Pages

Saturday, April 18, 2009

epistle for those who are in love!

Orang lain bercinta,
Engkau pun sibuk nak bercinta,
Katanya nak merasa,
Bagaimana nikmatnya cinta,
Orang kata cinta itu seperti gula-gula,
Manisnya tidak terkira,
Kelazatannya sukar dilupa,
Indahnya tidak terkata...
Bila sudah ada kekasih idaman,
Bermulalah episod angan-angan,
Sehidup semati biarpun dalam kesusahan,
Hanya dia dalam ingatan,
Saban hari dia menjadi pujaan,
Sehingga hilang tujuan dan pedoman,
Dek kerana sudah gila bayangan...
Hari-hari menghitung waktu,
Kapan lagi boleh bertemu,
Baru semalam berdua menyanyikan lagu,
Di bawah pohon semambu,
Disinari cahaya lampu-lampu,
Hari ini masih lagi mahu ketemu?
Tidakkah engkau berasa jemu?
Persetankan apa orang nak kata,
Yang penting ada aku dan dia,
Itulah ungkapan orang bercinta,
Macamlah dunia ini engkau yang punya,
Sudah lupa agaknya soal dosa pahala,
Memadu asmara mengikat janji setia,
Tidak mengenal tempat dan masa,
Sudah lupakah engkau pada Maha Pencipta?
Sebelum engkau mengenali si dia,
Zikirullah membasahi lidah,
Gemersik suaramu kedengaran,
mengalunkan ayat suci al-Quran,
Malam-malam engkau dihiasi solat tahajjud dan hajat,
Isnin dan Khamis hari yang dinanti,
Berpuasa sunat mencari redha Ilahi,
Berdakwah engkau di sana sini,
Demi menegakkan syiar yang suci...
Tapi sayang seribu kali sayang,
Kini lidah engkau bijak bermain kata-kata,
Bicara manis buat si jantung hati,
Suara diguna untuk memujuk rayu,
Dan melemparkan kata-kata cinta,
Malam-malam engkau dihiasi dengan
Temujanji dengan si dia,
Bagaikan belangkas lagaknya,
Berkepit ke sana ke mari,
Seolah-olah tiada mata yang melihat...
Waktu bercinta "I sayang U, I rindu U",
Sanggup berkorban apa sahaja,
Biarpun poket dah kering,
Diri engkau hampir sengkek,
Wang untuk beli kredit,
Mesti diusahakan juga,
Biarpun hanya RM5 dapat topup,
Itu pun dah kira bagus bagi engkau,
Untuk ber"SMS" setiap lima saat,
Sampai bengkak jari-jemari,
Kata engkau "no big deal",
Telefon si dia untuk melepaskan rindu,
Bercakap sejam pun ibarat seminit rasanya,
Sehari tak mendengar khabar,
Makan tak kenyang,mandi tak basah,
Tidur tak lena kononnya...
Dahulu engkau pelajar terbaik di sekolah,
Menjadi kebanggaan ibu dan ayah,
Menerima pujian dan anugerah daripada warga sekolah,
Dek kerana kejayaan engkau yang terserlah,
Malangnya,
Engkau terlalu mudah menyerah,
Menyerah cinta kepada si dia,
Sehingga lupa harapan ayah bonda,
Ke mana hilangnya cita-cita?
Engkau kata nak balas jasa orang tua,
Mahu belajar di istana terkemuka,
Bekerja di syarikat kukuh dan perkasa,
Supaya mendapat gaji lima angka,
Agar dapat dibina mahligai buat bonda dan ayahanda...
Tapi apakan daya,
Baru usia menginjak remaja,
Sudah pandai bermain cinta,
Segala impian hancur berkecai begitu sahaja,
Dahulunya,masa dihabiskan bersama buku tercinta,
Kini,
berjalan berpimpin tangan sepanjang masa,
Bersama insan teristimewa,
Bila dilihat buku rekod pelajaran,
Habis merah semuanya keputusan yang tercatat,
Apa lagi hendak dikata?
Salah siapa?
Adakah salah ibu yang mengandung?
Sekarang,
Engkau terimalah padahnya,
Orang lain sudah sampai ke bulan,
Engkau masih berada di persimpangan,
Tidak tahu memilih arah dan tujuan,
Untuk meneruskan perjalanan kehidupan,
Terkontang-kantinglah engkau sendirian,
Bersendirian meratapi takdir ciptaan engkau sendiri,
Masih adakah yang sudi menghulurkan bantuan?
Di saat engkau kesusahan,
Engkau ditinggalkan tiada berteman,
Si dia pergi tanpa meninggalkan sebarang pesan...
Melopong engkau tidak terkata saat itu,
Menyesal pun tiada gunanya,
Waktu ketawa dia bersama,
Waktu menangis engkau dilupa,
Itukah dia insan yang kau puja?
Kononnya sanggup susah senang bersama,
Lautan api sanggup direnangi,
Ombak dan badai sanggup diredahi,
Puncak tertinggi sanggup ditawani,
Ternyata itu semua dusta belaka!
Dia tiada di saat engkau memerlukannya,
Di mana dia si pujaan hati?
Di mana dia kekasih awal dan akhir?
Di mana dia si jantung hati?
Sudah berlalu rupanya si dia,
Sunyi sepi tanpa berita...
Sedar tidak sedar,
Bahu siapa yang engkau cari pada penghujungnya?
Kalau bukan bahu insan bergelar bonda,
Melepaskan tangisan,penyesalan,esakan dan teriakan,
Dek penangan ditinggalkan kekasih hati,
Hanya wanita itulah yang setia di sisi,
Sedia mendengar dan menemani malam-malam engkau,
Dengan kata-kata semangat,
Menyulami kasih sayang tiada bertepian...
Ayuh,pulanglah ke pangkal jalan,
Pintu taubat terbuka luas,
Buat engkau yang telah jauh tersesat,
Dalam dimensi cinta dunia engkau sendiri,
Dia itu Maha Pengampun lagi Mengasihi,
Biarpun engkau ditinggalkan oleh si dia,
Namun,
Tidak sesekali pun engkau disisihkan daripada,
Pandangan Yang Maha Esa...
Dia memanati penuh setia,
Untuk mendengar kalimah,
"Astaghfirullah al azim",
Yang terbit dari bibir engkau,
Sedarlah wahai engkau,
Cinta sesama insan adalah fana,
Hanya cinta Allah kekal abadi,
Dan sentiasa bertakhta di hati nurani...

No comments: