Pages

Wednesday, October 13, 2010

Penjelasan hadis nabi yang dipermainkan.

Salam Alaik.
Alhamdulillah saya masih lagi sempat bernafas dan masih lagi dikurniakan nikmat Iman dan Islam. Teramat sedih ble melihat seseorg yang dahulunya menjadi manusia yang mengucap dua kalimah syahadah tetapi kini sudah ditarik nikmat Iman dan Islam. Kita hidup di dunia bukan selama2nya. Carilah ilmu. Bentengkanlah diri anda semua dgn ilmu,agama dan cahaya Iman. Igtlah, Al-Quran dan As-Sunnah xkan menyesatkan kamu.





Sangat sedih dgn tindakan saudara kita. Berikut ialah perbualan antara seorg ibu dan anaknya. Marilah kita berdoa agar iman saudara Tajul kembali dan dapat merasai 2 nikmat yg tbesar iaitu Iman dan Islam.


Masih igtkah hadis Rasulullah saw yang dijadikan bahan mainan oleh salah seorg umat manusia di Malaysia? Hadisnya seperti berikut.

1183. It is related that Abu Hurayra said, "I never sae al-Hasan without my eyes overflowing with tears. That is because the Prophet, may Allah bless him and grant him peace, went out one day and I found him in the mosque. He took my hand and I went along with him. He did not speak to me until we reached the market of Banu Qaynuqa'. He walked around it and looked. Then he left and I left with him until we reached the mosque. He sat down and wrapped himself in his garment. Then he said, 'Where is the little one? Call the little one to me.' Hasan came running and jumped into his lap. Then he put his hand in his beard. Then the Prophet, may Allah bless him and grant him peace, opened his mouth and put his tongue in his mouth. Then he said, O Allah, I love him, so love him and the one who loves him!'"

Mereka menjadikan hadis ini sebagai alat untuk menghina Nabi kita dan menghalalkan perkara yang haram. Apa yang dihalalkan itu saya rasa pembaca sudah faham melalui post saya yang lepas. Terasa malu untuk menulisnya. Nauzubillah

Sebentar tadi,Alhamdulillah akhirnya saya mendapat jawapan kepada hadis ini dan sesungguhnya hadis2 Nabi ini pasti ada jalan ceritanya dan maksud yang cuba disampaikan.

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi rumah anakNya dan di sana terdapat cucu kesayangan baginda iaitu Sayyidatina Hassan dan Sayyidatina Hussein. Rasulullah saw mendapatkan mereka berdua lalu dicium oleh baginda leher Sayyidatina Hussein dan mencium mulut Sayyidatina Hassan. Lalu Sayyidatina Fatimah bertanya kepada baginda Rasulullah saw tntg perkara tersebut. Rasulullah saw bersabda dgn maksud nanti kelak akan sampai satu masa yang mana Sayyidatina Hassan akan diracun dan Sayyidatina Hussein diracun. Itu merupakan mukjizat Nabi Muhammad saw.

Syukron kpd ustaz Malik yang sempat menerangkan kpd saya tentang hadis ini.

Sesungguhnya nikmat yang kita rasa ini akan terasa berharga apabila kita kehilangannya seperti nikmat sihat. Kita akan menghargai nikmat sihat bila kita sakit. Begitulah Iman dan Islam. Tetapi bukan bermakna kita kne hilang nikmat ini baru dapat merasai kenikmatannya, kita kena hargai nikmat yang Allah berikan ini kepada kita dgn mndalami lagi Al-Quran dan As-Sunnah. Siapa lagi yang nk mndalami ilmu tersebut kalau bukan kita? Wallahu'alam.

Sunday, October 10, 2010

Gejala Murtad di Facebook 2

Salam Alaik.
Kali ini gmba dah boleh enlarged. Saya pilih imej2 yang berkaitan sahaja sebagai renungan bersama.

p/s: kalau mereka ini muncul di depan anda dan menanyakan soalan sebegini adakah anda sudah bersedia untuk menjawab soalan tersebut?





Wallahu'alam

Gejala Murtad di Facebook




Salam Alaik.
Alhamdulillah kali ini saya diberi kesempatan oleh Allah swt untuk berkongsi dgn pembaca sekalian mengenai sesuatu perkara yg menyedihkan yg berlaku di negara kita sendiri.

Ok la saya akan menceritakan secara ringkas tntg peristiwa yang berlaku.

Adakah anda semua tahu tntg isu semasa yang berlaku di Malaysia? berkaitan tntg kedatangan Adam Lambert untuk mengadakan konsert di negara kita.
Konsert ini dibantah kerana beliau merupakan Gay dan dikhuatiri akan melakukan aksi2 yang melmpau di atas pentas. Pada pendapat saya konsert sebegini wajib diharamkan dan bukan sahaja untuk Adam Lambert, malah untuk semua artis2 yang berpakaian 'telanjang' lagi2 artis wanita yang pastinya tidak menutup aurat.

Ok la. menjadi tradisi Facebook untuk meng'like' seuatu page dan seperti yang saya katakan saya mmg membantah penganjuran konsert sebegini. Oleh itu saya like page facebook tersebut dan saya dikejutkan dgn statement seorg gadis Nadia Minah (bkn nama sebenar kot) dalam page tersebut.






Page yang dimaksudkan (wallpost kak boo yang mengelirukan)







Inilah wallpost gadis tersebut.

Beliau menggunakan hadis Rasulullah saw sbg hujah untuk mengatakan baginda seorg yg Gay.
Agak terkejut bila nama mcm Islam tapi mengeji pesuruh Allah sehingga sedemikian rupa. dan gadis ini ada mmberi hadis tersebut dan diletakkan sekali link website tersebut dan akhirnya tjumpalah website yang dimaksudkan.


Sumber yang dimaksudkan.




Hadis yang bernombor 1183. Sila lihat ayat yang mengatakan baginda SAW meletakkan lidahnya di dalam mulut cucu baginda.


1183. It is related that Abu Hurayra said, "I never sae al-Hasan without my eyes overflowing with tears. That is because the Prophet, may Allah bless him and grant him peace, went out one day and I found him in the mosque. He took my hand and I went along with him. He did not speak to me until we reached the market of Banu Qaynuqa'. He walked around it and looked. Then he left and I left with him until we reached the mosque. He sat down and wrapped himself in his garment. Then he said, 'Where is the little one? Call the little one to me.' Hasan came running and jumped into his lap. Then he put his hand in his beard. Then the Prophet, may Allah bless him and grant him peace, opened his mouth and put his tongue in his mouth. Then he said, O Allah, I love him, so love him and the one who loves him!'"




Maka gadis ini menjadikan hadis ini untuk kononnya membela Adam Lambert dgn mngatakan bahawa Rasulullah saw ialah gay.

Terase geram dan marah terhadap tindakan wanita ini dan saya cuba melihat website tersebut dgn lebih mendalam. Maklumlah sekarang ini banyak sangat hadis yang bersifat Israelis atau yang direka oleh musuh Islam bagi mengelirukan umat Islam. Bukan hadis sahaja malah ayat Al-Quran juga direka.

Apa yang saya lakukan ialah mencari rakan2 yang boleh membantu ketika itu untuk menterjemahkan hadis tersebut ke dalam bahasa Arab agar kita dapat mencari kebenaran samada hadis ini Sahih atau Palsu. Alhamdulillah Allah telah memudahkan kerja saya apabila saya bertemu dgn seorg rakan berbangsa Arab dari Jordan. Kerja saya menjadi mudah apabila beliau turut bersemangat untuk mencari kesahihan hadis tersebut. Ternyata perkataan meletakkan lidah itu sangat meragukan.

Tentang website tersebut mmg sgt meragukan. Bagaimanapula si Gadis tersebut boleh menjumpai website serta hadis ini dgn bertujuan untuk menghina Baginda SAW.???

Dalam mencari kesahihan hadis tersebut saya cuba membetulkan fahaman gadis tersebut dan alangkah terkejutnya rupanya terdapat ramai dikalangan mereka yang menghina baginda SAW. Sebentar tadi mereka memberi link kepada imej baginda saw, imej kartun yg bersifat lucah btujuan menghina Nabi kita. Astaghfirullah.

Memang pelik. macam mana mereka boleh berkumpul untuk mngatakan untuk menghina Islam dan saya berpendapat mereka berasal daripada mana2 persatuan yang bertujuan untuk menjatuhkan Islam. Mereka mengajak kita untuk berbicara mengenai Islam walhal sebenarnya mereka mahu menjatuhkan Islam. Mereka tergamak mempertikaikan pernikahan Rasulullah saw dengan Isteri baginda Sayyidatina A'isyah r.a dan mempertikaikan jumlah Isteri baginda.

Ternyata tujuan mereka untuk menghina Rasulullah saw dan sebenarnya apa yang mereka pertikaikan itu Allah telah pun memberi jawapannya dalam Sirah Rasulullah saw itu sendiri. Mereka mengatakan Rasulullah saw itu bernafsu kuat tetapi mereka tidak mendalami sirah nabi.

Sirah Rasulullah saw sangat cantik dan dijaga oleh Allah swt. Bnyk kisah2 yang memberikan 1001 pengajaran kepada kita. Tuduhan mereka mengatakan Rasulullah kahwin ramai disebabkan nafsu seks baginda tinggi walhal sebenarnya apa yang dilontarkan oleh mereka itu tidak benar. Rasulullah berkahwin dgn Sayyidatina Khadijah ra pada usia baginda 25 tahun dan tidak pernah berkahwin lain sehingga pemergian Sayyidatina Khadijah ra. Kalau ikutkan akal fikiran,sekiranya anda berada di tempat Rasulullah saw,adakah wajar dikatakan anda gila seks? knp x kahwin awal2 sdgkan usia anda masih muda? Bagi mereka yang memahami sirah nabi banyak hadis2 Rasulullah saw diriwayatkan oleh isteri baginda sendiri. Bagaimana Rasulullah saw dapat mnympaikan syariat Islam kpd kaum hawa sedangkan baginda seorg yang sangat pemalu? Ha melalui isteri2 baginda. **tapi saya rasakan bercakap dgn golongan2 yang mnghina Nabi di facebook itu hanya sia2 dan mereka akan terus menerus mencari kesalahan Rasulullah saw. Kita sebagai umat Islam janganlah terlalu mudah untuk terjebak dalam perkara sebegini apatah lagi website2 hadis yang banyak di Internet sekarang.

Ok berbalik kepada cerita tadi,alhamdulillah Rakan saya dapat menemui hadis asal yang bkemungkinan besar hadis yang dijumpai oleh wanita tersebut adalah tidak sahih.



2163 ـ حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ اَبِي يَزِيدَ، عَنْ نَافِعِ بْنِ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ، عَنْ اَبِي هُرَيْرَةَ الدَّوْسِيِّ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ خَرَجَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فِي طَائِفَةِ النَّهَارِ لاَ يُكَلِّمُنِي وَلاَ اُكَلِّمُهُ حَتَّى اَتَى سُوقَ بَنِي قَيْنُقَاعَ، فَجَلَسَ بِفِنَاءِ بَيْتِ فَاطِمَةَ فَقَالَ " اَثَمَّ لُكَعُ اَثَمَّ لُكَعُ ". فَحَبَسَتْهُ شَيْئًا فَظَنَنْتُ اَنَّهَا تُلْبِسُهُ سِخَابًا اَوْ تُغَسِّلُهُ، فَجَاءَ يَشْتَدُّ حَتَّى عَانَقَهُ وَقَبَّلَهُ، وَقَالَ " اللَّهُمَّ اَحْبِبْهُ وَاَحِبَّ مَنْ يُحِبُّهُ ". قَالَ سُفْيَانُ قَالَ عُبَيْدُ اللَّهِ اَخْبَرَنِي اَنَّهُ رَاَى نَافِعَ بْنَ جُبَيْرٍ اَوْتَرَ بِرَكْعَةٍ.

This Hadith says "That Sayedona Mohammed S.A.W., went during the day Bani Qaynoqa'a market, and was not talking to anyone. He sat in the yard of Fatima house (his daughter, Ali Ben Abi Taleb wife), she was bathing her son. Her son sliped and ran to Sayedona Mohammed S.A.W, and emraced him and kissed him.


Hadis ini diberikan oleh rakan saya agar dapat membetulkan hadis yang sudah dterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Mengenai hadis yg diberikan oleh wanita tersebut saya dan rakan saya masih cuba mencari terjemahannya dalam bahasa Arab. Sekiranya terdapat hadis ini,pastinya terjemahannya bukan sedemikian dan membawa maksud yang lain. Kepada rakan2 yang mempunyai ilmu hadis yang tinggi harap dapat bantu.



Di sini saya ingin memberi sedikit nasihat kepada antum semua dalam berbahas mengenai perkara2 sebegini bersama manusia2 yang cuba mngeji agama Islam.

Setiap perkataan yang kita tuturkan seeloknya diambil daripada Al-Quran dan As-sunnah.
Jangan mudah memberontak dan marah ketika berbahas dengan mereka.
Cuba menasihati mereka untuk bertaubat pada awalnya.
Sekiranya mereka masih menghina Rasulullah saw dan Allah swt, eloklah kita berserah kepada Allah swt. Usaha mereka sebenarnya bukan untuk mencari kebenaran tetapi untuk terus menghina Islam.

nasihat daripada rakan.




Ok di bawah ini terdapat sedikit imej2 yang menceritakan apa yang berlaku dan mereka sewajibnya diatasi.

Kita janganlah terikut2 dengan budaya menjatuhkan hukum murtad ke atas seseorg.
Bertaubatlah sgn segera bagi mereka yang pernah. Ayuhlah kita mendalami lagi ilmu agama kita, ilmu Al-Quran dan Hadis. Siapa lagi yang nk mempertahankan kalam ini kalau bukan umat Islam sendiri.?














Sangat sedih dan kesal atas apa yang terjadi. Mereka terus menerus menghina agama kita dan kita janganlah menghina agama mereka kerana Rasulullah saw xpernah mngajar kita untuk menghina agama lain.

Persoalan yang lain bagaimanakah kita sebagai umat Islam yang mengejar syurga Allah menzahirkan rasa cinta kita kepada Rasulullah saw? sudahkah anda berselawat?

Harap ada yang dapat berkongsi pendapat dan perbetulkan antara satu sama lain. Wallahu'alam. wslm

Saturday, October 9, 2010

Melihat adik sendiri dicabul.

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi picnic di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam- macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik- adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.

Satu hari, semasa keluarga ini berpicnic, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah kita bawa berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya!!! Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah, “Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan.” Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,”Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan.”

Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi.” Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.

“Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu.” Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik- beradik yang lain.

Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.

“Hoi monyet…senyaplah… pengkhianat!” Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.

Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kononnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat. “Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami.”

“Selamatkan adik kami yang kelemasan.”

Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kononnya tergempar itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner “Selamatkanlah adik kami yang kelemasan” setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.

Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi lalu mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal iaitu,”Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan”… adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik….

Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.

catatan :

+ adik perempuan itu bernama Palestin.

+ adik lelaki itu bernama Iraq.

+ abang-abang itu Pengerusi OIC & negara-negara Arab yang kaya raya

+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.

+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam

+ bapa yang mati dibunuh itu Khalifah Uthmaniyah

+ mesyuarat itu pula adalah mesyuarat OIC

+pendatang haram tersebut ialah Yahudi,Amerika Syarikat,Zionis dan sekutunya.

Thursday, October 7, 2010

Menempah bilik di neraka.

Assalamualaikkum & Salam Peringatan,

Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah,Mesir.Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

Thursday, September 23, 2010

wajah manusia seperti...

Gambar ni dicopy dari fesbuk. timbul beberapa persoalan.

adakah ini cubaan para saintis untuk mngklonkan manusia dgn binatang?
atau
adakah sebegini rupa manusia di padang mahsyar nnti?

Segerakanlah taubat sebelum pintunya ditutup.

Wallahu'alam