Pages

Tuesday, April 27, 2010

Pelajar UIA mimpi Bertemu Rasulullah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani… Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w.

Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri.

Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.

Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..”

Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak saya..”

Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda!

Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah.

Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..” Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…”

Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..”

Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..”

Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: “Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar.

Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya. Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..”

Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..” Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Nabi, keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..” Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah! (kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..) sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W… banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’alam.

Saturday, April 17, 2010

Mesir episode bape tah, haha

Salam Alaik.
Salam sejahtera,apa khabar rakan2 blogger sekalian?hee

1st of all, sy ingin mengucapkan takziah kepada Nafisha dan sekeluarga atas pemergian adik lelakinya,terlibat dalam satu kemalangan tempoh hari,moga ditempatkan dia bersama para shuhada.Insyaallah.

Kemudian tahniah la kepada rakan2 di Kolej Matrikulasi yang berjaya menamatkan pengajian di sana. Selepas ni berjuang pula dalam arena Ijazah. Kpd rakan2 di UIA, Gdluck la utk MUET next week, xlupe juga rakan2 di UiTM yg ade gak amek MUET next week. Bittaufiq Wannajah Insyaallah.

Khamis lepas sy mengikuti bacaan Tahlil serta Iftar dan Solat Hajat bersempena peperiksaan yang bakal tiba. Aduh haritu saya mengalami musibah. Demam dan sakit perut. Tp sakit perutnya sampai hari ni x baik2 lagi. Xtahu ape kes. Handphone pulak buat hal. Adeh -__-''

Sedar x sedar, dah hampir tamat rupenye status saya dan rakan2 di sini sebagai pelajar tahun satu perubatan di sini. Debaran final year kian terase, Cuak weh. Kalo xlepas mau kene repeat. Lagi kesian kalo dkt dak2 yg da beli tiket. Mau kne postpone tiket tu, pastu kne denda lagi, ade la dalam 600 pound kene bayar t, kalo xlepas jugak, kne repeat for a whole year ag, waduh gawat sih..

Hari ini merupakan 17 April dan student Cairo University sudah berhadapan dengan kertas Final 1st year mereka iaitu Practical Physiology. wow. Saiko beb. Gdluck korg. Kalo next week xsilap Ain Shams pulak. MOU students je kot. Kalo Al-Azhar pula dlm 8 Mei, paper Written Physiology yg membawa 250 markah keseluruhan termasuk attendent, oral, practical, dan written. Kalo Alex Uni, Tanta, dan Mansurah, serta Zagzig xdpt dikenal pasti tarikh peperiksaan mereka.

Berbicara mengenai exam, sunnguh tensyen atau tertekan tu perkara bese. Waktu mcm ni la baru nmpk kesungguhan pelajar memegang buku kembali, Nak revise the whole course for 1 year tu bukan senang. for Anat, ade Lower Limb, Abdomen, Pelvis, Upper Limb, dgn Embryology. Kalo Histology pulak, Juz chapter2 yg bese, pakai satu buku lagi, ade la around 10 chaps. peh mmg kne tekun lagi nih. kalo Biochemistry ade la dlm 11 chap, paling memerah otak ni bg aku dlm tajuk MicroBiology. Agak ah complicated sikit. Tapi still pakai 1 buku lagi. Seterusnya untuk Physiology pulak, ade pecahan lagi, mcm anatomy, ada Nerve n Muscle, Respiration, Digestion, Cardiovascular System dan Blood. Paling panjang bg aku CVS. Kne tekun lagi. X bole main2.

Peperiksaan Akhir Tahun ni biasenye memakan masa sebulan dan bg setiap course akan disoal dlm 3 cara, Written, Practical wa Oral. Paling susah mestila written. Kalau tgk soalan2 past year, mcm bole jawab. Ouh mmg la boleh jawab. sebab ada buku rujukan dekat tepi. Kalau dlm Exam Hall xdenye wujud perkataan senang tu. Lagi2 la kalo dkt Mesir nih, mcm2 leh terjadi, kalau dah stdy tahap gle2 pon, kalo xberkat, xde la nk jwb dgn smooth, msti sangkut gak. harap2 la sy dan kawan2 berjaya menjawab dgn mudah, InsyaAllah.

Tp saya xtahu la sudah ready atau x nih. Stdy mcm jarang. Stdy mse dlm kuliah je. Balik umah pegang buku, Bce2 pastu buat mnde lain, makan la,ape la,itu la,ini la,lps tu tido awal. Bgon pon terlebih awal kadang2. Stdy pon mcm xmasok jugak. Ntah lah. Makin cuak lah cnih, erk.

Nanti selepas habis exam, bg student Al-Azhar, tamat exam kalau x silap dalam 10 Jun. Kemudian ada diantara mereka yang mengerjakan umrah dalam 14 Jun. Terasa ingin mengikut jejak langkah diorg gak. Adus tgk la kalo Allah menjemput saya ke sana, Nk isi masa cuti smpi Oktober nanti. Woah lme gile. Sempat kahwin dop? Agaga.

Ade jugak yg dah beli tiket nak balik Malaysia. Best pulak dga. Nnti beraya dgn family, puasa sama2, jumpa kawan2 lame, peh, heavennye.

Eh dah Asar daa. Kne siap2. Ok la. Till da next time. Jage Diri. Jage Iman. Jage Amal. Jage Ukhwah. Salam.

Friday, April 16, 2010

Selawat.

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

Wednesday, April 14, 2010

Pengganti Org itu.

Salam Alaik.
Setelah sekian lame x menulis,
akhirnya aku nk menulis gak.Kali ni ak nk menulis tntg hati aku.pe yg ak rse skng.
Dulu2 kalo ade prob msti ak cter kt org,kt seseorg.
tp skng ni ak da xde org da nk cter.
Terigt pulak blog ak nih,
snanye ak xske org ramai taw pe yg ak ase,
ak ske kalo sorg 2 je yg taw.tp xpela.
skang da xde org nk dga pe ak ase.
Terigt pulak kalo dulu2,
kalo pg mne2 tazkirah,org ckp Allah akan uji hambanya dgn ujian yg mmg sesuai,
means dat Allah taw yg hambanya leh hadapi ujian2 mcm 2.
So ak sentiasa tpkir mngenai nasib kita,
teringat video org yang mati dlm keadaan yg mengerikan,
ak xnk mati dlm sedemikian rupa,
ade jugak video yg orgnye mati ketika solat,mse tahiyat akhir,
aku nk sgt mati cm2,biala dlm solat,Kabulkan la permintaanku ya Allah,
Terigt pulak ujian yg family ak dpt,
Ma aku ade bronchitis,
Right lung nye kne infections,bru je blaja kalo lung nih xleh degenerate balik kalo rosak:(
dlu mak ak kne infection kat telinga,tp alhamdulillah dah okay,kali ni kne kat lung pulak,lps ni kne operate,tp xtaw ble,aduh risaunyeee:(
adik pompuan aku pulak yg sorang tu kne migrain,bru je kene,ape yg ak taw sakit2 kat kepala ni sgt bahaye,tkot sgt kalo bleeding happens kat brain t,adoi:( skng dok suruh adek aku wat diary time ble die ase pening n migrain,adeh cne la xkne kot,msti la slalu kne,kat skola suasana bising,tmbahan sesi petang,panas terik tu,adoi cne lah die ni,
sorg lagi adik pompuan aku telinganye xleh dga,belah kiri,so yg berfungsi belah kanan je,telinga ni bole pulih ke?*aku xblaja lagi part kepala,xtaw nk ckp cne,n then doktor ckp die ade hypertension,lagi bahaye,sumenye bermasalah,
Sume berita ni ak dpt dlm mse seminggu je,Adik lelaki ak tu dari kecik mmg dah ade penyakit,aih Ujian2.kalo aku?oh xpyh tahu,tp walaupun yg kne sume2 nih adek2 aku ngn parent aku,tp diorg en darah daging ak,so risaunyee hanya Allah je tahu. Terase nk cter kat sumone tp dah xde da org yg nk ak cter tu.Org tu pergi sbb aku jgk.kesilapan ngn kslhn aku,ak ni da mcm org tolol ngn bongok gle vavi da nh.mcm dah xde arah tuju.lelaki jenis ape la aku ni.mcm da surrender je. Adoi sume ni mmg ujian. Selalu gak aku tepon family aku,tnye mcm ne MC yg diorg wat,besenye kat UH,besenye org ckp,kalo asek tepon family ni anak manje,Oh ak ase die tu mengong. Bg ak x.pe ak kesah,haih Final da xlame dah,mcm2 happen,mslh demi mslh,kat sape lagi ak nk cter,sume dah xde.Ya Allah Ampunilah dosa2 ku,dosa mase lampau ku,Dosa kedua Ibu bapaku,dosa Adik beradik ku,dosa rakan2 ku,dosa mereka yang aku sayangi,Ya Allah,berikanlah ak ketabahan tok hadapi sume perkara dan ujian dari mu ini,Sesungguhnya Engkaulah yg Maha Pengasih lagi Penyayang.
kepada kawan2 dan sahabat handai,mintak maaf andai pernah mengguris hati2 anda,adeh.
Mood final exam dan Kuncinya ialah Sabar.wslm