Pages

Friday, March 11, 2011

Syaitan Manusia Setan.

Salam Alaik.

Bila kita menceritakan dan berbincang mengenai syaitan, makhluk yang dicipta daripada api, pastinya apa yang terbit dari akal fikiran kita semuanya mencorakkan perkara-perkara yang tidak baik, negatif, keji dan sebagainya. SUdah tentu ada yang memikirkan seperti syaitan itu lah sejahat-jahat dan sekejam-kejam makhluk. Kerana mereka anak-anak Adam dicampakkan ke lembah kebinasaan.

Soalan budak kecik dkt sekolah agama: Syaitan dan manusia. Mana yang sebenarnya lebih keji dan hina?

Hurm menarik soalan ni. yela. kalo kita fikirkan, tugas syaitan nih membisikkan kedalam diri kita dgn godaan2 yang menjerumuskan kita ke lembah maksiat. Disuruhnya mencuri, menipu, berzina, membunuh. Dibisikkan. Syaitan membunuh ke?

Contoh, Si A suruh Si B membunuh Si C, Si B pergi membunuh dgn kejamnya Si C lalu berita kekejaman Si B tersebar luas. Pada mata kepala manusia yang mendengar berita tu, sapa yang lagi kejam? Si A? Si B? tak kan Si C kot.


Sedikit perkongsian mengenai anak2 syaitan. Mungkin ada yang sudah tahu bahawa anak-anak syaitan ni terdiri daripada 5 setan yang bernama Tsabr, Al-A'war, Miswath, Dasim n Zaknabur. Semuanya 5 setan.

Sekarang kita cuba lihat apa tugas kelima-lima setan ni.

Tsabr: tugasnya lebih kurang cmni,dia akan membisikkan kepada manusia yang sedang mengalami kesedihan, time ni la setan ni dtg kepada manusia tu dan soh la manusia ni buat perkara2 yang diluar jangkaan, contohnya membunuh diri la yang selalu dga. Pernah juga kita merasai, bila kecewa dan sedih mula la nak menampar diri,menjerit2, terpekik2, campak2 barang dsb. Tugas setan ni jugak nak meniupkan perasaan mengingati dkt seseorang, contoh bila kematian ahli keluarga dsb, time tu la Tsabr ni akan buat kita rasa terigt sgt dkt diri arwah dan mula la kita pon xnk makan,xde selera, nak keje pon xlarat, sumenye xde mood. itu lah keje Syaitan yang tugasnya hanyalah membisik. Manusia?

Al-A'war: Bahasa yang mudah difahami buta sebelah mata. Tugasnya nk memerangkap manusia dalam penzinaan. Kadang2 kalau suami dah ada isteri yg cukup sifat tapi boleh lagi nk pergi melanggan pelacur dan sbgainya. Sebabnya sebelah mata lelaki tu dah ditutupi. maksudnya dia dah x igt da kt bini dia, ni keje setan ni lah. Begitu juga dkt perempuan yang mncari kekasih lain. Sebab itu Allah swt memberi peringatan kpd manusia untuk menjauhi Zina. Kita terjemahkan,jauhkan diri dpd berkapel sbb itu lah 1st step tok berzina, bila dah berdua2an kalau dah strt tu mmg susah nk stop tok berzina, sbb apa? Al-A'war dah butakan sebelah mata penzina2 tersebut. So, sapa yang jahat? Si Penzina? Setan?

Miswath: Maksudnya pengadun, benda yang mengadun, cm blend kot, tugasnya menyebarkan pembohongan dalam kalangan manusia, berita2 dusta,fitnah2 dan akan disebarkan diseluruh masyarakat hingga berpecah belah la manusia ni disebabkan oleh bisikan setan ni kpd manusia untuk menyebarkan berita palsu dan disebarkan ke seluruh masyrakat. gossip? fitnah? media massa? sape jahat? setan ke manusia? heh

Dasim: Bermaksud menutup dan mengunci yang kotor dan kusut. Tugasnya nk mewujudkan kacau bilau dalam sesebuah keluarga contoh suami isteri, bapa dan anak2. kalau korg tgk cte melayu ade je adegan2 cmni. Bila dasim menjalankan tugasnya,dgn tidak semena2 boleh jadi bapa dlm family ni ttbe2 naik angin, xpon suami x puas ati kt isteri. Dasim juga akan meniupkan perasaan dendam dlm diri. mulala rasa nk mengungkit2 dan pergaduhan yang besar akan berlaku dlm family. Bnda kecik pun boleh buat family tu kacau bilau. hurm

Zaknabur: Setan yg kelima ni tugasnya boleh kita lihat dalam urusan jual beli. So setan ni akan membisikkan kpd peniaga dan pembeli. Si peniaga ni jual dgn care menipu maybe, xpon jual barang2 yang busuk, kalau si peniaga, sanggup berhutang. haih kalau dah berhutang faham2la.


So 5 anak2 setan ni akan berusaha untuk menggoda satu manusia. Hasilnya 5 setan ni buat kerja yang sama iaitu membisik tapi yang manusia ni membuat 5 pelbagai jenis perbuatan keji. Bukan sahaja 5 malah boleh lebih lagi.




Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata. Mereka itu, tempat akhirnya ialah neraka jahanam, dan mereka pula tidak akan dapat melarikan diri daripadanya. An-Nisa ayat 120-121.

Apa jadi kalau kita tewas dgn godaan syaitan? tugas diorg membisik. kitalah yang melengkapkan tugas syaitan tu. Ya Rabb. Ke neraka kot.

Kita ada pilihan. Untuk menerima dan menolak. Cuba kita tgk pulak ayat selepas ayat Surah An-Nisa di atas ni.

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah? An-Nisa ayat 122.

Wallahu'alam.


4 comments:

... said...

salam alaik akhi Arif

jzkk kongsi post ini. sgt informatif! ana x pernah tau yg setan ni ada 5 anak2 yg setiapnya mempunyai tugads masing2 dan betul juga bila akhi ckp, "tugas setan bisik kat kita, tp manusia yg melengkapkan tugas setan sbb perbuatan dilakukan oleh kita manusia"

astaghfirullah. astaghfirullah. astaghfirullahaladzim.

salam ukhuwwah fillah.

... said...

lupa nak tanya.. mohon share some contents of this post boleh? tlg reply kalau boleh. salam.

AriFrukAi!! said...

boleh share. mana2 post pon asalkan mmbawa kebaikan pada yg lain

... said...

thanks and may Allah continue to shower you with constant blessings so that you're ever steadfast in His Path in spreading His words to others.