Salam alaik.
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). Al-Hujurat ayat 13.
Dalam satu hadis riwayat Bukhari yang bermaksud sebegini. Tanya Rasulullah saw kepada Bilal. Ceritakan kepada aku, amalan yang paling kau utamakan, yang paling baik kau lakukan dalam Islam! Kerana aku mendengar bunyi tapak kasutmu dihadapanku di dalam syurga. Jawab Bilal: Aku wahai Rasulullah tidaklah melakukan apa pun melainkan aku tidaklah berwuduk dgn wuduk yang sempurna sama ada siang ataupun malam melainkan aku akan solat ketika mana aku akan solat dengan solat sunat 2 rakaat.
Nabi berkata pada Abu Dzar yang merupakan sahabat disayangi oleh baginda, Engkau satu individu yang mana dirimu ada nilai jahilliyah. Jahiliyyah yang telah aku hapuskan. Sifat perkauman. Sifat yang membezakan manusia berdasarkan keturunan! Tiba2 kau panggil dirinya dengan anak wanita hitam?
Begitulah betapa nabi marah kepada Abu Dzar yang memanggil bilal bdasarkan keturunannya sehingga Abu Dzar meletakkan pipinya di atas tanah dan meminta Bilal memijak dirinya.
Allah. Itu lah bilal. kalau orang skng ni sibuk nk kejar dunia,harta dan pangkat,tp bilal. seorang yang dahulunya pernah ditindas atas dasar perkauman! dasar yang kita boleh lihat di atas muka bumi ini! dasar Jahilliyah! Tetapi Bilal itu sudah dijanjikan dengan syurga! Allah..
Sudah2 lah berbangsa. Sekali lagi saya katakan perjuangan bangsa tak kemana.
Umar Al-Khattab ada menyebut. Kita adalah kaum yang Allah muliakan kita dengan Islam! Jika kita cuba mencari kemuliaan selain daripada Islam kita akan dihina oleh Allah!
Terasa sedih dan sebak bila mendengar kemuliaan para sahabat sedangkan diri ini masih tenggelam dgn dosa. Ya Allah ampunilah daku! :'(
1 comment:
amin...
Post a Comment