Pages

Saturday, April 30, 2011

30 Mei. Beberapa minggu je lagi. #5

Jumaat, 29/04/2011 - Menteri Perhubungan Luar Turki, Ahmet Davutoglu mengingatkan Zionis agar jangan sekali-kali menggangu Freedom Flotilla 2 yang akan bertolak ke Gaza akhir bulan depan, sambil memberi amaran kepada Zionis untuk tidak mengulang kembali peristiwa Marmara yang telah mencederakan dan membunuh beberapa warga Turki.

Menurut laporan akhbar Yediot Aharonot, kenyataan Menteri Luar Turki tersebut dikeluarkan pada hari Selasa (26 April) lalu kepada akhbar Sydney Morning Herald yang turut berbunyi, “kepungan di Gaza adalah di bawah tanggungjawab Israel, dan selepas perbincangan dengan PBB, ianya jelas menyalahi undang-undang antarabangsa”, sebelum beliau mengingatkan semula peristiwa serangan ke atas kapal Marmara di perairan antarabangsa, yang menyebabkan beberapa kematian.

Pengerusi IHH Turki, Bulent Yildirim, menyatakan bahawa kapal Marmara akan menyertai rombongan flotilla ini yang akan berlayar ke Gaza hujung bulan depan, dan ini menyebabkan pihak pertahanan Zionis meminta Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan United Nations untuk menghalang flotilla kali ini. “Israel” juga merayu kepada Turki agar tidak melepaskan flotilla ini dari pelabuhannya, dan rayuan ini ditolak oleh Menteri Luar Turki dalam kenyataannya pada hari ini seperti, “Turki tidak akan menghalang flotilla ini keluar dari pelabuhannya, dan kami juga akan sentiasa memantau sebarang kemungkinan perkara berbahaya yang mungkin akan berlaku di sepanjang pelayaran ini.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

Thursday, April 28, 2011

Nak paksa orang buat Mubahalah pulak. dah lupe ke kisah Safwan Ibn Al-Muattal dan Sayyidatina Aisyah?

Salam Alaik.


Daripada Aisyah r.a., beliau berkata (menceritakan) bahawa Rasulullah s.a.w. apabila ingin keluar (bermusafir), baginda akan membuat undian di kalangan isteri-isterinya. Maka sesiapa yang keluar undiannya, maka dialah yang akan keluar bersama dengan Rasulullah s.a.w.. Satu kali, ketika baginda ingin keluar dalam satu peperangan[2], aku berjaya mencabut undian, (dan akulah yang boleh pergi bersama Rasulullah s.a.w.). Lalu aku pun keluar bersama baginda dan musafir ini berlaku setelah turunnya ayat hijab (larangan lelaki daripada melihat kepada perempuan, kerana sebelum ini tidaklah dilarang). Aku dibawa dengan haudaj ( tempat yang biasanya diletakkan perempuan di dalamnya dan ia diikat di atas belakang unta) dan aku diletakan di situ. Lalu kami keluar (bersama Rasulullah s.a.w. dan para sahabat panglima perang baginda) sehinggalah apabila selesai peperangan, dan kami pun balik ke Madinah.


Clipboard01

Perjalanan Pulang

Dan pada satu malam, setelah hampir dengan Madinah, ( kami berhenti rehat), dimaklumkan bahawa (rombongan) kita akan bergerak (pulang). Tatkala mereka sibuk saling memberitahu untuk bergerak, aku pula berjalan (berseorangan) pergi berjauhan dengan para tentera (untuk qada hajat). Setelah aku selesai, aku pun kembali, tiba-tiba aku dapati manik-manik Azfar[3]rantai leherku telah putus (dan hilang). Lalu aku pun pergi sekali lagi ke situ untuk mencari rantaiku itu. Dan kumpulan yang berjalan bersamaku pun mula mengangkat haudajku, dan mereka pun mula mengenderai unta yang ku naiki. Mereka menyangka aku sudahpun berada di dalamnya. Dan kaum wanita pada masa itu (biasanya) kurus-kurus, tidaklah berat dengan lemak, kerana mereka sentiasa makan sedikit sahaja. Kerana itulah mereka tidak perasan (ketiadaanku) semasa mereka mengangkatkan haudaj tersebut. (Tambahan lagi) aku hanyalah seorang budak. Mereka pun menggerakkan unta dan mula berjalan. Setelah para tentera meneruskan perjalanan, aku pun jumpai rantaiku itu. Setelah aku menjumpainya, aku pun kembali pergi ke tempat tentera tadi, dan aku dapati mereka semua sudah berangkat. Tidak ada seorangpun yang memanggilku dan tidak ada seorang pun yang akan menyahut panggilanku. Lalu aku pun duduk berada di kawasanku tadi (tempat untaku dan haudaj) dengan harapan bahawa mereka akan perasan ketiadaanku dan mereka akan kembali menemuiku. Tatkala aku berada di situ keseorangan, aku terasa terlalu mengantuk, lalu aku pun tertidur.


A_Dark_Starry_Night_Wallpap


Safwan bin Muattal Mengambil Aisyah Dan Bermulanya Fitnah

Safwan bin Muattal as-Sulami az-Zakwani[4] pula merupakan askar yang terlewat dan berjalan di belakang para tentera. Dan tatkala beliau sampai di kawasanku, beliau nampak bayangan orang yang sedang tidur, lalu dia pun datang, dan setelah melihatku dia mengenaliku. Ini kerana dia pernah melihatku sebelum turunnya suruhan berhijab. Setelah beliau cam diriku, beliau (terkejut seraya) mengucapkan istirja’ (Inna lillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un) dan aku terjaga (dari tidurku) kerana mendengar istirja’nya itu. Lalu aku segera menutup mukaku dengan kain penutup mukaku. Demi Allah, dia tidak bercakap denganku walau sepatah dan aku pula tidak mendengar satu kalimah pun (dari mulutnya), kecuali kata-kata istirja’nya sahaja. Lalu beliaupun menarik untanya mendekatiku dan mendudukkannya (untuk menyenangku naik tanpa perlu menyentuhku), dan aku pun naik (menunggangnya). Safwan pun mula berjalan (kaki) mengheret untanya sehinggalah kami sampai di kawasan perhentian tentera di waktu panas terik matahari.

(Aisyah meneruskan ceritanya lagi dengan katanya): Lalu dengan sebab itu binasalah orang yang binasa (dengan menyebarkan fitnah bahawa aku berzina dengan Safwan) dan orang yang mengepalai fitnah besar ini ialah Abdullah bin Ubai bin Salul.

Aisyah Ditimpa Demam Setelah Sampai Di Madinah

Setelah aku sampai di Madinah, aku ditimpa demam selama sebulan, dan orang ramai pula heboh dengan cerita yang dibawa oleh pendusta-pendusta itu, dan aku pula sedikitpun tidak mengetahui fitnah tersebut. (Semasa demam itu, Aisyah berada di rumah Rasulullah s.a.w. dan dijaga oleh emaknya). Cuma yang menghairankan aku ialah semasa demamku ini, aku tidak melihat lemah lembut Rasulullah s.a.w. (sikap kebiasaan baginda). Baginda hanya masuk menjengokku, memberi salam dan bertanya khabar sahaja, dan kemudian baginda akan beredar. Itu sahaja yang menghairankanku.

Aisyah Mula Mengetahui Fitnah

Dan aku sedikit pun tidak mengetahui fitnah tersebut, sehingalah aku beransur sembuh (belum sembuh sepenuhnya) aku keluar bersama Ummu Mistah menuju ke Manasi’ iaitu (tempat yang biasa digunakan untuk qada hajat). Dan biasanya (orang pada masa itu) tidak datang ke situ kecuali pada sebelah malam, dan cerita ini sebelum adanya tandas berdekatan dengan rumah. Kami pada masa itu samalah seperti orang arab kuno dulu yang keluar qada hajat jauh dari kawasan rumah dan tidak suka disediakan tandas di kawasan rumah. Lalu aku keluar bersama Ummu Mistah dan dia ialah anak perempuan Abu Ruham bin Abd Manaf, dan emaknya pula ialah anak perempuan Sohkr bin Amir iaitu (emaknya adalah) emak saudara Abu Bakar. Anaknya pula ialah Mistah bin Usasah. Setelah sampai ke situ, Ummu Mistah terjatuh dan dia berkata: Celaka Mistah. Lalu aku berkata: Alangkah buruknya perkataanmu. Adakah kamu ingin mencela orang yang pernah masuk perang Badar? Dia menjawab: Aduhai Aisyah! Adakah kamu tidak mengetahui apa yang dia telah katakan? Aku menjawab: apa pula yang dia sudah katakana? Lalu dia mula menceritakan fitnah yang dilemparkan kepadaku oleh para pendusta itu. Dan bertambah buruk pula demamku dengan sebab cerita yang aku baru dengar itu.

Aisyah Meminta Keizinan Untuk Kembali Ke Rumah Orang Tuanya

Setelah aku pulang ke rumah, dan Rasulullah s.a.w. masuk menjengukku. Baginda memberi salam dan bertanya khabar, aku berkata: Adakah kamu izinkan aku kalau aku ingin pulang ke rumah kedua ibu bapaku? Sebenarnya aku meminta demikian untuk mencari kepastian daripada kedua ibu bapaku mengenai fitnah tersebut. Lalu Rasulullah s.a.w. izinkanku. Setelah aku sampai ke rumah orang tuaku, aku bertanya ibuku: Wahai ibu, apakah yang orang ramai sedang perkatakan? Ibuku menjawab: (dia sudahpun mengetahui tentang fitnah tersebut) Wahai anak kesayanganu, sabarlah dan janganlah benda ini menyusahkanmu. Mana-mana perempuan cantik yang bermadu, dan dia pula disukai oleh suaminya, sudah tentu ramai orang akan mengatanya. Aku menjawab: Subhanallah. Adakah orang ramai sudah bercakap tentangnya? Air mataku pada malam itu tidak putus-putus dan aku tidak mampu tidur kerana menangis sampai ke pagi.

Rasulullah s.a.w. Berbincang Dengan Para Sahabat Mengenai Aisyah

Rasulullah s.a.w. pula memanggil Ali bin Abu Talib dan Usamah bin Zaid untuk membincangkan mengenai (buruk baik jika baginda) menceraikan isteri baginda. Ini kerana lambatnya turun wahyu dalam masalah ini. Usamah bin Zaid menyatakan pendapatnya berdasarkan apa yang beliau tahu mengenai kebaikan ahli keluarga Rasulullah dan beliau menganggap bahawa sebenarnya keluarga baginda bebas daripada tuduhan tersebut. Beliau berkata: Kami tdak mengetahui tentang keluargamu wahai Rasulullah melainkan yang baik sahaja. Ali pula (untuk menghilangkan keresahan baginda dengan fitnah tersebut) berkata: Wahai Rasulullah, Allah sesekali tidak akan menyempitkanmu, ramai lagi wanita selain Aisyah. Dan jika kamu bertanya jariahnya (khadam perempuan Aisyah) nescaya dia akan bercakap benar denganmu. Rasulullah s.a.w. pun memanggil Barirah (khadam Aisyah) dan baginda bersabda bertanya: Wahai Barirah, adakah sesuatu yang kamu ragui mengenai Aisyah? Barirah menjawab: Tidak. Demi Allah yang mengutuskanmu dengan kebenaran, aku tidak pernah melihat pada Aisyah satu perkara pun yang meragukanku. Cumanya aku menganggap beliau adalah seorang budak yang masih mentah yang boleh tertidur ketika menjaga tepung keluarganya, lalu datanglah binatang yang memakannya[5]. (Maksud Barirah ialah Aisyah sedikit pun tak terlintas melakukan perkara seperti yang disebut oleh para penyebar fitnah itu).

Rasulullah s.a.w. Terasa Dengan Fitnah Tersebut

Lalu Rasulullah s.a.w. bangun pada masa itu menuntut bela untukku terhadap Abdullah bin Ubai bin Salul. Baginda bersabda: siapakah di kalangan kamu yang ingin menolong menuntut bela bagiku terhadap seorang lelaki yang telah sampai kepadaku kejahatannya terhadap isteriku? Demi Allah, aku tidak mengetahui tentang isteriku kecuali perkara yang baik. Dan mereka juga (para pendusta) menyebut seorang lelaki yang aku tidak mengetahui mengenainya melainkan kebaikan sahaja[6]. Dan dia tidak pernah masuk kepada isteriku melainkan dengan bersamaku.

Aus Dan Khazraj Bertengkar Di Hadapan Rasulullah s.a.w.

Lalu bangunlah Saad bin Muaz, iaitu seorang Ansar dan berkata: Wahai Rasulullah, aku sanggup menuntut bela untukmu. Kalaulah dia di kalangan orang Aus, aku akan penggal lehernya, dan jika di kalangan saudara kami orang Khazraj, kamu suruh saja kami, nescaya kami akan laksanakannya. Lalu bangunlah Saad bin Ubadah, dan beliau merupakan ketua kaum Khazraj, dan beliau sebelumnya merupakan seorang yang soleh, tetapi semangat perkaumannya menyebabkan dia berkata kepada Saad: kamu berdusta, Demi Allah. kamu tidak akan membunuhnya (kaummu) dan kamu tidak akan mampu membunuhnya. Lalu anak saudara Saad bin Muaz, iaitu Usaid bin Khudair bangun dan berkata kepada Saad bin Ubadah: Demi Allah, kamulah sebenarnya yang berdusta. Kami pasti akan membunuhnya. Sesungguhnya kamu adalah orang munafiq yang berhujah untuk kaum munafiqin (ini kerana Abdullah bin Ubai adalah dari kalangan kaum Khaazraj). Lalu kaum Aus dan Khazraj saling bangun membantu kaum masing sehingga hampir berlaku peperangan. Sedangkan Rasulullah s.a.w. pada masa itu berdiri di atas minbar. Dan baginda pun mula menenangkan mereka sehinggalah mereka semua diam, barulah baginda berhenti.

Kesedihan Aisyah

Aisyah berkata: sejak daripada hari itu, air mataku mencurah-curah tidak putus dan aku berjaga sepanjang malam. Akhirnya kedua ibu bapaku berada bersamaku sentiasa. Dan sememangnya aku telah mengangis selama sehari dua malam tak putus dengan air mata dan berjaga sepanjang malam, sehingga mereka berdua menyangka bahawa ia akan merosakkan jantungku. Tatkala mereka berdua berada bersamaku, dan aku pula masih lagi menagis, tiba-tiba datanglah seorang perempuan Ansar meminta izin untuk berjumpaku, lalu aku benarkan dia masuk berjumpaku. Lalu dia masuk dan duduk menangis bersamaku.

Rasulullah s.a.w. Bertanya Aisyah Tentang Cerita Orang Ramai

Ketika itu, tiba-tiba Rasulullah s.a.w. masuk dan baginda memberi salam dan duduk. Sebelum ini, baginda tidak pernah duduk di sisiku sejak tersebarnya fitnah tersebut. Dan sudah berlalu sebulan, tidak ada satu wahyu pun yang turun mengenaiku. Kemudian Rasulullah s.a.w. memulakan kata-katanya dengan pujian kepada Allah dan ucapan syahadah, lalu baginda bersabda: Wahai Aisyah, telah sampai kepadaku berita tentangmu begini-begini. Kalaulah kamu memang tidak melakukannya, nescaya Allah akan membebaskan kamu, dan jika kamu telah melakukan dosa, istighfarlah kepada Allah dan bertaubatlah kepadaNya. Sesungguhnya seorang hamba bila dia mengakui dengan dosanya, dan bertaubat memohon keampunan daripada Allah, nescaya Allah akan mengampunkannya.

Jawapan Aisyah Terhadap Soalan Rasulullah s.a.w.

Setelah Rasulullah s.a.w. selesai kata-katanya, air mataku terhenti, dan aku tidak merasakannya walaupun setitik. Aku berkata kepada ayahku (Abu Bakar): jawablah apa yang dikatakan oleh Rasulullah. Dia menjawab: Demi Allah, aku tidak mengetahui apakah yang boleh aku katakan kepada Rasulullah s.a.w. Lalu aku berkata kepada ibuku: Jawablah kata-kata Rasulullah s.a.w. Dia juga menjawab perkataan yang sama: Demi Allah, aku tidak mengetahui apakah yang boleh aku katakana kepada Rasulullah s.a.w. Lalu aku sendiri bercakap, sedangkan aku masih lagi seorang pemudi yang mentah dan aku tidaklah mengahafal banyak ayat suci al-Qur’an. Aku berkata: sesungguhnya demi Allah, aku memang dah mengetahui bahawa kamu semua telah mendengar cerita ini, dan cerita ini dah pun berada di jiwa kamu semua, dan kamu semua mempercayainya. Kalaulah aku berkata yang aku ini tidak bersalah –Dan Allah sahaja yang mengetahui bahwa aku tidaklah bersalah- kamu semua tidak akan mempercayaiku. Dan jika aku mengakui -sedangkan Allah mengetahui bahawa aku tidaklah bersalah- tentulah kamu semua mempercayainya. Demi Allah, tidak ada umpama bagiku melainkan seperti perkataan ayah Nabi Yusuf (dalam riwayat yang lain, Aisyah tercari-cari nama ayah Nabi Yusof, iaitu Nabi Yaaqub, tetapi kerana kesedihan yang menimpanya menyebabkan beliau terlupa), iaitu: ( Sabar adalah lebih baik, dan Allah sahaja tempat aku memohon pertolongan daripada apa yang mereka katakan). Lalu aku pun memalingkan mukaku dan aku berbaring di tilamku.

Impian Aisyah

Pada ketika itu, aku yakin bahawa aku tidak bersalah, dan Allah sendiri yang akan menyataka bahawa aku tidak bersalah (sebab tiada siapa lagi selain Allah yang mampu membebaskanku). Tetapi, demi Allah, aku tidak pernah menyangka bahawa Allah akan menurunkan ayat suci al-Qur’an yang akan sentiasa dibaca (sehingga kiamat) dalam urusanku ini. Dan urusanku ini pada diriku adalah sangat kecil (dan tidak perlulah) Allah bercakap dengan wahyu yang akan sentiasa dibaca. Tetapi aku cuma berharap bahawa Rasullah s.a.w. bermimpi dalam tidurnya bahawa Allah menyatakan bahawa aku ini tidak bersalah.

Turunnya Wahyu Membenarkan Aisyah

Aisyah meneruskan lagi ceritanya. Demi Allah pada masa itu, Rasulllah s.a.w masih belum berganjak, dan tidak ada seorang pun yang beredar sehinggalah turunnya wahyu kepada baginda. Lalu nampaklah pada baginda seperti orang yang sangat kuat demamnya sehinggalah keluarlah peluh seperti permata walaupun pada hari yang sangat sejuk, kerana beratnya perkataan yang diwahyukan kepadanya. Setelah hilang keadannya itu, baginda kelihatan terlalu gembira. Dan kalimah pertama yang ducapkannya ialah, wahai Aisyah, bergembiralah, sesungguhnya Allah SWT telahpun membebaskanmu. Lalu ibuku berkata kepadaku: bangunlah kepada Rasulullah (untuk ucapkan terima kasih kepada baginda). Aku menjawab: Demi Allah, aku tidak akan bangun kepadanya (pergi memeluknya), dan aku tidak akan memuji kecuali Allah sahaja (yang telah membebaskanku). Dan Allah telah turunkan ayat “Sesungguhnya segolongan di kalangan kamu yang membawa berita dusta itu[7]…sepuluh ayat semuanya.

Sikap Abu Bakar SetelahTurunnya Wahyu Tentang Kesucian Aisyah

Setelah Allah SWT turunkan ayat yang membebaskanku, Abu Bakar as-Siddiq yang sentiasa memberikan sedekah kepada Mistah kerana dia adalah kerabatnya, dan dia pula seorang yang miskin, berkata: Demi Allah, aku tidak akan memberikan sesuatu pun kepada Mistah setelah apa yang dia katakan kepada Aisyah. Lalu Allah SWT turunkan ayat : “Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka mema'afkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. Lalu Abu Bakar berkata: Bahkan. Demi Allah, aku sangat suka kalau Allah mengampunkaku. Lalu dia pun meneruskan sedekah yang menjadi kebiasaanya kepada Mistah, dan berkata: Demi Allah, aku tidak akan menghentikan lagi sedekahku ini.


Pandangan Zainab Terhadap Aisyah

Aisyah berkata lagi: Rasulullah s.a.w. juga pernah bertanya Zainab binti Jahsy tentangku. Baginda bersabda: Wahai Zainab, apakah yang kamu tahu atau nampak tentang Aisyah? Zainab menjawab: wahai Rasulullah, aku menjaga telinga dan mataku. Aku tidaklah mengetahui tentang Aisyah melainkan kebaikan sahaja. Padahal dialah yang sentiasa menyaingi aku di kalangan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. , tetapi beliau (tidak memburukkanku kerana) Allah menjaganya dengan sebab kewarakan yang ada padanya. Tetapi saudarinya iaitu Hamnah tidak menyetujui Zainab (kerana ingin merendahkanku dan menaikkan saudarinya iaitu Zainab), lalu dia binasa (berdosa) bersama-sama dengan orang binasa di kalangan para pendusta itu.

Hadis riwayat Imam Bukhari (4750) daripada Urwah dalam Kitab Tafsir, bab ke 60.

[1] Hadis Ifki adalah satu istilah yang digunakan untuk kisah fitnah terhadap Ummul Mukminin, Saiditina Aisyah r.a. Dan ifki bererti pembohongan yang melampau. Cerita yang saya kemukakan ini adalah terjemahan hadis riwayat Imam Bukhari, dalam Kitab at-Tafsir, bab 60 dalam kitab Sohih Bukhari. Saya cuma meletakkan tajuk-tajuk dan nota kaki (untuk menyenangkan pembacaan). Segala kesilapan penterjemahan (jika ada) adalah tidak disengajakan dan harap diperbetulkan.

[2] Peperangan Bani Mustoaliq, mengikut penerangan Ibnu Hajar al-Asqalani, dan ia terdapat keterangan yang sorih dalam riwayat Ibnu Ishaq. Rujuk, Fathul Bari, jilid 8, m/s585. Peperangan ini berlaku pada bulan syakban tahun kelima atau keenam Hijrah. Rujuk ar-Rahiqul Makhtum.

[3] Para ulamak juga kurang pasti tentang daripada apakah rantai itu dibuat. Ada yang menganggap bahawa ia adalah daripada manik batu Zafari, satu Bandar di Yaman. Ada juga yang menganggap bahawa ia mungkin diperbuat daripada sejenis kayu wangi yang boleh dijadikan kemenyan. Kayu tersebut dijadikan manik-manik rantai mungkin kerana kecantikan warnanya atau kerana kewangiannya. Ada juga riwayat yang mengatakan harga rantai leher itu hanyalah dua belas dirham. Ini menunjukkan bahawa ia bukan manik batu Zafari, kerana kalaulah manik batu Zafari, sudah tentu harganya lebih mahal. Fathul Bari.

[4] Safwan bin Muattal merupakan seorang sahabat yang terbilang, dan antara yang awal memeluk Islam, kerana dia juga pernah menyertai peperangan Khandak. Dia adalah sahabat yang dipuji oleh Rasulullah s.a.w. (sebagaimana yang akan datang dalam hadis ini. Sebab beliau terlewat ialah kerana beliau meminta untuk ditugaskan sebagai orang yang akan memastikan barangan yang tercicir oleh para tentera dipungut oleh beliau. Beliau mati syahid sebagaimaana yang diceritakan oleh Aisyah. Beliau syahid dalam peperangan Armania, pada tahun ke 9 Hijrah, semasa zaman pemerintahan Umar.

[5] Ini kerana Barirah pernah mengisarkan tepung untuk dijadikan roti, dan dia menyuruh Aisyah menjaganya sebentar. Tetapi Aisyah boleh tertidur dan lalai untuk menjaganya, sehingga tepung itu dimakan oleh bebiri. Maksud Barirah ialah, kalaulah Aisyah boleh lalai dalam menjaga tepung tadi, maka lebih-lebih lagilah Aisyah tak terlintas untuk melakukan perzinaan sebagaimana yang dituduh oleh para pendusta itu.

[6] Pujian Rasulullah s.a.w. terhadap Safwan bin al-Muattal. Sudah ditakdirkan bahawa yang dituduh bersekedudukan dengan Aisyah adalah seorang yang terlalu menjauhkan diri daripada perempuan. Beliau pernah berkata bahawa beliau tidak pernah membuka kain yang menutup auarat perempuan samada secara halal atau pun haram. Kerana inilah beliau telah menetak Hassan bin Thabit (penyair Rasulullah) dengan pedangnya kerana beliau juga antara yang termakan dengan fitnah tersebut dan menyebarkannya. Dan Rasulullah meminta supaya Hassan memaafkannya, lalu dia (Sofwan) dilepaskan.

[7] Ayat 11-20 surah an-Nur.

Wallhua'alam.

Wednesday, April 27, 2011

30 Mei. Beberapa minggu je lagi. #4

Salam alaik. Boleh la tgk video ni kalau berkelapangan.

video

Di Palestine mereka tabah mnghadapi ujian seperti ini. Kalau di Malaysia pula sibuk dgn fitnah thadap pihak lain. Rasuah, Kroni2, cukuplah.

Mesir? Special sket. EM Officer die sibuk ehem2. *kalau tlepas ckp kang kne tuduh pe plak en. faham2 jela.

Muhasabah lah dgn keamanan yang ada. Kiamat itu sudah hampir.

Wallahu'alam.

Wednesday, April 20, 2011

20 April Tahun Gajah

*Copy paste


Assalamualaikum w.b.r.t…

Nota kedua menyusul kerana saya rasa ingin berkongsi dengan semua berkenaan dengan satu tarikh yang bakal menjelma iaitu 20 April 2011… memang secara umumnya jika dilihat tarikh tersebut tidaklah mempunyai apa-apa keistimewaan… akan tetapi berdasarkan ‘post’ salah seorang sahabat saya

Telah disebutkan di dalam ‘post’ tersebut bahawa Mufti Mesir, Syeikh Ali Jumaah telah mencadangkan kepada Syeikh Usamah untuk menganjakkan majlis penutup kitab Syamail Muhammadiyyah di Masjid Al-Azhar, Kaherah kepada hari Rabu bertarikh 20 April 2011 bersamaan 17 Jumadil Awwal 1432 atas munasabah 20 April adalah tarikh kelahiran Nabi Muhammad mengikut taqwim Masihi…

Hal ini telah menarik minat saya untuk mengetahui pada tahun ke berapa Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW lahir berdasarkan taqwim Masihi… setelah kira-kira dibuat menggunakan ‘Converter’maka terhasillah digit-digit keramat tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW seperti yang anda dapat lihat dalam sisipan gambar di bawah…

Dimaklumi semua, Nabi Muhammad telah berdakwah di Mekah selama 13 tahun dan di Madinah selama 10 tahun. Dilantik menjadi Nabi ketika baginda berusia 40 tahun… Hijrah Nabi ke bumi berkat Madinah menjadi titik ukuran kepada permulaan tahun Hijriyyah… ketika kira-kira dilakukan menunjukkan tarikh 9 Rabi’ul Awwal -53 Hijriyyah bersamaan 20 April 571 Masihi… 40 tahun usia baginda ketika diangkat menjadi Rasul ditambah 13 tahun baginda menyeru kepada Islam di Mekah menjadikan jumlah 53 tahun itu tepat pada kiraannya…

Berkaitan 9 Rabi’ul Awwal pula, sememangnya berlaku perbincangan di antara ulama-ulama Islam tentang tarikh sebenar kelahiran Nabi Muhammad SAW… ada yang berpendapat pada 9 Rabi’ul Awwal dan ada yang berpendapat pada 12 Rabi’ul Awwal… tidak perlulah kita pertikaikan perbincangan tersebut… Jadi benarlah kalau kita lihat pada ‘Converter’ tersebut juga menunjukkan kepada 9 Rabi’ul Awwal… menyokong pendapat yang mengatakan Nabi lahir pada tarikh tersebut…

Apa yang ingin saya kongsikan disini, bukankah lebih baik kita bergembira dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW… kalau kita biasa menyambut kelahiran teman-teman, kekasih, adik beradik, ibu bapa dan lain-lain dua kali setahun… iaitu sekali untuk taqwim Masihi dan sekali untuk taqwim Hijri, apalah salahnya kita menyambut dengan gembiranya hari lahir manusia yang paling mulia di sisi Allah SWT untuk taqwim Masihi juga…

Kesimpulannya, ‘Converter’ tersebut tidaklah semestinya tepat pada kiraannya kerana ia juga dicipta oleh manusia. Sekadar membantu dalam proses mencongak. Cuma apa yang kita boleh lihat adalah seperti yang dipaparkan pada gambar tersebut… percaya atau tidak itu terpulang kepada masing-masing…

Akhirnya, sediakan lah selaut hadiah selawat untuk Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada ulang tahun kelahiran baginda nanti… Bahkan sehari-harian kita juga Allah telah jadualkan memberi ‘hadiah’ selawat iaitu di dalam bacaan Tahiyyat awal dan akhir… Maka terus-terusanlah berselawat kepada baginda SAW… Mudah-mudahan beroleh syafaat di hari Akhirat nanti…

اللهم صلى على سيدنا و مولانا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم

WaAllahua’lam…

وَذَكّرْ فَإِنَّ الذِكْرَ تَنْفَعُ لِلْمُؤْمِنِيْنَ.....

Ertinya : dan berilah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang yang beriman (kepada Allah SWT)

Silakan sahaja untuk ‘Share’ dan tidak perlu meminta izin kerana saya telah izinkan… Harap maklum… Terima kasih… Wassalam J

18 April 2011 bersamaan 15 Jamadil Awwal 1432

@ Cairo, Egypt 6.50AM


Monday, April 18, 2011

Nak mintak tolong.

Salam Alaik.



Iranian Student, Zahra Kazemi Saleh is attacked in London after she refused to remove her hijab, April 13th 2011.

Pehe dop? gadis ni baru pulang dari sekolah n diserang oleh 4 wanita yang memaksa dia untuk menanggalkan tudungnya, hurm hurm

Saya dgn rendah diri, dgn rasa hina, memohon kpd readers skalian, yang masih gagal untuk mengenakan hijab, saya merayu untuk anda mnjaga aurat anda, jagalah diri anda, gunalah nikmat yang masih ada ini, gunakan kesempatan yang ada untuk kita mmpraktikkan Islam kita dgn bebas sbelum nikmat ini ditarik.

Wallahu'alam

Saturday, April 16, 2011

30 Mei. Beberapa minggu je lagi. #3

Salam alaik. nak tanya, tahu tak apa kaitannya 30 mei dgn post kali ini?

Daripada Israel kepada anda. Lihatlah hasilnya.

Palestin: Kami nak belajar. kami nak pergi sekolah.
Malaysia: Malasnye pergi kelas, ponteng lah.

فيما يلي

انظروا ماذا فعلوا بالامريكية راشيل كوري عندما قامت بمظاهرة سلمية ضد التجريف اليهودي للاراضي الفلسطينيه

Kononnye demonstrasi aman. tapi?

US shj dah bagi berapa bnyk. produk yahudi lagi mcm mana?
Haa beli la barangan Israel. bila kita tegur kau ckp aku pulak yang tak sedar diri.
Boikot la. Nilai anda boikot tu ada di sisi Allah.



tanpa mengira siapa, jantina,tua atau muda, darah palestinian boleh di ambil begitu sahaja.



bangga dgn snjata dan mangsa mereka. mana dtg peruntukan untuk senjata tersebut? duit siapa?



Manusia ditindas. Islam dipermain. Mana dunia arab? mana OIC?


Klik imej di atas ini.

Orang ini pergi. meninggalkan dunia yang penuh kekejaman. Kita hanya mampu melihat. Pernahkah kita merasai sebegini? apabila nyawa manusia yang rapat dgn kita melayang kerana kekejaman yg lain?


The Israeli girls write messages on the heavy artillery.

kalau yang menulis ini kanak2 palestin, pasti US dan sekutunya akan menjadikan ini sbg bahan bukti menyatakan kekejaman dunia Islam. Tp ini gadis Israel! Israel yang berdiri atas tanah haram!

Kanak2 ini menjadi mangsa hasil saluran duit kita. (Brg yahudi?)

Mereka dibakar (hasil brgn yahudi?)




















terima kasih kepada penduduk dunia. sumbangan anda sgt membantu kami. kami dlm kesusahan, tanah kami dirampas,nyawa keluarga kami melayang-layang. dan anda terus membantu Israel. Terima kasih.

Ini Palestin tau. Pernah jadi ke dekat Malaysia?

Maka sesungguhnya sesiapa yang hidup lama di antara kamu selepas wafat ku nescayalah dia dapat melihat perselisihan yang banyak. Ketika itu maka wajiblah ke atas kamu berpegang teguh dengan Sunnahku dan Sunnah Khulafah Al_Rashidin yang mendapat petunjuk. Berpegang teguhlah dengannya ( Sunnah dan Sunnah Khalifah) dan gigitlah dengan gerahammu. - Riwayat Abu Daud.

Wednesday, April 13, 2011

30 Mei. Beberapa minggu je lagi. #2

Salam alaik.

من اسرائيل اجعل العالم يعرف ماذا يحدث هناك

Lihat imej di bawah.





Ingatkah lagi kalian terhadap kesemua insiden ini?

Seterusnya akan datang lagi imej2 saudara kita. kita gelak ketawa. mereka? kita seronok sgt lepak mcd. mereka?

فيما يلي

انظروا ماذا فعلوا بالامريكية راشيل كوري عندما قامت بمظاهرة سلمية ضد التجريف اليهودي للاراضي الفلسطينيه

to be continued.



Tuesday, April 12, 2011

Medic dan Al-Quran #frontal lobe



Salam alaik.

Hari ini kita akan bercerita lagi kaitan medical studies in Al-quran. Alhamdulillah hari ini kami dapat lagi ilmu yang baru dan lagi best pulak dapat kaitkan ilmu ni dgn ayat-ayat Al-Quran al-Karim. jadi dpt lah faham kenapa dan apa maksud sesuatu ayat yang Allah turunkan 1400 tahun yang lalu.


Ok imej tersebut ialah otak, dan huraiannya tak panjang pun, otak ni ade 4 lobe, and salah satu dpdnya ialah frontal lobe. dlm gmba nih, frontal lobe tu kale biru.

Atas ni pulak imeh frontal lobe pandangan dari bawah. so kalau korang tgk otak tu dari bawah, struktur mcm ni la yg korang akan dpt.

Act hari ni kami tak belaja detail sgt pon tntg frontal lobe nih, cuma prof kami hanya memberi penerangan secara kasar shj mengenai lobe2 nih, dan smpai pulak penerangan dkt frontal lobe ni.

Nak dijadikan cerita, mse zaman dahulu, ada seorang Lawyer yg sgt polite dkt US. ramai la kenal dgn lawyer ni, n satu hari tu tiba2 shj lawyer ni kencing dpn org ramai. msti la pelik, knp org mcm dia boleh buat mcm tu?

Lawyer ni pon pergi buat medical treatment n doktor mendapati ada tumor dkt frontal lobe lawyer tersebut. dari situ scientist dpt detect bhwa frontal lobe ni berfungsi untuk mengesan keadaan sekeliling dgn bertindak sama ada untuk melakukan perkara yang baik atau jahat, sama ada nk melakukan perkara yang memalukan atau tak, selain tu frontal lobe ni ade kaitan dgn memory n emotion control. p/s: haiwan tak da ye area frontal lobe, tu beza otak manusia dgn haiwan.

Ok bukak Al-Quran. Surah Al-'Alaq ayat 16.

Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.


Ayat ubun-ubun tu prof kami tafsirkan sebagai merujuk kepada frontal lobe. Frontal lobe ini merupakan kawasan yang membawa kita ke syurga atau ke neraka, area yang korang gunakan untuk memilih, perkara baik atau buruk, menilai sendiri yang mana dosa atau pahala, kita bagi peringatan, orang lain menegur, terpulang kepada diri sendiri/frontal lobe anda untuk memilih 2 jalan,samada jalan yang lurus atau sesat.

Allah ciptakan kita sangat istimewa. sebab itu kalau kita yang sihat sempurna ini, janganlah sesekali kita lupa nak mengucapkan Alhamdulillah atas nikmat yang Allah berikan, pernah tak korang bagi hadiah mcm2 kat kawan korang tapi last2 dia perdajjal kat hang, amcm rasa marah tak?

Kalau kita marah, Allah marah tak bila kita buat bnda sama? suka buat dosa? korg suka tak kalau korg janji nk kua rumah ngn membe pukul 5, tapi membe ni siap punye lah lame last2 kol 6 baru kua, kalau saya memang rasa nak marah pun ada, tapi kalau Allah suruh solat pada waktu tapi kita melengah2kan? amcm?

Ada 2 jalan, ada 2 malaikat yang mencatit, ada 2 tujuan, anda pilih.

Cuba kita tengok ayat tadi, surah Al-Alaq n kita baca dari ayat 15 hingga 19.

Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah. Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya), Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)! Surah Al-Alaq, Ayat 15-19

Sujudlah kepada tuhanmu. tak kira anda ketua negara, pemegang ijazah, seorang doktor, seorg pelajar, seorang hamba, bersujudlah. bersihkanlah frontal lobe anda.

Wallahu'alam

Monday, April 11, 2011

Haram bersetubuh dgn isteri ketika haid


Salam alaik.


Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. Al-Baqarah ayat 222.

Sekadar perkongsian. Mungkin ada yang tak tahu ilmu yang umum ini. tak pa kita beri peringatan.

Nak dijadikan cerita, pagi tadi masa dalam kelas endocrine, prof kami menceritakan kepada kami, satu pengalaman ketika seorang pesakit datang menemui dia. Penyakit/Ujian yang sedang dihadapi oleh pesakit ialah Penile Urethritis.

Doktor menanyakan 10 soalan kepada pesakit tsebut. Ok perbualan doktor dgn pesakit tu dlm bhs arab, so saya trnslate je. Ketika soalan pertama, pesakit itu menjawab 'La' Soalan kedua pula jawapannya 'Kalla', jawapan untuk soalan ketiga pula 'La', Soalan keempat pula 'Kalla' sampai la habis kesemua soalan tersebut. Ok soalan terakhir pula, Did you have sex with ur wife during menstruation? and he answered. Yes.

Doktor pun memberitahu tiada antibiotic untuk penile urethritis and ni balasan daripada Allah terhadap kau.

Ok cerita pendek je. nk cerita bila buat bnda tlarang, yang terang2 Allah larang, kalau Allah nk balas, atas dunia dah dapat. Kalau hang pa mnfitnah org berzina, kalau x qazaf, kat akhirat tunggu jela. Bertaubatlah sebelum terlambat. Kalau rse nk merasa penile urethritis atau lain2 jenis penyakit, sila2 lah ye. tak dapat dkt dunia, akhirat ada.


wallahu'alam

Thursday, April 7, 2011

Allahyarham pakcik Sarbaini.

Salam alaik.

Keluarga kami menetap di kediaaman perumahan kastam, kuarters di kelana jaya semenjak tahun 2004 lagi, dan di situ adik saya dapat kenalan yang sgt ramai, berbeza pula dgn sy kerana pada ketika itu sy tidak selalu berada di rumah menyebabkan sy kekurangan kenalan di kawasan perumahan sy.

Antara kenalan rapat adik sy ialah seorg gadis kecil yg bakal menduduki PMR pada taun ini, panggilannya, syasya. dan ayah dia bernama Ahmad Sarbani Mohamed. Kalau kalian tahu hal yang terjadi di Malaysia, apa yang sy boleh bgtahu tntg kata hati sy bahawa arwah mungkin dianiaya.

Arwah tak punya apa2. tak ada rumah besar, tak ada kereta besar, yang ada mungkin semangat untuk ke surau pada tiap2 malam. semangat dalam dirinya untuk mngerjakan ibadah haji pd akhir tahun ini. Tapi tak semena2nya arwah ditahan oleh SPRM pd 1April yg lalu(kalau tak salah). Sy nak tanya, kenapa Sorg Datuk dlm kastam ditahan oleh SPRM tetapi dibebaskan tanpa ikat jamin sdgkn yang susah dan tak punya apa2 ini seperti arwah perlu diikat jamin?

Kalau dahulu bila kita baca berita tentang kematian seseorg, mungkin ade jugak rasa geram pada pelakunya, tetapi bila berlaku pada jiran tetangga, geram dia,perasaan amarah dia sgt berbeza. Bg sy arwah tak akan membunuh diri. ini kata2 saya,dan kalian boleh lah baca apa yang diperkata2kan oleh rakan2 arwah tntg arwah (link).

Doa saya agar kes ini dapat dibela walau apa jua cara sekali pun, yang hidup perlu meneruskan perjuangan, yang sudah pergi pasti sudah ada kejayaan yang dicapai.

Al-fatihah.

Tuesday, April 5, 2011

untuk kalian.

Salam Alaik.


إِنـَّا ِللَّـهِ وَإِنـَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّـهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا


Saya seperti manusia lain, mempunyai nafsu dan akal, seperti kalian, seperti orang2 yang bergelar manusia, kalau keluarnya satu gadget tbaru, rasa ingin memiliki itu timbul jua. mula2 nak beli xperia, tapi bile baca forum, banyak pula kelemahan dia, mulalah nak beli iphone, adui mahal pulak, terasa nak beli blackberry pulak, mcm tu la manusia, selalu mencari yang terbaik.

Akhirnya, mungkin Allah nak tunjukkan jalan, kami mulakan kelas hari ni dengan subjek neuroanatomy. apa yang saya dapat, masyaAllah, bagaimana Allah menciptakan otak manusia itu yang sekecil2 bahagian dapat memberi makna dalam kehidupan seharian. bagaimana bayi dapat mengenal ibu-bapanya seawal usia setahun dengan area 19 dalam otak, bagaimana kita dapat memahami kehendak manusia melalui perbualan selari dgn fungsi area 22, begitu juga area2 yang lain yang masing2 membawa peranan masing2.

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya) Surah At-Tiin ayat 4.

Menarik sekali apabila mengetahui mengapa Allah menciptakan manusia dengan sebegini rupa, kenapa dan kenapa, cuba fikirkan kenapa Allah menciptakan manusia dengan hadirnya 2 biji mata, 2 lubang hidung, 2 tangan, 2 kaki, tetapi dengan satu mulut?

Dalam perubatan, kita akan mengenal lagi Allah dengan lebih dekat, yang menariknya apabila ilmu perubatan itu dipelajari dengan hadirnya ayat2 Al-Quran, sepertimana dalam kelas Special Embryology yang lepas apabila kami didedahkan dengan pembentukan Urogenital System semasa kita masih 'bernafas' di dalam rahim ibu kita.

Yang keluar dari “tulang sulbi” lelaki dan “tulang dada” perempuan. Surah At-Tariq ayat 7.

Apakah yang dimaksudkan dgn tulang sulbi bagi lelaki dan tulang dada bagi perempuan? Apakah kaitannya dgn wolffian and mullerian duct?

Bila masuk sahaja tajuk yang berkaitan dengan masalah mental, masalah otak, atau pun disease2 yang berkaitan dgn otak, atau juga disease yang tiada lagi penawarnya, kadang2 terasa sedih pun ade jugak. bile melihat kanak-kanak cacat, kenapa tangan dia tketar2, mulut mereka herot, kenapa sesetengah orang tidak boleh menutup mulutnya, kenapa pula seseorang itu tidak dapat berjalan, kadang2 hanya air mata yang dapat menjadi jawapan untuk semua penyakit tersebut.

Tak semua penyakit dan masalah ini ada penawarnya. kalau bahagian otak itu damaged, probability untuk sembuh itu mungkin 0.0000001% sahaja, kadang2 terfikir adakah aku ini masih tidak bersyukur bila masih memikirkan blackberry atau pun iphone?

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Ar-Rahman.

3 minggu lepas saya sempat bergelak ketawa dengan seorang sahabat, masih sempat merasa lauk kari yang dimasaknya, tetapi hari ini, Allahhhhhh.

Bipolar disorder. Itulah nama penyakit yang sedang dihadapi oleh rakan saya ini, sedihhhh sgt bila melihat sahabat ini menjadi sedemikian, yang lebih sedih apabila melihat raut abangnya yang tpaksa diam memikirkan nasib adiknya. Mereka berdua merupakan pelajar yang riang perwatakannya dan kini mungkin keriangan yang dahulu tidak bermakna lagi, bipolar disorder, adakah penawar untuknya? Allahhhh. Moga enta kembali pulih dengan kuasaNya.

............................................................

Cancer. suatu penyakit yang menceritakan bagaimana kesannya jika tidak dicegah dan dirawat dari awal. Untuk rakan2 sekolah, pastinya kalian sudah maklum tentang keadaan salah seorang guru kita, marilah kita berdoa agar pembedahan yang dilakukan pada pagi tadi akan memberikan kembali kehidupan sebagai manusia yang sihat seperti kalian selepas ini.

Tak tahulah diri ini sanggup atau tidak untuk berhadapan dengan pesakit2 yang sudah mengetahui 'tarikh kematian' mereka.

Sahabat dan teman2 sekalian, umur yang panjang ini, nikmat yang sihat ini, jangan pula kita gadaikan ia dengan maksiat, perbanyakkanlah zikir kpdNya. Kita tidak mendapat ujian sperti penyakit2 ini disebabkan Allah tahu mungkin kita tidak mampu untuk menghadapinya, akan tetapi ingatlah, nikmat sihat ini juga ujian daripadaNya.

Moga2 kalian berdua cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa,

Orang yang sabar merupakan mereka yang sentiasa berdoa dengan doa di atas apabila sahaja kejadian yang berlaku serta menguji keimanan mereka. Mereka harus tetap reda dengan ketetapan Allah itu dan meyakini bahawa Allah s.w.t. sekali-kali tidak menzalimi mereka dalam perkara yang berlaku itu. (Tafsir al-Mawardi, tafsir ayat 155 surah al-Baqarah)

wallahu'alam.