“Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”
Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.
Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.
Pada 26 disember 2010 yang lalu pasukan bola sepak Malaysia berjaya memadamkan api ego Indonesia dengan kemenangan 3-0 pada final pertama. Tahniah diucapkan. Moga2 perlawanan kedua nanti pasukan Malaysia dapat mempertahankan dan menambah jaringan gol agar Malaysia memenangi piala AFF Suzuki nih.
Ok la tahukah anda 26 disember yang lalu kapal Mavi Marmara yang dahulunya kita semua peka tentangnya telah berjaya berlabuh di Pelabuhan Sarayburnu Istanbul.
Di atas kapal inilah berlakunya medan pertempuran antara KITA dengan Israel yang menyaksikan beberapa antara KITA telah syahid. Kita bila lagi?
sekadar peringatan buat kita bersama.
p/s: Kapal ini dirampas oleh Israel pada 31 Mei yang lalu. Oh time tu ade final anatomy kalau x silap. Wallahu'alam
dulu petang2 kau ajak ak main bola bergoalkan bumper.huu lepas tu naik basikal mountain bike kau pg beli askem msia dekat makcik peah,
ingat lagi ko terjerit2 panggil AMANNNN huhu
mse kau msok skola menengah badan kau da naik kot. mak ak pon ckp kau kuat makan,huu.
Din, dulu kau datang rumah dgn fakhrul, nak jumpe aku en? tapi time tu ak kat mesir lagi,korg datang awal sgt lah,huu
bile aku balik msia ritu ko ajak ak dtg visit korg, tapi ak x sempat.
dan sekarang aku x sempat tok selama2nya.
*sebak TT
Ya Allah, dialah sahabat aku dunia akhirat, kau haramkan lah kulitnya daripada disentuh api nerakamu, berkatilah dan rahmatilah dirinya. tempatkan dirinya bersama para syuhada dan para ahli jannah. ameen ya Rabb
Ya Allah Ya Rabb. Berikanlah padaku kekuatan untuk menghadapi segala ujian dan dugaan ini. Hanya padaMu ku meminta.
Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, Sesungguhnya Dia yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
(az-Zumar :53)
: dance in the rain, ignore the pain, forget and forgive, have only one life to live.
Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.
Post kali ni saya dahulukan ucapan takziah buat keluarga kawan saya,jiran mase kecik,Saifudduin Malik yang telah kembali ke Rahmatullah, Sedih fikirkan dirimu yang telah pergi menyambut seruan Illahi, Ya Allah kau beratkan neraca pahalanya, Ya Rasulullah kau syafaatkanlah dirinya..
Masa saya masih berada dalam tahun satu,saya smpt lagi berbual dgn arwah,masa tu borak pakai myspace, facebook ni mungkin time tu x aktif sgt. katanya dia sakit paru2,ada cancer paru-paru, time tu dkt hospital selayang,dalam 2 3 bulan jugak la dkt sne, then tbe2 dga arwah dah kua hospital,igtkan ada perubahan positif, tapi Allah lebih menyayangi dirimu, ku doakan kau berada bersama para syuhada :(
Masa saya tahu arwah sudah pergi, saya terigt masa2 kami luangkan di myspace, bertanya khabar,jadi saya pun sign in balik myspace, nak kenang2 balik masa kami bersama, bila saya bukak terpampang di homepage myspace tu dgn rakan2 myspace(perempuan terutamanya) yang mempamerkan gmbar2 mereka,posing2 mereka,yang membuka aurat,yang brgambar disebelah 'suami tercinta' mcm2 profile picture dan image yg diupload semuanya membuka ruang dosa. 3 Bekalan kita ke alam barzakh, doa anak yang soleh, sedekah jariah kita dan ilmu yang bermanfaat. Tapi kalaulah ditakdirkan nyawa kita ditarik dalam keadaan myspace/facebook/segala mcm website kita yang memaparkan image2 keta yang cukup men'dosakan'? adakah ia menjadi 'bekalan' untuk kita jugak?
Fikir2 lah untuk kebaikan kita bersama, bagi rakan2 wanita khususnya, korang semua diciptakan dgn sempurna,mempunyai wajah yang indah, dan lebih indah juga dihiasi sifat malu dan keimanan yang tinggi,janganlah kalian semua membenarkan syaitan menjadi hiasan diri anda. anda mampu mengubahnya.