Pages

Tuesday, November 27, 2012

Cara membeli Tanah Palestin


المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولا يسلمه

”Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, tidak boleh menzalimi dan membiarkannya (dizalimi)” (HR. Muslim, At-Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).



Memboikot barangan Israel membawa maksud kita tidak memberi apa-apa bentuk kewangan ataupun support kepada israel melalui ekonomi terutamanya, Memboikot McD misalnya, kita tidak membeli McD lantas memelihara harta kita daripada terus disalurkan kepada Israel untuk memajukan ekonominya.

Logik akal, barangan yang diboikot itu rata-ratanya produk yang kita boleh dapatkan dgn alternatif lain. Makan Burger Mcd, boleh je makan Burger Ramli misalnya. Sebelum membeli barangan Boikot, cuba berfikir, "Burger kau boleh buat sendiri kot o.O"

Rindu ramly burger. Macam nak balik Malaysia >.<

Saudara kita dizalimi. Bukan sahaja di Palestin, cuba kita lihat Di Syria, Di Thailand, Di Arkan, dan seluruh tanah umat islam di atas muka bumi ini, lihatlah bagaimana mereka dizalimi sedangkan kita pula sedang menzalimi diri sendiri. Mana rasa cinta kita terhadap sahabat-sahabat dan saudara kita yang lain?


مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتواصلهم كمثل الجسد الواحد, إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالحمى والسهر

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal cinta dan kasih sayang mereka adalah seperti satu tubuh. Jika salah satu bahagian tubuh merasa sakit, maka seluruh anggota badan akan merasa demam dan susah tidur”


Di saat akhir pemerintahan Kerajaan Islam Turki Uthmaniyah, datang menteri Luar Britain(Seorang yang berbangsa Yahudi) *Kalau x silap* menghadap Khilafah yang terakhir iaitu Sultan Abdul Hamid 2.

Sultan Abdul Hamid 2

Datangnya MB ini dgn tujuan untuk memberi tawaran kepada Kerajaan Islam pd ketika itu dalam keadaan Kerajaan Turki Uthmaniyah menanggung beban hutang yang banyak.

MB Britain tersebut berhajat untuk membeli tanah Palestin dengan harga yang sangat tinggi. *Dalam keadaan Kerajaan Britain tidak mempunyai duit sebanyak itu akan ttapi MB ini yakin, sekiranya dana dikumpulkan untuk membeli Tanah Palestin, maka pasti ummat Yahudi akan berpusu-pusu memberikan sumbangan demi mengembalikan tanah Palestin kepada bangsa mereka.

Cadangan ini ditolak mentah-mentah oleh Sultan Abdul Hamid 2 dengan berkata, Tanah Palestin ini bukan milik aku, tetapi ianya milik Umat Islam secara kseluruhan. Maka hasrat MB Britain untuk membeli Tanah palestin gagal.


Tetapi, hari ini, Yahudi sedikit demi sedikit telah pun mengambil tanah palestin ini sedikit demi sedikit hingga akhirnya tinggal cebisan-cebisan tanah untuk umat Islam. Yahudi tidak dapat membeli tanah Palestin, lalu mereka merampasnya tanpa membayar sesen pun kepada mana-mana pihak.


Sudahlah Yahudi tak bayar, Umat Islam juga yang menyumbang kepada Israel. Negara Arab juga yang menjual minyak kepada US. Kita juga yang melanggan barangan Israel. Sedar atau tidak, kita dengan MB Britain tiada bezanya. Kita juga membeli Tanah palestin untuk Israel Laknatullah 'alaih.


Palestin, Baitul Maqdis merupakan tanah yang diberkati Allah swt sehingga dinukilkan dalam Al-Quran dalam surah Al-Isra' pada ayat yang pertama. Dari segi kedudukan atas peta dunia juga sangat strategik. Makanya tanggungjawab kita semua untuk sama-sama cakna dengan Isu yang berlaku ke atas Tanah Kita ini.

Benar, umat Melayu ni sekejap je bising-bising. Nanti senyap balik. Daripada kita senyap terus, lebih baik kita bising sekejap-sekejap. dan yang sudah cakna sekejap-sekejap, jom cuba cakna dengan lebih kerap lagi. Ini isu Aqidah. Isu saudara kita. 

Jadilah orang mukmin yang berguna, yang berfikir. Bukannya Mukmin yang mandom.



لاّ تَجِدُ قَوْماً يُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الاَخِرِ يُوَآدّونَ مَنْ حَآدّ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوَاْ آبَآءَهُمْ أَوْ أَبْنَآءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ

“Kamu tidak akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhir, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya sekalipun orang-orang itu adalah bapak-bapak atau anak-anak atau saudara-saudara atau keluarga mereka” [QS. Al-Mujaadalah : 22]



#eh?

Sunday, November 25, 2012

berehatlah


Dalam Al-Quran, ataupun hadis2 nabi banyak mengisahkan kisah2 utk kaum bani Israel, dan juga beberapa nama yang disebut seperti Abu Lahab yang dilaknat oleh Allah swt scr direct. Maka ayat2 yang dibaca ini haruslah kita mngambil intipati sedalam-dalamnya agar pkara itu tidak berulang ke atas diri kita.



Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man, ada mengingatkan kpada kita agar tidak sesekali memandang sesuatu ayat yang diturunkan kpd kaum2 tertentu tidak terpalit kepada kita. Benar, hukuman dan laknat Allah itu kepada Bani Israel, kepada Abu Lahab, akan tetapi tidak wajar untuk kita menghela nafas lega, menidakkan ayat2 Allah dgn bermonolog "Bukan aku yang disebutkan" sehingga kita selangkah demi selangkah mula mengIdolakan umat2 yang dibenci Allah ini.

Kehidupan ini sperti roda. Ia berpusing, ada kalanya kita di atas, ada kalanya kita di bawah. Roda ini berputar di atas muka bumi, melalui jalan-jalan yang sudah dilalui oleh roda-roda yang lain. Maka tidak mustahil untuk kita juga melalui jalan-jalan yang dibenci oleh Allah. Maka itu kita diberi peluang untuk meneruskan perjalanan atas jalan-jalan yang murni, yang pernah dibajai dengan kisah-kisah teladan agar kita mengambil ibrah dpd apa yang berlaku.


Ada kalanya kita terlalu sibuk dengan kehidupan di dunia, sbg contoh, kita menguruskan program. Kita yang memerah otak, kita yang melaksanakan, kita yang merancang, maka sehingga satu tahap, kita terlalu sibuk dan mula meremehkan ibadah2 sunat. Kita bkerja, tapi mana dhuha kita? mana witir kita? mana Qiamullail kita? Sehingga Allah menegur kita dalam ayat berikut (Mereka telah melupakan kepada Allah, maka Allah melupakan mereka) rujuk surah At-Taubah, ayat 67


Maka sebelum terlambat, sesibuk mana pun kita, ambillah satu malam, untuk kita berehat. Rehat kita bukan dengan perkara-perkara yang lagha, menonton wayang, bermain game, makan puas2, akan tetapi, sebagai pejuang dan tentera Allah, rehat kita ialah sujud di atas tikar sejadah sebagai satu makanan rohani kita.

Masih belum terlambat untuk kita kembali kepada Dia agar Dia terus membimbing kita ^^ Lebih baik juga untuk kita mempunyai tanggungjawab lalu kita menyusun masa kita berbanding kita ditipu dengan masa lapang seterusnya roda kehidupan kita kembali melalui jalan jahiliyah >.<


Saturday, November 24, 2012

Puisi Cinta


Memahami cinta merupakan perkara yang sukar diungkapkan. Kadang-kadang manusia menjadi buta kerana cinta.

Terdapat kisah di mana seorang lelaki yang sangat mencintai kekasihnya lalu dirinya seolah-olah dirasuk jin, hinggakan sanggup mencium tiang besi kerana teringat akan kekasihnya.



Perbuatan lelaki ini benar-benar mengganggu seorang lelaki yang sedang menunaikan ibadah solat di kawasan yang berhampiran, lalu seusai solat, lelaki itu menegur lelaki tersebut, "Celakalah engkau kerana meletakkan cinta terhadap seorang wanita melebihi daripada segalannya"

Lalu lelaki yang kemaruk cinta itu menegur lelaki yang baru sahaja selesai menunaikan ibadah solat, "Engkau mengaku bahawa engkau mencintai Allah, sedangkan ketika engkau menghadapNya engkau masih terganggu kerana aku? Cinta kepada Tuhan yang bagaimana engkau cuba maksudkan? Bukankan itu munafik?"

Tidak khusyuk dalam solat. Ya, benarkah kita sudah mencintai Allah dan Rasulnya sedangkan kita masih lalai dalam ibadah?






Rasul Bersabda: ” Jika Allah mencintai seorang hamba, Dia akan memaniskannya”
Sahabat bertanya : ” Apa itu memaniskannya ya Rasulullah? ”
Ia berkata : ” Dia akan memberi ia petunjuk untuk melakukan kebaikan saat menjelang ajalnya, sehingga tetangga(orang sekelilingnya)akan meredhainya” (HR. Al Hakim)

Maka pupuklah hati ini untuk terus mencintai Allah dan rasulnya ^^

Ya Aziz,
Jika Cinta Adalah Menawan,
Maka tawanlah Aku Dengan Cinta KepadaMu
Agar tidak ada apa lagi yang mampu Menawanku selain Engkau.

Ya Rohim,
Jika Cinta Adalah Pengorbanan
Tumbuhkan Niat Dari Semua Pengorbananku
Semata-mata Tulus Untuk-Mu
Agar Aku Ikhlas Menerima Apapun KeputusanMu

Ya Robbii,
Jika Rindu Adalah Rasa Sakit
Yang Tidak Menemukan Muaranya
Penuhilah Rasa Sakitku
Dengan Rindu KepadaMu
Dan Jadikan Kematianku Sebagai Muara Pertemuanku DenganMu

Ya Robbii,
Jika Sayang Adalah Sesuatu Yang Mempesona
Ikatlah Aku Dengan PesonaMu
Agar Damai Senantiasa Kurasakan
Saat Terucap Syukurku Atas Nikmat DariMu

Ya Allah,
Jika Kasih Adalah Kebahagiaan Yang Tiada Bertepi
Tumbuhkan Kebahagiaan Dalam Hidupku
Di saat Kupersembahkan Sesuatu Untuk-Mu

Ya Allah,
Hatiku Hanya Cukup Untuk Satu Cinta
Jika Aku Tak Dapat Mengisinya Dengan Cinta KepadaMu
Kemanakah Wajahku Hendak Kusembunyikan Dari-Mu


Ya Ar-Rahman,
Dunia Yg Engkau Bentangkan Begitu Luas
Bagai Belantara Yg Tak Dapat Aku tembus
Di Malam Yang Gelap Gulita
Agar Tidak Tersesat Dalam Menapakinya

Ya Ar-Rahhim,
Berikan Alas Kaki Buat Hamba
Agar Jalan Yg Ku Lalui Terasa Nikmat
Meski Penuh Dengan Bebatuan Runcing & Duri Yang Tajam
Hamba Sadar Semua Ini Milikmu Dan Suatu Saat
Jika Kau Kehendaki Semuanya Akan Kembali Jua Kepada-Mu
Hamba pasrahkan kehidupan hamba kepada-Mu.


Moga cinta aku bukan atas dasar Nafsu yang menyesatkan anak Adam~ Menggapai Jannatullah dengan Cinta

Friday, November 23, 2012

Memegang pintu Jannah dengan Taubat



Manusia ini tidak dapat tidak, pasti akan melakukan kesalahan.
Pelajar yang bijak pun paling tidak pasti pernah melakukan kesalahan.

Apatah lagi manusia yang mempunyai nafsu. Tambah pula dengan bisikan syaitan yang didengari oleh mata hati.

Kerana inilah, nabi berpesan ;


كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَ خَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُونَ

“Setiap anak Adam (manusia) pasti sering berbuat kesalahan “Dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah yang mahu bertaubat.” (H.R. Ibnu Majah no. 4251 dan lainnya)

Kadang duduk sendirian, hati mula berbolak balik, datang pelbagai bisikan syaitan, mulalah hati mengorak langkah mendahului nafsu dengan membelakangkan akal. Allah Allah, aku tersungkur lagi.

Kerana tsungkur aku merayu-rayu agar diampunkan. Kerana berdosa aku menjadi lemah

“Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.” (An Nisa’: 28)

Sekali lagi aku tersungkur dalam medan jihad ini. bukan jihad menentang Zionis, akan ttpi jihad menentang diri sendiri. Aku mahu kembali ya Rabbi, menghadapmu dengan sepenuh pasrah dalam diri, agar taubatku ini diterima. Aku hambaMu yang lemah..


َللهُ أَفْرَحُ بِتَوْبَةِ عَبْدِهِ مِنْ أَحَدِكُمْ إِذَا اسْتَيْقَظَ عَلَى بَعِيْرِهِ قَدْ أَضَلَّهُ بِأَرْضِ فَلاَةٍ

 “Sesungguhnya Allah sangat gembira terhadap taubat hamba-Nya melebihi kegembiraan salah seorang di antara kalian yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian menemukannya kembali.” (H.R. Muslim no. 2747)


Dalam hati terasa malu sangat, bila mana banyak Hadis2 Qudsi yang menyebut bahawa Allah amat gembira thdp hambanya yang melakukan taubat. Ya Rabbi, masih adakah pintu keluar untuk aku terus lari daripada bisikan syaitan ? Tunjukkan daku ruang untuk aku berlari dan terus memeluk rahmatMu :'(


إِنَّ اللهَ تَعَالى يَبْسُطُ يَدَهُ بِاللَّيْلِ لِيَتُوبَ مَسِيءُ النَّهَارِ وَ يَبْسُطُ يَدَهُ بِالنَّهَارِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ اللَّيْلِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا
“Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan pada siang hari, dan Allah membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan pada malam hari, sampai matahari terbit dari barat.” (H.R. Muslim no. 2759)
Setiap daripada kita pasti akan melakukan kesalahan, kerana Allah itu maha pengampun, maka Dia membuka seluas-luasnya pintu taubat buat kita, siapa kata kita sudah terlambat?




مَنْ تَابَ قَبْلَ أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا تَابَ اللهُ عَلَيْهِ
“Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, maka Allah akan menerima taubatnya.” (HR. Muslim no. 2703)