Pages

Friday, March 11, 2011

Syaitan Manusia Setan.

Salam Alaik.

Bila kita menceritakan dan berbincang mengenai syaitan, makhluk yang dicipta daripada api, pastinya apa yang terbit dari akal fikiran kita semuanya mencorakkan perkara-perkara yang tidak baik, negatif, keji dan sebagainya. SUdah tentu ada yang memikirkan seperti syaitan itu lah sejahat-jahat dan sekejam-kejam makhluk. Kerana mereka anak-anak Adam dicampakkan ke lembah kebinasaan.

Soalan budak kecik dkt sekolah agama: Syaitan dan manusia. Mana yang sebenarnya lebih keji dan hina?

Hurm menarik soalan ni. yela. kalo kita fikirkan, tugas syaitan nih membisikkan kedalam diri kita dgn godaan2 yang menjerumuskan kita ke lembah maksiat. Disuruhnya mencuri, menipu, berzina, membunuh. Dibisikkan. Syaitan membunuh ke?

Contoh, Si A suruh Si B membunuh Si C, Si B pergi membunuh dgn kejamnya Si C lalu berita kekejaman Si B tersebar luas. Pada mata kepala manusia yang mendengar berita tu, sapa yang lagi kejam? Si A? Si B? tak kan Si C kot.


Sedikit perkongsian mengenai anak2 syaitan. Mungkin ada yang sudah tahu bahawa anak-anak syaitan ni terdiri daripada 5 setan yang bernama Tsabr, Al-A'war, Miswath, Dasim n Zaknabur. Semuanya 5 setan.

Sekarang kita cuba lihat apa tugas kelima-lima setan ni.

Tsabr: tugasnya lebih kurang cmni,dia akan membisikkan kepada manusia yang sedang mengalami kesedihan, time ni la setan ni dtg kepada manusia tu dan soh la manusia ni buat perkara2 yang diluar jangkaan, contohnya membunuh diri la yang selalu dga. Pernah juga kita merasai, bila kecewa dan sedih mula la nak menampar diri,menjerit2, terpekik2, campak2 barang dsb. Tugas setan ni jugak nak meniupkan perasaan mengingati dkt seseorang, contoh bila kematian ahli keluarga dsb, time tu la Tsabr ni akan buat kita rasa terigt sgt dkt diri arwah dan mula la kita pon xnk makan,xde selera, nak keje pon xlarat, sumenye xde mood. itu lah keje Syaitan yang tugasnya hanyalah membisik. Manusia?

Al-A'war: Bahasa yang mudah difahami buta sebelah mata. Tugasnya nk memerangkap manusia dalam penzinaan. Kadang2 kalau suami dah ada isteri yg cukup sifat tapi boleh lagi nk pergi melanggan pelacur dan sbgainya. Sebabnya sebelah mata lelaki tu dah ditutupi. maksudnya dia dah x igt da kt bini dia, ni keje setan ni lah. Begitu juga dkt perempuan yang mncari kekasih lain. Sebab itu Allah swt memberi peringatan kpd manusia untuk menjauhi Zina. Kita terjemahkan,jauhkan diri dpd berkapel sbb itu lah 1st step tok berzina, bila dah berdua2an kalau dah strt tu mmg susah nk stop tok berzina, sbb apa? Al-A'war dah butakan sebelah mata penzina2 tersebut. So, sapa yang jahat? Si Penzina? Setan?

Miswath: Maksudnya pengadun, benda yang mengadun, cm blend kot, tugasnya menyebarkan pembohongan dalam kalangan manusia, berita2 dusta,fitnah2 dan akan disebarkan diseluruh masyarakat hingga berpecah belah la manusia ni disebabkan oleh bisikan setan ni kpd manusia untuk menyebarkan berita palsu dan disebarkan ke seluruh masyrakat. gossip? fitnah? media massa? sape jahat? setan ke manusia? heh

Dasim: Bermaksud menutup dan mengunci yang kotor dan kusut. Tugasnya nk mewujudkan kacau bilau dalam sesebuah keluarga contoh suami isteri, bapa dan anak2. kalau korg tgk cte melayu ade je adegan2 cmni. Bila dasim menjalankan tugasnya,dgn tidak semena2 boleh jadi bapa dlm family ni ttbe2 naik angin, xpon suami x puas ati kt isteri. Dasim juga akan meniupkan perasaan dendam dlm diri. mulala rasa nk mengungkit2 dan pergaduhan yang besar akan berlaku dlm family. Bnda kecik pun boleh buat family tu kacau bilau. hurm

Zaknabur: Setan yg kelima ni tugasnya boleh kita lihat dalam urusan jual beli. So setan ni akan membisikkan kpd peniaga dan pembeli. Si peniaga ni jual dgn care menipu maybe, xpon jual barang2 yang busuk, kalau si peniaga, sanggup berhutang. haih kalau dah berhutang faham2la.


So 5 anak2 setan ni akan berusaha untuk menggoda satu manusia. Hasilnya 5 setan ni buat kerja yang sama iaitu membisik tapi yang manusia ni membuat 5 pelbagai jenis perbuatan keji. Bukan sahaja 5 malah boleh lebih lagi.




Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata. Mereka itu, tempat akhirnya ialah neraka jahanam, dan mereka pula tidak akan dapat melarikan diri daripadanya. An-Nisa ayat 120-121.

Apa jadi kalau kita tewas dgn godaan syaitan? tugas diorg membisik. kitalah yang melengkapkan tugas syaitan tu. Ya Rabb. Ke neraka kot.

Kita ada pilihan. Untuk menerima dan menolak. Cuba kita tgk pulak ayat selepas ayat Surah An-Nisa di atas ni.

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah? An-Nisa ayat 122.

Wallahu'alam.


Sunday, March 6, 2011

manusia menjadi anjing.

Salam alaik.

Pernah lihat artis2 yg menggunakan botox? mencukur kening? memancungkan hidung? semuanya kerana mengejar dunia. nak sangat jadi cantik. tak yakin dgn nikmat yang Allah beri.

“Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah”. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata. An-Nisa ayat 119

Ramai dah tahu hukum hakam. belajar tinggi2 tapi kenapa terikut2 lagi dgn godaan syaitan. nak jadi cantik. syaitan suruh pakai ketat2. dedah sikit2. lama2 suruh ubah terus. plastic surgery. aduhai. Ya Allah jauhkanlah kami daripada terjerumus dalam kancah maksiat ini yang akhirnya merelakan diri kami menjadi bahan api nerakamu :(

Kalau manusia menjadi anjing?
imej ni saya copy paste from facebook.

Wajah lelaki ini sebelum dibedah. comel je.

dah ready dah nak kne bedah.
bangkai anjing yang digunakan.
mule2 tampal kelopak mata dengan kulit anjing.
touch up sket kat telinga dgn kulit anjing tadi.
part ni susah sket. nak letak mulut anjing nih. -___-
besenye hidung manusia mancung. ni dah jadi mulut mancung. mulut anjing.
kasi ketat sket.
siap. manusia bertopengkan anjing.

Astaghfirullah. dunia akhir zaman. bagi saya. dan rakan2 pun mungkin tahu pembedahan ni hanya membuat masalah. mana plak part2 kulit tu nk dapat darah for gain oxygen, produce energy lagi, msti lame2, eh sekejap je,jadi berbau,pastu akan ada penyakit pulak dkt manusia nih.

Nauzubillah. Akhir zaman.
Wassalam.

Saturday, February 26, 2011

Bila pemimpin itu menunjukkan 'kepandaiannya'

Salam alaik wbt.
Terigt kata2 seorg ustaz, Ustaz Fawwaz. anak Allahyarham Ustaz Fadhil Noor. Beliau ade bersuara mengenai student medic yang kalau berceramah melebihi tahap ilmunya. Kata org trsgt2 tinggi giannya untuk menyampaikan ilmu agama. Mulalah nak mmberi fatwa2. lagi2 kalau memberi pendapat sendiri tanpa disokong pendapat2 ulama' terkini. Bila dah mcm ni kita pun sedar sebagai seorg pelajar medic lebih elok lah kita menfokuskan bidang pembelajaran kita tapi bukan bermakna kita tak boleh mendalami ilmu agama, boleh. Boleh juga menympaikannya tetapi sampaikanlah atas dasar kita tahu dan pernah bermesyuarat dan berbincang mengenainya. Kalau sampai part2 perselisihan pendapat ulama mengenai fatwa2 tuh hang tok sah nak sibok2 lah. Takut2 kita sampaikan yang batil.

Aha ni sorang lagi. Akhi. Saya seorang pelajar dan bukannya agen pembangkang mahu pun kerajaan.

Tapi akhi. mungkin bila banyak negara yang mengakui bahawa Negara Yang Akhi pegang sekarang ini membawa imej Islam masa kini jadi boleh la akhi menympaikan sesuatu yang batil. Macam tu ka?

Ikhwan itu pengganas. Seperti akhi berkata yang memperjuangkan Islam itu pengganas. Akhi tgk berita tak apa ikhwan buat masa rusuhan? bukan Ikhwan yang anjurkan. Baik akhi semak fakta yang akhi cuba putar belitkan. Statement akhi nih kalau ditunjuk pada budak yang menyokong akhi, andai mereka punya iman, punya akal,dan tidak termakan dgn dunia, akhi jangan berharap nak meneruskan dakyah kosong akhi di negara akhi sendiri kelak.

Mengecam Ulama besar Sheikh Yusuf Al-Qaradawi. Akhi menidakkan fatwa2 beliau. Apa yang akhi tahu tentang ilmu dia? Akhi tahu sejarah hidup dia?

Akhi Najib. cek la balik iman anda. saya bimbang kalau anda ini dipegang oleh seseorang. Bila anda dipegang,maknanya kami pun dipegang.

Kalau anda berkata bahawa Mustafa Kamal Al-Tartuk itu membebaskan Turki? maknanya anda mengatakan seperti Abu Jahal itu manusia yang membela islam. Adik2 jelaskan jasa Abu Jahal terhadap Islam. (utusan)

Wallahu'alam

Sunday, February 20, 2011

Pelajar Malaysia Pelajar Palestin

Salam alaik.

Sekadar perkongsian, memang terasa bila seseorang itu mentertawakan kita, kadang2 rasa nk bg penampar pon ade en,huhu tapi ketawa kali ini bukan sebarang ketawa.

Terasa malu bila mendengar kanak2 Palestin ketawa bila mendengar student msia dkt egypt dipanggil balik.

Mana keberanian kita untuk menghadapi semua ini? Keberanian untuk berperang dengan musuh2 Islam? Mereka tenang je bila dihujani peluru, bila jet pejuang ulang alik atas kepala. aduh terasa terasa.


Kalau berita mereka ketawakan kita tidak benar sekalipun, tapi renungkanlah,cukup kuat ke kita untuk menghadapi al Masih AdDajjal kelak?


Ala suruh boikot pon sekejap je. then sokong balik. itulah kita.
Astaghfirullah


p/s: ada ke student kene rogol nih? kalau ada mesti kita terkejutkan,mesti rasa marah,ah mcm2. tapi kanak2 dibunuh di Palestin? apa kata kita?

Wallahu'alam

Saturday, February 19, 2011

Solat Jumaat di Tahrir

Salam alaik.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
Akhirnya Dr Yusuf Al-Qardawi kembali juga ke tanah airnya, tanah kelahiran beliau, tanah yang menyaksikan kekejaman pemimpin Mesir ke atas dirinya.

Beliau yang menghafal Al-Quran semenjak umurnya 9 tahun lagi, kembali menjadi ulama' yang tersohor untuk kembali berbakti dan menyebarkan ilmunya di tanah airnya sendiri.






Video di atas ialah video solat Jumaat di Medan Tahrir pada 18/2/2011 yang diimami sendiri oleh Sheikh dr Yusuf Al-Qardawi. Memang terasa bersemangat kalo yang betul2 menghayati solat tersebut lagi2 lah dalam suasana sedemikian. Ok la, tok yang bace blog saya ni lah,nak tanya, dalam solat tersebut, Sheikh Yusuf Al-Qardawi membaca surah Al-Fajr dan mengulangi beberapa ayat. Cuba2 study apa maksud ayat tu ek, moga kita dapat belajar sikit apa maksud2 ayat tersebut and ada kaitan tak ayat tu dgn keadaan mesir sekarang?

Wallahu'alam.

Friday, February 18, 2011

Bukan Isu Mesir, tapi Isu bahrain juga, negara Arab, dan kita


Salam Alaik. Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

Suasana Gelombang Rakyat mula merebak hampir ke seluruh negara Arab. Iye lah kalau dah pemerintahnya kuku besi, sapa suka? *kroni dia jela yang syok.

Betullah apa yang kami jangkakan, perubahan Mesir ini akan berlaku apabila dia melihat orang lain berjaya seperti Tunisia yang mempengaruhi riot yang berlaku di Mesir beberapa minggu yang lepas, dan perubahan yang berlaku di Mesir pastinya akan mempengaruhi hampir ke seluruh negara arab.

Mereka bersuara dan bergabung tanpa memikirkan fahaman agama dan kepercayaan masing2, apatah lagi fahaman bangsa.


Bercakap tentang bangsa, ta payah lah nak semangat bangsa sangat, semangat yang sia2 inilah yang telah mengakibatkan kejatuhan beberapa kerajaan, tak terkecuali kerajaan Islam yang jatuh akibat semangat bangsa ini apabila Bangsa Arab tak boleh menerima Bangsa lain(Turki) menjadi Khalifah yang mengakibatkan perpecahan antara umat Islam sendiri. Cuba korang lihat bagaimana Kerajaan Abbasiyah itu jatuh, bagaimana Eropah sengaja mengapi2kan bangsa Arab untuk menentang kerajaan Khalifah yang berpusat di Turki, bagaimana Mustafa Kamal Al-Tartuk diapi2kan dengan semangat Nasionalis untuk membenci bangsa Arab? Ya memang semangat yang membuta tuli ini juga ditiup daripada mulut-mulut yang berbau busuk, yang mempunyai hati yang busuk, yang mahu melihat Islam itu jatuh seperti jatuhnya gelas berisi air.


Bagi Malaysia yang hidup dalam keadaan harmoni, harmoni dalam keadaan bersama dengan kaum dan bangsa yang lain, saya tak tahulah kalau ada juga manusia yang mulutnya bernanah nak memecahkan belah perpaduan di Malaysia. Apa yang paling sedih bila orang 'Islam' di sini mengagung2kan bangsa Melayu lebih daripada Islam. Oh Melayu untuk Islam?

Bahrain-Libya-Yaman.

Berapa ramai yang kini merasai pula penderitaan rakyat Palestin? Saya nampak kini ramai 'pemimpin' dunia menunggu2 nasihat Barrack Obama, iyela dia tu macam Pusat Khalifah.

Bila seluruh negara Islam bersatu seperti dahulu,seperti zaman kegemilangan Khalifah, saya tak rasa riot ini perlu. Tapi bila 'kita' bersatu, US,Israel pulak 'kepanasan'.


Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

H.R. Abu Daud dan Tirmizi

Lau Kana Baynana..