Pages

Saturday, January 1, 2011

'Kamus' Melayu, bukan 'Kamus' Islam

Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

Salam alaik. Mule2nye selamat tahun baru lah, moga2 2011 nih mnjadi lebih baik dpd tahun2 sebelumnya.

Ok la, Melayu? ap yg korg faham tntg melayu? bg aku melayu ni hanyalah suatu bangsa, bangsa yang ada baik dan ade buruknya. xde sape pun yang lengkap. Tapi pada Islam tiada yang buruknya, semuanya baik. Melayu x menjamin kita ke syurga, Ingat tuh!




video yang saya post nih mmg cukup mnyentuh perasaan, trase malu pun ade jugak sbb diri ini ada title Melayu.

teringt mse skolah rendah dlu,ade sorg kwn india nih,ktorg baik sgt,ade india,cina,melayu,aha and satu hari ni kwn india ni menangis sbbade kwn2 melayu yang lain ejek2 die, rse sebak kot ble terigt si kwn sorg nih,dia dah la baik tapi sbb kesalahan yang kecik kne ejek smpai mcm tu skali, maybe time tu kwn2 yang lain nih tmasuk diri ni x matang,so xpat bezakan yang baik ngn buruk.

berbalik kt video atas nih, bagi saya lah sbg manusia yang dikurniakan akal utk berfikir, knp lah sampai diugut sebegitu sekali, sebab 'diugut' mcm tu saya rasa lepas ni video2 macam tu akan bnyk diupload. maksudnya mungkin protes dpd mskt kaum india atau lain2 pertubuhan akan wujud disebabkan kejadian ini. *harap x berlaku.

Islam mengajar untuk kita lebih bersikap tenang dan menerima sesuatu teguran, bermesyuarat dah diajar, *err ayat dalam al-quran tapi x igt surah mane.

Apa yang berlaku dalam video ini adalah berasal daripada 'kamus Melayu' bukan dalam 'kamus Islam'. andai benar apa yang dikatakan oleh karam singh walia iaitu melayu ini lan*** dan sebagainya, apa yang saya boleh ckp knp org di situ nak marah2? Karam singh walia x menipu, die perkatakan perkara yang benar, tgk lah btape hancurnya masyarakat Melayu sekarang, kes buang bayi, kes pergaulan bebas, bukan ke yang 'kantoi' tu semuanya melayu?

Rasulullah saw pernah bersabda,
Tidak akan berzina seseorg yang berzina ketika dia berzina,ketika dia seorg mukmin.
dan Tidak akan mencuri seseorg yang mencuri ketika die mencuri,ketika dia seorg mukmin,
dan Tidak akan meminum arak ketika dia minum arak,ketika dia seorg mukmin.
riwayat Al-Imam Bukhari dan Al-Imam Muslim.

Hadis ini menerangkan bahawa bila mana seorg itu ada iman dihatinya, dia xkan melakukan perbuatan2 sedemikian, awak pegang islam, awak selamat. percayalah:)

Ada x ckp awak melayu? awak selamat? eh ade je, tp selamat dunia la kot, Rakan2 sekalian, janganlah ada antara kita yang terlalu ekstrimis dalam memperjuangkan bangsa, takde pekdahnye melainkan anda korbankan diri anda untuk Islam. Apa2 pun jadikan islam sebagai panduan,

berkenaan video ini, saya harap sgt dpt berbual dgn karam singh walia untuk membezakan islam dan melayu TT

Wallahu'alam

3 comments:

Max's bubble said...

SPEECHLESS.
:0
malu aku maluuuu :<

Unknown said...

.
spechless too.

mmmhafizen said...

wat malu melayu je...mne pejuang melayu haram jadah UMNO 2? diam lak tang nh..ntah2 die la malaun dok ugut si karamsingh nh..jwb la hangpa kt akhirat umno oi...50thn pny dosa bwk msk kubur..seram ak...