Salam Alaik.
Alhamdulillah kali ini saya diberi kesempatan oleh Allah swt untuk berkongsi dgn pembaca sekalian mengenai sesuatu perkara yg menyedihkan yg berlaku di negara kita sendiri.
Ok la saya akan menceritakan secara ringkas tntg peristiwa yang berlaku.
Adakah anda semua tahu tntg isu semasa yang berlaku di Malaysia? berkaitan tntg kedatangan Adam Lambert untuk mengadakan konsert di negara kita.
Konsert ini dibantah kerana beliau merupakan Gay dan dikhuatiri akan melakukan aksi2 yang melmpau di atas pentas. Pada pendapat saya konsert sebegini wajib diharamkan dan bukan sahaja untuk Adam Lambert, malah untuk semua artis2 yang berpakaian 'telanjang' lagi2 artis wanita yang pastinya tidak menutup aurat.
Ok la. menjadi tradisi Facebook untuk meng'like' seuatu page dan seperti yang saya katakan saya mmg membantah penganjuran konsert sebegini. Oleh itu saya like page facebook tersebut dan saya dikejutkan dgn statement seorg gadis Nadia Minah (bkn nama sebenar kot) dalam page tersebut.
Page yang dimaksudkan (wallpost kak boo yang mengelirukan)
Inilah wallpost gadis tersebut.
Beliau menggunakan hadis Rasulullah saw sbg hujah untuk mengatakan baginda seorg yg Gay.
Agak terkejut bila nama mcm Islam tapi mengeji pesuruh Allah sehingga sedemikian rupa. dan gadis ini ada mmberi hadis tersebut dan diletakkan sekali link website tersebut dan akhirnya tjumpalah website yang dimaksudkan.
Sumber yang dimaksudkan.
Hadis yang bernombor 1183. Sila lihat ayat yang mengatakan baginda SAW meletakkan lidahnya di dalam mulut cucu baginda.
1183. It is related that Abu Hurayra said, "I never sae al-Hasan without my eyes overflowing with tears. That is because the Prophet, may Allah bless him and grant him peace, went out one day and I found him in the mosque. He took my hand and I went along with him. He did not speak to me until we reached the market of Banu Qaynuqa'. He walked around it and looked. Then he left and I left with him until we reached the mosque. He sat down and wrapped himself in his garment. Then he said, 'Where is the little one? Call the little one to me.' Hasan came running and jumped into his lap. Then he put his hand in his beard. Then the Prophet, may Allah bless him and grant him peace, opened his mouth and put his tongue in his mouth. Then he said, O Allah, I love him, so love him and the one who loves him!'"
Maka gadis ini menjadikan hadis ini untuk kononnya membela Adam Lambert dgn mngatakan bahawa Rasulullah saw ialah gay.
Terase geram dan marah terhadap tindakan wanita ini dan saya cuba melihat website tersebut dgn lebih mendalam. Maklumlah sekarang ini banyak sangat hadis yang bersifat Israelis atau yang direka oleh musuh Islam bagi mengelirukan umat Islam. Bukan hadis sahaja malah ayat Al-Quran juga direka.
Apa yang saya lakukan ialah mencari rakan2 yang boleh membantu ketika itu untuk menterjemahkan hadis tersebut ke dalam bahasa Arab agar kita dapat mencari kebenaran samada hadis ini Sahih atau Palsu. Alhamdulillah Allah telah memudahkan kerja saya apabila saya bertemu dgn seorg rakan berbangsa Arab dari Jordan. Kerja saya menjadi mudah apabila beliau turut bersemangat untuk mencari kesahihan hadis tersebut. Ternyata perkataan meletakkan lidah itu sangat meragukan.
Tentang website tersebut mmg sgt meragukan. Bagaimanapula si Gadis tersebut boleh menjumpai website serta hadis ini dgn bertujuan untuk menghina Baginda SAW.???
Dalam mencari kesahihan hadis tersebut saya cuba membetulkan fahaman gadis tersebut dan alangkah terkejutnya rupanya terdapat ramai dikalangan mereka yang menghina baginda SAW. Sebentar tadi mereka memberi link kepada imej baginda saw, imej kartun yg bersifat lucah btujuan menghina Nabi kita. Astaghfirullah.
Memang pelik. macam mana mereka boleh berkumpul untuk mngatakan untuk menghina Islam dan saya berpendapat mereka berasal daripada mana2 persatuan yang bertujuan untuk menjatuhkan Islam. Mereka mengajak kita untuk berbicara mengenai Islam walhal sebenarnya mereka mahu menjatuhkan Islam. Mereka tergamak mempertikaikan pernikahan Rasulullah saw dengan Isteri baginda Sayyidatina A'isyah r.a dan mempertikaikan jumlah Isteri baginda.
Ternyata tujuan mereka untuk menghina Rasulullah saw dan sebenarnya apa yang mereka pertikaikan itu Allah telah pun memberi jawapannya dalam Sirah Rasulullah saw itu sendiri. Mereka mengatakan Rasulullah saw itu bernafsu kuat tetapi mereka tidak mendalami sirah nabi.
Sirah Rasulullah saw sangat cantik dan dijaga oleh Allah swt. Bnyk kisah2 yang memberikan 1001 pengajaran kepada kita. Tuduhan mereka mengatakan Rasulullah kahwin ramai disebabkan nafsu seks baginda tinggi walhal sebenarnya apa yang dilontarkan oleh mereka itu tidak benar. Rasulullah berkahwin dgn Sayyidatina Khadijah ra pada usia baginda 25 tahun dan tidak pernah berkahwin lain sehingga pemergian Sayyidatina Khadijah ra. Kalau ikutkan akal fikiran,sekiranya anda berada di tempat Rasulullah saw,adakah wajar dikatakan anda gila seks? knp x kahwin awal2 sdgkan usia anda masih muda? Bagi mereka yang memahami sirah nabi banyak hadis2 Rasulullah saw diriwayatkan oleh isteri baginda sendiri. Bagaimana Rasulullah saw dapat mnympaikan syariat Islam kpd kaum hawa sedangkan baginda seorg yang sangat pemalu? Ha melalui isteri2 baginda. **tapi saya rasakan bercakap dgn golongan2 yang mnghina Nabi di facebook itu hanya sia2 dan mereka akan terus menerus mencari kesalahan Rasulullah saw. Kita sebagai umat Islam janganlah terlalu mudah untuk terjebak dalam perkara sebegini apatah lagi website2 hadis yang banyak di Internet sekarang.
Ok berbalik kepada cerita tadi,alhamdulillah Rakan saya dapat menemui hadis asal yang bkemungkinan besar hadis yang dijumpai oleh wanita tersebut adalah tidak sahih.
2163 ـ حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ اَبِي يَزِيدَ، عَنْ نَافِعِ بْنِ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ، عَنْ اَبِي هُرَيْرَةَ الدَّوْسِيِّ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ خَرَجَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فِي طَائِفَةِ النَّهَارِ لاَ يُكَلِّمُنِي وَلاَ اُكَلِّمُهُ حَتَّى اَتَى سُوقَ بَنِي قَيْنُقَاعَ، فَجَلَسَ بِفِنَاءِ بَيْتِ فَاطِمَةَ فَقَالَ " اَثَمَّ لُكَعُ اَثَمَّ لُكَعُ ". فَحَبَسَتْهُ شَيْئًا فَظَنَنْتُ اَنَّهَا تُلْبِسُهُ سِخَابًا اَوْ تُغَسِّلُهُ، فَجَاءَ يَشْتَدُّ حَتَّى عَانَقَهُ وَقَبَّلَهُ، وَقَالَ " اللَّهُمَّ اَحْبِبْهُ وَاَحِبَّ مَنْ يُحِبُّهُ ". قَالَ سُفْيَانُ قَالَ عُبَيْدُ اللَّهِ اَخْبَرَنِي اَنَّهُ رَاَى نَافِعَ بْنَ جُبَيْرٍ اَوْتَرَ بِرَكْعَةٍ.
This Hadith says "That Sayedona Mohammed S.A.W., went during the day Bani Qaynoqa'a market, and was not talking to anyone. He sat in the yard of Fatima house (his daughter, Ali Ben Abi Taleb wife), she was bathing her son. Her son sliped and ran to Sayedona Mohammed S.A.W, and emraced him and kissed him.
Hadis ini diberikan oleh rakan saya agar dapat membetulkan hadis yang sudah dterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.
Mengenai hadis yg diberikan oleh wanita tersebut saya dan rakan saya masih cuba mencari terjemahannya dalam bahasa Arab. Sekiranya terdapat hadis ini,pastinya terjemahannya bukan sedemikian dan membawa maksud yang lain. Kepada rakan2 yang mempunyai ilmu hadis yang tinggi harap dapat bantu.
Di sini saya ingin memberi sedikit nasihat kepada antum semua dalam berbahas mengenai perkara2 sebegini bersama manusia2 yang cuba mngeji agama Islam.
Setiap perkataan yang kita tuturkan seeloknya diambil daripada Al-Quran dan As-sunnah.
Jangan mudah memberontak dan marah ketika berbahas dengan mereka.
Cuba menasihati mereka untuk bertaubat pada awalnya.
Sekiranya mereka masih menghina Rasulullah saw dan Allah swt, eloklah kita berserah kepada Allah swt. Usaha mereka sebenarnya bukan untuk mencari kebenaran tetapi untuk terus menghina Islam.
Ok di bawah ini terdapat sedikit imej2 yang menceritakan apa yang berlaku dan mereka sewajibnya diatasi.
Kita janganlah terikut2 dengan budaya menjatuhkan hukum murtad ke atas seseorg.
Bertaubatlah sgn segera bagi mereka yang pernah. Ayuhlah kita mendalami lagi ilmu agama kita, ilmu Al-Quran dan Hadis. Siapa lagi yang nk mempertahankan kalam ini kalau bukan umat Islam sendiri.?
Sangat sedih dan kesal atas apa yang terjadi. Mereka terus menerus menghina agama kita dan kita janganlah menghina agama mereka kerana Rasulullah saw xpernah mngajar kita untuk menghina agama lain.
Persoalan yang lain bagaimanakah kita sebagai umat Islam yang mengejar syurga Allah menzahirkan rasa cinta kita kepada Rasulullah saw? sudahkah anda berselawat?
Harap ada yang dapat berkongsi pendapat dan perbetulkan antara satu sama lain. Wallahu'alam. wslm
3 comments:
salam arif,
nauzubillah.
golongan seperti ini rasanya memang sudah lama bertapak di tanah air kita,
tidak hairanlah perkara begini boleh berlaku,
nasihat cukuplah kpd golongan2 sebegini,
jika hendak berdebat dengan mereka inshaAllah mungkin kita boleh menang tetapi sy tidak rasa mereka akan menerimanya.
Mereka ini mugkin juga golongan bukan Islam yg bercita2 hendak menjatuhkan agama Islam dengan mensasarkan golongan Islam yang agak longgar dari segi pegangan imannya.
ya.mungkin sekali itulah tujuan utama.
tetapi jika mereka benar golongan Murtad,
seharusnya pihak yg bertanggungjawablah yg brtggungjwb menjejaki mereka dan dibuat tangkapan kerana
cuba utk menkafirkan umat Islam.
jika ikut hukuman syariah.hukuman bunuh.tetapi perlu dengan step2nya dahulu.rasanya saudara lbih arif.
fbook is crap i term of privacy right?
supposedly they can be tracked easily like they did on TMJ issue.
wallahua'alam.
wslm.
golongan ni kat mane2 je aje dan mmg sntiasa akan wujud sbg ujian thadap kita sebelum kte mnghadapi ujian yang paling besar iaitu almasih adDajjal
Kalau berdebat mmg point yg kita bg btol tp kalau niat diorg dah nk memain2kan kita mmg sia2 sahaja bdebat ngn diorg.
Tntg mereka murtad atau x ak x pasti but ade sorg guys ni admit die islam but mule tertatik ngn kristian. nauzubillah tp xtaw la kalo itupun diorg masih main2. range umur diorg dalam 20 lbeyh n ak ase diorg ni bergerak dalam satu kumpulan atau persatuan.
Oh ok facebook FB stand for Fitnah Berleluasa.
salam amar dan arif,
aku penah baca satu buku ini
adab2 berdialog karya dr. aidh abdullah al-qarni
beliau mengatakan
lebih kurang lah ayat dye
jika org yg kite hndak berdebat itu ternyata ingin mencari kesalahan, bukan kebenaran,
ternyata sia2 shj perdebatan itu krn walauapapun die tak akan menerima
sdgkn kebenaran itu ibarat cahaya
dikhuatiri akan menjatuhkan air muka kita berdebat dgn mereka.
wallahua'lam
Post a Comment