untuk post kali nh,igt nk citer mcm ne saidina Umar al-Khattab membunuh anak perempuannya ketika beliau masih berada dalam kepercayaan Jahilliyah,.
Umar pulang ke rumahnya selepas Abu jahal n pembesar Quraisy yang lain mencabar beliau untuk membunuh anak perempuannya yang baru sahaja pandai berjalan, sebelum 2 kalo x silap Abu Bakar As-siddiq datang lalu mengatakan agama nabi Muhammad saw mengangkat tinggi darjat wanita,tidak membunuh anak perempuan dan lain2, lalu apabila mndengar ajaran agama Rasulullah saw, Umar terus membantah n tiba2 dicabar oleh pembesar Quraisy tok membunuh anak perempuannya, Umar tidak sampai hati namun disebabkan ego utk mempertahankan kepercayaannya dia menyahut seruan tersebut,.
Setibanya Umar di rumahnya lalu umar berkata kepada isterinya.
"Ucapkan selamat tinggal kepada anak perempuan kita kerana aku mahu menguburkannya"
berkata pula isterinya,
"dia anak kita,wajahnya comel dan aku amat sayangkan dia,tolong jangan bunuh dia"
namun Umar tetap tidak peduli, dan dia mengheret anak perempuan dia yang baru pandai berjalan pergi ke sebuah kawasan yang jauh daripada rumahnya.
Ketika Umar sedang menggali lubang, debu-debu pasir beterbangan lalu melekat pada jubahnya, lalu anak perempuannya yang comel dan baru pandai berjalan itu datang kepada ayahnya lalu menyabu debu-debu yang melekat pada jubah ayahnya.
Apabila lubang siap digali, Umar berehat sebentar, seterusnya anak perempuannya datang kepadanya sekali lagi lalu menyapu debu-debu yang melekat pada janggut ayahnya, terdetik rasa kasihan untuk membunuh anaknya yang disayangi dan kemudian penduduk sekitar kawasan tersebut yang masih memegang kuat kepercayaan arab jahiliah serta pembesaar2 Quraisy seperti Abu jahal menyuruh dan mencabar Umar untuk menanam hidup2 anak perempuannya. Disebabkan ego dan kepercayaannya terhadap agama yang sedang dianutinya, Umar terus mengangkat anak perempuannya lalu dihumbankan anaknya ke dalam lubang tersebut seterusnya mengambus lubang tersebut dengan pasir. Orang ramai terus bersorak dan bertepuk tangan memuji Umar tetapi siapa yang tahu Umar sangat sedih dengan tindakannya dan beliau sangat sedih apabila bayangan anaknya yang datang kepadanya untuk menyapu debu di janggutnya selalu bermain di matanya, wallahua'lam...
walaubagaimanapun Nabi pernah bersabda bahawa sekiranya ada Nabi selepas Baginda maka Umar lah Nabi tersebut,.
kat sini nk ckp masa lalu kita yang penuh dengan dosa dan kehinaan boleh diubati dengan taubat nasuha apatah lagi skng Ramadhan en..so rebutlah peluang ini!!
Sdeyh gak ble bce yang part anak Umar menyapu janggutnya.sob3 :(
No comments:
Post a Comment