Rata-rata orang menganggap cinta itu perlu wujud antara lelaki dan perempuan sebelum mendirikan rumahtangga agar dapat hidup bahagia bila dah berkahwin. Namun Islam menafikan perkara ini.
Dalam Islam, hanya perkahwinan yang mampu menghadirkan cinta kerana cinta itu anugerah Illahi pada hambaNya yang menjaga hak2Nya..yang selain dari itu hanyalah tipu daya nafsu godaan syaitan.
Pernah seoarang sahabat bertanya pada saya, “Macam mana nak jalinkan hubungan dengan seseorang kalau cinta tak wujud dalam hati?”
Saya menjawab,”Mudah..melalui cinta Ilahi”
“Tapi bagaimana?” sahabat bertanya balik inginkan penjelasan.
“Apabila kita suka seseorang itu demi cinta Illahi, maka cinta Illahi yang akan kita buru..bukan si dia. Apabila rasa rindu pada si dia, kita berdoa pada Allah minta Allah gantikn rindu itu kepada rindu Illahi.
Hati kita tak akan resah walau tak berjumpa, tak keluar bersama, malah tak bermesej pun kerana kita telah memburu cinta Illahi yang kita harapkan akan menyatukan dua jiwa ini.
Makin hari makin kita cuba untuk dekatkan diri pada Allah, perbaiki akhlak diri kerana kita ingin menjadi pasangan yang terbaik buatnya kelak. Dalam kesibukan kita mendamba cinta Illahi, perasaan kita terhadapnya akan disimpan jauh dalam sudut hati kerana Cinta Allah membaluti perasaan itu.”
“Boleh ke bertahan hubungan tu kalau tak berjumpa?”
“Boleh,insyaAllah. Kerana apabila kita bermujahadah menahan nafsu daripada keluar berdating, selalu kesana sini bersama, Allah akan menjaga kedua-dua hati ini agar perasaan sayang itu kekal sehingga ke gerbang perkahwinan yang akan membuahkan cinta.
Inilah yang dikatakan apabila Allah yang menjaga sesuatu hubungan itu, maka segalanya kita sandarkan pada Allah. Walau tidak berjumpa, hati kita tenang & tidak risau akan perasaan si dia terhadap kita kerana kita yakin dengan janji Allah yang menjanjikan rahmat ke atas hambaNya yang menjaga hak2Nya.
Kerana cinta kita pada Allah, demi menggapai redhaNya, kita menahan diri daripada keluar bersama-sama dengan si dia dan kerana itu, Allah balas dengan sebaik-baik balasan iaitu kemanisan cinta selepas berkahwin. Inilah cinta yang sebenarnya, tulus lagi suci & diredhai Illahi.”
“Janganlah terpesona dengan cinta nafsu kerana kelak kita akan kehilangan nikmat cinta yang hadir dalam perkahwinan. Ingatlah redha Allah yang kita dambakan untuk mengiringi sebuah perkahwinan bukan kemurkaanNya”
No comments:
Post a Comment