Pages

Monday, May 30, 2011

29Mei ulang tahun pembebasan kota Konstantinopel

Ketika Rasulullah saw bersama para sahabat menggali parit sebagai persediaan menghadapi perang khandak, la baginda bersabda:

“Konstantinopel itu pasti akan dibebaskan. Sebaik-baik pemimpin (penawan)nya dan sebaik-baik tentera adalah tentera (yang menawannya)” (Hadis)

Detik 29 Mei 1453, seorang pemuda yang berumur 19 tahun sudah berjaya menawan Kota Konstantinapole. Kota yang dijanjikan oleh Nabi Muhammad SAW untuk dibebaskan daripada Kristian Ortodok dari Negara Rom.

Sultan Muhammad al-Fateh itulah pemuda yang dimaksudkan Nabi Muhammad SAW. 800 tahun selepas sabda Nabi, kota ini telah dibuka dan dibebaskan oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Baginda merupakan Khalifah Uthmaniyah yang ke-7.

Kempen untuk membebaskan Kota Konstantinopel telah di usaha semenjak zaman kerajaan Umayyah dan Abbasiyah lagi, namun kempen untuk membebaskannya tidak berjaya. Banyak percubaan untuk membebaskannya, 5 kempen di zaman kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman kerajaan Abbasiyyah dan 2 kempen di zaman kerajaan Uthmaniyyah.

Bahkan percubaan untuk membebaskan kota ini telah diusaha pada zaman sahabat lagi seperti Ali bin Abi Talib, Muawiyah bin Abi Sufiyan, dan Ayub al-Ansari. Pada zaman khalifah pula, Sulaiman bin Malik, Harun ar-Rasyid dan Jeneral al-Parslan. Semuanya menemui kegagalan.

Namun, takdir Allah SWT untuk membebaskan Kota Konstantinapole selepas 800 tahun sabda Nabi mengenainya. Peperangan untuk membebaskannya meletus selama 53 hari. Akhirnya, kota ini berjaya dibebaskan oleh seorang pahlawan muda agung iaitu Sultan Muhammad al-Fateh.

Ibrah Di Sebalik Pembukaan Kota Konstantinople

1. Sesungguhnya memang tidak dapat dinafikan, bahawasanya kekentalan Sultan Muhammad Al-Fateh dalam menghadapi musuh suatu cabaran yang hebat dan teguh. Selama 800 tahun, cubaan untuk menawan Kota tersebut tidak berjaya, akan tetapi ketika zaman Uthmaniyyah kejayaan untuk menawan Kota tersebut telah jatuh di tangan seorang pemimpin yang dijanjikan Nabi iaitu “Sebaik-baik pemimpin……” Sultan Muhammad Al-Fateh.

2. Optimisnya umat terdahulu, walaupun terpaksa menunggu ratusan tahun, begitu juga dengan kita perlu optimis dengan kemenangan Islam dan kembalinya Baitul Maqdis di tangan umat Islam suatu hari nanti. Ini adalah janji Nabi yang perlu kita optimis dengan syarat kita perlu bekerja demi mencapai sebuah kemenangan, dan tidak boleh hanya menunggu sahaja tanpa bekerja.

3. Qiyamulail, solat sunat rawatib, solat fardhu berjemaah adalah sumber kekuatan umat Islam. Ini terbukti ketika mana Sultan Muhammad Al-Fateh bertanyakan kepada tentera-tenteranya yang layak untuk menjadi Imam dalam Solat Jumaat setelah mana Kota Konstantinople ditawan. Kita perlu bertindak laksana abid di malam hari dan laksana pejuang di siang hari. Ini semua memerlukan kesabaran, kecekalan dan semangat jihad.

4. Perancangan strategik : dalam setiap perkara untuk membuahkan hasil yang cukup hebat, maka perlu kepada perancangan yang strategik serta optimum. Prof Dr Yusof Qardhawi menyatakan, “Semangat zaman kita ini ialah semangat perancangan. Kita tidak boleh membina segala gerakan berdasarkan emosi dan lantunan perasaan yang dibawa”. Maka, janganlah kita tergesa-gesa untuk mencapai sebuah matlamatyang diperjuangkan dan cuba memetik hasilnya sebelum tiba masanya.

Wahai pemuda, bangkitkan semangatmu dengan membina kefahaman yang cukup mendalam demi untuk mencapai sebuah kemenangan. Ketahuilah, golongan mudalah yang banyak membantu perjuangan dakwah. Maka, persiapan kearah itu perlu diperkemaskan dan disusun dengan baik agar hasilnya menatijahkan kejayaan yang cemerlang.


Umur 19 tahun telah berjaya dirinya mengukir kemenangan dalam Islam sedangkan aku yang melangkah 20-an masih merangkak2 dalam Islam TT

Saturday, May 21, 2011

Bangsa lagi.

Salam alaik.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). Al-Hujurat ayat 13.

Dalam satu hadis riwayat Bukhari yang bermaksud sebegini. Tanya Rasulullah saw kepada Bilal. Ceritakan kepada aku, amalan yang paling kau utamakan, yang paling baik kau lakukan dalam Islam! Kerana aku mendengar bunyi tapak kasutmu dihadapanku di dalam syurga. Jawab Bilal: Aku wahai Rasulullah tidaklah melakukan apa pun melainkan aku tidaklah berwuduk dgn wuduk yang sempurna sama ada siang ataupun malam melainkan aku akan solat ketika mana aku akan solat dengan solat sunat 2 rakaat.

Salah seorang sahabat. yang disayangi Rasulullah saw iaitu Abu Dzar. if m not mistaken nama panggilan sahabat tsebut ialah Abu Dzar Al-Ghifari. Ketika mana Abu Dzar memanggil Bilal bin Rabah dengan panggilan Yabna' tassauda' iaitu Wahai anak wanita hitam, lantas pada ketika itu berubah wajah Rasulullah. marah nabi kepada Abu Dzar sehinggakan dalam riwayat lain menyebut bahawa Abu Dzar bkata dia tidak tahu sama ada Rasulullah saw menjawab salamnya atau tidak.

Nabi berkata pada Abu Dzar yang merupakan sahabat disayangi oleh baginda, Engkau satu individu yang mana dirimu ada nilai jahilliyah. Jahiliyyah yang telah aku hapuskan. Sifat perkauman. Sifat yang membezakan manusia berdasarkan keturunan! Tiba2 kau panggil dirinya dengan anak wanita hitam?



Begitulah betapa nabi marah kepada Abu Dzar yang memanggil bilal bdasarkan keturunannya sehingga Abu Dzar meletakkan pipinya di atas tanah dan meminta Bilal memijak dirinya.

Allah. Itu lah bilal. kalau orang skng ni sibuk nk kejar dunia,harta dan pangkat,tp bilal. seorang yang dahulunya pernah ditindas atas dasar perkauman! dasar yang kita boleh lihat di atas muka bumi ini! dasar Jahilliyah! Tetapi Bilal itu sudah dijanjikan dengan syurga! Allah..

Sudah2 lah berbangsa. Sekali lagi saya katakan perjuangan bangsa tak kemana.

Umar Al-Khattab ada menyebut. Kita adalah kaum yang Allah muliakan kita dengan Islam! Jika kita cuba mencari kemuliaan selain daripada Islam kita akan dihina oleh Allah!

Terasa sedih dan sebak bila mendengar kemuliaan para sahabat sedangkan diri ini masih tenggelam dgn dosa. Ya Allah ampunilah daku! :'(

Friday, May 13, 2011

Osama Bin Laden


Teringat saya ketika membuka lembaran akhbar internet, membaca tentang ‘kejayaan kuffar Amerika’ melenyapkan seorang mujahideen yg ditakuti mereka sejak bertahun lamanya. Menjadi tanda Tanya apabila perdana menteri Negara ehem2 menyebut bahawa dunia menjadi aman tanpa Osama. Aduh seharusnya dunia menjadi aman tanpa kuffar amerika yang terang-terangan mempelawa keganasan Israel di Palestin! Adakah perdana menteri ini buta atau menjadi pak turut kepada ‘orang atasan’? Negara Islam konon.

Saya ada menyimpan beberapa cerita mengenai Osama bin laden dan mungkin ini yang saya dapat kongsikan. ambillah dari aspek positif. bukannya memberi kenyataan seperti yang dilakukan perdana menteri ehem2. sudahlah tidak sensitif ketika mana diceritakan jenazah arwah dicampakkan begitu sahaja ke laut, entah bila amerika itu akan hancur seperti Rom dikoyak2kan tentera Islam suatu masa lalu.

Wira Yang Di Geruni Barat. KETIKA Timur Tengah menikmati peningkatan ekonomi hasil dari perdagangan minyak pada tahun-tahun 1970-an, Muhammad bin Laden berhijrah dari Yaman

dan bermastautin di Saudi Arabia. Beliau memulakan sebuah perniagaan yang kemudiannya menjadi salah satu daripada syarikat pembinaan yang terbesar di Timur Tengah, Bin Laden Corporation.

Syarikat ini terbabit dengan pembinaan jalanraya, bangunan, masjid, lapangan terbang dan lain-lain prasarana di kebanyakan negara-negara Timur Tengah. Osama adalah anak kepada Muhammad bin Laden. Sebagai seorang anak muda, beliau jelas lebih warak daripada saudara-saudaranya yang lain dan penglibatan syarikat keluarga beliau dalam pembinaan semula Masjidil-Haram dan Masjid An-Nabawi di Makkah dan Madinah telah memberi kesan yang mendalam kepada beliau.

Pada tahun 1979, sebaik sahaja selepas beliau menamatkan pelajaran di Universiti King Abdul Aziz di Jeddah dengan memperolehi ijazah dalam bidang Kejuruteraan Sivil, Soviet Union menyerang dan menduduki Afghanistan. Pihak Mujahideen mengeluarkan permohonan bantuan antarabangsa. Osama bin Laden menyahut seruan itu dengan menghantar dirinya sendiri bersama-sama dengan jentolak-jentolak keluarganya ke Afghanistan. Beliau tersentuh, kata beliau, dengan permintaan dari umat Islam yang lemah menghadapi 'kuasa-besar' abad ke-20.

"Di dalam agama kita terdapat tempat yang istimewa di akhirat nanti kepada mereka yang menyertai jihad," kata beliau. "Sehari di Afghanistan adalah seperti 1000 hari bersembahyang di mana-mana masjid biasa."

Pada mulanya sumbangan beliau lebih kepada sumbangan sokongan. Beliau merekrut beribu-ribu pejuang Arab dari Timur Tengah, membiayai tambang mereka ke Afghanistan dan mendirikan kem-kem untuk melatih mereka. Kemudiannya beliau juga telah merekabentuk terowong-terowong pertahanan dan parit-parit di sepanjang sempadan Pakistan, memandu jentolak, menghadapi risiko tembakan-tembakan helikopter Sovier. Tidak lama kemudiaan, beliau sendiri mula menggalas Kalashnikov dan menyertai pertempuran. Pada tahun 1986, beliau bersama-samabeberapa dozen pejuang Arab berjaya mematahkan serangan pihak Soviet ke atas sebuah bandar yang bernama Jaji, tidak jauh dari sempadan Pakistan.Kepada para Mujahideen Arab tersebut, kejayaan ini adalah antara bukti pertama bahawa pihak Russia boleh dikalahkan.

Setahun kemudian, Bin Laden memimpin satu serangan ke atas tentera Soviet di dalam pertempuran Shaban. Pertempuran tangan yang hebat menyebabkan ramai dari para Mujahideen gugur syahid. Walau bagaimanpun Osama dan para Mujahideen pimpinannya berjaya juga menghalau pihak Soviet keluar dari kawasan tersebut dengan pertolongan Allah s.w.t. "Beliau merupakan seorang wira pada kami kerana beliau sentiasa dibarisan hadapan, sentiasa mara ke hadapan," ujar Hamza Mohammed, Seorang pejuang Palestin yang menyertai jihad di Afghanistan dan kini menguruskan salah sebuah projek pembinaan Bin Laden di Sudan.

"Beliau bukan sekadar memberikan wang beliau tetapi beliau jugamemberikan diri beliau. Beliau datang dari istana untuk tinggal bersama-sama dengan orang miskin Afghan dan para pejuang Arab. Beliau masak dengan mereka, makan dengan mereka, menggali kubu-kubu dengan mereka. Itulah cara Bin Laden." Semasa pembesaran Masjidil-Haram dan Masjid An-Nabawi pada sekitar 1980-an, Raja Fahd sendiri menawarkan Osama kontrak untuk membesarkan Masjid Rasulullah s.a.w. di Madinah.

Kontrak ini akan memberikan untung bersih sebanyak $90 juta kepada beliau. Beliau menolak tawaran ini kerana beliau tahu tawaran ini adalah untuk mengalih perhatian beliau dari jihad di Afghanistan kepada pembinaan masjid. Beliau pernah berkata bahawa kekayaan beliau bertambah dan perniagaan beliau semakin maju selaras dengan bertambahnya wang yang beliau belanjakan untuk jihad. Bin Laden pulang ke tanahair dan disambut sebagi kenamaan. Tetapi kepopularan beliau mula menghilang apabila beliau mula mengatakan kebenaran terutamanya yang menyentuh rejim Saudi. Kerajaan tersebut sudahpun dikritik oleh para aktivis Islam kerana penyelewengan dan tidak melaksanakan perundangan Islam. Semua ini juga ditentang oleh Bin Laden. Akhirnya apabila Raja Fahd membenarkan tentera kuffar Barat masuk ke Saudi ketika Perang Teluk, beliau mula mengkritik kerajaaan dengan terbuka.

Beliau juga menjadi sasaran kempen penganiayaan ke atas aktivis Islam lantas beliau melarikan diri ke Sudan pada 1991. Sejumlah besar 'Arab Afghan' dari pelbagai negara mengikuti beliau ke Sudan dan bekerja di syarikat yang beliau tubuhkan di Sudan. Beliau berusaha membantu Sudan dengan membina prasarana. Kerajaan Saudi mengisytiharkan beliau penjenayah dan kewarganegaraan beliau dilucutkan. Sejumlah wang yang banyak juga diletakkan untuk kepala beliau.

Di Sudan, perniagaan beliau berkembang maju sehingga menjadi lebih besar dari yang di Timur Tengah. Satu cubaan membunuh beliau telah dilakukan di Sudan tetapi beliau berjaya menyelamatkan diri walaupun mengalami kecederaan. Beliau tinggal di Sudan selama kira-kira lima tahun, membiayai jihad di pelbagai negara di dunia seperti Afghanistaan, Bosnia, Yaman, Chechnya dan lain-lain tempat sehinggalah kerajaan Sudan mengusir beliau atas tekanan dari Amerika Syarikat dan atas tuduhan beliau membiayai gerakan pengganas (gelaran kuffar Barat kepada Mujahideen) diseluruh dunia. Dengan kekayaan peribadi yang dianggarkan sekitar $300 juta,beliaulah yang dianggap 'U.S. State Department' sebagai "seorang daripada penaja kewangan utama gerakan extrimis Islam di dunia kini." Ataupun seperti mana yang dikatakan oleh seorang pegawai Amerika Syarikat, beliau adalah 'ikan besar' kerana reputasi keperwiraan beliau memberikan beliau pengaruh. Menurut pegawai ini, "Bin Laden adalah orang yang boleh Pergi menemui seseorang dan berkata, "Saya mahu awak tuliskan cek 6 angka," dan beliau akan mendapat cek tersebut serta merta.

Pada musim panas 1996, Bin Laden berpindah dari Sudan ke Afghanistan. Beliau kini di Afghanistan membantu membiaya dan menyusun para Mujahideen seluruh dunia. Selepas keadaan yang semakin buruk di Saudi Arabia, selepas penahanan para ulama dan ratusan pemuda-pemuda Mujahideen, Selepas kekayaan negara tergadai kepada Barat dan pendudukan tentera Amerika di 3 bumi suci, Bin Ladin membuat keputusan untuk bertindak. Pada 26 Ogos 1996, beliau mengeluarkan kenyataan yang pertama, dokumen berbahasa Arab setebal 12 mukasurat yang bertajuk, "Pengisytiharan Perang" oleh Osama bin Muhammad bin Laden. Kenyataan ini memberikan amaran terakhir kepada semua tentera Amerika agar meninggalkan bumi suci umat Islam atau mereka akan menerima tindakan ketenteraan dari para pemuda yang sama dengan bantuan Allah s.w.t yang telah mengalahkan kuasa kuffar terbesar di dunia, di Afghanistan. "Umat Islam terbakar dengar kemarahan kepada Amerika. Demi kebaikannya sendiri, Amerika mesti meninggalkan Saudi Arabia-bumi tanah haram" - Osama bin Laden.

Mujahid ini meninggalkan kehidupan mewah dengan kekayaan yang tak termimpi oleh kita. Apakah sebabnya? Apakah yang ada pada jihad sehingga menjadi lebih manis daripada kehidupan mewah dengan $300 juta? Masihkah Kita sayangkan sedikit kekayaan kita dari cinta pada Allah juga Rasul-Nya?

Masihkah kita sayangkan dunia ini hingga melupakan akhirat? Masih lekakah kita dengan hidup sehingga kita melupakan mati, Mati yang hanya sekali itu... Untuk siapakah mati kita?

Kalau sekarang kita masih terleka dengan nikmat dunia takut-takut kita terlepas untuk nikmat akhirat yang tiada penghujung. fikir-fikirkanlah

Sunday, May 1, 2011

Ya Rasulullah.

Salam alaik.

Cuba kita ingat kembali hadis2 Rasulullah saw yang menyatakan kecintaannya pada Umatnya.

“Diantara umatku yang paling mencintaiku adalah orang-orang yang hidup selepasku, salah seorang dari mereka sangat ingin melihatku walaupun terpaksa menebus dengan keluarga dan harta.” [HR Muslim].

Ada kisah pada zaman Rasulullah saw, bagaimana sahabat menyatakan kecintaannya pada Rasulullah saw.

“Ya Rasulullah, sungguh engkau lebih kucintai daripada diriku, dan anakku,” kata seorang sahabat suatu hari kepada Rasulullah Muhammad saw. “Apabila aku berada di rumah, lalu kemudian teringat kepadamu, maka aku tak akan tahan meredam rasa rinduku sampai aku datang dan memandang wajahmu. Tapi apabila aku teringat pada mati, aku merasa sangat sedih, karena aku tahu bahwa engkau pasti akan masuk ke dalam surga dan berkumpul bersama nabi-nabi yang lain. Sementara aku apabila ditakdirkan masuk ke dalam surga, aku khawatir tak akan bisa lagi melihat wajahmu, karena derajatku jauh lebih rendah dari derajatmu.”

Mendengar kata-kata sahabat yang demikian mengharukan hati itu, Nabi tidak memberi sembarang jawaban sampai malaikat Jibril turun dan membawa firman Allah berikut:

“Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah; iaitu nabi-nabi, para shiddiqin, syuhada dan orang-orang yang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.” (QS. 4:69)



Juga pasti kalian pernah mendengar kisah umat yang Rasulullah saw cintai. Siapakah umat itu?

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu.

Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Allah, adakah kita ikhwan yang dimaksudkan oleh baginda saw? adakah kita ikhwan setelah kita melihat pelbagai kemungkaran di sekeliling kita? Masih mengaku ikhwan kalau nafsu masih menguasai iman di dada? Ikhwankah kita kalau sunnah baginda kita ketepikan? Adakah ikhwan diri ini jika sirahnya kita tidak teladani? Ya Allah~

Video di bawah ini sangat menarik. betul2 menyentuh hati.


Mari kita cuba renungi bagaimana Islam itu mula bertapak dan bagaimana puncak kegemilangan Islam itu, ketika Islam dihina dan Islam itu ditindas.

Saya syorkan bagi rakan2 mahasiswa, silalah menguasai Fiqh Al-Sirah. Tanamlah semangat perjuangan baginda Rasulullah saw dalam hati kita.

Dahulu Islam itu datang dengan asing dan pastinya akan pergi dalam keadaan asing. Tanggung jawab kita lah untuk menghidupkan kembali Sunnah baginda, pada atas diri inilah Islam itu wajib dibangunkan semula.

Ayuhlah muhasabah lah pada diri kalian, tak terkecuali pada diri ini. Allah