Kelas bermula seperti biasa. Tapi seperti biasa juga saya tak pernah faham-faham.
Prof ni tak pandai mengajar. English dia tunggang-langgang. Lepas tu cakap asyik tergagap-gagap. Kalau Prof hari tu yang mengajar mesti saya faham. Sebab dia pandai mengajar dan dia ajar best.
Awak, guru mengajar seperti biasa. Mereka mencari ilmu 20tahun dahulu semata-mata untuk menyampaikan kepada awak pada hari ini. Kalau kita tak dapat faham, itu bukan salah guru, tapi sala kita awak :)
Kalau kita selalu berbuat dosa, maka nur ilmu susah nak menyerap masuk ke dalam hati kita.
Dalam menuntut ilmu, bila kita salahkan guru kita kerana kita tak faham, maka kita sudah kurang beradab di situ. Satu lagi tompok hitam di hati kita.
Selamat hari guru