Pages

Tuesday, May 18, 2010

Isu penyebaran wasiat penjage makam Nabi.

Sebenarnya, isu berkenaan e-mel yang didakwa merupakan wasiat daripada Sheikh Ahmad, penjaga makam Rasulullah SAW bukan suatu perkara yang baharu. Isu ini sebenarnya sudah muncul pada penghujung tahun 1970-an. Di dalam wasiat yang diedarkan itu, disertakan fadilat mengedarkan ‘wasiat’ tersebut dan juga implikasi buruk seandainya tidak berbuat demikian.

Untuk menjawab pertanyaan itu, saya ingin memetik naqal daripada seorang ulama moden kontemporari merangkap Mufti Qatar, Dr. Yusuf al-Qaradawi. Dalam mengulas hal ini, beliau berkata:
“Justeru, isi wasiat (wasiat Sheikh Ahmad) tersebut merupakan petanda yang memperlihatkan kebohongan dan kepalsuan wasiat tersebut. Sebabnya, pewasiat telah mengancam dan menakut-nakutkan orang yang tidak mahu menyebarluaskannya bahawa dia akan mendapat musibah dan kesusahan, anaknya akan mati, dan hartanya akan habis. Hal ini tidak pernah dikatakan oleh seorang manusia pun (yang normal fikirannya), terhadap kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Tidak ada perintah bahawa orang yang membaca al-Quran harus menulisnya setelah itu kemudian menyebarluaskannya kepada orang lain; dan jika tidak, akan terkena musibah. Begitu pula tidak ada perintah bahawa orang yang membaca Sahih Bukhari harus menulisnya dan menyebarluaskannya kepada khalayak ramai, sebab kalau tidak, akan tertimpa musibah.

“Kalau Al Qur'an dan Sunnah Rasul saja tidak begitu, maka bagaimana dengan wasiat yang penuh khurafat itu? Ini merupakan sesuatu yang tidak mungkin dibenarkan oleh akal orang Muslim yang memahami Islam dengan baik dan benar.” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatwa-fatwa Kontemporari Jilid 1).

Lihat, sehingga Dr. Yusuf al-Qaradawi menghukum ‘wasiat’ itu sebagai suatu perkara khurafat. Tidak ketinggalan, Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 mengesahkan bahawa wasiat Sheikh Ahmad “menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta ajaran baginda kerana menggambarkan Sheikh Ahmad sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda”.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, mereka mengesahkan bahawa ‘wasiat’ tersebut sebenarnya ditulis oleh paderi-paderi biara di Blessings of St. Antonio, Texas, Amerika Syarikat pada tahun 1974-1975 dengan tujuan untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal ‘wasiat’ tersebut ialah mendiang Father Francis Jose de Villa. Antara bukti yang menunjukkan bahawa ‘wasiat’ tersebut ialah palsu ialah tidak ditemui nama Sheikh Ahmad dalam senarai penjaga makam Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, Madinah al-Munawwarah, antara 1881 sehingga 1979.

Dan sememangnya isu ‘wasiat’ ini memberi kesan, apabila pada tahun 1979, bekas Menteri Besar Perak, Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucapkan dua kalimah syahadah buat kali kedua di hadapan Kadi Daerah Kinta setelah beliau mengaku menerima ‘wasiat’ tersebut dan mengedarkannya kepada 20 orang sahabatnya.

Allahyarham Datuk Shafawi, Mufti Kerajaan Negeri Selangor, mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini (‘wasiat’ Sheikh Ahmad) adalah melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad (yakni keluar daripada Islam) melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini. (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).

Sebab Majlis Fatwa Kebangsaan menghukum mengedarkan ‘wasiat’ ini sebagai syirik ialah seseorang yang mengedarkannya percaya bahawa ‘wasiat’ tersebut berupaya memberikan manfaat jika disebarkan atau menimpakan kemudaratan ke atasnya jika tidak, dan hal ini jelas sekali bertentangan dengan prinsip “tiada lain yang berhak disembah dan diminta pertolongan melainkan Allah SWT”. Firman Allah SWT (maksudnya) :

“Engkau sahajalah (ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.” (Surah al-Fatihah ayat 5).

Maka jelaslah kepada kita bahawa mengedarkan ‘wasiat’ tersebut merupakan suatu perbuatan syirik dan harus dijauhi. Dan, hal ini juga perlu menjadi iktibar kepada kita agar berhati-hati dalam mengedarkan apa-apa sahaja yang kita terima, supaya isu seperti isu ‘wasiat’ Sheikh Ahmad dan juga isu panggilan nombor berwarna merah (yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu) tidak berulang sekali lagi.

Allah Lebih Mengetahui

so hopefully kt selaku mahasiswa muslim akn lebeyh berhati2 in the future n ta mudah percye sesuatu sebelum mengkaji kebenaran nyer..walupn content nyer mnyuruh ke arah kebaikan,tp still ade unsur2 mrAgukan spt mst sebarkn kpd 20 owg,klu ta ditimpa bala.malahan,blh memesongkn akidah.diharap kpd para sahabat mengambil iktibar drpd perkara neyh sbb mnggu neyh jek da bpe kali dpt email forward cmneyh,bimbang lebeyh bnyk owg terkena,salam.

1 comment:

~fam~ said...

alhamdulillah...terima kasih bangat atas artikel ini....selama ni bnyak kali gile dapt email pasal wasiat nabi ni...
sy mmg tak tau betol atau tak...mungkin nasihat nya boleh diterima pakai, tp musibah tu tak masuk akal langsung...hnya nasihat kpd shbt supaya jngn menyebarkannya g, tp xtaw nas dan hujah yang nk bg....
trimas again!