Pages

Saturday, January 15, 2011

Telah disebut di dalam hadis yang lain bahawa fitnah akan muncul seperti bahagian-bahagian malam yang gelap gelita.



Salam alaik.
Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

Tersebut di dalam Sahih Muslim bahawa orang yang tidur lebih baik daripada seorang yang jaga. Terdapat juga di dalam hadis yang lain bahawa fitnah akan mengikut seperti rantai mutiara yang terputus talinya, maka gugurlah biji-biji mutiara itu satu lepas satu. Begitulah fitnah akan muncul di dalam dunia ini (satu persatu).

Sapa yang pernah dengar/tahu/memahami apakah itu zaman fitnah??
Ok la, saya rasa sekarang ialah zaman fitnah. Kenapa ya? Sebab hidup saya kini dikelilingi dengan Fitnah, Oh x kira la dkt Malaysia mahupun di Mesir. Satu pihak kata yang ni x betul, pihak yang lain kata ini x betul. Masing2 menuding jari.

DIRIWAYATKAN daripada Abu Hurairah r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Fitnah akan terjadi. Pada ketika itu seorang yang duduk lebih baik daripada orang yang berdiri. Orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan (berusaha).
Berkemungkinan fitnah itu akan menarik perhatiannya yang dilihatnya dari jarak yang jauh. Barangsiapa mendapat tempat perlindungan maka berlindunglah dia di situ."
(Bukhari, Jilid 2, ms. 1048)

TOLONG JANGAN DEKATI FITNAH MAHUPUN MENG'LIKE'

Facebook? Oh saya jadi makin naik mual bila tgk status2 facebook yang membawa unsur fitnah. Andailah status itu tepat dan benar, komen2 dpd 'golongan' si pengupdate status tu tau kebenaran sebenar2nya x? Kalau ulasan yang diberi akan 'menghangatkan' lagi isu tuh, bukan ke dah jadi fitnah?

Fitnah ini terjadi antara 2 pihak. tetapi sama asasnya. Orang Islam yang menfitnah sesama mereka. hurm nak guna word 'fitnah' ni mcm kasar sgt.

Kebaikan akan ditinggalkan dan fitnah-fitnah akan dicipta, rasa malu tidak wujud lagi, maruah terjual, permusuhan, pertentangan dan fitnah hawa nafsu menyerlah. Sesiapa sahaja yang terbabit ke dalam kancah fitnah ini, menurut pandangan agama akan binasa. Dengan ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Pada masa begini keadaannya hendaklah kamu menjadi sebagai tikar di dalam rumahmu. Jangan pergi ke pasar atau mungkin kamu akan terbabit dengannya."

JANGAN LIBATKAN DIRI KALIAN, LEBIH BAIK HABISKAN MASA ANDA DI RUMAH

Nasihat saya, pada kawan2 yang terlibat, stdy lah bia habis dulu, kalau 'berminat', kajilah dulu,jgn ikut bulat2, kalau perkara itu berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, jgn lah kita tolak, jgn lah kita nak hina, adapun golongan yang korang percaya itu mungkin baik untuk korang dan menganiaya golongan lain, wujudnya percanggahan hingga terjadi fitnah menfitnah. silalah jauhi fitnah2 ini.

Kita nih dah dikatakan ada akal sebagai seorang mahasiswa. jgn lah kita diperalatkan sehingga nama kita diburukkan.

Bahaya lagi bila korang tersalah fitnah,eh ade ke tersalah fitnah sedangkan fitnah itu dah salah?
korang menuduh seorg gadis baik berzina sedangkan dia tidak melakukan zina, prinsip yang ada sekarang ialah menfitnah. Sama lah kalau korang ckp, *contoh Harap je pakai purdah tapi perangai cm ***** ok la ayat nih mmg ada je, dan ayat ni dilontarkan di facebook aka FB *fitnah berleluasa

Ayat mcm ni bila di'like' dikomen2 lagi, ouh bertambahkah saham menfitnah tuh?

andai kata betullah si gadis purdah sedemikian rupa, janganlah kau lontarkan 'bahasa' sedemikian pada dirinya, adah kau sedang mengutuk dengan berharap org akan membenci sifatnya dan tidak membenci dirinya?

selalu sangat kita berkata dan mengeji sifat orang lain, oh dia makan duit haram, oh dia fanatik itu ini, oh dia belajar x setaraf mana, pernah tak cermin diri sendiri? janganlah nk meludah kelangit, nanti terludah diri sendiri, kalau ada sifat benci diam2 sudah sebab itu mungkin benci disebabkan nafsu/bisikan syaitan.

Disebut dalam sebuah hadis yang lain bahawa : "Ibadat yang dilakukan semasa terbabitnya di dalam fitnah seolah-olah dia sedang berhijrah kepadaku."

Berdoalah memohon pertolongan daripada Allah untuk kita semua dijauhkan daripada unsur menfitnah ini. Bila dah berdoa tuh janganlah kita pun gatal-gatal nk bercakap mengenai orang lain, igt,adakah itu sebagai fitnah?

"Fitnah-fitnah pasti muncul tetapi hanyalah orang-orang yang dipelihara Allah yang selamat daripadanya. Seseorang itu perlulah memohon doa kepada Allah seperti seorang yang sedang tenggelam lemas berdoa kepada-Nya."
(Baihaqi)

Ala kullihal, fitnah ini datang dalam macam2 rupa, entah2 dalam post saya ni pun ada terfitnah orang jugak. Andai kita dengarkan 'sesuatu' kaji dulu, kalau boleh jangan bertindak walaupun 'like' post tuh, takut2 anda juga seperti fitnah yang datang pada malam hari. bagi yang menjadi mangsa fitnah2 nih, apa yang perlu anda buat ialah pertahankan diri anda dengan hujah dan bukti. memohon pertolongan kepada Allah dan banyakkan bersabar, ini semua ujian Allah dan mungkin ujian difitnah itu lebih baik ke atas diri kita daripada ujian yang lain bukan?

"Fitnah itu sedang tidur. Kutukan Allah ke atas orang yang menggerakkannya."

Cermin diri, tuntut ilmu dengan lebih dalam lagi, wallahu'alam

No comments: