Pages

Sunday, June 14, 2009

Allahyarham Syeikh Fathi Yakan

selepas siapnya tajuk di bawah..
tergerak hati saya utk menulis tentang Allahyarham Ustaz Fathi Yakan..

saya hanya copy paste daripada blog senior saya(saudara Huzaifah)..


Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Moga Allah menempatkan rohnya di kalangan para ahli syurga, dan moga semangat perjuangan beliau meresap ke dalam generasi kini dan supaya mata rantai dakwah ini dapat disambung....

Al-Fatihah
1933-2009

No comments: