Kalau ditanya pada semua pelajar Mesir tentang sikap masyarakat arab, memang banyak komennya. lebih banyak yg buruk daripada yang baik. sikap mskt mesir yang agak sedikit malas. sikap suka melengah-lengahkan kerja, dan sikap-sikap yang lain yang mmg menimbulkan sifat benci pada cara mereka membuat kerja.
Sebagai contoh urusan membuat visa. mungkin urusan untuk pelajar Ain Shams dan Cairo Universiti agak tersusun berbanding urusan untuk pelajar Al-Azhar sendiri. Untuk membuat visa, hanya sehari dalam seminggu sahaja diperuntukkan untuk pelajar Malaysia bg tujuan memperbaharui Visa Pelajar. Sudah lah hanya sehari sahaja, ditambah pula dengan bilangan pelajar Malaysia di Kaherah yang semakin bertambah.
Untuk mmudahkan diri, seawal jam 5.30 pagi sudah bertolak dari rumah menuju ke Jawazat(Imigresen) dan kami beratur dari seawal jam 6 pagi untuk memastikan urusan kita pada hari itu cepat dan tidak menyeksakan. bayangkan kami terpaksa beratur dari jam 6 pagi dan pejabat Jawazat akan dibuka pada 8pagi. 2 jam beratur. bila dah buka,kami pun sambung lagi beratur di dalam pejabat.
Mungkin pekerja Imigresen ni tak sempat untuk bersarapan di rumah. jadi pada jam 8 pagi iaitu waktu kerja bermula mereka akan memulakan kerja mereka dengan menjamu selera, membuat secawan teh di hadapan kami, berborak-borak dan kadang-kadang meminta kami membelikan topup dan sebagainya. tidak kurang pula pekerja-pekerja yang membaca akhbar harian ketika memulakan kerja mereka.
Setelah bersarapan dan melakukan aktiviti lain, mereka pun memulakan kerja mereka iaitu menguruskan urusan Visa kami. untung pada mereka yang beratur seawal jam 6 pagi. sebelum jam 9 pagi mereka sudah boleh pulang ke rumah atau ke kelas bagi yang ada kelas. kalau yang datang pada jam 8 pagi, giliran mereka mungkin pada jam 12 atau 1 ptg nanti. kalau yang kurang bernasib baik, mereka terpaksa pulang tanpa apa-apa faedah melainkan penat. Pejabat yang sepatutnya ditutup pada jam 230 ptg tapi mereka sudah bersiap-siap untuk pulang seawal jam 2 lagi. kalau buku mengisi nama pelajar itu sudah penuh, mereka akan berhenti menerima passport dengan alasan malas untuk membuka buku baru.
kalau dibuat kaji selidik, jika seratus orang yang hadir pada hari tersebut, hampir 99 pelajar akan berbual tentang sikap pekerja-pekerja di Imigresen. Sebgai maklumat tambahan, kaunter untuk urusan visa dibuka sebanyak 2 kaunter sahaja. Maka bersabarlah kami semua pada hari tersebut. Oh lupa, urusan Visa untuk pelajar Malaysia ialah pada hari Sabtu bersama-sama pelajar Indonesia.
Selama 3 minggu saya ulang-alik ke Jawazat untuk menyelesaikan masalah visa, dan selama 3 kali jugalah saya lewat ke kelas dan sebagainya.
Sedang beratur memikirkan nasib pada hari tersebut, terfikir pula bagaimana urusan kita untuk menerima amalan pada hari Mahsyar nanti. Sudahlah manusia berderet-deret, dekatnya matahari hanya sejengkal dari paras kepala, air peluh yang menenggelami seluruh manusia, sehingga seluruh manusia tidak sempat untuk melihat diri sendiri dan lain-lain dalam keadaan bertelanjang kerana masing-masing memikirkan buku amalan masing-masing.
Entah berapa ramai termasuk diri sendiri yang memikirkan masa depan mereka. takut-takut kematian semakin hampir ketika diri dalam kancah maksiat.
sempena hari yang menyaksikan penghijrahan Baginda saw dari Makkah ke Madinah, ayuhlah sama-sama kita mencari apakah ibrah daripada peristiwa ini. Bukan dengan memberi anugerah tokoh maal Hijrah sedangkan diri masih berperangai seperti Jahilliyah, akan tetapi membawa diri sendiri dan orang sekeliling ke arah yang lebih baik. Meninggalkan dosa-dosa yang lampau.
p/s: ada pendapat yang menyebut peristiwa Hijrah itu bukan berlaku dalam bulan Muharram, tetapi berlaku dalam bulan Safar.
Saya suka untuk mengambil salah satu kisah dalam peristiwa Hijrah ini. Perbualan yang berlaku antara Baginda saw bersama sahabat yang dikasihi Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.
"Ketika kami berada di dalam gua, kami melihat kaki orang Musyrikin berada di atas kepala kami, Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Sekiranya salah seorang daripada mereka melihat kakinya, tentu dia akan melihat kita." Maka Rasulullah SAW berkata, "Wahai Abu Bakar! Janganlah kamu menyangka kita hanya berdua. Sesungguhnya Allah adalah yang ketiga." Hadis Abu Bakar As-Siddiq r.a.
Salam Maal Hijrah.
1 comment:
Isikan masa menunggu itu untuk menambah saham akhirat. Saya cadangkan:
1. Bawa al-Qur'an terjemahan saiz kecil. Baca dan faham maksud. Saya ingat 3 jam menunggu sempat habis 3 juzuk, insyaAllah.
2. Zikrullah dan selawat. Saya ingat 3 jam menunggu tu sempat 30,000 kali. Mungkin boleh guna counter yg tekan dgn jari tu.
3. Tinggalkan usaha mengumpat keburukan para kakitangan pejabat imigresen tu, takutnya kita dapat dosa tapi depa dapat pahala sumbangan kita pulak.
Salam Hijrah buat Arif & seluruh warga mahasiswa Malaysia di Mesir. Saya doakan semoga semuanya berjaya menjadi manusia alim yang faham agama.
Post a Comment