Pages

Wednesday, January 30, 2013

Teksi dari HUKM

Hari ini agak aktif jugak jadual aku. dari PJ ke seluruh pelusuk KL aku pergi.

Semasa dalam teksi dari HUKM ke stesen Bandar Tun Razak, ternampaklah kelibat seorang wanita berpakaian baju kurung menaiki scooter.

Lalu Pakcik Teksi pun memulakan bicara...

"Cuba tengok perempuan tu, boleh kena saman dengan JPJ. Mana boleh naik motosikal kalau berkain. Bahaya! Kalau accident atau apa-apa terjadi baru menyesal"

Aku mengiyakan. "Betul tu pakcik."

"Kalau pakai seluar, sekurang-kurangnya dia bebas bergerak kalau apa-apa terjadi"

dan seterusnya pakcik itu terus mengeluarkan hujah-hujah dan fakta-fakta yang aku pun tak tahu. Maklumlah, 'sekejap' je aku dekat perantauan.

Sampailah fakta yang satu ni, aku jadi pelik.

"Dalam Islam perempuan mana boleh naik kenderaan! Zaman Nabi dulu naik kuda. Nabi kan suka menunggang kuda"

Aku pun bermonolog, "Pak cik, bagi saya kunci teksi pakcik ni. Zaman Nabi mana ada teksi"

You decide.

No comments: