Pages

Tuesday, January 18, 2011

Al-Fatihah

Salam Alaik.

Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh “ Al-Munafiqun ayat 7.



Dalam sedar atau tidak, kematian itu akan mengejar kita dan masa meninggal kita, kita nih sebenarnya dah bersedia ke belum? Teringat saya kata-kata ustazah saya masa kat SEPINTAR, dia ckp berdoalah agar kita dapat sedari tanda kematian kita, contohnya mendapat sakit yang berpanjangan dan sebagainya. Biar kita ini sempat bertaubat, meskipun begitu janganlah kita berharap agar kematian yang bakal kita hadapi itu sesuatu yang kita dapat jangka.

Semalam di Iskandariah,Nurul Iman, seorang mahasiswi perubatan tahun 3 telah dijemput Allah swt. Arwah meninggalkan kita semua pada awal pagi semalam kerana terhidu gas (carbon monoxide poisoning) dan kalau nak tahu gas nih sangat merbahaya, gas nih odorless,colourless n tasteless, bila terhidu nak menjerit pun tak sempat, dengan cara ini Allah menjemput sahabat kita, insyaallah arwah pergi dalam keadaan jihad berilmu Insyaallah. Sila KLIK untuk berita yang lebih lanjut.

“Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)”. Nuh ayat 4

Sekadar gambar hiasan.

Saya tertarik dengan salah seorang teman yang kini telah pergi buat selama-lamanya. Siapa yang xkenal saudara Mas Afzal, ye arwah yang banyak menukilkan kalam-kalamnya di blognye sendiri dan juga banyak artikelnya di iluvislam. Arwah sudah pergi kerana kanser. sungguh arwah sangat ramah dan mempunyai pemikiran yang tinggi dan alhamdulillah karya2 arwah yang begitu memberi ilham dan sedikit kesedaran sebagai tanggungjawab seorang mukmin mungkin dapat menjadi saham untuk dirinya sekarang. Saya kira arwah mempunyai bekalan yang cukup baik. (Sila Klik -Blog Arwah-)



Alhamdulillah arwah Mas Afzal pergi dalam keadaan ilmunya sedang disebarkan. Persediaan yang cukup mantap.

Saya terfikir, kalaulah ada yang meninggal dalam keadaan meninggalkan sesuatu. Maksud saya yang paling senang dijumpai ialah 'aksi2' terutamanya di Facebook. Perempuan terutamanya. Imej yang mendedahkan aurat, adakah kalian tidak mengingati mati? Apa jadi kepada imej tersebut sekiranya kalian pergi dahulu sebelum smepat mendelete kesemua imej2 yang menjamah nafsu tuh? Perhatikanlah gerak geri diri kita sendiri, kalau kita takutkan Allah, kenapa kadang2 kita masih terus melakukan kemungkaran?

Saya ada terbaca dalam artikel ketika dalam menyampaikan dakwah, ingatkanlah manusia ini tentang kematian. Ya. Kematian. Kadang2 dalam amal makruf nahi mungkar, kita hanya mengerjakan amal makruf sahaja, ajak orag melakukan kebaikan, tetapi nahi mungkar? selalu x kita menegur kemungkaran?

Dalam kita menuntut ilmu, dalam mengejar kejayaan, ingatlah kejayaan yang sebenar itu bukan pada dunia, tetapi pada akhirat.


"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang terselamat daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)


Wallahu'alam.

1 comment:

School Of Tots said...

Ingatlah masa depan. Masa depan itu ialah Alam Akhirat. Seorang yg bijak itu ialah yg menyiapkan dirinya sebaik mungkin untuk kehidupan masa depan. Kematian itu adalah permulaan sebuah kehidupan yg baru. Usah di tangisi pada kematian.