Pages

Thursday, August 29, 2013

Pelajari dan Aplikasi

Dalam sirah ar-Rasul saw, kita pernah diceritakan bagaimana Sayyidina Abu Bakar menenangkan Sayyidina Umar ketika mana Sayyidina Umar tidak dapat menerima tentang kewafatan Rasulullah saw.

Lalu Sayyidina Abu Bakar membawakan ayat ini sebagai peringatan kepada Sayyidina Umar ra.

وما محمد إلا رسول قد خلت من قبله الرسل أفإن مات أو قتل انقلبتم على أعقابكم ومن ينقلب على عقبيه فلن يضر الله شيئا وسيجزي الله الشاكرين

Ketika mana Dr Asri meletakkan jawatan sebagai YDP PAS, lalu bersoraklah perwakilan yang hadi pada muktamar ketika itu. Kemudian ayat yang sama juga dibacakan untuk menenangkan hadirin yang hadir.

Antara sedih dan suka. Antara kasih dan Benci, ayat ini menjelaskan bahawa pembawakan Islam itu perlu diteruskan. Ia digerakkan oleh Jamaah, bukannya individu. Pimpinan itu kita kasih, atau kita benci, berubah posisi pimpinan kita maka kita kena teruskan perjuangan tersebut.

Dipelajari untuk Diaplikasi.

Arwah Lah yang sudah memasuki hari kedua pemergiannya memang sangat menguji kekuatan diri ini. Sekali sekala merenung ayat di atas. Bagaimana Sayyidina Umar ra boleh lembut hatinya setelah dibacakan ayat ini, ternyata hati ini sangat keras untuk menerima ayat ini.

Begitu juga dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan rahsia Allah. Leka pula bila melihat orang lain mendirikan rumah tangga, menimang cahaya mata, atau pun saudara yang jauh meninggal dunia, padahal perkara ini seharusnya menjadi peringatan bahawa kita kena bersedia.

Bersedia untuk menjadi seorang suami. Seorang bapa. dan sekujur jenazah.

Bila ketetapan ini terpalit pada sahabat yang rapat, baru diri ini terhantuk. Rupanya aku terlalu lalai selama ini.

Kalau nak ceritakan kebaikan arwah, memang tak terkata. Hikmah orang yang menjaga al-Quran. Ada orang menjadi Hafiz. Tapi tiada keiizzahan sebagai seorang Hafiz. Tetapi alhamdulillah, Allah pertemukan kami dengan Lah, seorang yang saya boleh gelarkan sebagai Hamlatul Quran. Al-Quran ada pada diri Lah.

Bila tengok Lah, dengar apa yang Lah cakap, memang terkesan. Kadang-kadang isinya simple. Dah selalu dengar. Tapi penyampaian dia menyentuh hati. Semuanya kerana Lah mempraktikkan al-Quran dalam kehidupannya.

Sedangkan tengok Lah dah mcm ni, mcm mana pula bila terjumpa Rasulullah saw ye? :')

Bukanlah kami sedih kerana Lah sudah pergi, kami akui, group Majlis Presiden (Pengerusi ketujuh-tujuh cawangan) kini sunyi seketika. Kebiasaannya Lah yang akan initiate perbincangan. (Saya tukang karut lebih) Sedih tu ada la sikit. Yang paling penting kami cemburu kerana Lah dijemput ketika dia berada di atas jalan perjuangan.

"Tidaklah dikira seorang Hamba itu Istiqamah dalam perjuangan hingga dia mati dalam perjuangan"

Mengapa Allah bagi aku peluang untuk hidup lagi hari ini?
Kerana dosaku sangat banyak.Allah bagi peluang untuk bertaubat lg.Begitu pemurah sekali Allah.Mati itu tidak mengenal tua dan muda.Gunalah sebaiknya masa yang ada.Sungguh demi masa, manusia itu sangat rugi.
Astaghfirullah.Pray4Egypt
Antara status-status terakhir arwah.

Tenanglah.

***

Sebenarnya sampai sekarang tak boleh nak bkerja T.T Asyik teringat ke mung. Sampai mimpi hang reply whatsapp >.< Lah, jumpa di Syurga Lah >.<

Wednesday, August 28, 2013

Abdullah @ Lah

Antara kami bertiga, adik beradik cawangan baru (Ain Shams, al-Azhar dan Kaherah), Abdullah bin Azahari ataupun dengan panggilan mesranya, Lah, dialah yang lebih banyak bergerak sendiri. Pengamatan saya, PERUBATAN Cawangan Ain Shams sangat bertuah kerana mempunyai pengerusi seperti beliau.


Beliau memang masih baru dalam saf kepimpinan. Tapi ide, buah fikirannya menjangkaui batas pemikiran mereka yang berpengalaman.


Manis mulutnya, senyumannya. Bicaranya menusuk kalbu.


Lah (berbaju merah) selepas menjadi panel dalam forum Nuzul Quran Ramadan lepas.



"Cuba kita letak handphone dan al-Quran ditempat yang sama, keesokannya, kita bangun, mana yang kita akan capai dahulu? Al-Quran atau Handphone?" 


Antara pesanan-pesanan yang Lah sampaikan ketika dijemput oleh PERUBATAN Cawangan al-Azhar dalam Ramadan yang lepas bagi mengisi slot Nuzul Quran.


Hampir 7 bulan kami bersama-sama berkhidmat dalam portfolio pengerusi. Rajin Lah bertanyakan perkara-perkara bkaitan kerja. Beliau tahu bahawa sebagai seorang yang masih baru, tak seharusnya mendiamkan diri. Kerana malu bertanya, sesat jalan.


Kalau nak diceritakan, terlalu banyak kisah dan kenangan manis kami dalam bkerja. Apabila kita sama-sama bergerak dalam persatuan, yang bukanlah untuk mengejar nama, apatah lagi harta, akan tetapi kerana amanah yang telah dipundakkan ke atas bahu kami, ternyata ikatan ukhuwah itu tampak terbina dan terikat dengan secara fitrah. Tidak perlu dipaksa. 


Sebelum perintah darurat, saya sempat bermain badminton dengan beliau. Jauh dari Abbasiyah ke Hayyu Sadis untuk beriadah ;)


Kami selalu berhubung dalam whatsapp. Sebelum evakuasi, Lah selalu bergurau "Nampaknya kita akan berpisah" "entah bila kita akan berjumpa lagi" kami hanya melayan sebagai seorang rakan yang selalu bergurau sesama sendiri.


Dan pagi ini, gurauannya bukanlah jenaka semata-mata. Rupanya membawa satu pesanan yang tersirat. Dia pergi dalam keadaan ahli PCS sangat memerlukannya. Sungguh, Allah menyayanginya.


Abdullah Bin Azahari meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Ajil, Kuala Berang hari ini. 


Sungguh, tidak ada lagi sahabat aku yang pergi sehingga aku menjadi sebak sebegini. Bukanlah aku sedih kerana pemergian beliau, aku takut untuk menanggung rindu sebenarnya.



Antara pesanan beliau. Lah, Allah akan menjaga aku. Dan tenanglah kau di sana. Kini masa untuk engkau berehat. Doakan kami terus thabat dalam jalan agama Allah ini


Ya Allah, pertemukanlah aku sekali lagi dengan Lah, agar diriku tenang melihat keadaannya sebagai orang yang berjaya dunia akhirat.



Berehatlah Lah. Al-Fatihah.

Friday, July 26, 2013

Hebat Melayu


Kota Konstantinopel berjaya ditembusi selepas Allah swt mengilhamkan kepada guru Sultan Muhammad al-Fateh mengenai solusinya. Beliau mendapati dalam mimpinya bahawa Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari, salah seorang Sahabat Rasulullah saw berada di atas bukit dan mengilhamkan kepadanya bahawa kapal perang milik tentera Islam perlu dibawa mengikut jalan darat dan melalui bukit tersebut. Akhirnya tentera al-Fateh berjaya menewaskan tentera Konstantinopel dan taktik ini dianggap sebagai taktik peperangan yang terbaik pernah berlaku.

Ketika perang Arab-Israel, ketika mana tentera Mesir mula buntu bagaimana ingin menembusi kubu Israel, lalu Allah mengilhamkan kepada Syeikh Abdul Halim Mahmud untuk menembusi kubu Bar Lev dengan cara menggunakan air bagi memendapkan kubu tersebut. Akhirnya kubu yang didakwa Israel sebagai kubu terkuat di dunia itu dimusnahkan begitu sahaja oleh tentera Mesir.

Banyak lagi kisah yang menunjukkan bahawa kemenangan Islam itu akan diperoleh melalui para ulama. Allah swt akan mengilhamkan kepada mereka jalan-jalan bagi menemui kejayaan.

Antara keistimewaan rakyat Malaysia khususnya pada hari ini ialah mereka mengkritik para ulama terutamanya ulama gerakan. Mereka mengejar kemenangan dunia dengan berhujahkan dalil-dalil keduniaan yang kini sedang mempengaruhi anak muda.

Hebatnya orang melayu, mereka merasakan kemenangan itu akan diperoleh tanpa bantuan ulama. Hebat hebat.

Monday, July 22, 2013

Dunia

Dalam bab kedua dalam kitab Tazkiyatul anfas, karangan Imam Said Hawa, ada sub topik solat. Sub topik yang pertama.


Solat merupakan salah satu dpd 13 cara untuk kita membersihkan hati. Dalam kitab ini ia lebih menceritakan bagaimana solat (tasawwuf) iaitu secara sesempurna mungkin dari segi rohani dan bukannya pbincangan fekah dapat merawat hati.


Ketika kita mengangkat takbir, seolah-olah tangan yang sdg menggenggam bumi ini dibuka dan dilepaskan segala bumi dan isinya ketika solat dimulakan.


Jelas perbahasan yang panjang ini begitu menekankan bagaimana dunia pada hari ini menjadi darah daging buat kita sehinggakan kita masih bertuhankan dunia di dalam solat #nauzubillah


Sungguh, dunia ini terlalu sukar untuk dilepaskan ketika takbir diangkat. Martabat khusyuk itu adalah nikmat yang perlu digapai dengan hati yang bersih.


"Kalaulah dunia itu mempunyai nilai disisi Allah swt hatta senilai sehelai sayap nyamuk sekalipun, nescaya tidak akan diberi makan dan minum untuk orang kafir" nak cakap dunia ini langsung tiada nilai disisi Allah swt.


"Dunia umpama bangkai. Dan mereka yang mengejarnya umpama anjing yang mengejar bangkai"


Satu demi satu ungkapan yang menceritakan bagaimana sebenarnya Dunia. Hebat sgtkah dunia yang kita dambakan, bernilai sgtkan dunia yang kita mahukan ini?


Pesan murobbi, 


Jika sekiranya kamu merasakan perjuangan Islam yang kamu dokong ini perjuangan yang pendek, (hari ni berjuang, esok menang, hari ini berperang, esok dapat harta ghanimah), Nescaya akan ramai orang yang mengikut kamu wahai Muhammad. Tetapi perjuangan Islam yang digerakkan oleh baginda Saw merupakan yang jauh. Yang sukar! (Tadabbur ayat 42, surah at-Taubah)


Ulama menyimpulkan, ada 5 mehnah dalam perjuangan yang wajib kita lalui.

1) Penjara

2) Dibunuh

3) Dibuang daerah

4) Terlalu jauh

5) Terlalu sukar perjalanan yang bakal ditempuh.


Allah menyoal kita dalam ayat 38 surah at-Taubah.

Adakah kamu redha dengan kehidupan dunia ini? Belum sempat kita menjawab, Allah terus menekan kita, nilai kenikmatan di Dunia dengan Hari Akhirat tersangatlah sikit manfaatnya.


Kita sudah lari dari matlamat. Dunia yang menjadi R&R tiba-tiba kita ubah menjadi tempat kita bermukim


Dush

Saturday, July 20, 2013

Colek terlebih malas.

Arif, tlg buatkan colek malas.

Potong bawang, udang. Tup tup. 30 minit lg nak berbuka. Tapi kalau ikutkan kne biar sejam dulu utk kembang. 



Colek ni mmg malas sgt. Hasilnya terlalu memalukan utk diupload =.=

P/s: colek malas tu cucur udang. Selamat berbuka


Kehendak.

Sebagai seorang manusia, menjadi sunnatullah untuk kita bergantung harap pada yang maha Pencipta. Apabila kita mula berharap, kita akan berdoa. Dan selepas berdoa akan menatijahkan 2 perkara.


Yang pertama ialah Allah memberi apa yang kita hajatkan. Dan di sini pula terbahagi kepada dua cabang lagi. Allah memberi sebagai apa yang kita minta atau Allah memberi kejutan. Sebagai contoh, kita berdoa untuk berkahwin pada umur 30. Kita berusaha ke arah tersebut, kita merancang, mengumpul wang, Lalu Allah mengkabulkan doa tsebut. dan kita berkahwin pada umur tersebut. Ada juga yang datang dgn bukan kehendak kita. Allah memberi 'suprise' kepada kita. Sbg contoh kita x rancang pun nak kahwin, tiba-tiba mak telefon, suruh kahwin. Dan kita pun balik dan kahwin. Kita berhajat pd bkahwin dan x menyangka kita akan berkahwin pd waktu tsebut. Itulah 'suprise' yg dimaksudkan.


Seterusnya yang disebut sebagai mana' aka penghalang. Ditangguhkan. Apa yang berlaku ialah bertentangan dengan fitrah seorang hamba misalnya. Misalnya kita berhajat untuk mendapat zuriat yang soleh. Tup tup dapat anak yang nakal. Pecah sana sini. Nak dapat anak-anak yang baik. Tup tup asyik-asyik merah merah. Nak beli rumah, tapi kena tipu. Dalam hati terasa sakit. Terasa derita kerana tiada satu pun yang kita pinta dimaqbulkan. Malah yang berlaku merupakan sebaliknya.


Dua natijah ini mengajar kepada manusia bahawa mereka perlu sedar, siapa yang menguasai dan dikuasai. Manusia dikuasai. Hakikatnya setiap jejak langkah kita merupakan perancangan dpd Allah sebaik-baik perancang. Kita dikuasai oleh Allah yang maha Berkuasa.


Beza antara mukmin dan bukan mukmin, apabila kita dapat, kita bersyukur. Apabila kita tidak dapat, kita redha.





Dalam sebuah hadis (tak igt matan, igt mafhum je =.=) kenapa apabila orang kafir berdoa, doa mereka terus dimaqbulkan. Mereka benci pada golongan Islam, lalu mereka berdoa dan umat Islam ditimpa musibah. Sebaliknya apabila kita berdoa, kita merasakan seolah-olah doa kita lambat diterima, tidak diperkenankan.


Apabila manusia berdoa, doa itu akan sampai kepada Malaikat Jibril dan dibawa kepada Allah swt. Apabila seorang mukmin berdoa, Allah memerintahkan kepada Jibril untuk menahan seketika doa tersebut. Allah berfirman bahawa Allah suka akan suara hambaNya. Allah merindui rintihan hambaNya. Maka Allah mahu mendengar lagi rintihan hambaNya.


Berbeza dengan orang kafir. Apabila malaikat Jibril membawa doa orang kafir, Allah berfirman bahawa Allah tidak suka dan benci rintihan mereka. Laksanakanlah apa yang mereka pinta agar mereka tidak merintih lagi kepada Allah.



Allah itu maha Pengampun dan memberi rahmat.


Kita meminta harta yang banyak. Namun Allah menetapkan sebanyak ini sahaja untuk kita. Kerana Allah tahu, yang kita harap bukannya harta, tetapi kebahagiaan.


Kita nampak A. Tetapi Allah tahu keinginan kita sebenarnya apa. Allah mahu menetapkan hati kita sebagai Hamba yang Bersyukur. Siapa tahu kerana nikmat sementara kita akan Kufur.


Maka Allah pelihara kita dengan menangguhkan doa kita.