Pages

Monday, January 10, 2011

Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah

Salam alaik Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.






Wahai kawan2 dan para sahabat, muslimin dan muslimah, semua ada tanggungjawab. biasalah, kalau kita menegur, akan ada yang melenting, "kubur lain2"

Wahai lelaki, jangan hanya melihat, jangan menjadi dayus, jangan mengambil kesempatan, tegurlah muslimah anda. tegurlah rakan anda. bawalah dia ke syurga. Muslimah ini terlalu mudah untuk ke syurga, dan terlalu mudah dirinya ke neraka, peliharalah dirinya.

Wahai wanita, kalian terlalu indah, lebih indah andai kalian mengenakan sifat2 muslimah, anda mampu, jangan mengatakan bahawa anda tidak mahu hipokrit dgn tiba2 menjadi 'baik', sedarlah itu adalah bisikan syaitan. bisikan yang memudahkan jalan anda ke neraka.

Wahai rakan2, wanita terutamanya, kalian cukup indah, yang lawa, putih,hitam,comel,kiut,err ape lagi, disebabkan anda wanita, anda berhak mendapatkan pujian sedemikian, tetapi bukanlah caranya sekiranya pujian itu datang daripada kaum adam yang bukan halal untuk anda, sedikit demi sedikit wajah anda akan ditatap, di facebook? oh semestinya. Gambar2 anda, simpanlah gmba2 itu dgn rapi, bila gmba itu diupload ke facebook, oh makin mudah ke neraka.

Wahai wanita, peliharalah rakan2 anda juga, nasihatilah mereka. Mereka akan menjadi lebih bijak sekiranya mengingati akan kematian.

Wahai muslimah, pilihlah jalan ke syurga, janganlah anda menangguh perjalanan itu, andai jalan itu tertutup rapi, tiada kunci yang mampu membukanya semula.

Wahai muslimin dan muslimah, peganglah rantai Islam, Tali Al-Quran dan Ikatan As-Sunnah, kalian tidak akan sesat. Jangan menghina ulama' mereka ialah pewaris para anbia.

Wallahu'alam