Manusia ini tidak dapat tidak, pasti akan melakukan kesalahan.
Pelajar yang bijak pun paling tidak pasti pernah melakukan kesalahan.
Apatah lagi manusia yang mempunyai nafsu. Tambah pula dengan bisikan syaitan yang didengari oleh mata hati.
Kerana inilah, nabi berpesan ;
كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَ خَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُونَ
“Setiap anak Adam (manusia) pasti sering berbuat kesalahan “Dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah yang mahu bertaubat.” (H.R. Ibnu Majah no. 4251 dan lainnya)
Kadang duduk sendirian, hati mula berbolak balik, datang pelbagai bisikan syaitan, mulalah hati mengorak langkah mendahului nafsu dengan membelakangkan akal. Allah Allah, aku tersungkur lagi.
Kerana tsungkur aku merayu-rayu agar diampunkan. Kerana berdosa aku menjadi lemah
“Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.” (An Nisa’: 28)
Sekali lagi aku tersungkur dalam medan jihad ini. bukan jihad menentang Zionis, akan ttpi jihad menentang diri sendiri. Aku mahu kembali ya Rabbi, menghadapmu dengan sepenuh pasrah dalam diri, agar taubatku ini diterima. Aku hambaMu yang lemah..
َللهُ أَفْرَحُ بِتَوْبَةِ عَبْدِهِ مِنْ أَحَدِكُمْ إِذَا اسْتَيْقَظَ عَلَى بَعِيْرِهِ قَدْ أَضَلَّهُ بِأَرْضِ فَلاَةٍ
“Sesungguhnya Allah sangat gembira terhadap taubat hamba-Nya melebihi kegembiraan salah seorang di antara kalian yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian menemukannya kembali.” (H.R. Muslim no. 2747)
Dalam hati terasa malu sangat, bila mana banyak Hadis2 Qudsi yang menyebut bahawa Allah amat gembira thdp hambanya yang melakukan taubat. Ya Rabbi, masih adakah pintu keluar untuk aku terus lari daripada bisikan syaitan ? Tunjukkan daku ruang untuk aku berlari dan terus memeluk rahmatMu :'(
إِنَّ اللهَ تَعَالى يَبْسُطُ يَدَهُ بِاللَّيْلِ لِيَتُوبَ مَسِيءُ النَّهَارِ وَ يَبْسُطُ يَدَهُ بِالنَّهَارِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ اللَّيْلِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا
“Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan pada siang hari, dan Allah membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan pada malam hari, sampai matahari terbit dari barat.” (H.R. Muslim no. 2759)
Setiap daripada kita pasti akan melakukan kesalahan, kerana Allah itu maha pengampun, maka Dia membuka seluas-luasnya pintu taubat buat kita, siapa kata kita sudah terlambat?
مَنْ تَابَ قَبْلَ أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا تَابَ اللهُ عَلَيْهِ
“Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, maka Allah akan menerima taubatnya.” (HR. Muslim no. 2703)
No comments:
Post a Comment