Pages

Wednesday, May 23, 2012

Surat Cinta buat si dia


Nasihat ini telah dinukilkan oleh Syeikh Ali Tantawi khusus buat semua manusia yang bergelar muslimah. Apa wasiat yang saya rasa penting untuk semua muslimah tahu ialah,

Demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab, berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu sebagai teman akrab.


Bohong.. Bohong demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.


Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu kecuali mempunyai maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.


Apakah pula perkara sesudah itu?

Surat cinta ini ditulis buat mereka yang bergelar muslimah agar nilai cinta seorang bidadari dunia dapat disimpan rapi agar ia terus mewangi daripada disaluti dengan nilai kotor kehidupan dunia. moga ini ada pengajaran buat diri ini dan kalian.

No comments: