Pages

Wednesday, July 21, 2010

LIMA BELAS BUKTI KEIMANAN

Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini ?"
Jawab kami, "Kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?"

Tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?"
Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk."
Selanjutnya tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?"
Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah, hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu."

Tanya Nabi s.a.w selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" Jawab mereka, "Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh." Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Nabi s.a.w berkata, "Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir saja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi."

Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ? Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan. Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati, janganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan,, berusahalah untuk mencari bekal ke dalam akhirat."

cuba korg fikir?

Salam alaik. Hari ni saya akan mengepost perkara mengenai 3 masjid.

Post ini saya tulis selepas mendengar sedikit tazkirah hasil ceramah mngenai Isra' Mikraj di rumah Negeri Sembilan.

Hadis :
"Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Mekah), dan masjid Rasulullah s.a.w. (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Palestin)" (Bukhari)

Huraian :
1. Umat Islam yang ingin berziarah keluar (negara) untuk beribadat kepada Allah tidak perlu bersusah payah ketempat lain, selain dari berziarah ke tanah suci, terutama untuk mengerjakan ibadat haji dan umrah.

2. Tiga buah masjid yang mempunyai fadilat yang besar, apabila mengerjakan ibadat sembahyang di dalamnya ialah:
i. Masjidil Haram di Mekah
ii. Masjid Nabi di Madinah
iii Masjidil al-Aqsa di Palestin.

3 Diantara fadhilat-fadhilatnya ialah:
i) Kelebihan Masjidil haram ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat seratus ribu (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain dan di dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam.
ii) Kelebihan Masjid Nabawi pula ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat seribu (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain, dan didalamnya ada makam Nabi s.a.w. Dan sebagai sebuah taman dari taman-taman syurga.
iii) Kelebihan Masjid al-Aqsa pula ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat lima Ratus (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain, dan keistimewaannya ialah ia adalah merupakan masjid para Nabi yang terdahulu dan tempat Israk dan Mikrajnya Nabi s.a.w.



Ok kemudian cuba kita rujuk mengenai peristiwa Isra' Mikraj Nabi Muhammad SAW ke Sidratul Muntaha. Kita rujuk firman Allah swt dalam surah Al-Israa' mengenai perjalanan Nabi Muhammad SAW.

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Al-Israa' ayat 1.

Persoalannya kenapa dalam surah ini Allah menetapkan perjalanan Rasulullah melalui 2 masjid sahaja iaitu Masjid Al-Haraam dan Masjid Al-Aqsa? Sedangkan terdapat 3 Masjid yang disebut oleh Rasulullah saw?

Pertamanya pada peristiwa Isra' Mikraj Masjid Nabi di Madinah pada ketika ini masih belum dibina.

Keduanya, dalam ayat ini,Allah SWT ingin memberi satu gambaran mengenai kedua2 masjid ini iaitu Allah membuat perbandingan terhadap kedua-dua masjid ini yang mana pada suatu masa nanti perbezaannya akan jelas kelihatan. Lihatlah sekarang. Perbezaannya bagaimana 'layanan' kita terhadap kedua-dua masjid ini. Kita menjaga Masjid Al-Haraam sebaik-baiknya sedangkan bagaimana pula keadaan Masjid Al-Aqsa kini? Mungkin itulah sebahagian tafsir mengenai kedua-dua masjid yang dinyatakan dalam ayat tersebut. Wallahu'alam.

NABI IDRIS DAN PEDOMAN HIDUP

Nabi Idris a.s adalah keturunan keenam Nabi Adam, putera dari Yazid bin Mihla'iel bin Qoinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s dan dia adalah keturunan pertama yang dikurniakan kenabian setelah Adam dan Syith.
Nabi Idris a.s mengikut sementara riwayat bermukim di Mesir, di mana ia berdakwah untuk agama Allah mengajarkan tauhid dan beribadah menyembah Allah serta memberi beberapa pedoman hidup bagi pengikut-pengikut agar menyelamatkan diri dari siksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai berusia 82 tahun.

Di antara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah :-
1. Kesabaran yang disertai iman kepada Allah memebawa kemenangan.
2. Orang yang bahagia adalah orang yang merendah diri dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya.
3. Bila kamu memohon sesuatu daripada Allah dan berdoa, maka ikhlaskanlah niatmu. Demikian pula puasa dan sembahnyangmu.
4. Janganlah bersumpah dengan keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.
5. Bertaatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan puji kepada Allah.
6. Janganlah mengiri orang yang mujur nasibnya kerana mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kemujuran nasibnya.
7. Barangsiapa melampaui kesederhanaan, tidak suatupun akan memuaskannya.
8. Tanpa membahagi-bahagikan nikmat yang diperolehi, seseorang tidak dapat bersyukur kepada Allah atau nikmat-nikmat yang diperolehinya itu.

Monday, July 19, 2010

CINTA SEJATI SEORANG IBU TERHADAP ANAK-ANAKNYA

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :

"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."
Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dna dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.

Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan tentera Islam.
Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang, "Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahwasaya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."

Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung." Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah akmu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."

Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik saja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .

Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair,
"Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi."
Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,

"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah."
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,
"Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."

Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,
"Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahay, dan musnah mangsa oleh senjataku."
Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil saja yang dapat menyelamatkan diri.

Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahwa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,

"Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"
Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."

Aurat



Salam alaik.
Harini sekadar berkongsi mengenai Firman Allah Ta'ala yang menyentuh suruhan menutup aurat.

Semalam saya ada mengikuti satu ceramah dan penceramah tu ada memaparkan iklan produk mengurangkan berat badan. Macam biasalah,letak gambar sebelum dan selepas. Sebelum itu beratnya dalam 110 kg kalau xsilap,bertudung. Selepas menggunakan produk itu berat badannya dapat dikurangkan sehingga 50kg kalau tak salah la.

Mula2 berat dekat badan,lepas tu berat dekat dosa -___-''

Ok la,kita lihat bagaimana di sesetengah negara muslimah2 di sana bermati-matian nk pakai tudung,ada yang dikasari pihak berkuasa,ditarik tudungnya dikenakan tindakan mahkamah disebabkan memakai tudung.

Kalau di Malaysia antum semua boleh la fikir sendiri.
Yang Islam tak bertudung tu satu hal,
Yang dah bertudung pulak satu hal,

Kalau yang tak bertudung ni mungkin xde kesedaran,hanya Islam pada nama tapi gaya hidup budaya barat. Bertudung ini panaslah*membebel2 nk lawan syariat Islam. Bila ditegur mereka memberontak,takkan nk tggu api neraka menjulang baru nk tersedu2 menangis menyesal?

Kalau yang bertudung pulak mcm bogel. Cth kalau di Mesir nih di kawasan2 bandar terutamanya terlalu ramai yang 'bogel' baju ketat sampai lemak berlipat2 tu jelas nampak. Tapi xtahu lah kalau mereka itu kristian sebab ade sesetengah org di sini menjadikan tudung tu budaya tapi dalam Islam itu adalah kewajipan yang wajib dipatuhi!

Sila2lah renungkan diri anda dan jangan berpendapat(ala hidayah belum sampai/lama2 nnti ak pakai la/kne wat slow2) -masuk neraka xde nk slow2 bagai. Peliharalah Islam dan Iman kita-

Friday, July 16, 2010

'AUJ BIN UNUQ DIBINASAKAN OLEH BURUNG HUD-HUD

'Auj bin Unuq adalah manusia yang berumur sehingga 4,500 tahun. Tinggi tubuh badannya di waktu berdiri adalah seperti ketinggian air yang dapat menenggelamkan negeri pada zaman Nabi Nuh a.s. Ketinggian air tersebut tidak dapat melebihi lututnya.
Ada yang mengatakan bahwa dia tinggal di gunung. Apabila dia merasa lapar, dia akan menghulurkan tangannya ke dasar laut untuk menangkap ikan kemudian memanggangnya dengan panas matahari. Apabila dia marah atas sesebuah negeri, maka dia akan mengencingi negeri tersebut hinggalah penduduk negeri itu tenggelam di dalam air kencingnya.

Apabila Nabi Musa bersama kaumnya tersesat di kebun teh, maka 'Auj bermaksud untuk membinasakan Nabi Musa bersama kaumnya itu. Kemudian 'Auj datang untuk memeriksa tempat kediaman askar Nabi Musa a.s., maka dia mendapati beberapa tempat kediaman askar Nabi Musa itu tidak jauh dari tempatnya. Kemudian dia mencabut gunung-gunung yang ada di sekitarnya dan diletakkan di atas kepalanya supaya mudah untuk dicampakkan kepada askar-askar Nabi Musa a.s.
Sebelum sempat 'Auj mencampakkan gunung-gunung yang diunjung di atas kepalanya kepada askar Nabi Musa a.s, Allah telah mengutuskan burung hud-hud dengan membawa batu berlian dan meletakkannya di atas gunung yang dijunjung oleh 'Auj. Dengan kekuasaan Allah, berlian tersebut menembusi gunung yang dijunjung oleh 'Auj sehinggalah sampai ke tengkuknya. 'Auj tidak sanggup menghilangkan berlian itu, akhirnya 'Auj binasa disebabkan batu berlian itu.

Dikatakan bahwa ketinggian Nabi Musa a.s adalah empat puluh hasta dan panjang tongkatnya juga empat puluh hasta dan memukulkan tongkatnya kepada 'Auj tepat mengenai mata dan kakinya. Ketika itu jatuhlah 'Auj dengan kehendak Allah S.W.T dan akhirnya tidak dapat lari daripada kematian sekalipun badannya tinggi serta memiliki kekuatan yang hebat.

Wednesday, July 14, 2010

Adolf Hitler dan Islam.

dicopy paste dari blog member.Asilah
Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar
Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...
____________________________________________________________________________

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.


Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...


Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...



Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...



Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Tuesday, July 13, 2010

Kejujuran seorang peniaga.

Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi.
Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi. Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. Saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu, "Berapakah harga barang ini kamu beli?"

Badwi itu menjawab, "Empat ratus dirham."
"Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham saja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara." Kata saudagar Yunus lagi.
"Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini paling murah lima ratus dirham."
Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya, "Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan dua kali ganda?" Marah saudagar Yunus lagi.

"Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham." Saudaranya cuba mempertahankan bahwa dia dipihak yang benar.
Kata saudagar Yunus lagi, "Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri."
Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perniagaan.

Dalam hal ini Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga." (Diriwayat lima imam kecuali imam Nasa'i)

Monday, July 12, 2010

Luahan hati lagi.

Salam Alaik.


Piala dunia dah habis,huhu mmg bsmgt rakan2 yg sokong spain terutamanya,yela menang katekan,kalau sebelum fifa dulu,kite ade 1 tragedi,time tu kan,kami ade exam,final exam utk tahun pertama nih,
tragedi Flotillah,kalau igt lagi la kan,bantuan2 yang di bawa ke Gaza disekat oleh Israel.hurm

Sekarang musim cuti dekat mesir ni dan saya ade la join kelas arab nih,kelas arab nih ustaznye jenis suke bercerita,*cerita dalam bahasa arab,so susah aa nk tangkap ape yg diceritakan.

Dia ade cerita mase perang mesir-israel-dgn negara ape tah satu ag,time tu zaman pemerintahan Presiden Sadat. PM mesir time tu sebelum husni Mubarak yg sampai skng jadi PM.

Time tu diceritakan mmg Sadat ni xde org kenal,cm x femes la n die mmg bersungguh2 nk lawan Israel,time nih Israel rampas Kawasan Sinai daripada Mesir,then berlakulah perperangan antara 3 negare nih,Mesir nk tuntut balik kawasan Sinai,n ustaz ni ckp gak Gaza nih dalam wilayah Mesir,so perang la,Tentera mesir ni berperang sampai dalam keadaan face to face,diorg siap panjat kubu yang israel bina,means diorg cm mngejar syahid,tok pengetahuan korg,perbezaann tntera Islam dan Kafir nih,Islam mengejar syahid tp Kafir nih nk menang n xnk mati,takutkan mati,so no wonder la time atas kapal Mavi Marmara ade komando Israel menangis2 ble kene kepung ngn org awam atas kapal tu.

Ok la,sambung perang Israel mesir nih,selepas tentera Mesir nih berjaye rampas balik Sinai,diorg mara lagi,means dah nk masok kawasan Haram kerajaan Israel,n kalau perang lagi konfem menang sbb Israel time nih dah x kuat,n snanye xkuat pon. Tbe2 Israel nih menawarkan perjanjian damai,so Sadat nih setujulah perjanjian ni n perjanjian ni snanye memakan Mesir sendiri. n time tu ramai la rakyat2 cm marah,knp pegi setuju perjanjian tu,sdgkan x boleh nk berdamai ngn Israel nih,n selepas Sadat berjaya rampas balik SInai nih,namenye jadi femes dan dsebabkan sedikit perasaan tu lah die marah apabila org mmpersoalkan knp perjanjian tu dipersetujui,dan kesannya Sadat mati ditembak oleh tentera gak,ape tah namenye,mase perbarisan,ade videonye,tp mane tah pergi,so sampai sekarang kite tgk kesannya bile kite ikot ckp Israel,Palestine n Gaza x bebas2 lagi,


Usaha kapal bantuan ke Gaza tu mmbuka mata dunia,tgk sendiri kekejaman tentera Israel,kita pon time kene serang mmg bersemangat lah semua,buat bantahan tu,mogok sane,mogok sini,tp Israel n yahudi ni diceritakan diorg kenal sgt umat Islam ni lebih daripada diorg kenal anak diorg sendiri,diorg tahu mnde2 nih hangat2 tahi ayam je,tgk la,mmg btol,sekarang lagi2 la mase fifa ni kan,xkn nk tggu pulak ade yang kene bunuh baru nk sedar,kalo tgk web palestinkini,hari2 ade je rakyat Palestin kene bunuh,tp x semua tahu,saudara kita tuh,kita semua xrase takot ke,pernah x dgar org2 arab atau pejuang2 Palestin nih cakap,yg diorg akan tuntut balik dkt kita mase hari akhirat?pernah kan?time kene hisab nnti xtahu lah mcm ne kita semua kan,dgn masalah negarenye lagi,adoiyai

Saya ade mndengar pepatah nih,err xde aa pepatah tp kata2 la,cm2,

Siapa yang menguasai Palestin,dia akan menguasai dunia. So dats y la kot washington dari dulu lagi mewujudkan negara israel dkt Tanah arab nih,cube tgk aa peta dunia,kedudukan Palestin mcm ne. ade gak terbace snanye Israel nih diwujudkan dkt Palestin ni sbb barat nk kuasai kawasan Timur tgh,so itu merupakan strategi Barat aa nk kuasai dunia.

Nk dijadikan cerita,pada suatu masa dahulu selat melaka nih mnjadi laluan para pedagang seluruh dunia,kan2?msti blaja sejarah kan,hehe sbb tu la negare kite nih penah dijajah oleh macam2 negare,selain ade bijih timah sume2 tu.

Cube korg pkir,skng ni Msia dah wat perjanjian dgn Syarikat Apco yg mmg ade kaitan ngn Israel,syarikat ni mcm badan yg menasihati Msia aa,ape yg saya bace mcm tu la,n adekah Israel nih atau Barat sendiri nk kuasai kawasan Asia nih dgn MENJAJAH MALAYSIA ?? yela kan msia ni kawasan strategik?*rujuk buku sejarah cepat,huhu

Banyak snanye strategi org kafir Israel yahudi nih nk jatuhkan Islam,sbb itulah kita ni xleh leka,walaupun mmg kita akan leka,try la istiqamah dalam hati kita nk cek sikit Iman dan Islam kita nih. n kita nih kalau nk berjaya kene hidup dalam kerajaan yg same,diperintah oleh satu ketua,seperti Khalifah,yang apabila saudara Islam itu disakiti,terase sakitnya di seluruh wilayah Islam.

ingt? 3 MAC 1924? time ni lah secare rasminya sistem khilafah di hapuskan selepas Istanbul di tawan,time nih wilayah khalifah berpecah2 jadi negara,tu yg ade mesir,sudan,libya,jordan,sume2 tu sbb semuanya dah berpecah,

ade seorg iaitu ahli parlimen 'House of Commons' mmprotes Lord Curzon(dalan kpd perjanjian ape tah) tp perjanjian nih mmbuat 4 tuntutan iaitu 1) sistem Khalifah dihapuskan dan xboleh diwujudkan, 2)Khalifah dibuang negeri, 3)Harta Khalifah dirampas dan 4) Turki mesti diperintah dgn kerajaan yg sekular,perjanjian yg ke 4 tuh diprotesnye, time nih sume negara Arab ditakluki Perancis ngn Britain kecuali Turki?Kenapa x takluk Turki skali?bermaksud knp memberi kemerdekaan kpd Turki? Jadi jawab nye kpd ahli parlimen ini bahawa yg sebenarnya Turki itu sudah mati kerana kekuatannya ialah Khalifah dan Islam.

see?diorg ag tahu tntg kita,kita nih mmg banyak dah termakan ngn janji2 atau kata2 org kafir,diorg xkn tidur untuk menjatuhkan kita wahai rakan2,sampai kiamat pon diorg akan berusaha untuk menjatuhkan kita,

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu

(wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong

itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah

petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa

nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu

(tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang

dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Al-Baqarah ayat 120)


Allah sendiri dah berfirman dah mengingatkan kita tntg kaum nih,kita shj yang melawan ckp Allah atau dalam erti kate lain,bace Quran tp x mngamalkannya,aduhai umat Islam sekarang -__-''

Ternyatalah umat sekarang nih tidur dan lena dibuai mimpi,kalau dkt mesir nih bersepah umat Islam yg hidup melarat,tepi jalan,kemiskinan,ditindas,xtahan nk melihat,sbb trlalu ramai sgt,adoi mmg kekuatan kita ialah Islam dan Khalifah. Harap2 suara ini lah yang akan melahirkan seorang pejuang Islam yang bakal membajak kembali panji2 tentera Islam di atas muka bumi ini,Insyaallah


Tulisan di atas merupakan teguran untuk diri sendiri dan rakan2 yang lain,sekian sahaja untuk kali ini,maaf kalau salah informasi,salah bahase.wassalam.

Luahan hati.

Salam alaik,

Hari ini saya ingin meluahkan sedikit rasa hati yg tersimpan,saje nk berkongsi dgn pembaca.

Saya sering melayari web2 akhbar Malaysia di internet,dan paling kerap saya bace ialah web Malaysiakini. Kawan ckp web ni macam bias la,xde aa sokong kerajaan n xde aa sokong pembangkang,mcm tu la.

tetapi walaupun tidak menyokong mane2 pihak,saya lihat situasi fitnah menfitnah semakin berleluasa,cth parti ini cakap parti ni sesat dan sebaliknya, hari tu ustaz saya ade cerita pasal khawarij yang mengkafirkan umat islam yang lain,xde pun saya dgr hadis2 yang mmbenarkan seseorg itu mngkafirkan org lain,n bagi saya dalam situasi ni bagi saya politik msia ni sudah seperti menanggung trlalu bnyk dosa,dosa menfitnah,mengisytiharkan sesat dsb. seharusnya ulama di Msia ni perlu berani dalam menyuarakan pendapat dan yang paling dikesali ade ulama yang seperti memegang tittle shj,endah x endah,hadoi mmg la kite pon xtahu sape yg btol,pihak ni ckp parti ni sesat,pihak yg dituduh plak ckp parti tu sesat,yg saya tahu dalam Islam dibenarkan mengutuk dgn tujuan sperti dalam mahkamah,xpon pengajaran,cth mcm kutuk firaun n xde plak dgar fitnah n tuduh menuduh yg dibenarkan,fenomena tuduh menuduh,fitnah menfitnah di Msia bagi saya seperti melampau sudah,

sekarang pun dah xtahu nk ckp siapa yg betul dan siapa yang salah,hanya petunjuk Allah yang menentukan segala2nya.

memang akhir zaman ini penuh dgn fitnah menfitnah dan perkara ini lah yang mnyebabkan jatuhnya sesuatu kerajaan atau kesatuan,xkn kita nk lihat negara kita bergolak kerana perkara ini?

untuk mnjadi sebuah negara yang kuat kne ade pemimpin yang kuat,tentera yg kuat dan rakyat yg kuat. Ya Allah peliharalah negara kami daripada dipengaruhi pemikiran kafir dan Israel terutamanya. Peliharalah Islam dan Iman di negara kami agar akidah kami keseluruhannya terjage. Ameen

Saturday, July 10, 2010

Kisah Isra' Mikraj

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi.

Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi.

Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah.

Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan.

Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya.

Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya.

Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan solat lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Solat lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu solat dari baginda.

Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu solat dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap solat fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu solat fardu sama dengan lima puluh solat fardu.

Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya. (HR Muslim)
*

Friday, July 9, 2010

Wanita itu Cantik

Allah berfirman didalam sebuah hadith kudsi:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat
untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan
kenyamanan." "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk
...mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk
membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa
mengeluh." "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap
sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk
mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya." "Aku
memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang
baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia
perlukan." "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari
pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana
ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat
dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta
itu ada."

Thursday, July 8, 2010

Unta menjadi Hakim.

Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahwa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."
Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?"
Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."
Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."
Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."

Rasulullah s.a.w bersabda,
"Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."
Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi,
orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.

Wednesday, July 7, 2010

Cube lihat.

Cube lihat selama 10 saat dan alihkan pandangan anda ke arah lain seperti dinding.
ape yang anda lihat?

Subhanallah :))

KUBUR BERKATA SEWAKTU SEWAKTU JENAZAH FATIMAH AZ-ZAHRA HENDAK DIKEBUMIKAN.

Dikisahkan bahwa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2. Hasan (anak Fatima r.a)

3. Husin (anak Faimah r.a)

4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya

2. Hendaklah dia bersedekah

3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an

4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta

2. Jangan mengkhianat

3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)

4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahwa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.
Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan saja.
Ada riwayat menyatakan bahwa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

Friday, July 2, 2010

Kita bongkat millatfacebook, FIFA 2010 dan Olympics 2012

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Millatfacebook, Fifa World Cup 2010 dan Menjelang Olympics 2012


Sekarang rata-rata penduduk dunia tidak kira kafir atau ummat Islam kebanyakannya sedang dibuai dengan mimpi-mimpi bola, termasuk saya dan mungkin anda para pembaca. Demam bola, makan bola, minum bola, tidur bola, segalanya bola. Walhal, baru beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan tragedi Freedon Flotilla dan serangan ke atas kapal bantuan ke Gaza iaitu Mavi Marmara yang mana ia juga melibatkan rakyat warganegara Malaysia. Tidak dapat dinafikan, pengaruhnya begitu kuat dalam kehidupan seharian kita sepanjang bulan Jun dan Julai ini.


Bercakap mengenai millatfacebook (mfb) pula, tahukah anda apa itu millatfacebook? Pernahkah anda dapat mesej seperti ini?

“Jom sokong millatfacebook, mfb ni buatan orang Islam Pakistan, jom ramai-ramai kita pakat buat akaun di mfb, boikot fb buatan yahudi ni”

Sudah pasti anda yang mempunyai akaun di facebook (fb) pernah mendapat mesej seperti itu bukan? Ataupun mesej yang seumpamanya. Tetapi, pernahkah anda tertarik untuk mengkaji siapakah disebalik dalang mfb tersebut? Tahukah apa isu disebaliknya yang menyebabkan munculnya mfb ini?


Mfb mendakwa, mereka mencipta mfb tersebut atas usaha untuk memboikot barangan yahudi (fb) yang mana fb telah melakukan satu penghinaan kepada Junjungan Besar Baginda Rasulullah saw dengan melakukan satu aktiviti melukis wajah Muhammad dalam ruangan mereka. Jadi disini memang ada niat baik bagi pencipta mfb tersebut.


Tapi persoalannya, mengapakah terlalu pantas mfb tersebut wujud? Baru satu hari fb lakukan ‘Hari melukis Muhammad’ tapi mfb sudah siap dicipta??? Hebat betul pereka mfb ini? Atau dia sudah menjangkakannya dari awal lagi? Kalau sudah menjangkakannya dari awal, mengapa server mfb tersebut terlalu lambat? Setiap kali saya menjejakkan kaki ke mfb, pasti akan ‘page loading’ berjam-jam. Dan mengapa Facebook.com tidak mengambil tindakan terhadap pereka mfb ini? Kerana pereka mfb ini telah mencuri hak cipta fb dengan meletakkan facebook pada jenama mereka.


Dan tidak dinafikan didalam mfb tersebut, sudah banyak mereka-mereka yang mencipta grup-grup mengenai Islam. Dan ia mfb sungguh kelihatan seperti milik orang Islam. Satu persoalan lagi, pada sekitar 3 hari mfb diwujudkan, satu ‘quote’ telah muncul di muka hadapan mfb yang berbunyi “If Facebook can reach 1Thousand Million followers, We at Millatfacebook also can! Yes, We Can!”


Oh! Apakah ini tanda paling ketara yang sudah cukup membuatkan saya syak wasangka dengan mfb ini??? Apakah itu “Yes, We Can!”??? Saya rasa anda sudah tahu apa jawapannya.


Sekarang mari kita huraikan pula apa itu ‘millatfacebook’ yang didakwa oleh sesetengah pihak yang ianya bagus lah apa lah…

1, Millat = Kata asalnya adalah dalam Bahasa Arab yang mana berbunyi Millatun yang membawa maksud Agama atau pegangan kepercayaan.

2, Face = Muka, wajah

3, Book = Buku, kitab, catatan

4, Jika digabungkan ketiga-tiganya, maka ia akan menjadi ‘millatfacebook’ yang mana ia akan membawa maksud ‘Agama Muka Buku’ atau dalam erti kata lain boleh juga anda menjadikan ‘facebook’ itu sebagai agama atau pegangan. Atau juga boleh dirungkaikan sebagai ‘Agama yang menjadikan sesuatu platform sebagai catatan’. Mungkin maksudnya kurang jelas, tapi tidak mengapa. Ia tidaklah terlalu membebankan. Terserah kepada anda, jika ada yang lebih mahir, dipersilakan tampil untuk menghuraikannya.


Seterusnya, kita tinggalkan huraian nama mfb ini, sekarang mari kita trace IP Adress mereka. Kita jejaki dari mana ia berasal? Adakah ia sama seperti facebook? Adakah ia juga milik Amerika/CIA? Mari kita lakukannya. Anda juga boleh melakukannya bersama-sama saya.

Cara-caranya:

1) Pergi ke Start Menu, kemudian klik pada Run…

2) Taip ‘cmd’ pada ruangan komen untuk Run …

3) Kemudian akan muncul satu kotak berwarna hitam

4) Taipkan ‘ping millatfacebook.com’ pada ruangan yang terdapat dalam kotak hitam tersebut. Dan tunggu beberapa saat. Anda akan dapat hasilnya.

5) Hasilnya akan kelihatan seperti ini atau mungkin lain sedikit:

Microsoft Windows [Version 5.1.2600]
Copyright (c) 2009 Microsoft Corporation. All rights reserved.


C:\Document and Setting\kapak>ping millatfacebook.com
Pinging millatfacebook.com [204.61.223.84] with 32 bytes of data:


Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=383ms TTL=51
Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=379ms TTL=51
Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=379ms TTL=51

Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=379ms TTL=51

Ping statistics for 204.61.223.84:
Packets: Sent = 4, Received = 4, Lost = 0 (0% loss),
Approximate round trip times in milli-seconds:
Minimum = 329ms, Maximum = 352ms, Average = 381ms
C:\Document and Setting\kapak>


6) Seterusnya 'copy' Ping Statistics (IP Adress) tersebut dan 'paste'kan dihttp://www.ipaddresslocation.org/ip-address-tracker.php

7) Anda akan dapat hasilnya! Dan hasilnya akan kelihatan seperti ini:


IP Address Finder

IP Address: 204.61.223.84
Hostname: node-lb0.millatbook.com
IP Country: United States

IP Country Code: USA
IP Continent: North America
IP Region: Texas
Guessed City: Friendswood
IP Latitude:
29.5141
IP Longitude:
-95.1903
Organization:
Lakota Data Center LLC
ISP Provider:
Lakota Data Center LLC

8) Sekarang lihat hasilnya. Sudah dapat apa yang saya cuba sampaikan?

9) Ok, sekarang kita trace Ip address bagi facebook.com pula. Lakukan cara no1 – 7 semula. Dan anda akan dapat hasilnya seperti berikut:


IP Address Finder

IP Address: 69.63.189.11
Hostname: www-10-01-ash2.facebook.com
IP Country: United States

IP Country Code: USA
IP Continent: North America
IP Region: California
Guessed City: Palo Alto
IP Latitude:
37.4429
IP Longitude:
-122.1514
Organization:
Facebook
ISP Provider:
Facebook


Quote dari Indonesia:
NB: Untuk millatfacebook.com ternyata nggak punya hosting sendiri, tapi beli di Lakota Data Center, LLC, Perusahaan web hosting punya Amerika, tepatnya di Texas.. (sama aja bohong, kalaupun buatan orang Pakistan, databasenya juga masuk ke Amerika/CIA) Kalau anda udah membikin grup atau situs kecil didalam millatfacebook, lalu anda dedahkan gerakan anda atau apa-apa tentang Islam, ternyata anda sudah ditipu, dan orang yahudi dan amerika ini sudah mendapat untung darinya dengan menipu anda…

-Ini hanya trik sederhana untuk mengetahui Negara asal penyedia situs tersebut. Percaya atau tidak, itu tergantung teman- teman. Mungkin ada tambahan?


Bagaimana? Masih percaya millatfacebook berasal dari Pakistan? Sampai sekarang pun saya tidak tahu siapa yang mendirikannnya, saya hanya tahu bahawa ia berasal dari US, hanya berbeza Negara dan bahagian. Dan boleh jadi ia juga milik satu perusahaan yang sama dengan facebook.


Jadi sekarang apa solusinya?

Mungkin sebaiknya kosongkan info profil fb dan mfb anda, apapun situasinya terutama aktiviti dan organisasi kita. CIA dan Mossad sedang aktif mengumpulkan data-data peribadi untuk pencantuman data. Kita tidak tahu apa yang akan mereka lakukan selanjutnya."


"Ketahuilah yahudi zionis ini sangat cekap dalam penipuan khususnya dalam menipu umat islam..”


Sekarang kita tinggalkan millatfacebook dan segala lelucon mengenainya. Kita bicara kembali mengenai Fifa World Cup yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Antara soalan atau kata-kata yang sering kita dengar ketika musim bola:

“Kau sokong Negara mana? Aku sokong Jerman. Tahun ni aku yakin Jerman menang punyalah!”

“Malam ni jom lepak NZ Curry House, kita tengok Jerman lawan Australia ramai-ramai. Mesti best punya lah. Nanti kalau Jerman menang aku belanja kau makan”

Pasti anda pernah terdengar suara-suara seperti itu bukan? Ok, kita teruskan bicara.


World Cup 2010 pujaan dunia sudah pun bermula 11 Jun lalu. Saya sendiri mengakui yang saya juga turut menontonnya, dan saya memang menyokong pasukan Jerman. Itu pun sebab pemain-pemain mereka yang hebat-hebat. Apapun, yang penting adalah dalam keghairahan menonton dan demam bola sepak, saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan teman peminat bolasepak supaya jangan sampai tanggungjawab mengambil berat isu-isu ummah turut demam sama kerana saya bimbang ada agenda 'turning point' musuh-musuh Allah khususnya Secret Societies dan THH ketika dunia tertumpu pada Afrika Selatan.



(Ini adalah gambar bola sepak yang digunakan dalam kejohanan World Cup 2010. *Jahbulon adalah tuhan ritual Masonic paganisme)


Sekarang kita lihat pula poster rasmi untuk Fifa World Cup 2010 ini.


Horus adalah Tuhan yang popular dikalangan orang-orang Mesir dan ia adalah anak kepada Osiris dan Isis. Osiris dan Horus keduanya adalah merangkumi sistem solar. Osiris adalah matahari tenggelam, Horus adalah matahari terbit. Horus juga dikenali sebagai ‘The Amen-Ra’ atau juga dikenali sebagai ‘Ra Ramma’ yang membawa maksud Tuhan Matahari. Kisah mengenai Horus ini telah dijumpai dalam ‘The Egyptian Book of The Dead’ (juga dikenali sebagai ‘Papyrus of Ani’) dan ia ditulis sekitar 3000 tahun sebelum kelahiran Nabi Allah Isa as.


Jadi, kepada anda diluar sana yang menggunakan poster World Cup ini sebagai ‘wall photo’ di facebook anda atau ‘profile picture’ di myspace anda, maka tukarlah ia. Ada sesuatu yang lebih menarik. Anda boleh ‘copy’ gambar dibawah untuk kegunaan anda. Dipersilakan.

(Ayat 'FIFA' untuk tahun 2010 adalah 'Fight Israel Free Al-Aqsa')


Sekarang kita tinggalkan cerita mengenai World Cup ini. Mari kita masuk cerita mengenai sukan Olympics 2012. Memandangkan sukan ini belum berlangsung, maka saya hanya akan ulas serba sedikit sahaja. Selebihnya, kita perlu nantikan ia berlangsung dahulu atau anda juga boleh lakukan kajian mengenainya.




Sekarang mari kita tonton video pula.




2012 = 2102 = ZION = ZION + IS + REAL = ZIONIS ISRAEL. Serangan ke atas Freedom Flotilla adalah 'presented' plan proksi Dajjal utk memerintah dunia, berpindah dr AS ke Israel sebagaimana pandangan Syeikh Imron Hussein. Konspirasi Allah akan musnahkan konspirasi Yahudi.

Sekarang lihat pula logo bagi sukan Olympics 2012 ini.



Jadi saya kita anda semua sudah tahu apa disebaliknya, tidak perlulah saya huraikan dengan mendalam. Jangan kita ditipu hidup-hidup sudahlah. Sekarang ni banyak orang bercakap hal-hal konspirasi, tetapi disebalik kata-katanya itu terselit konspirasi yang telah dirancang secara teliti. Dan ianya pula dibiayai oleh pihak-pihak tertentu bagi mencari sesuatu.


Tetapi ingat! Perancangan Allah adalah meliputi segala perancangan! Dan Allah lah sebaik-baik perancang! Tipu daya kaum kuffar dan pengikut-pengikut mereka akan jatuh juga satu masa nanti!


Setakat ini sahaja dahulu catatan daripada saya, saya juga sedang sibuk melakukan satu kajian mengenai sejarah, jadi jika ada mana-mana pihak yang sudi tampil membantu, dipersilakan. Maaflah kalau teratak saya ini tidak di’update’ selalu.


"Ketahuilah yahudi zionis ini sangat cekap dalam penipuan khususnya dalam menipu umat isllam...”


Gambar-gambar diatas dikreditkan kepada Clueless Mind, Rijal82 dan Khalifah 1412H.

Data-data diatas pula dikreditkan kepada Awe Mesir, Clueless Mind, Rijal82, Raden Galoh Cendera Kirana, Khalifah 1412H dan Cah Ungaran (Indonesia).




Wallahua’lam,

Wassalam.

Catatan ‘bradokapak’ 5.13 pm, 13 Jun 2010.


Copy paste dari http://bradokapak.blogspot.com/2010/06/millatfacebook-fifa-world-cup-2010-dan.html