Pages

Friday, August 19, 2011

Jabal Rahmah dan Khutbah yang terakhir #Haramain 3

Jabal Rahmah terletak di padang arafah. yang menghimpunkan jutaan manusia pada musim haji. di Jabal rahmah ini ada beberapa sejarahnya yang tersendiri.

Jabal Rahmah merupakan tempat pertemuan antara Nabi Adam dan Hawa selepas mereka dikeluarkan daripada syurga dan ditempatkan di atas muka bumi ini.

Di puncak Jabal Rahmah ini dikatakan tempat mustajab bagi mereka yang masih mencari jodoh. Biasanya manusia akan mendaki bukit ini hingga ke puncak lalu berdoa agar dipertemukan dgn jodohnya, atau apa2 yang berkait rapat dgn jodoh.



Selain berdoa dan aktiviti menjual beli di atas puncak bukit tersebut, wujud juga aktiviti yang pelik2. Aktiviti menconteng dinding. Di tiang tersebut memang banyak sangat manusia2 yang menconteng nama barangkali. sudah di cat depa conteng lagi, ada yang xde marker, depa tulis pakai jari, hurmm -.-


Puncak jabal Rahmah.



Jabal Rahmah.

Kaki Bukit Rahmah.


Di sini pula merupakan kawasan kaki bukit Jabal Rahmah. Di sini juga Nabi berdiri untuk memberi Khutbah dan merupakan khutbah yang terakhir daripada baginda. Pada hari tersebut juga turunnya ayat 3 surah Al-Maidah dan terus Sahabat baginda iaitu Sayyidina Abu bakar As-Siddiq terus menangis. Menangis kerana menyedari bahawa Kekasihnya akan pergi meninggalkan dunia ini selepas amanah yang dibawanya terlaksana.




Jabal Rahmah. Padang Arafah.


Selamat mencari lailatul Qadr.



No comments: