Pages

Sunday, August 14, 2011

Unta dan orang melayu #Haramain 1

Berada di Makkah dan Madinah adalah saat yang paling indah. saat yang paling tenang. saat berada dalam pemerintahan Islam. Rindu pada pemerintahan khalifah yang pastinya lagi membawa ketenangan dalam jiwa apabila Islam itu betul2 diangkat. pada ketika ini juga kita bebas mencari nilai-nilai islam itu sendiri, bebas untuk berdoa, bebas untuk beribadat, bebas untuk menangis mengenang dosa-dosa lampau.

Panasnya bumi Haram ini mengingatkan lagi kita pada Akhirat, mengingatkan kita pada balasan yang bakal dipikul oleh setiap hamba, panasnya bumi ini meruntuhkan ego dalam hati kita yang selalu lekat dengan dosa, pada ketika ini air mata sahaja yang mampu ditadah pada Allah agar diterima dan didengar taubat ini.


Banyak tempat yang dilawati, dan antara yang bakal dikongsi pada post kali ini ialah ladang unta. berdekatan dengan kawasan Hudaibiyah, Makkah.

Tidak banyak pun cerita di ladang ini, tapi apa yang menariknya unta ini adalah binatang yang unik sehinggakan Allah menyuruh kita untuk melihat bagaimana unta ini diciptakan,apa yang uniknya untuk seekor unta ini.

(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? -Al-Ghashiyah ayat 17-

Salah satu keunikannya, cuba kita bandingkan unta ini dengan orang Melayu.

Siapa yang boleh ceritakan bagaimana unta ini melakukan persenyawaan? rasanya sampai sekarang masih tak dapat diceritakan bagaimana proses itu berlaku. National Geographic pun tak dapat lagi nak detect bagaimana proses ini berlaku.

Keadaan ini cukup jelas untuk memperlihatkan bagaimana unta ini memiliki sifat malu yang sangat tinggi. walaupun binatang ternakan, tapi masih mempunyai nilai yang sudah hilang di kalangan orang melayu. Cuba perhati pula bagaimana orang melayu? berpakaian yang tiada rasa malu? baru orang melayu. belum seluruh manusia lagi.

Ladang unta.

Di bawah ini ialah gambar di kawasan peperangan Uhud, dan bukit/ banjaran yang terdapat dalam gambar tersebut ialah banjaran/bukit/jabal uhud. Kawasan peperangan kedua dalam sejarah Islam.

Di sini, di masjidil Haram dan masjidil Nabawi, solat jenazah memang dilazimi, setiap solat fardhu pasti diiringi dengan solat jenazah. diibaratkan Ganjaran bagi mereka yang melakukan solat jenazah ialah satu Qirat, dan bagi mereka yang solat dan mengiringi jenazah pula mendapat 2 Qirat. Tanya para sahabat apakah itu Qirat? Jawab Rasulullah saw, Qirat itu seperti Banjaran Uhud. Cuba tgk besar mana ganjaran yang Allah bagi? Cuma pada kita sahaja untuk ambil ganjaran tersebut atau tidak.

Kawasan perkuburan Syuhada' dan Banjaran Uhud.


Masjid Quba'.


H.R.Muslim dr Jabir bin Abdullah berkata: aku mendengar Rasulullah bersabda : " Sebaik-baik zikir ialah LA ILAHA ILLALLAH & sebaik-baik doa ialah ALHAMDULILLAH."

Ada yang menyebut bahawa betapa besar dan pentingnya kalimah La ilaha illallah dapat dilihat oleh ahli kubur. Rasa sesalan itu pasti berlaku bagi mereka yang jarang menyebut kalimah ini. Jadi baik kita ambil peluang ini lagi2 dalam bulan ranadhan ini untuk menyebut kalimah ini dan melazimi juga ibadah2 lain.

Wallahu'alam


No comments: