Pages

Thursday, May 16, 2013

Syair cinta Sayyidina Uthman ra


Semasa Sayyidina Uthman pulang dpd perjalanan ke Syam, beliau berhenti berehat di Kaabah lalu beliau pun tertidur. Setelah terjaga, beliau dikejutkan dengan satu berita iaitu wanita idamannya telah pun berkahwin.


Wanita yang dimaksudkan itu ialah anak perempuan baginda Rasulullah saw iaitu Ruqayyah. Sayyidina Uthman ra memang menyimpan hasrat untuk mengahwini Ruqayyah tetapi ditangguhkan kerana beliau sibuk menguruskan perniagaannya.


Bunga idaman dipetik orang. Hampanya Sayyidina Uthman lalu beliau pun pulang ke rumah sambil bersyair:


Bunga yang kupuja-puja sudah dipetik orang
Wajahmu yang cantik rupawan tidak dapat aku lupa,
Selagi hayat dikandung badan.


Gambar sekadar hiasan.


Peristiwa itu berlaku sebelumnya Rasulullah saw diangkat menjadi Rasul. Setelah turunnya surah al-Lahab, dengan marahnya bapa saudara Rasulullah saw iaitu Abu Lahab memerintahkan anaknya iaitu Utbah yang mengahwini Ruqayyah, juga anaknya Utaibah yang mengahwini anak Rasulullah saw juga iaitu Ummu Kalthum supaya menceraikan mereka.


Lalu Utbah dan Utaibah menceraikan isteri mereka yang juga anak Rasulullah saw.




Setiap yang diatur oleh yang Maha Mengetahui itu ialah yang terbaik. Setelah Sayyidina Uthman mendapat tahu berita penceraian itu, maka Sayyidina Uthman mengajak Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq utk menemaninya bertemu Rasulullah saw bagi melamar Ruqayyah. 


Selepas Ruqayyah meninggal dunia, Sayyidina Uthman berkahwin pula dengan Ummu Kalthum.


Time exam memang mood mcm ni eh?