Pages

Wednesday, March 30, 2011

30 Mei. Beberapa minggu je lagi. #1


Salam alaik.

الْمُؤْمِنُ أَخُو الْمُؤْمِنِ لَا يخذلهُ ولا يحقره وَلَا يُسْلِمُهُ

"Seorang mukmin adalah saudara bagi mukmin lainnya, dia tidak membiarkannya (di dalam kesusahan), tidak merendahkannya, dan tidak menyerahkannya (kepada musuh)".


sekadar perkongsian, mungkin tak berapa nak menarik, idea tarak. maafisshh

beberapa hari yang lalu berlakunya satu dialog yang menarik.
2 hamba Allah bertukar2 pendapat. Isu yang dibangkitkan ialah isu yang sering kita dengar.
tapi saya yakin kita buat endah tak endah ja.

Persoalan yang timbul, rokok tu dah terang2 hukumnya haram, tapi kenapa ada lagi ustaz2 yang 'memakan' benda tu? kata seorg manusia yang tak puas hati bila dia ditegur. Manusia tsebut ditegur kerana tidak memboikot. Memboikot barangan Israel. Do we?

Sorang dlm keadaan marah sebab mamat nih memakan rokok. Sorang lagi pulak tidak memboikot. mknenye mamat ni beli starbucks etc etc.

Mamat ni pun memberi pandangan yang mungkin,ermm menarik la sikit,kot la. katenye, rokok tu haram,tapi mcd starbuks ni mane haram,but die dikaitkan dgn jews je. orang dok boikot tak makan kfc,mcd,starbucks,etc2 tapi dok pakai hnpon nokia, barang2 elektronik,cmtu la,KALAU nak do our part sgt, kita kene boikot semua! bukan x makan je! erk cmtu la gak.

then dtg pulak manusia lain yang cube mententeramkan keadaan.
mmberi teguran. mksod tegurannye mcm ni la gak.

Untuk kita memboikot semua,tak rasional. tapi untuk tidak memboikot, tu namenye tak amek endah.

Huraian dia, pandai2 la kita semua fikir. cuba fikir, barang2 yahudi tu memang banyak. dari segi makanan,produk kecantikan,etc2. dalam seminggu la,bape ringgit kita salurkan ke yahudi secara langsung dan tidak langsung? pernah ke ade orang mati sebab tak makan kfc? x pg starbucks? mati sbb tak makan mcd? setahu saya yang mati sebab amek sume ni ade la.

Sebagai seorang muslim, kita cuba lihat,apa yang kita lakukan untuk sahabat kita, ye la,sahabat sesaudara semuslim? apa kita buat? kalau di Palestine? berapa ramai yang amek cakna? Ada yang pergi offer bantuan tenaga? kalau dah tak boikot,apa lagi yang kita boleh lakukan? dah la tak nak p beperang, ni plak p bagi rm10 kat Israel tok beli sebutir peluru.

Apa perasaan anda bila anda dalam keadaan diserang oleh musuh dan keperluan senjata itu keseluruhannya daripada tangan saudara anda?

Semasa program ops piramid yang di jalankan pada awal bulan feb yang lalu, saya terfikir, kalau tak ada pun rakyat Malaysia dkt Mesir ni, entah tahu ke tak masyarakat Islam khususnya di Malaysia mengenai keadaan umat Islam yang ditindas di sini.

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. Al-Hujurat ayat 10

Bukankah kita bersaudara? tapi saya rasa sensitiviti kita sangat lah kurang. Nak mintak boikot pon bagi 1001 alasan. Dari makanan kita ambil, budaya diorang pun kita ambil, bukankah yahudi tu suka kalau kit ikut telunjuk mereka? kita tahu. tapi kita ikut jugak diorang. kita amek 'nasihat' diorang jugak. mana maruah kita?

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. Al-Baqarah ayat 120.

Mungkin kena ada tragedi Marmara 2 baru kita nak peka balik. Baru nak terjaga bahawa ada musuh yang menguasai minda kita di tepi Mesir ini. Suka saya kongsikan beberapa sebab kenapa US nak sangat kuasai Mesir? Salah satunya kerana Mesir ini berjiran dengan Israel. Sebab tu yang presiden yang dulu dulu dipegang oleh US. err tapi en saya rasa ramai je yang berjiran dengan Israel ni disebabkan mereka masih membenarkan Israel ini terus menguasai Palestine. Masjidil Aqsa?

Hampir setahun tragedi Marmara berlaku. Mereka yang syahid pastinya bergembira dengan apa yang mereka nikmati sekarang. Kita takkan masih terleka lagi? takkan nak menghina muslim yang lain lagi? Cuba kita fikir. Soal persaudaraan kita. Apa yang kita lakukan untuk muslim yang lain? Kaitannya dengan peristiwa yang baru setahun berlalu. Kaitannya juga dengan tangan2 yahudi dan israel. Fikirkan saudara kita. Islam kita. Iman kita. :)

مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ الْوَاحِدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

Perumpamaan kaum Muslimin dalam saling mengasihi, saling menyayangi, dan saling menolong di antara mereka seperti perumpamaan satu tubuh. Tatkala salah satu anggota tubuh merasakan sakit, maka anggota tubuh yang lainnya akan merasakan pula dengan demam dan tidak bisa tidur"


wassalam.

No comments: