Pages

Saturday, June 11, 2011

Tawakkal yang betul dan tepat?

Salam alaik.

Dalam fatroh/musim imtihan ini, lagi2 kalau kami ni yang sedang berada dalam musim panas. yang kepanasannya masyaAllah, mesti rakan2 teringat suatu ayat yang memang selalu sangatlah dengar lagi2 kalau nak sampai time exam nih. ayat (Usaha.doa.tawakkal)

persoalannya betulkah konsep usaha doa dan tawakkal ni? atau pun adakah mahasiswa kini mengamalkan konsep ini secara tepat?

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kehormatannya, Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;. Surah Al-Mu'minun. ayat 1-9

Kita perhatikan petikan daripada surah Al-Mu'minun ni. Bagaimana Allah meletakkan ciri-ciri orang yang beriman yang berjaya itu? Pertama-tamanya orang tersebut ialah orang yang khusyuk dalam solatnya.

Khusyuk dalam solatnya? ialah orang yang meletakkan Allah itu didepan dan tiada yang penting selain solat yang khusyuk. bermakna meletakkan solat itu dihadapan. Solat iaitu meletakkan Allah diatas sekali.

Konsep usaha doa tawakkal itu bagi saya #lepas dga motivasi. konsep yang diamalkan ini memang lah betul. cuma konsep ini masih tidak tepat. seharusnya tawakkal ini perlu bermula seawal usaha kita untuk mencapai kejayaan tesebut. sebelum memulakan pembelajaran pohonlah keberkatan dpd yang Maha Bijaksana. Agar ilmu yang luas ini dapat melekat dalam ingatan.Pohon juga agar biar kita ikhlas mencari ilmu ini, bukan kerana mencari aib orang, ataupun mencari pangkat master, PhD dan sebagainya.

Mulakan sesuatu dengan doa. berusaha sehabis boleh. berdoa lagi dan bertawakkal. Orang yang berjaya itu ialah yang khusyuk di dalam solatnya iaitu yang meletakkan Allah pada segala-galanya. Bertawakkal. Usaha doa dan tawakkal.

Akhirnya. pohon doa daripada antum semua, doakan kami dipermudahkan segala urusan pada imtihan kali ini. jzkk


Salam Imtihan buat rakan-rakan mahasiswa mesir. sama ada dirasat mahupun perubatan.


اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

us. in a group discussion.

wassalam

1 comment:

School Of Tots said...

Besarnya ibadah solat itu hinggakan Allah menyampaikan direct kepada Rasulullah SAW semasa israk mikraj. Solat yg khusyuk tawadduk & berkualiti tinggi adalah pencetus setiap kejayaan, insyaAllah.

Bersegera solat anak2ku !!