Pages

Thursday, August 18, 2011

biar aku dan kalian mati di sini :) #Haramain 2


Kalau diberi 3 hajat, pasti masing2 ada yang membayangkan untuk memiliki harta yang melimpah, mahukan keluarga yang bahagia, mungkin juga mahukan kesihatan yang mantap, atau mana-mana ketentuan di atas dunia ini yang dirasakan manis untuk dimiliki.

Tapi tahukah kita, sedarkah kita ada lagi nikmat yang sangat manis yang kita mampu perolehi, yang aku sgt cemburu melihat manusia lain milikinya. iaitu nikmat dikebumikan di perkuburan Baqi'.


Sudahlah mati di bumi Madinah, dikebumikan pula di Baqi'. Subhanaallah. Nikmat yang aku rasa tak mudah dimiliki walaupun harta bergunung ganang.

Usai solat jenazah di masjidil nabawi, aku selalu melihat jenazah tersebut diangkat dan diarak beramai-ramai lalu disemadikan di perkuburan Baqi' yang terletak bersebelahan dgn Masjid Nabawi. Syukurrrr sgt kalau aku dimatikan di Madinah, dpt pula disemadikan di Baqi', Allahhh :')

" Barangsiapa mampu untuk mati di Madinah, maka lakukanlah, sesungguhnya aku akan bersaksi bagi orang yang mati di dalamnya "(Sunan Ibn Majah)

Rasulullah saw juga pernah mendoakan agar keampunan diberikan kepada penghuni Baqi. Doanya ada di dalam Sahih Muslim. Inilah nikmat yang tak semua merasainya dan suasana inilah yang membuatkan hati kami sebak dan menangis. menangis tanda sedih, cemburu, gembira dan mcm2 perasaan yang bercampur ketika melihat nikmat atas jenazah yang disemadikan di sini.




Makam Sayyidina Uthman Ibn Affan RA




Baqi' merupakan sebuah kawasan perkuburan yang menempatkan lebih dpd 10ribu para sahabat, isteri2 nabi, anak2 baginda, tabi'in dan para pengikutnya. Menziarahi Baqi' adalah sunat, dan semasa lawatan kami kaum wanita/akhowat tak dibenarkan masuk.


Banyak lagi nikmat di akhirat yang lebih besar dpd di dunia ini. Dunia ini hanyalah pinjaman dan akan hilang. Kejarlah akhirat yang kekal abadi.


Moga aku dan kalian mati di sini. Wallahu'alam.



2 comments:

Kgibs said...

Salam, sorry tanya. Baqi tuh mcm tempat tanah perkuburan jugak ke??

AriFrukAi!! said...

wslm. yup