Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.
Salam Alaik. Kullu Am wa Antum bikhair :) Salam maal Hijrah. selamat tahun baru. maaflah lambat ucap selamat tahun baru, ade mslh sikek.
Ok la terus kepada post yg bkaitan, bercerita mengenai fatroh exam, musim peperiksaan, musim yang dikatakan para pelajar mula menjadi 'hamba Allah yang taat' dlm bahasanya begitulah, kalau yang x taat lain pulak ceritanya, masing2 mencari masa2 untuk dicuri mengulang kaji pelajaran, mungkin ada yang masih lena dibuai mimpi tapi kita mahukan suntikan ini diberi pada org yang sudah berjaga!
Tapi pelik jugak, orang yg dibuai mimpi tu kadang2 mereka yang xpernah serik, adekah kegagalan lampau x mampu menjadi guru yang terbaik untuk dirinya, dalam erti kata lain bukankah pengalaman itu adalah guru yang terbaik?
Fadhilat al-Shaykh Dr Yusri bin Rushdi bin al-Sayyid bin Jabr al-Hasani ada menyebut bahawa mempelajari ilmu perubatan bukan bertujuan untuk mengaut keuntungan daripada ilmu tersebut, maksudnya nak kaya bukan dgn cara menjadi doktor, tetapi perubatan ini ialah satu cara memastikan adDeen itu dapat diamalkan dan dipraktikkan, doktor2 inilah yang bakal memastikan rakyat dan umat islam sihat dan boleh beribadah kepada Allah swt.
Ok senanya tadi ade terlibat dalam suatu motivasi,lebih kurang la, so saya terjemahkan dalam soalan dan jawapan di bawah nih, ada jugak yang x letak sebab banyak sangat.
Soalan: Boleh tak bagi tahu apakah itu kecemerlangan? saya nak exam nih n saya nak tahu mcm mana keputusan saya yang dikatakan cemerlang?
Jawapan: Exam merupakan satu method untuk mengukur sejauh mana kita telah berjalan mencari ilmu, xboleh nak ckp exam tuh nk ukur taraf ilmu kita, sebab kalau nak ckp exam tu menunjukkan kita berilmu,maknanya kita terlupa suatu perkara, *maafkan kalau salah matan daripada Sayyidatina Aisyah menyebut bahawa Barangsiapa yang merasakan diri dia berilmu maka bermulalah kejahilannya.
Untuk mendapat kecemerlangan dalam sesuatu peperiksaan apa yang perlu kita ukur sejauh mana usaha kita, kita amek Al-Quran dan rujuk makna kecemerlangan+kemenangan yang sebenar.
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Ali-Imran 185)
Berdasarkan ayat di atas, perkara yang paling utama kita kene fikirkan bahawasanya kecemerlangan dan kemenangan yang sebenar itu ialah orang yang mendapat syurga Allah swt.
Nak cakap orang yang gagal dalam exam tu x dapat kejayaan aka kecemerlangan? sukar nak cakap macam tu sebab kita kene berbalik pada sejauh mana usaha pelajar yg tidak berjaya tuh, kita bagi satu jalan cerita yang mudah,
Setiap Nabi dan para Rasul nanti akan dibangkitkan pada hari akhirat bersama-sama umat mereka, Nabi Musa mempunyai umat yang ramaaaaii dan Rasulullah saw membawa umat dalam jumlah yang paling ramai, ada juga para Nabi dan Rasul yang bangkit dengan jumlah umat yang sedikit hatta ada yang bangkit dengan dirinya sahaja, tiada umat. Adakah kita nak cakap nabi atau Rasul yang membawa jumlah umat yang sedikit atau sifar ini sebagai mereka yang mengalami kegagalan? Adakah mereka tidak cemerlang? Berbalik kepada ayat Al-Quran di atas yang menyebut mereka yang cemerlang n berjaya ialah mereka yang di hari akhirat nanti mendapat syurga Allah swt. Mereka tidak juga gagal di dunia kerana mereka telah berusaha. Sama juga dengan kita sebagai pelajar atau student, belajar dan berusaha itu menandakan kita sudah cemerlang dan hasilnya ialah markah yang baik didalam peperiksaan, jika bukan markah yang baik, itu bukan bermaksud kita gagal, tapi masih belum cukup usaha :)
Soalan: Erm macam mana nak belajar aka menuntut ilmu? Apakah perkara yang kita kene buat?
Jawapan: Saya nak bawakkan suatu kisah, Imam As-Sya'rani merupakan anak murid kepada Imam Ali Khawas, *maaf kalau salah sebutan nama imam nih mereka ini merupakan Imam yang hebat, Imam As-Sya'rani ni nak diceritakan betapa hebatnya dia, sehinggakan jin pun bergurukan dengan dia, pernah je jin datang dalam keadaan seekor anjing membawa kertas soalan untuk bertanya kepada Imam As-Sya'rani nih, ade juga jin yang datang dalam bentuk seekor ular ke kelas Imam As-Sya'rani tapi Imam As-Sya'rani mintak supaya jin ni datang dalam keadaan seorg manusia sbb xnk bagi anak murid dia yang lain terkejut, yela cubela korg bayangkan tgh2 belajar tibe2 ade ular masuk,mau x menjerit,lipas lalu pun dah terpekik2. Ok la cuba kita fikir macam mana Imam As-Sya'rani dilatih dan diajar sehingga menjadi hebat, bagaimana Imam Ali Khawas mendidik Imam As-Sya'rani sewaktu awal pengajiannya,
Imam Ali Khawas ni memberitahu Imam As-Sya'rani " Jangan kau cari aku untuk menuntut ilmu selagi mana kau x jumpa orang yang paling hina lalu kau cium tangannya"
Lalu Imam As-Sya'rani pun keluarlah mencari orang yang paling hina nih, Imam As-Sya'rani ni tau cara ini sebenarnya bertujuan untuk membuang ego dalam diri, yela kita nak menuntut ilmu, tapi kalau ego xde gunanya. Kalau kita 4 flat sekali pun kalau akhlak teruk xde gunanya pun, Selama berbulan2 jugak lah Imam As-Sya'rani mencari orang yang hina nih, dan sampai satu masa akhirnya Imam As-Sya'rani ni jumpa jugak orang yang dia rasakan hina dan cukup hinalah. Tanpa disedari sebenarnya orang yang Imam As-Sya'rani jumpa nih ialah orang yang hina luarannya tetapi mantap didalam dirinya, orang yang Imam As-Sya'rani jumpa nih senanya seorang abid dan dia tahu tujuan Imam As-Sya'rani berjumpa dengannya, lalu apa yang abid ni cakap?
" kenapa kau bersusah payah mencari orang yang paling hina selama berbulan-bulan sedangkan kau telah lama berjumpa dengan orang yang paling hina tuh? kau x tahu ke bahawasanya kau lah yang paling hina sekali?" Lalu Imam As-Sya'rani pun mencium tangannya sendiri dan berjumpa dengan Imam Ali Khawas untuk menuntut ilmu.
Untuk kita menuntut ilmu, pertamanya kita fikirlah bahawa kitalah yang paling tidak berilmu,paling hina dan semua di sekeliling kita tak ada yang hina melainkan kita, buanglah sejauh2nya ego kita untuk menuntut ilmu macam apa yang Imam Ali Khawas cuba mengajarkan perkara ini kepada Imam As-Sya'rani.
Soalan: Saya nak tanya, kenapa ada je org yang buat maksiat tapi senang mengingat, lari habis ah daripada Islam tapi excel kot,tapi ada yang berdoa n bersungguh2 tapi masih x berjaya2, boleh x terangkan sikit semua tu?
Jawapan: Mula2 mind set kita tu kene balik2 kepada soalan yang first tadi, apakah pengertian kecemerlangan yang sebenar, dalam kes ni dia ni baru berjaya dunia sahaja, akhirat macam mana? walaubagaimanapun bukan tugas kita untuk mengadili kehidupan dia pada hari akhirat kelak mcm mana,
Dalam perbahasan ilmu akidah Islamiah berkaitan Al-Istidraj yang bermaksud Nikmat yang diberi itu sebenarnya bertujuan untuk menyesatkan lagi hamba tersebut. Dalam kes pelajar yang melakukan maksiat ini tetapi masih excel n 4 flat, mereka seharusnya beringat dan takut kerana kejayaan yang Allah bagi kepada dirinya sebenarnya bukan tanda cinta Allah kepada dirinya tetapi tanda Allah makin benci kepada dirinya, dan juga tanda Allah itu maha Adil. Yela, Allah bagi dia nikmat sehabis2 baik di dunia tetapi Allah berikan Azab sehabis2nya di akhirat kelak, Nauzubillahiminzalik.
Soalan: Hurm masih ada kaitan dengan soalan sebelum ni, kita tengok orang yang berdoa tapi x berjaya2 lagi, ada x penerangan sikit mengenai doa nih? adakah ada cara yang lebih makbul?
Jawapan: Boleh ke kita senang lenang kemudian berdoa agar diberikan kejayaan?
(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui (Al-Anfaal 53)
Ayat ini memberi makna yang saya rasa kita semua faham pengertiannya iaitu tindakan dan cara untuk kita mengubah sesuatu itu menjadi lebih baik atau buruk ialah melalui diri kita sendiri, apa maksudnya? Usahalah. selepas itu baru disertakan doa dan bertawakal.
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.(Ali-Imran 159)
Mengenai berdoa ini kita akan cuba bawakkan satu pengajaran daripada ulama' yang terkenal,dalam risalah Al-Khusyairiah *asif kalau salah eja yang mana ada soalan ditujukan kepada seorang abid ini,kenapa dia berdoa? Lalu dijawab soalan itu oleh abid ni, actually bukan abid ni sahaja tapi kebanyakan ulama' menggunakan jawapan yang sama iaitu sesungguhnya aku berdoa bukan sebab aku nak berjaya pun, bukan sebab aku nak itu aku nak ini tetapi sebab Allah yang suruh aku berdoa kepadaNya.
Pengajaran dalm risalah tersebut menunjukkan bahawa sejauh manakah pergantungan kita kepada Allah swt? bila kita berdoa n bila kita x dpt sesuatu perkara, bersediakah kita nak hadapinya? mereka(abid) ini sangat yakin dan mempunyai tarbiyah yang cukup, mereka yakin bahawa segala-galanya terletak dalam satu cycle yang dikenal sebagai al-Qada' wa al-Qadar. Kita yakin bahawa rezeki Allah itu dah tertulis dah untuk kita, banyak mana n sebagainya, kejayaan kita, kita sudah berusaha dan kita berdoa dalam masa yang sama kita sudah yakin bahawa Allah sudah menetapkan sesuatu yang terbaik untuk kita, kita dah berusaha tapi kalau kita dah ditakdirkan gagal kita akan dikira gagal jika kita memang x berusaha, apa-apa pun usaha dulu baru berdoa. Setiap doa kita kene ada asbab yakni usaha kita, sebagai contoh:
Dalam sirah Rasulullah saw, ketika mana malam sebelum berlakunya peperangan Badar, Baginda terus menerus berdoa kepada Allah swt agar diberikan kemenangan kepada umat Islam dalam keadaan Islam pun dah dijanjikan kemenangan, kalau ikut akal logik pun, kita cuba fikir bahawa Rasulullah saw diutuskan sebagai Nabi yang terakhir yang mana pastinya Islam itu akan dapat tersebar secara meluas ke seluruh dunia, mesti n konfem! tapi dalam keadaan macam ni, sirah baginda cukup cantik untuk mengajar kita, walauapapun baginda masih bergantung harap kepada Allah swt dengan berdoa kepadaNya. Segala persiapan dan strategi perperangan telah pun baginda uruskan. kalau dah dijanjikan kemenangan, kita senang lenang pun boleh menangkan? tapi sirah nabi ni nak mengajar kita macam mana cara kita nak berdoa memohon sesuatu kepada Allah swt, bukan dgn goyang kaki tapi setelah usaha kita lipat gandakan :)
Sesungguhnya berdoa ini merupakan tanda bahawa kita sebenarnya terlalu hina dan apa-apa pun kita kene kembali berharap kepada Allah swt, kita xpaham dalam satu subjek? kita cepat2 berdoa moga diberi kefahaman,Ibnu Taimiyah bila dalam menuntu ilmu dan dia menemui kesukaran untuk memahami sesuatu perkara, apa yang beliau lakukan? beliau terus pergi ke masjid dan bersujud. Kita?
Dalam kita menuntut ilmu, mencari kecemerlangan di dunia, kita cuba hayati beberapa cerita para ulama' dalam menuntut ilmu, hayati perjuangan Rasulullah saw dalam memperjuangkan Islam, dalam sirah Rasulullah saw, ketika beliau berdakwah di Thaif, apa yang berlaku ketika mereka menolak Islam yang di bawa oleh Rasulullah saw? Dah la menolak Islam, dibaling batu sehingga berdarah kepala baginda, lalu apa yang baginda berdoa? doa ni kita boleh hayati dan jadikan lah dia sebagai satu sirah dan contoh bagaiman tawaduk dan rendahnya diri Rasulullah saw dalam mengadukan masalah ini kepada Allah swt.
"Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Pemurah kepada siapa Engkau menyerahkanku? Kepada musuh yang akan menerkam aku atau kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredhaanMu. PengetahuanMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnya teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan ke atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan permasalahanku sehingga Engkau redha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"
Cukup sebenarnya sirah Rasulullah saw untuk kita contohi, xperlu la nak cari tokoh2 yang lain, sibuk2 sangat nak ikut orang barat, nak menghapal tokoh2 sejarah dalam buku teks tuh,idea sape yang suh belaja sume tuh sehingga mengenepikan junjungan besar Nabi Muhammad saw?
Terpulang kepada kita nak amek macam mana pun pengisian nih, janji kita semua sedar mana sebenarnya kecemerlangan itu datang dan bagaimanakah adab kita dalam menuntut ilmu,
saya rasa cara terbaik untuk bersungguh2 menuntut ilmu ialah dengan meletakkan suatu kepercayaan dalam diri bahawa kawan2 kita,org disekeliling kita semuanya x boleh dipercayai, semuanya karut, kita kene cari sendiri tanpa daripada mereka, so fikir2 lah maksud pendapat nih.
tu je tok malam ni, setelah lama x menulis, dalam seminggu tak menulis, harap2 segala pandangan dapat dikongsikan bersama, syukron alaik atas mereka yang terlibat, xjemu2 melatih dan menyampaikan ilmu, kepada yang rasa diri dia betul dan xpernah buat salah, adui korg dalam bahaya kot. Ok exam sudah dekat, bittaufiq wannajah semua!
No comments:
Post a Comment