Pages

Tuesday, December 18, 2012

Malu

Sebagai pimpinan, atau pun AJKP, atau pun mana-mana sahabat yang terlibat dalam organisasi, pastinya jadual harian mereka akan diselitkan dengan meeting. Bermesyuarat. 

Bermesyuarat merupakan antara solution yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu perkara. apabila sesuatu itu telah diputuskan, maka wajib untuk ahli mesyuarat untuk mentaati dan melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui.



Ucaplah Alhamdulillah sekiranya cadanganmu ditolak, kerana engkau akan terlepas daripada satu amanah. Beristighfarlah sekiranya cadanganmu diterima, kerana engkau akan memikul amanah yang berat atas cadanganmu sendiri.

Dalam sirah Rasulullah saw, baginda gemar memanggil para sahabat untuk bermesyuarat membincangkan sesuatu perkara. Adakalanya idea dan cadangan daripada Rasulullah saw tidak diterima dan adakalanya diterima dan disepakati oleh ahli mesyuarat.

Maka alangkah baiknya kalau kita berniat untuk mengamalkan sunnah baginda saw sebelum memulakan mesyuarat. Insyaallah hasil perbincangan kita akan diberkat ^^



Atas ni gambar orang yang tidak khusyuk solat. eh apa kaitan dengan mesyuarat?

Sebenarnya ia ada kaitan dengan saya. Dalam suatu meeting yg lepas, saya ditugaskan untuk order makanan untuk ahli mesyuarat, maka semasa perbahasan dibuka dalam mesyuarat tersebut, saya tidak dapat fokus kerana sibuk menempah nasi mandi untuk ahli meeting,


Usai menempah, saya terus mengangkat tangan untuk mencadangkan sesuatu perkara. Tiba2 kawan2 lain mula gelak, tapi saya terus mencadang sehingga habis berbahas.

Setelah habis mesyuarat, baru saya terfikir. rupa2nya ahli mesyuarat bersetuju untuk membawa cadangan ke dalam group facebook. dan saya pulak tak dengar cadangan tersebut dan terus selamba memberi cadangan >.<

entahlah. memang rasa malu. tapi tak tau la kalau orang lain rasa apa kan.


tu la, lainkali fokus dalam meeting. Jangan buat kerja lain. Kan dah malu. Malu dengan semua ahli mesyuarat yang mendengar. arghhhhhh

Tapi bila tak khusyuk dalam solat, agak2 ada rasa malu tak pada makhluk sekalian alam yang kita langsung tak fokus dalam solat?

malu >.<

Wednesday, December 5, 2012

Ajal yang menjemput


Berdepan dengan kematian merupakan perkara yang selalu menjadi tanda tanya. Adakah wajahku tersenyum melihat hamparan syurga, ataupun mataku terbeliak melihatkan seksaan yang bakal aku hadapi. Nauzubillah.

Berdepan dengan berita kematian juga merupakan perkara yang sukar dihadapi. Lebih-lebih lagi bila memegang tugas sebagai seorang doktor.


Kanak-kanak di Gaza

Tempoh hari, aku dengan beberapa rakan yang lain menghabiskan masa di hospital Hussein, sebaik sahaja mendapat tahu bahawa Akram Zaki telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas cardiac arrest pada jam 5 pagi, hari yang sama.

Pada saat itulah aku melihat sendiri sekujur jenazah yang dikeluarkan daripada peti simpanan jenazah, melihat sendiri bagaimana ibu kepada arwah menangis kerana sedih melihat pemergian anakandanya, melihat seorang ayah yang akhirnya menangis sejurus anaknya dikebumikan, macam-macam lagi saat kesedihan yang aku kira aku pun tak mampu untuk menghadapinya.

Jenazah dimandikan oleh sahabat handai, dikafankan bersama, dibawa pulang ke dataran hayyu asyir dan akhirnya dikebumikan di bumi Mesir juga sebelum waktu Maghrib. Talkin dibacakan dalam bahasa arab. Maka bergetarlah diri aku bila mula membayangkan nasib diri di alam barzakh kelak.

Kawasan perkuburan Syuhada berdekatan bukit Uhud

Aku mula scroll kembali wajah-wajah pejuang gaza yang syahid, ada juga jenazah-jenazah yang masih elok selepas digali. kain kafan masih merah berdarah tanda mereka masih hidup di syurga persinggahan.

Antara mereka yang syahid

Hebat betul mereka. sudah merasai kesusahan dan kesengsaraan hidup di dunia, kini masa mereka di balas dengan kesenangan yang kekal selamanya. tetapi aku masih lagi mempunyai sedikit sifat cinta akan kesenangan di dunia. kenapa dengan aku nii >.<

Baru demam sikit, meeting banyak tak pergi. Program pun dah tak nampak muka. Teringat ayat kak ina(penyelia asrama) masa dekat sepintar dlu.. "Dekat SEPINTAR ni ada 2 orang yang jarang sakit. Tapi kalau sakit, macam dah nak mati, sorang Kucai, sorang lagi 'Arif Rukaini"

 SEPINTAR semarak namamu~

ye memang macam nak mati dah sekarang .____.

Saturday, December 1, 2012

Banyak cakap



Melihat keadaan dan senario baik di Mesir atau Malaysia, hampir sahaja keadaannya. Medan fitnah menfitnah mula terbentang luas. Semua orang bebas berkata sesuatu.

Seorang blogger bebas menghina alim ulama. Seorang lepasan ijazah bebas mengutuk pimpinan yang hebat.
Semua bebas bersuara, umpama tidak punya perasaan malu terhadap diri sendiri.

Maksud hadis Nabi saw yang pernah dibacakan oleh TGHA :

" سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتٌ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ , وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ , وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ ، وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ ، وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ ، قِيلَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ ؟ قَالَ : الرَّجُلُ التَّافِهُ يَنْطِقُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ "

Akan datang kepada kamu tahun-tahun yang menipu, tahun-tahun yang kamu keliru, orang yang bohong dikatakan benar, orang yang benar dikatakan bohong, orang yang amanah dikatakan khianat, dan pengkhianat diberi amanah, dan orang-orang Ruwaibidoh bercakap besar.

Para sahabat bertanya, apa itu Ruwaibidoh wahai Rasulullah?

Rasulullah menjawab, Orang awam yang tak tahu apa, bercakap tentang perkara-perkara khusus(Besar) dalam agama.

Kadang-kadang kita terlalu bebas berkata-kata terhadap gerak kerja atau hasil kerja orang lain tanpa melihat susah payah mereka. Mereka telah banyak bkorban, menggunakan masa peribadi mereka,wang mereka dan kita mudah-mudah sahaja mengadili mereka tanpa usul periksa.


walhal kita banyak goyang kaki sahaja. :o


Ada baiknya kalau kita muhasabah balik diri kita sebelum berkata sesuatu. Banyak diam, makin banyak aib kita yang tertutup :)




Tuesday, November 27, 2012

Cara membeli Tanah Palestin


المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولا يسلمه

”Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, tidak boleh menzalimi dan membiarkannya (dizalimi)” (HR. Muslim, At-Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).



Memboikot barangan Israel membawa maksud kita tidak memberi apa-apa bentuk kewangan ataupun support kepada israel melalui ekonomi terutamanya, Memboikot McD misalnya, kita tidak membeli McD lantas memelihara harta kita daripada terus disalurkan kepada Israel untuk memajukan ekonominya.

Logik akal, barangan yang diboikot itu rata-ratanya produk yang kita boleh dapatkan dgn alternatif lain. Makan Burger Mcd, boleh je makan Burger Ramli misalnya. Sebelum membeli barangan Boikot, cuba berfikir, "Burger kau boleh buat sendiri kot o.O"

Rindu ramly burger. Macam nak balik Malaysia >.<

Saudara kita dizalimi. Bukan sahaja di Palestin, cuba kita lihat Di Syria, Di Thailand, Di Arkan, dan seluruh tanah umat islam di atas muka bumi ini, lihatlah bagaimana mereka dizalimi sedangkan kita pula sedang menzalimi diri sendiri. Mana rasa cinta kita terhadap sahabat-sahabat dan saudara kita yang lain?


مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتواصلهم كمثل الجسد الواحد, إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالحمى والسهر

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal cinta dan kasih sayang mereka adalah seperti satu tubuh. Jika salah satu bahagian tubuh merasa sakit, maka seluruh anggota badan akan merasa demam dan susah tidur”


Di saat akhir pemerintahan Kerajaan Islam Turki Uthmaniyah, datang menteri Luar Britain(Seorang yang berbangsa Yahudi) *Kalau x silap* menghadap Khilafah yang terakhir iaitu Sultan Abdul Hamid 2.

Sultan Abdul Hamid 2

Datangnya MB ini dgn tujuan untuk memberi tawaran kepada Kerajaan Islam pd ketika itu dalam keadaan Kerajaan Turki Uthmaniyah menanggung beban hutang yang banyak.

MB Britain tersebut berhajat untuk membeli tanah Palestin dengan harga yang sangat tinggi. *Dalam keadaan Kerajaan Britain tidak mempunyai duit sebanyak itu akan ttapi MB ini yakin, sekiranya dana dikumpulkan untuk membeli Tanah Palestin, maka pasti ummat Yahudi akan berpusu-pusu memberikan sumbangan demi mengembalikan tanah Palestin kepada bangsa mereka.

Cadangan ini ditolak mentah-mentah oleh Sultan Abdul Hamid 2 dengan berkata, Tanah Palestin ini bukan milik aku, tetapi ianya milik Umat Islam secara kseluruhan. Maka hasrat MB Britain untuk membeli Tanah palestin gagal.


Tetapi, hari ini, Yahudi sedikit demi sedikit telah pun mengambil tanah palestin ini sedikit demi sedikit hingga akhirnya tinggal cebisan-cebisan tanah untuk umat Islam. Yahudi tidak dapat membeli tanah Palestin, lalu mereka merampasnya tanpa membayar sesen pun kepada mana-mana pihak.


Sudahlah Yahudi tak bayar, Umat Islam juga yang menyumbang kepada Israel. Negara Arab juga yang menjual minyak kepada US. Kita juga yang melanggan barangan Israel. Sedar atau tidak, kita dengan MB Britain tiada bezanya. Kita juga membeli Tanah palestin untuk Israel Laknatullah 'alaih.


Palestin, Baitul Maqdis merupakan tanah yang diberkati Allah swt sehingga dinukilkan dalam Al-Quran dalam surah Al-Isra' pada ayat yang pertama. Dari segi kedudukan atas peta dunia juga sangat strategik. Makanya tanggungjawab kita semua untuk sama-sama cakna dengan Isu yang berlaku ke atas Tanah Kita ini.

Benar, umat Melayu ni sekejap je bising-bising. Nanti senyap balik. Daripada kita senyap terus, lebih baik kita bising sekejap-sekejap. dan yang sudah cakna sekejap-sekejap, jom cuba cakna dengan lebih kerap lagi. Ini isu Aqidah. Isu saudara kita. 

Jadilah orang mukmin yang berguna, yang berfikir. Bukannya Mukmin yang mandom.



لاّ تَجِدُ قَوْماً يُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الاَخِرِ يُوَآدّونَ مَنْ حَآدّ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوَاْ آبَآءَهُمْ أَوْ أَبْنَآءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ

“Kamu tidak akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhir, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya sekalipun orang-orang itu adalah bapak-bapak atau anak-anak atau saudara-saudara atau keluarga mereka” [QS. Al-Mujaadalah : 22]



#eh?

Sunday, November 25, 2012

berehatlah


Dalam Al-Quran, ataupun hadis2 nabi banyak mengisahkan kisah2 utk kaum bani Israel, dan juga beberapa nama yang disebut seperti Abu Lahab yang dilaknat oleh Allah swt scr direct. Maka ayat2 yang dibaca ini haruslah kita mngambil intipati sedalam-dalamnya agar pkara itu tidak berulang ke atas diri kita.



Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man, ada mengingatkan kpada kita agar tidak sesekali memandang sesuatu ayat yang diturunkan kpd kaum2 tertentu tidak terpalit kepada kita. Benar, hukuman dan laknat Allah itu kepada Bani Israel, kepada Abu Lahab, akan tetapi tidak wajar untuk kita menghela nafas lega, menidakkan ayat2 Allah dgn bermonolog "Bukan aku yang disebutkan" sehingga kita selangkah demi selangkah mula mengIdolakan umat2 yang dibenci Allah ini.

Kehidupan ini sperti roda. Ia berpusing, ada kalanya kita di atas, ada kalanya kita di bawah. Roda ini berputar di atas muka bumi, melalui jalan-jalan yang sudah dilalui oleh roda-roda yang lain. Maka tidak mustahil untuk kita juga melalui jalan-jalan yang dibenci oleh Allah. Maka itu kita diberi peluang untuk meneruskan perjalanan atas jalan-jalan yang murni, yang pernah dibajai dengan kisah-kisah teladan agar kita mengambil ibrah dpd apa yang berlaku.


Ada kalanya kita terlalu sibuk dengan kehidupan di dunia, sbg contoh, kita menguruskan program. Kita yang memerah otak, kita yang melaksanakan, kita yang merancang, maka sehingga satu tahap, kita terlalu sibuk dan mula meremehkan ibadah2 sunat. Kita bkerja, tapi mana dhuha kita? mana witir kita? mana Qiamullail kita? Sehingga Allah menegur kita dalam ayat berikut (Mereka telah melupakan kepada Allah, maka Allah melupakan mereka) rujuk surah At-Taubah, ayat 67


Maka sebelum terlambat, sesibuk mana pun kita, ambillah satu malam, untuk kita berehat. Rehat kita bukan dengan perkara-perkara yang lagha, menonton wayang, bermain game, makan puas2, akan tetapi, sebagai pejuang dan tentera Allah, rehat kita ialah sujud di atas tikar sejadah sebagai satu makanan rohani kita.

Masih belum terlambat untuk kita kembali kepada Dia agar Dia terus membimbing kita ^^ Lebih baik juga untuk kita mempunyai tanggungjawab lalu kita menyusun masa kita berbanding kita ditipu dengan masa lapang seterusnya roda kehidupan kita kembali melalui jalan jahiliyah >.<


Saturday, November 24, 2012

Puisi Cinta


Memahami cinta merupakan perkara yang sukar diungkapkan. Kadang-kadang manusia menjadi buta kerana cinta.

Terdapat kisah di mana seorang lelaki yang sangat mencintai kekasihnya lalu dirinya seolah-olah dirasuk jin, hinggakan sanggup mencium tiang besi kerana teringat akan kekasihnya.



Perbuatan lelaki ini benar-benar mengganggu seorang lelaki yang sedang menunaikan ibadah solat di kawasan yang berhampiran, lalu seusai solat, lelaki itu menegur lelaki tersebut, "Celakalah engkau kerana meletakkan cinta terhadap seorang wanita melebihi daripada segalannya"

Lalu lelaki yang kemaruk cinta itu menegur lelaki yang baru sahaja selesai menunaikan ibadah solat, "Engkau mengaku bahawa engkau mencintai Allah, sedangkan ketika engkau menghadapNya engkau masih terganggu kerana aku? Cinta kepada Tuhan yang bagaimana engkau cuba maksudkan? Bukankan itu munafik?"

Tidak khusyuk dalam solat. Ya, benarkah kita sudah mencintai Allah dan Rasulnya sedangkan kita masih lalai dalam ibadah?






Rasul Bersabda: ” Jika Allah mencintai seorang hamba, Dia akan memaniskannya”
Sahabat bertanya : ” Apa itu memaniskannya ya Rasulullah? ”
Ia berkata : ” Dia akan memberi ia petunjuk untuk melakukan kebaikan saat menjelang ajalnya, sehingga tetangga(orang sekelilingnya)akan meredhainya” (HR. Al Hakim)

Maka pupuklah hati ini untuk terus mencintai Allah dan rasulnya ^^

Ya Aziz,
Jika Cinta Adalah Menawan,
Maka tawanlah Aku Dengan Cinta KepadaMu
Agar tidak ada apa lagi yang mampu Menawanku selain Engkau.

Ya Rohim,
Jika Cinta Adalah Pengorbanan
Tumbuhkan Niat Dari Semua Pengorbananku
Semata-mata Tulus Untuk-Mu
Agar Aku Ikhlas Menerima Apapun KeputusanMu

Ya Robbii,
Jika Rindu Adalah Rasa Sakit
Yang Tidak Menemukan Muaranya
Penuhilah Rasa Sakitku
Dengan Rindu KepadaMu
Dan Jadikan Kematianku Sebagai Muara Pertemuanku DenganMu

Ya Robbii,
Jika Sayang Adalah Sesuatu Yang Mempesona
Ikatlah Aku Dengan PesonaMu
Agar Damai Senantiasa Kurasakan
Saat Terucap Syukurku Atas Nikmat DariMu

Ya Allah,
Jika Kasih Adalah Kebahagiaan Yang Tiada Bertepi
Tumbuhkan Kebahagiaan Dalam Hidupku
Di saat Kupersembahkan Sesuatu Untuk-Mu

Ya Allah,
Hatiku Hanya Cukup Untuk Satu Cinta
Jika Aku Tak Dapat Mengisinya Dengan Cinta KepadaMu
Kemanakah Wajahku Hendak Kusembunyikan Dari-Mu


Ya Ar-Rahman,
Dunia Yg Engkau Bentangkan Begitu Luas
Bagai Belantara Yg Tak Dapat Aku tembus
Di Malam Yang Gelap Gulita
Agar Tidak Tersesat Dalam Menapakinya

Ya Ar-Rahhim,
Berikan Alas Kaki Buat Hamba
Agar Jalan Yg Ku Lalui Terasa Nikmat
Meski Penuh Dengan Bebatuan Runcing & Duri Yang Tajam
Hamba Sadar Semua Ini Milikmu Dan Suatu Saat
Jika Kau Kehendaki Semuanya Akan Kembali Jua Kepada-Mu
Hamba pasrahkan kehidupan hamba kepada-Mu.


Moga cinta aku bukan atas dasar Nafsu yang menyesatkan anak Adam~ Menggapai Jannatullah dengan Cinta