Mungkin sahaja ada antara kita tergila-gilakan salah seorang daripada mereka ini. untuk mereka yang tak tergila-gilakan mereka, mereka ini ialah artis daripada 1001 artis yang lain. memang kini artis itu tumbuh mcm cendawan. banyak sangat. dan inilah yang menjadi idola buat umat islam khususnya. khusus lagi buat rakyat Malaysia.
Ada yang menghabiskan beratus-ratus ringgit untuk membeli tiket ke konsert mereka, membeli album-album*kalau xleh donlod atau pun menghabiskan masa untuk mengkhatamkan lagu-lagu yang dinyanyikan mereka.
Pertumbuhan yang pesat dalam industri musik tanah air telah membawakan pelabagai rancangan2 realiti, rancangan untuk menggilap bakat hiburan yang ada dalam diri masing-masing, dari sekecik2 manusia sampailah ke mereka yang sudah ke hujung usia, untuk kanak2 kita ada Idola Bintang Kecil, kalau untuk remaja pun ade Mentor, Raja Lawak, yang utk tua pun ada, Kilauan Emas, aduhai
Bukannya x boleh berhibur, boleh, Islam pun ada cara nak berhibur. kalau di zaman Rasulullah saw antara jenis hiburan ni seperti puisi, dan orang arab memang gemar berpuisi, kalau di Mekah mereka ada Hasan bin Tsabit, kalau di Madinah ada Abdullah bin Abi Rawaahah, mereka ini juga penghibur dikalangan para sahabat. Boleh berhibur tapi bukan menjadikan hiburan sebagai makanan kita seperti sekarang, aduhai
Bagi mereka yang tergila-gilakan Kpop, artis Bollywood, Melayu dsb, yang meletakkan mereka sebagai idola, ingatlah pada saat hari kebangkitan nanti, seluruh manusia dikumpulkan bersama-sama idola-idola mereka semasa mereka hidup di dunia, Lalu Allah berfirman, "Hai Si Fulan, semasa di dunia engkau telah mengidolakan dan mengagungkan orang ini, maka mintalah syafaat kepadanya agar kamu terlepas daripada azabku "
Kalau mereka boleh membantu kita, membebaskan kita, maka x salah untuk kita meletakkan mereka sebagai idola kita. teruskan berhibur