Pages

Thursday, October 27, 2011

Prof marah2.

Hari ni kelas Pharmacology bmula jam 8 pagi. seperti biasa prof akan masuk lambat sikit. dlm 10 minit kemudian baru masuk. dan seperti biasa kehadiran pelajar tak sampai 60%. bila tanya mana diorg? semua tak tahu.

Akhirnya prof yang tak pernah komen sal kehadiran student pun bersuara,

"Inilah Muslim masa kini. tak kira Malaysia, Mesir, mana2 ja, semuanya malas. lazy. teruk"

Seminggu yang lepas prof Pathology buat oral exam, soal jawab bermula dan malangnya ramai yang tak dapat jawab. Prof pun tanya, baca ke tak? majoriti cakap tak. Prof pun bersuara, Muslim mmg pemalas. Muslim sekarang lemah. Sangat lemah.

Setahun yang lepas, dalam kelas Physiology, start jam 10 pagi, kehadiran pelajar yang tak putus2 sampai jam 1030 pg mmbuatkan prof tpkse bsuara jugak. Muslim sgt pemalas! Mana2 tempat pun sama jugak. Malaysia, Egypt, mana2 tempat pun sgt malas. dkt mesir ni yg ramai bjaya kebanyakannya Kristian. Diorg serius. tapi Muslim?

See? mana2 tempat pun orang akan pandang Muslim. pandang agama. kalau buat salah, oh ini Muslim. Oh itu Muslim. Takde pun Oh Melayu. Oh Melayu. mmg yg pemalas pun orang Melayu and takde pun orang asing blame org Melayu, tapi yang mereka salahkan ialah agama itu sendiri.

Bukannya sesuatu bangsa yang akan mendaulatkan agama. seperti yang dihebah2 di Malaysia. hanya bangsa tertentu sahaja yang mendaulatkan agama. itu semua fahaman2 yang mengarut. Agama itu yang tertinggi dan kemuliaan itu pada Islam. pada Agama Islam. Allah mmberi kemuliaan kpd kita kerana Islam itu sendiri. bknnya pada Bangsa.

Memang umat Islam kini sangat lemah. dipecah belahkan oleh golongan barat dengan fahaman2 nasionalis, diktator, demokrasi. tapi sangatlah lemah dan hina lagi kalau golongan yang beragama Islam itu menggunakan agama itu sendiri untuk mnjatuhkan Islam. Yang tersangat hina lagi bebal kalau ulama itu sendiri yang sentiasa menegakkan benang yang basah. Kita golongan yang mana ya?



Haa Polis Wanita bkn Melayu. Tapi Islam. Bangga mengenakan pakaian Islam walaupun bkn pada negara yang majoriti Islam. Ramai lagi yang mulia kerana Islam. Bangsa itu hanya untuk kenal mengenal antara satu sama lain sahaja. penyakit bangsa akan terubat dengan pegangan Islam.

Sayyidina Umar Al-Khattab pernah menyebut dgn maksud, Allah memberi kemuliaan pada Islam. maka celakalah mereka yang mencari kemuliaan selain Islam

Wallahua'lam

Thursday, October 13, 2011

Yang ada Yang bakal tiada

Sedang diri cuba digagahkan untuk meneruskan kerja-kerja terakhir sebelum program sambutan mahasiswa keesokan hari, seorang sahabat memberitahu,

"eh Arif, nanti majalah tu ambil malam ni jugak tau. 1 pagi nanti baru siap rasanya"

"Insyaallah boleh, tapi kena ada org yg bawak motor" balas Arif.

Azmi pun menambah "Ala jalan kaki je, xpayah naik motor, hehe"

"Azmi, kalau kedai tu tepi rumah ni, aku mengensot pon boleh,haha"kata Arif. terhibur juga suasana bekerja di tgh malam buta ni.

Lalu sahabat lain menambah, "Tengku Hanis tu nak pergi tandas pun kene merangkak"

Ok Tengku Hanis ni merupakan pelajar Tahun 4, salah seorang rakan kami yang sedang ditimpa musibah. Rectus Syndrome membuatkan beliau seakan2 lumpuh dan tidak mampu bergerak.

Teringat pula imam masjid di depan rumah saya ni. Dahulunya dia yang mengimami solat fardu 5 kali sehari, namun kelmarin saya menemui dia bertongkat utk bersama2 kami menunaikan solat fardhu.

Ada nikmat yang mungkin kita sedar kalau kita berfikir mengenainya, mungkin juga kita alpa tentang pemberian yang Maha Esa utk kita.

Mungkin sekarang kita mempersenda nikmat yang kita ada, tapi bila nikmat ditarik baru kita ternganga.

Sekarang kita mempersendakan hukum Allah, tapi bila kena bala?

Sekarang kita menzalimi orang lain, tapi bila kita dizalimi?

Kalaulah aku, engkau, hamba, pemimpin, pengikut, semuanya meletakkan Akhirat di hadapan, apalah ada utk kita di dunia ini.

Kalau kita terbaca tntang Ainul Mardhiah, adakah anda lelaki yang layak utk sang bidadari?

Nikmat dunia apalah sangat. tapi wajib utk kita mensyukurinya.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan?

Moga ada manfaat. Wallahu'alam.