorg mengerjakan ibadat iaitu berwuquf di padang Arafah. Ia adalah bayangan manusia bilo berado di padang Mahsyar nanti.

Dari situ kito nampak bahawa semuo manusia adolah samo tanpo mengira latar sama ada anda seorang ulamak, yb, jutawan, hartawan, Sultan, Raja, Perdana Menteri, orang miskin, negro, omputih dll. Yang berbezo di sisi Allah ialah taqwa. Bilo ado hotel 7 bintang ni. Den ingat matlamat asal sudah tidak tercapai lagi. Orang kaya duduk hotel mewah. Ini dah macam filem antara duo darjat. Org kaya melihat org miskin di tingkat atas Hotel Raffles.

Sepatutnya Mekah/Kaabah menjadi tompek menyatukan manusia. Bukan membeza-bezakan antara darjat. Kaabah nanti akan menjadi tempat pengasingan antara miskin dan kaya. Bukan lagi menjadi tempat menyatukan antara 2 kelompok ini.

-> Adakah dunia akan mengiktiraf Meccan Mean Time (MMT)? Boleh blah la Arab Saudi. Sapa lu. Kerajaan Arab Saudi ni kalau korang nak tahu adolah anjing Amerika. Anjing mano boleh jadi tuan bai. Kenapo Arab Saudi ni anjing Amerika? Ulamak-ulamak Arab Saudi yg menentang Amerika akan dipenjarakan oleh Raja Saud seperti Syeikh Safar Al-Hawali, Salman Al-Audah dan beratus-ratus yang lain.

Arab Saudi pun tahu yg diorg takkan boleh jadi tuan. Tapi masih nak tunjuk jobo bahawa mereka berpengaruh dalam dunio Islam. Boleh blah la wei. Sikit pun den tak pandang. Menara jam tu sendiri adalah satu pembaziran. Membazir adelah amalan Syaitan. Sepatutnya duit berbilion itu diinfaq utk membantu saudara muslim mereka yg kebuluran di utara Afrika serta mereka yg ditindas seperti Palestin. Huh.

Oh ye, mcm mano Britain boleh mendapat kredit penentuan masa dunia Greenwich Mean Time (GMT)? Den raso sobab org British pernah menguasai 2/3 dunio dan jugo menguasai kewangan dunio tak lamo dulu. Orang Islam pulak menguasai apo skrng ni? Takde pape bai. So, mcm mano penduduk dunio ni nak bagi kredit kt Arab Saudi bikin MMT?

-> Ini pulak ttg persepsi non-muslim. Non-muslim selamo ni menyangka org Islam menyembah batu (Kaabah). Lagi 2-3 tahun diorg akan ingat kito menyombah menara jam la pulak. Bingai Raja Saudi.

-> Apo dah jadi dgn ulamak-ulamak yg rapat dgn Raja Arab Saudi nih? Korang tak mungkin tak tahu hadis malaikat Jibril jumpo nabi dihadapan semuo para sahabat. Ini hadisnye kalau korang nak tahu bilo Jibril tanyo nabi apokah tando-tando kiamat itu :

“…serta pengembala unta berebut meninggikan bangunan”

Adakah diorg nak kiamat berlaku dgn lobih copek? Sobab dah tak sabar nak masuk syurga kot. Atau diorg mengiktiraf Raja Saudi yg ado skrng ni sebenarnya mempunyai otak atau cara fikir seorang pengembala unta? Kalau ya, mako den tak heran la bilo Raja Saudi selamo ni menjadi anjing Amerika.

Thursday, August 19, 2010

Ayam halal ke haram?

Salam Alaik. Post kali ini saya copy daripada email yang dikirimkan oleh rakan saya. Moga perkongsian ini dapat disebar2 kan dan dapat diamal.


Subject: Dari Laporan Jais


sentiasa beringat...

Kuala Lumpur, 21 Julai 2010, (Jam 1.00 pagi):
Seramai 16 orang kakitangan JAWI, JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB di rumah-rumah/premis penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antara lokasi yang kami pergi ialah kawasan Beringin Jinjang, Bandar Sri Damansara dan berakhir sekitar jam 4 pagi.

Pegawai JAKIM sedang memberi taklimat sebelum kami berangkat ke lokasi jam 1.00 pgi.

Lokasi pertama kami di Bandar Sri Damansara (KL Supreme Processing Sdn Bhd.)


Dalam suasana yang dingin (dalam bilik sejuk) kami menjelajahi dari tempat ke suatu tempat, segenap penjuru di premis tersebut. Segala dokumen dan operasi sembelihan kami teliti bagi menentukan ayam-ayam yang di pasarkan HALAL untuk dimakan oleh umat Islam sekitar KL dan Selangor.



Kami cek setiap ayam disembelih mengikut syara’ atau tidak. Urat yang wajib diputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Marikh’, sementara urat darah kiri kana leher adalah sunat (hadis Nabi saw).


Keratan 4 urat pada leher ayam perlu diputuskan


Yang menjadi tandatanya tanpa nuqtah kepada kami, mana-mana operasi di rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah. Kebanyakan Tokeh adalah orang Cina dan perkerja banyak orang Bangladesh , Indonesia dan orang Kashmir . Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adakalanya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan.
Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah.

Lihat urat marikh’ contoh ayam yang tak putus habis ini:



Ini pulak ayam cucuk, tapi pelanggannya restoran Melayu dan pembuat sate;


Ayam ini kami dapat kat Beringin Jinjang (premis sembelih Kim Foog Trading) pagi tadi. Kat belakang premis ini tempat sembelih Babipulak. Kami sedang pantau satu kes sebelah dalam berhampiran premis ini ada satu lagi premis sembelih ayam, tapi ayam tak sembelihpun mereka campur untuk dipasarkan kepada orang Melayu Islam. Kelilingnya tempat sembelih Babi dan sebelahnya mereka tanam sayur togeh, yang kita campur dengan mie atau goring dengan tahu. Tengoklah siapa pelanggannya (melalui resit beliannya di bawah).



Dilanggani oleh Restoran Pappa Rich pada setiap hari bulan Jun lalu. Inilah tempat orang kita makan. Saya nak pesan kat semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia, prihatinlah sikit tentang apa yang kita makan terutama ayam. Firman Allah swt;

Quote:

Al Baqarah 168. Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.




Ini pula tempat yang sama, penyembelih Islam dari Indonesia, dia cucuk tengok ayam macam Cina, terus campak ayam yang masih hidup dalam air supaya cepat mati ada yang tak cucuk langsug, hidup-hidup dia masukkan dalam air supaya mati cepat dan diprosesnya.





Nampak tak yang putih itu ayam hidup dan itik (hidup2 dibenam dalam tangki ini) Kemudian dia celur dan proses


Bila kami Tanya kenapa buat gitu, katanya Cina (Tokeh) suruh buat dan cepat sikit. Nilah yang kita dok makan hari-hari mungkin. Dia keluarkan (tengkok ayam tiada bekas sembelihpun)




Kalau dekat mesir,sistem beli ayam diorg jual ayam hidup,kemudian kita pilih then diorg timbang utk cek bape kilo dan harge for each kilo then baru diorg sembelih depan pembeli sambil menyebut Bismillahi Allahuakbar. Mungkin dekat Malaysia ada tapi tak banyak cam dekat Mesir. Untuk mencari yang halal je dekat Malaysia cuma usaha yang kne ada, kalau setakat nak tunggu JAIS buat spotcheck macam ni takkan baru nak sedar kan. Ini baru ayam. belom lagi kalau snack2 dekat kedai tu, lemak2 haiwan entah halal atau tidak. Makanan kita membentuk diri kita. Wallahu'alam

Tuesday, August 17, 2010

Beringat sebelum tidak dapat cium bau syurga.

Subhanallah. Anak kecil yang boleh berkata2 dengan ayat Al-Quran.

Kita yang bakal menjadi ibu bapa suatu hari nanti perlu memberi perhatian tentang Al-Quran terhadap anak2 kita. Di rumah mereka perlu membaca Al-Quran. Kalau anda tidak membaca Al-Quran jangan harap anak2 anda dapat membaca menghafal apatah lagi memahami Al-Quran.

Video yang sangat menarik. Subhanallah.











Kalau dah takde iman.




Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Surah Al-A'raaf ayat 179



Monday, August 16, 2010

Ribut di Melaka,Malaysia.




Salam alaik.

Pertama Al-Fatihah buat mangsa2 yang meninggal di tempat kejadian.

keduanya ambillah pengajaran daripada apa yang terjadi. kenapa berlaku? kenapa di Jasin Melaka? Bertaubatlah sebelum terlambat. Wallahu'alam


Thursday, August 12, 2010

Raya dan Bida'ah?






Salam alaik.
Hari ini saya ingin menulis tentang satu perkara yang pernah ustaz saya tegah pada ketika kami masih di bangku sekolah.

Masa menengah rendah dulu bila first time berpuasa di asrama masing2 excited la.
ade macam2 peel,beli macam2 kat kantin tapi bile bukak pose x habis. ade tu mesti beli ayam,xtaw asal.ade pulak mesti beli air milo ais dekat kantin.

Tp asalkan habis xpela. dekat DM banyak lagi makanan yang ade,ade kuih macam2 jenis,mewah betul bukak puasa kat sbp time tuh. Kalau menu ayam lagi la mewah kot.

Lepas tu kalau dah dekat cuti raya,mesti ade org pasang radio kuat2 time ade lagu raya. huh havoc gak la time tuh.

Tp nk bincang di sini mengenai video di atas. ape tu? LAGU RAYA. ok la. kenapa org pasang lagu raya? mesti smangat nk beraya kan. tp teguran ustaz saya masa skolah menengah tu mmg betol rasenye.

Hari ni baru nak masuk 3 Ramadhan tapi kalau dekat facebook tu,mcm2 status pasal lagu raya,xpon nak raya,tbe2 ucapkan selamat hari raya. Apa yang Ustaz saya cakap perkara merayakan hari raya aidilfitri ketika masih berpuasa adalah BIDA'AH!! semua tahukan maksod bida'ah tu,pada masa tu muka ustaz saya berubah jadi merah padam(mmg marah dgn pelajar yg sibok pasang lagu raya) sbb kata ustaz saya pernah ke Rasulullah saw bersorak dan bergembira sbb nak raya tapi Ramadhan masih belum pergi? setahu saya Rasulullah saw dan para sahabat sedih kerana bulan barakah ini yang terdapat dalamnya pelbagai kebaikan akan pergi meninggalkan mereka,entah dapat mereka bertemu lagi atau tidak dengan bulan ini.

Walaubagaimanapun xjumpa lagi bacaan atau hukum2 mengenainya,mungkin saya yang terlepas pandang.

Tapi kalau fikir2 balik kalau para sahabat bersedih bila Ramadhan akan pergi, takkan kita nak bergembira pulak,excited nak raya,pasang lagu raya sume2 berkaitan raya,

jadi sempena Ramadhan masih di peringkat Rahmat ini,sama2 lah kita menumpukan ibadat seratus peratus di bulan ini,menambah amalan kita terutamanya amalan2 qiamullail untuk mencari lailatul Qadar. Kalau nk pasang2 lagu raya,banner raya,semua2 tu boleh buat masa malam raya.

Harap2 teguran ini berguna untuk diri saya dan antum semua. Sape2 yang tahu lebih lanjut mengenai perkara nih boleh la share yek. Wallahu'alam

RAMADHAN





Terdapat beberapa adab yang perlu diperhatikan dalam bulan Ramadhan. Adab-adab tersebut adalah:

Pertama:

Sabar ke atas musibah dan kecaman yang menimpa. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajar kita bahawa pada hari Ramadhan, jika seseorang menyakitkan hati atau mencela kita maka katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa... sesungguhnya aku sedang berpuasa.”

Kedua:

Digalakkan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala kerana Ramadhan merupakan bulan ketaqwaan sebagai mana firman-Nya:



Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu berpuasa

sebagaimana diwajibkan keatas orang yang terdahulu daripada kamu moga-moga kamu bertaqwa.

[al-Baqarah 2:183]



Ketiga:

Menjaga diri daripada mengumpat dan mengadu domba (gossip) kerana ia adalah perbuatan yang diharamkan secara mutlak sama ada di dalam bulan Ramadhan atau selain Ramadhan, akan tetapi pengharamannya diberi penekanan yang lebih jelas dalam Ramadhan.



Keempat:

Sentiasa mengingati amalan agama, hal-ehwal sesama Islam dan membantu sesama Muslim menyelesaikan masalah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Sesiapa yang tidak memikirkan urusan umat Islam maka tidaklah dia termasuk golongan mereka.

Kelima:

Dalam bulan yang mulia ini dianjurkan mengambil tahu hal ehwal keluarga kerana mereka itu adalah amanah dan bebanan (tanggung-jawab) kita sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu. [al-Tahrim 66:06]

Selain itu saya menasihatkan diri saya dan semua saudara-saudara Islam agar dimanfaatkan bulan Ramadhan dengan amalan-amalan yang baik berikut:

Menjaga solat berjemaah bagi lelaki di masjid, dan bagi wanita pula menunaikan solat Jumaat dan menghadiri majlis ilmu.

Menghadiri solat tarawih khasnya bagi lelaki dan tiada larangan bagi kehadiran wanita (di masjid) jika mereka ingin melakukan solat dan kepada mereka terdapat ganjaran.

Memelihara solat malam (qiamullail) dan tahajud setelah pertengahan malam bagi lelaki dan wanita yang berkemampuan di dalam rumah.

Beriktikaf untuk beberapa malam di bulan Ramadhan di masjid bagi lelaki tanpa menyebabkan gangguan di dalam kewajipan seharian khususnya bagi mereka yang mencari rezeki.

Memelihara pembacaan Al-Quran dan menggunakannya sebagai zikir harian. Pembacaan Al-Quran sekurang-kurangnya hendaklah setiap hari sehinggalah tamat keseluruhannya.

Memperbanyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat kepada orang-orang fakir, miskin, orang yang memerlukan, mereka yang berjihad di jalan Allah dan sumbangan kepada projek yang baik bagi kegunaan orang Islam seperti pembaikan masjid, pusat rawatan orang-orang tua, sekolah-sekolah dan lain-lainnya.

Merapatkan silaturahim dan memperbanyakkan ziarah di dalam bulan Ramadhan.

Dilarang melakukan kejahatan dan keburukan terhadap orang Islam secara umum dan jiran-jiran secara khusus. Pesan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam

Monday, August 9, 2010

Salam Ramadhan

Selamat mengunjungi bulan Ibadah. Bulan Bebas Syaitan.
Teringat pulak satu masjid dekat Mesir,ketika mengikuti Jaulah makam, ada ustaz tu menyebut bila sampai bulan Ramadhan,hari-hari ada sahaja solat Jenazah dekat masjid tersebut. beruntung bukan?

Friday, August 6, 2010

Islam di Malaysia.




Sedap gak dga pertanyaan2 yang dilontarkan. Apa sudah jadi dgn Islam di Malaysia? SYurgakah pengakhiran kita?

Namun Islam mementingkan akhlak. Oleh itu berdebatlah dgn cara yang berakhlak. Wallahu'alam

Wednesday, August 4, 2010

AKIDAH: TANGKAL DAN AZIMAT


Pada satu ketika, sepuluh orang datang untuk memberi janji taat setia kepada Rasulullah s.a.w.. Baginda menerima janji dari kesemua sembilan orang kecuali seorang. Baginda ditanya, kenapa enggan menerima janjinya? Baginda menjawab: “Sesungguhnya padanya ada tangkal.” Lalu orang tersebut memasukkan tangan ke dalam bajunya, mengeluarkan sebuah tangkal dan membuangnya. Melihat tindakannya itu, Rasulullah s.a.w. menerangkan: “Sesiapa menggantung tangkal maka sesungguhnya dia (berbuat) syirik.” [al-Targhib wa al-Tarhib oleh al-Munziri, hadis no: 5065 dengan sanad yang hasan].

Kisah di atas menerangkan hukum yang berat bagi sesiapa yang menggunakan tangkal. Tangkal adakalanya disebut sebagai azimat. Kedua-duanya memiliki maksud yang hampir sama. Kamus Dewan mendefinisikan tangkal sesuatu yang digunakan untuk menolak bala seperti penyakit, hantu, jin dan lain-lain. Azimat pula adalah bahan yang terdiri dari tulisan yang ditulis pada kertas, kain, keratan kayu tertentu, atau sisik tenggiling yang dipakai pada bahagian tertentu tubuh seperti di pinggang yang dianggap mempunyai sakti dan boleh mengelakkan penyakit, bencana dan sebagainya

Sama ada tangkal atau azimat, ia tidak akan mendekatkan manfaat atau menjauhkan mudarat bagi orang yang memakainya. Bahkan ia menjauhkan manfaat dan mendekatkan mudarat. Ini kerana mendekatkan manfaat atau menjauhkan mudarat dapat diperoleh dengan merujuk terus kepada Allah s.w.t.. Menggunakan tangkal sebagai “jalan tengah” tidak akan memberi apa-apa faedah. Rasulullah s.a.w. menyifatkan penggunaan tangkal sebagai:

“Sesiapa menggantung tangkal maka Allah tidak akan menyempurnakan baginya (hajatnya) dan sesiapa menggantung cengkerang siput maka Allah tidak akan mententeramkan baginya (dengan siput tersebut).” [al-Targhib wa al-Tarhib oleh al-Munziri, hadis no: 5064 dengan sanad yang hasan].

Dalam satu riwayat lain Rasulullah s.a.w. melihat seorang lelaki yang ada ikatan di tangannya, baginda bertanya: “Apakah ini?” Lelaki itu menjawab: “Aku menjadikannya sebagai pelindung daripada sejenis penyakit.” Lalu Rasulullah bersabda: “Tiadalah ia menambah bagi kamu kecuali kelemahan. Lemparkan ia daripadamu, kerana sesungguhnya jika kamu mati dan ia berada di atasmu, tidaklah ia akan membantu kamu selama-lamanya (sehingga ke Hari Akhirat).” [al-Targhib wa al-Tarhib oleh al-Munziri, hadis no: 5067 dengan sanad yang hasan].

Penggunaan tangkal juga dilarang sekali pun ke atas haiwan. Pada zaman Rasulullah s.a.w., para pemilik haiwan, sama ada haiwan ternakan atau tunggangan, lazim menggantung tangkal di leher haiwan mereka sebagai pelindung dari penyakit atau buatan sihir. Rasulullah s.a.w. menegah perbuatan ini dengan bersabda: “Janganlah dibiarkan di leher unta kalung (yang diperbuat) daripada tali atau (apa-apa jenis) kalung kecuali dilepaskan.” [Shahih Muslim, hadis no: 2115]



Tangkal Yang Dijampi Dengan al-Qur’an.

Timbul persoalan, bagaimana hukumnya bagi tangkal yang dijampi dengan al-Qur’an dan zikir-zikir kepada Allah? Ada sebahagian para ilmuan Islam yang membolehkannya. Namun ada juga yang tidak membolehkannya. Di antara dua pendapat ini, yang lebih selamat ialah tidak boleh. Antara sebabnya adalah, jika kita memperhatikan hadis-hadis di atas yang melarang penggunaan tangkal, Rasulullah s.a.w. tidak membezakan sama ada tangkal tersebut dijampi dengan apa. Sebaik sahaja baginda mengetahui seseorang itu menggunakan tangkal, baginda terus melarangnya. Bahkan menghukumnya sebagai satu perbuatan syirik.

Dalam hadis-hadis sahih yang lain, baginda banyak mengajar jampi-jampian yang menggunakan al-Qur’an, zikir dan doa sebagai pelindung dari penyakit dan perbuatan dengki orang lain. Akan tetapi dalam hadis-hadis tersebut, baginda tidak mengajar agar jampi-jampian itu dilakukan ke atas tangkal. Sebaliknya hendaklah orang yang inginkan perlindungan membaca sendiri jampi-jampian dengan kefahaman dan penghayatan.

Agaknya mengapa Rasulullah s.a.w. tidak mengajar sedemikian? Sebabnya mudah sahaja. Sekali pun dijampi dengan al-Qur’an, zikir dan doa, orang yang memakainya akan tetap memiliki keyakinan bahawa yang memberi manfaat dan menjauhkan mudarat ialah tangkal itu sendiri dan bukannya Allah. Keyakinan sebegini adalah syirik. Orang-orang yang memakai tangkal, apabila ditanya “Kenapa anda memakai tangkal?”, nescaya dia menjawab: “Ini hanya sebagai sarana, yang sebenarnya melindungi saya ialah Allah!” Jawapan ini hanya benar di bibir, tidak di hati.

Tak percaya? Ahaa! Cubalah buat satu ujian mudah. Jika anda memiliki seorang rakan yang menggunakan tangkal dengan alasan seumpama di atas, cuba anda mencari jalan untuk mengambil dan menyembunyikan tangkalnya. Nescaya anda akan dapati rakan tersebut menjadi kelam kabut mencari tangkal itu. Jika dia tidak menemuinya, tentu dia akan menjadi resah, hilang keyakinan diri, serba ketakutan, risau tak menentu dan pelbagai lagi sikap negatif. Semua ini menjadi bukti bahawa yang diyakininya sebagai pelindung ialah tangkal dan bukannya Allah. Ini kerana jika dia menjadikan Allah sebagai pelindung, nescaya dia akan tetap seperti biasa kerana mengetahui Allah sentiasa melindungi para hamba-Nya selagi mana para hamba tersebut meminta perlindungan dari-Nya.

Oleh itu, pendapat yang selamat ialah tidak menggunakan tangkal sekali pun ia dijampi dengan al-Qur’an, zikir dan doa. Pemberi manfaat dan penjauh mudarat yang sebenar ialah Allah s.w.t. dan kita dapat memperolehnya secara terus tanpa perlu kepada apa-apa benda sebagai perantara mahu pun sarana. Penggunaan tangkal adalah sesuatu yang agak lazim di kalangan masyarakat. Jika anda memakainya, maka buanglah ia sebagaimana pesan Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadis di atas. Jika anda mengetahui ahli keluarga atau rakan-rakan lain yang memakainya, jangan sekadar bermain ujian menyembunyikannya, tetapi nasihatkanlah mereka untuk membuangnya.

KAIN KAFAN DARIPADA RASULULLAH S.A.W

Seorang wanita datang kepada Rasulullah S.A.W. Ia menyerahkan kain yang ditenunnya sendiri dan diserahkan kepada Nabi S.A.W sebagai rasa cintanya kepada Rasul. Dengan senang hati rasulullah menerima pemberian itu dan memakainya. Dengan memakai kain pemberian wanita itu, Nai keluar menemui sahabatnya. Salah seorang daripada sahabat melihat begitu indahnya kain yang dipakai Nabi, lau berkata, "Wahai Rasulullah, alangkah indahnya kain yang engkau pakai itu. Betapa senangnya jika aku memakainya," ujarnya.

"Baiklah," jawab Nabi S.A.W ringkas.
Setelah keluar dari suatu majlis, Rasulullah S.A.W datang lagi ke tempat itu, tetapi tidak lagi menggunakan kain tenun yang baru dipakai itu. Kain pemberian wanita itu berlipat di tangannya, dan kemudian diserahkan kepada sahabat yang memujinya tadi.
"Terimalah kain ini dan pakailah," ujar Rasululah S.A.W.
Melihat peristiwa itu, ramai sahabat yang mencela lelaki itu. Kain pemberian wanita itu sangat disenangi Nabi kerana itu dipakainya, tetapi Nabi tidak pernah menolak permintaan seseorang. "Mengapa engkau masih memintanya ?" sungut para sahabat.

Apa jawab sahabat yang meminta kain kepada Rasulullah S.A.W, "Saya minta kain itu bukan untuk saya pakai, melainkan untuk saya gunakan untuk kain kafanku."

Monday, August 2, 2010

Amal makruf tapi tak Nahi Mungkar?




Amal makruf nahi mungkar

2 perkara yang menjadi tanggungjawab setiap muslim.
Kita kena mengajak melakukan kebaikan,cth

"jum bersedekah,jum pg solat,jum pg dga ceramah" bla2

kita juga kene ber Nahi mungkar.
dengan mncegah org lain dpd melakukan maksiat.

cth

"jgn buat tu,nmpk org pegang tgn laki pompuan,tegor diorg"

nmpk dating,pg cegah sebelum terlambat,tegur tros agar Zina dapat dicegah.
Jgn amek rasuah! dan macam2 lagi kemungkaran atas dunia ini.

Ok kita lihat zaman ini,KITA banyak melakukan amal makruf tp adakah kita melakukan Nahi mungkar?

Ada kita menegah kawan2 kita yang pergi dating?berpegang tangan?

Cuba kita lihat,kelab2 atau persatuan atau masyarakat yg membawa nama Islam,sumtimes ade persatuan yang dikatakan bawa nama Islam ditentang oleh masyarakat Islam sendiri,sebab apa yang lain tu x ditentang?

Sebab yang lain itu mengajak amal makruf sahaja dan yang ditentang bawak Nahi mungkar sekali,MENEGAH YANG SALAH!

cuba tgk kalau org yg kne tegur,pastu dia yang jenis memberontak,mesti die akan mengutuk org2 yg membawa nahi mungkar itu,sbb itu banyak yang ditentang perjuangan mereka,sbbnya?membawa Amal Makruf Nahi Mungkar.

Islam ini kene perjuangkan 100% isinya,xboleh bawak 50-50
kalau perlembagaan negara nak ikot sebijik2 tp kalau hukum hakam Islam?

Wallahu'alam

Moga yang baik dapat dikongsi bersama,yang buruk itu datang dpd diri saya yang hina dan lemah ini. Insyaallah
Wassalam