Pages

Friday, March 29, 2013

Nikmat yang hilang

Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa.
Allah beri peluang utk kita 'menikmati' panasnya demam sebelum panasnya neraka.

Selepas ifthar bsama sahabat2 di Hamka smlm, tiba-tiba tekak rasa semacam.
dan blarutan sehingga keesokan harinya.
Tubuh menjadi lemah, tak mampu bergerak, hanya terbaring memikirkan dosa lalu.

Lalu Allah mendatangkan mimpi berkaitan kematian.
Lantas aku bangun, menunaikan solat fardu. Tak mampu untuk bgerak jauh

Kemudian aku terbaring lagi, lalu Allah mendatangkan mimpi berkaitan kelahiran
Aku melalui detik waktu ketika mula menghirup dunia ini.

Sungguh, tempoh kelahiran dan kematian itu amatlah pendek.
Peringatan buat aku, amanah masih belum tertunai, jangan buang masa

sihat sebelum sakit.

7.33 pm. 30/3/13


Sunday, March 24, 2013

Ketika Allah membuka jalan,
Ketika hamba memberi pilihan,
Hingga org tua memberi arahan,
Lalu hati menjadi tidak keruan.

Ya Allah, 
Pandulah aku meniti petunjukMu

Semuanya bergantung kepada Niatku ><

Wednesday, January 30, 2013

Accident

Alhamdulillah, malam ni diberi peluang untuk berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Smpat la jugak nak perhati dan belajar beberapa perkara daripada MO di situ.

Di wad Trauma dan Kecemasan agak sibuk, sebab ada kemalangan yang berlaku sebentar tadi, dan saya tertarik dgn satu perbualan yg berlaku tadi..

Doktor : "Kenapa you sorang yang ada di sini? total berapa orang?"

Patient : "3 orang doktor, saya saja yang survive, 2 lagi dah mati"

---------------------------------------------------------------------------------

Doktor merupakan manusia/orang yang selalu diingatkan dengan kematian, maka sepatutnya doktor ini antara manusia yang kurang melakukan maksiat dek kerana kesibukan mengingati kematian.

Malu kalau doktor pun masih bergelumang dengan maksiat *headshot* TT

Mati tak kira usia dan masa.

Teksi dari HUKM

Hari ini agak aktif jugak jadual aku. dari PJ ke seluruh pelusuk KL aku pergi.

Semasa dalam teksi dari HUKM ke stesen Bandar Tun Razak, ternampaklah kelibat seorang wanita berpakaian baju kurung menaiki scooter.

Lalu Pakcik Teksi pun memulakan bicara...

"Cuba tengok perempuan tu, boleh kena saman dengan JPJ. Mana boleh naik motosikal kalau berkain. Bahaya! Kalau accident atau apa-apa terjadi baru menyesal"

Aku mengiyakan. "Betul tu pakcik."

"Kalau pakai seluar, sekurang-kurangnya dia bebas bergerak kalau apa-apa terjadi"

dan seterusnya pakcik itu terus mengeluarkan hujah-hujah dan fakta-fakta yang aku pun tak tahu. Maklumlah, 'sekejap' je aku dekat perantauan.

Sampailah fakta yang satu ni, aku jadi pelik.

"Dalam Islam perempuan mana boleh naik kenderaan! Zaman Nabi dulu naik kuda. Nabi kan suka menunggang kuda"

Aku pun bermonolog, "Pak cik, bagi saya kunci teksi pakcik ni. Zaman Nabi mana ada teksi"

You decide.

Monday, January 28, 2013

A: "Banyak warna ni, kamu nak warna apa?"

Me: "Entahlah, x kisah pun sebenarnya"

C: "Abg pakai warna apa pun ok je, abang kan kulit putih"

--------------------------------------------------------------------

Aku putih o.O??

counting days -.-''

Friday, January 25, 2013

Pak Cik Tahir

Kalau 2 3 tahun lepas, time solat, if ada budak2 kecik berlari-lari, mmg kne la dengan sorang pakcik surau ni. Nama dia Pak Cik Tahir.

"Kalau nak berlari, p keluar!"

Pak Cik Tahir ni mmg antara org yg aktif dlm program surau. pape je mesti ada je Pak Cik Tahir ni.

--------------------------------------------------------

Masa musim Haji yang lepas, Pak Cik Tahir berpeluang untuk mengerjakan ibadah Haji, 2 3 hari selepas ketibaannya di tanah haram, akhirnya Allah menjemput beliau.

Al-Fatihah