Pages

Sunday, June 5, 2011

Wanita yang hebat. Tidak sama dengan wanita P*

Salam alaik.

Post kali ini mungkin lebih kepada wanita yang hebat. lagi-lagi bila 'mcm2' dah jadi dekat Malaysia.Kalau nak lebih tepat lagi isu yang berkait dengan wanita. apa yang saya nampak timbulnya beberapa pihak di Malaysia yang mengelirukan masyarakat dengan isu penceraian. ai mcm menggalakkan penceraian. Kalau dahulu wujudnya kaum wanita yang menuntut hak kebebasan? haa nak cerita sikit. Tahrir Square. ni nak gtau, dahulunya dalam sekitar 1980 di Mesir, di Tahrir Square ini pernah berlakunye demonstrasi kaum wanita menuntut kebebasan. mereka bukak jubah mereka dan menanggalkan pakaian mereka lalu membakarnya. taknak dah tutup aurat n mcm2 lagi. n alhamdulillah Allah bersihkan Tahrir square daripada sejarah yang buruk itu dengan menyingkirkan pemimpin kuku besi pd 25 januari yg lepas. ok lepas isu cerai2 nih timbul, muncul pula kelab isteri taat. eh betul ek sebutan dia? penubuhan kelab ini bagi saya lah tak salah. mungkin suatu masa nanti kelab ini dapat memberi kesedaran kepada kaum hawa betapa pentingnya tanggungjawab dan ketaatan si isteri terhadap suaminya. tapi kenapa lah sampai nak menyamakan isteri yang taat ini dengan taraf pelacur kelas pertama?

Agak pelik. mungkin penceramah tersebut terkeluar perkataan pelacur kelas pertama tanpa sedar apakah yang dimaksudkan dgn perkataan pelacur? mungkin fokus penceramah tersebut ialah untuk mengatasi punca berlakunya penceraian iaitu si suami tidak mendapat kepuasan batin. tapi perkahwinan itu bukannya bertujuan memuaskan nafsu! kalau memang itu niatnya, adakah layanan pelacur itu sama sahaja dengan layanan si Isteri yang taat? ataupun penceramah itu tidak tahu apakah ada perkataan yang lebih baik untuk dituturkan bagi menyamakan seorang isteri solehah dgn sesuatu yang lain? terlajak perahu boleh berundur. telajak bicara?

isteri yang taat. pastinya asal usulnya ialah wanita yang baik baik. dalam sejarah islam tersendiri sudah melahirkan kaum wanita yang seharusnya menjadi idola dan kebanggaan wanita muslim kini. kalau di kaji sirah dan hadis Rasulullah saw, kita akan jumpa beberapa wanita yang terkenal dengan pengorbanan mereka, wanita yang di seksa kerana membela islam! Sumayyah yang syahid kerana mempertahankan akidahnya! dan macam2 lagi wanita yang membanggakan umat islam kini dan seharusnya mereka ini diangkat untuk menjadi idola wanita masa kini. tapi kenapa perlu pe****r kelas petama yang diangkat?.

“Sebaik-baik wanita syurga adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran, dan Asiah binti Muzahim.”

(HR Baihaqi)

hadis di atas memberitahu kita siapakah wanita yang terbaik di dalam syurga. kalau terbaik dalam syurga pulak tu mesti lah di dunia ini mereka merupakan muslimah yang teragung! sejarah perjuangan mereka, penerimaan Islam secara terus tanpa ragu2, ujian yang dihadapi, rutin hidup sebagai seorang ibu dan isteri, tidakkan semuanya mencerminkan peribadi yang terbaik yang wajar dicontohi oleh seorang muslimah?

Dalam Islam sendiri sudah menampilkan beberapa contoh yang tanpa ragu2 itulah contoh dan teladan yang terbaik. tetapi ummat kini yang menolak Islam. Menolak hukum Islam. Menolak Syariaat. Menolak segala-galanya. Bukan saya kata penceramah tersebut yang menolak Islam,mungkin niat dia untuk menyatakan sesuatu yang rasional tetapi apa yang dituturkannya membuatkan saya rasa elok lagi kalau dia memberi contoh muslimah yang hebat2 dalam sejarah Islam. bukankah itu lebih baik?

p/s: ada lagi perkara yang menarik yang pernah saya dan rakan-rakan berdiskusi mengenai hadis di atas. sampai masa nanti saya akan ceritakan. Insyaallah.

Wallahu'alam.




3 comments:

nuraiman imam supaat said...

huh.betul lah tu.TAAT tu perlukan basic,dan basic nya adalah Agama,bukan...err..nafsu?haih.Apaapa pun kena faham agama,bukan isteri je la tapi,suami tu sendiri.Barulah x cari yang lain kat luar sebab tau halal haram.Tak ke?-.-''

dokter,good luck exam!^^haha

Unknown said...

salam dr,

penerangan yg bagus.

iqapika said...

we share the same idea.. cuma aku xleh nak terangkan sebab, aku tak reti nak terangkan..

yeah, marriage is not about lust and sex..