Pages

Thursday, September 23, 2010

wajah manusia seperti...

Gambar ni dicopy dari fesbuk. timbul beberapa persoalan.

adakah ini cubaan para saintis untuk mngklonkan manusia dgn binatang?
atau
adakah sebegini rupa manusia di padang mahsyar nnti?

Segerakanlah taubat sebelum pintunya ditutup.

Wallahu'alam

Saturday, September 11, 2010

Antara mercun di Malaysia dan Gaza.

Salam Alaik.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.

Sedang kita bergembira menyambut lembaran ini,jangan lupa mereka yang sedang menderita di Gaza. Mereka adalah saudara seislam kita walaupun ada antara kita yang tidak memperdulikan mereka. Nauzubillah.

Sesungguhnya Aidilfitri bermaksud Kembali kepada Fitrah, kembali mnjadi asal, kembali seperti bayi yang baru dilahirkan yang mana masih suci daripada dosa.

Kemenangan ini disambut kerana kita akhirnya mndapat pembebasan daripada api neraka.

Dan secara zahir kita berfikir apabila mereka yang berpuasa penuh telah mndapat kemenangan dgn mnyambut hari raya Aidilfitri. Tetapi adakah kemenangan itu adalah kemenangan yang sebenar-benarnya? Adakah kita menang sekiranya rezeki berbuka itu datang daripada sumber yang haram? Menangkah kita kalau waktu siangnya kita mengumpat? Kita berbohong? Mata kita terdedah dgn suasana maksiat?

Sedang kita duduk beraya di rumah di tgh malam,kita seringkali mndgr dentuman mercun bola yang dimain oleh remaja2,kanak2 yang x serik2,kalau dah hilang sebelah mata baru timbul rasa benci trhadap mercun kot.

Tapi kalau di Gaza bukan bunyi mercun yang mereka dgar di malam raya, tp bunyi bom yg dilontar oleh rejim zionis. Merekalah sebenarnya orang2 yang mncapai kemenangan di Aidilfitri.

Wallahu'alam.

Sumber: Palestin Kini

Selasa , 07/09/2010 – Setiap kali Subuh, seorang gadis berusia 16 tahun, Madeline Kalab akan meninggalkan rumahnya dan belayar ke laut Mediterranean dengan menggunakan sebuah bot kecil milik keluarganya.

Madeline mempunyai 2 orang adik lelaki dan keluarganya tinggal di Bandar Al-Sudanyiah, utara Genting Gaza. Gadis remaja itu mewarisi pekerjaan bapanya, Abu Kayed yang telah didiagnos mempunyai penyakit yang memaksanya berhenti kerja. Madeline terpaksa bekerja menggantikan bapanya bagi menyara keluarganya.

Ibu Madeline, Um Kayed turut bekerja sebagai tukang jahit untuk membantu anak gadisnya. Madeline bukan sahaja mecahkan tradisi penduduk Gaza, malah turut melanggar kebiasaan semulajadi serta sekatan rejim Zionis yang dikenakan sejak 4 tahun lalu.

Wednesday, September 8, 2010

KFC McD di bulan Ramadhan.

Salam alaik.

ok link di atas nih snanye akan membawa korg kat artikel dlm malaysia kini, Mashitah ckp AJK masjid btggungjawab mnjge kesucian masjid. Tp xkn ajk sahaja? org Islam pon kene la jugak jage, x kisah lah dia sape,hamba ke,anak raja ke,org nombor satu negara ke,kalau dah Islam semuanya setaraf. Baru2 ni ada majlis tadarus, dan si ehem2 tu boleh plak pakai tudung tp mungkin dia x perasan kot rambut dia terkeluar, atau mungkinlah ada sebab2 lain,tp kalau lah dia bace apa yg saya tulis nih,kalau nk tahu rambut puan tu aurat,tunjuklah cth yang trbaik. **geleng2 kepala


Ok la,snanya nk bercerita bnda lain nih,nih saja nk buat intro,almaklum lah,geram gak kadang2,sbb ape,smlm kalau x silap dalam buletin utama tv3,PM kita ada mmberi peringatan untuk menghormati kawasan ibadah agama lain,dan mmber peringatan agar peristiwa org bukan Islam masuk ke masjid x berulang,kalau x silap lah,dah lebih seminggu dah weyy kes tuh,tapi2 yang kes tv3 publish iklan raya 1 MALAYSIA tuh asal dah senyap dah? xde tindakan ke brader? yela, org yg masuk masjid tu dah minta maaf dah pun tapi masih nk ungkit2,yg brader tv3 nih pon da gak minx maaf tp senyap cmtu je,xkn xde tindakan?mcm akhbar kat swk yg dulunya pg siarkan karikatur Rasulullah saw,skng akhbar tu dah ditutup,cmtu aa,tv3?


Ahh lari lagi, ok la masuk tajuk. senanya nk luahkan la apa yg saya nmpk dan perhati sepanjang Ramadhan nih, sedih bile rase Ramadhan nk pergi,entah kenapa mase kecik2 dlu ble ae pengumuman **esok raya! mmg kecoh aa satu taman,baling mercun mancis bagai, tp skng mungkin dgn tarbiyah yang ada mengajar kita untuk mengenali apakah yang dikenali sbg Ramadhan?

Ok la ni apa yang aku perhati*guna aku lah,sbb nk cpt,huhu

Ok aku selalu gak jalan2 pg KL,naik LRT nk pg masjid jamek,xpon nk pg imbi,so lalu lah dkt restoran fast food nih,cth mcm KFC,McD kalau b4 pose atau bukan ramadhan mmg penuh ah restoran cmnih,tp bile pose restoran nih cm kosong gak ah,setelah difikir2 ak rase konklusi yang aku leh buat, "orang islam gak yang membunuh orang Islam di Palestine" rasenye korg paham ape yang ak mksodkan.

Ok itulah nk share tok malam nih,mmndgkan ada hal,huhu ok moga teguran ini dapat mmbetulkan dan memberi peringatan kpd diri sendiri dan mereka yang mnyedarinya. wallahu'alam. :D

Tuesday, September 7, 2010

Antara Bangsa dan Agama.

Salam Alaik.
dalam sedar x sedar kita dah hampir ke pengakhiran Ramadhan pada tahun ini.
Adakah kita akan berjumpa lagi dgn Ramadhan yang akan datang? Adakah Kelebihan pada Ramadhan pada tahun ini kita guna sebaik-baiknya?

Dalam bulan yang mulia yg mana sepatutnya kita gunakan untuk mengecas iman kita seharusnya cas sebaiknya. Cas yang bagaimana? Cas agar aktiviti ibadah yang kita lakukan pada bulan Ramadhan kali ini diteruskan. Kalau pada Ramadhan kita boleh melakukan solat sunat Tarawikh hingga 20 rakaat,kita cubalah lengkapkan solat sunat Rawatib pada setiap 5 waktu solat. Kita tambah ibadah sunat kita sgn melakukan solat sunat dhuha dan solat sunat witir. Ingatlah bulan Ramadhan bukanlah Bulan Ibadah. Ai kalau cmtu bulan ni jela beribadahkan? Seharusnya bulan ini sebagai madrasah untuk kita tempuhi ujian dan godaan nafsu+syaitan untuk 11 bulan yang akan datang.

Tentang negara kita, Malaysia, macam2 hal yang berlaku dalam bulan puasa ini. Kalau kita lihat masalah yang selalu timbul di negara kita ialah berkaitan politik,sensitiviti agama dan sensitiviti kaum.

Kalau bab politik di Malaysia,kalau fitnah,tuduh menuduh xpernah sunyi dalam arena politik. Yang paling menyedihkan bila umat Islam sendiri yang bersemangat menjatuhkan umat Islam yang lain. Mereka sudah lupakah ketika mereka dibangku sekolah merekah diberitahu oleh ustaz2 bahawa fitnah itu lebih teruk daripada membunuh?

Kalau sensitiviti agama tu bukan Malaysia sahaja, di negara lain pon sama sahaja. Dalam perkara ini, kita ambil sahaja contoh di negara kita,bagaimana hukum hudud itu diperlekehkan oleh umat Islam sendiri,terigt masa kene terlibat sama dalam program Biro Tata Negara, yang mana fasi kamu tu dengan sekeras2nya membantah hukum rejam bagi penzina dgn alasan cara berzina sekarang lain dgn cara dahulu. Kalau dahulu org yang berzina boleh nampak, jadi senang nk jumpa 4 saksi lelaki yang waras. Kalau sekarang berzina dekat hotel, kalau ada video tah2 diedit ke, terfikir kitorg oada masa tu adakah fasi BTN nih hanya mengetahui bahawa hudud itu ialah rejam sahaja? Sedih apabila mereka memperlekehkan agama kita sendiri. Kemudian isu iklan tv3. Iklan yang menimbulkan kontroversi. Baguslah kalau datuk Farid sudah memohon maaf dan kita mmg berharap iklan sepertinya tak muncul lagi. Tapi kalau kita berfikir,bukanlah masih nak menyalahkan pihak tv3,mungkin ada yang peminat nombor satu tv3 akan lupa dah iklan ini,tp teringin plak tahu sapa pula pengarah kepada iklan ini? Takkan lah x terfikir? Takkan pula datuk Farid yang pastinya lebih bijak dan boleh berfikir tak dapat hidu akibat2 jika iklan ini disiarkan? Wallahu'alam. Biarlah urusan mereka dengan Allah. Tapi ingat, kita sebagai hambanya bukanlah menyerahkan bulat2 kepada yang maha kuasa, seharusnya kita mesti membuat tindakan susulan perkara2 yang terjadi agar tidak berulang,kalau x mau bala yang datang? Nauzubillah. Yang paling menyedihkan semuanya berlaku dalam bulan yang penuh barakah ini.

Ok la kita bercerita tentang kaum. Malaysia ini merupakan sebuah negara yang dilengkapi pelbagai kaum,pelbagai warna kulit. Saya yakin,kalau xde India, maka tiadalah Malaysia. Kalau tiada Cina tidak wujudnya Malaysia. Sebab itulah pelbagai pihak cuba mewujudkan api2 kemarahan dikalangan kaum2/bangsa2 ini agar Malaysia itu akan terhapus pada suatu masa nanti. Dengan kes pengetuanya,kes Namewee lagi, semuanya berkaitan dengan bangsa. Kita sebagai Islam,yang wajib kita rase sensitif ialah yang berkaitan dengan Islam. Bukan dengan Melayu. Kalau Islam dihina kita bangkit untuk 10 minit sahaja, tapi kalau Melayu dihina,mau berbulan2 x habis2 lagi. Saya bagi analogi, kita mempunyai 2 jiran. sebelah kanan keluarga melayu yang solatnya x terjaga, sebelah kiri keluarga cina yang baru memeluk Islam. Ketika berlaku krisis makanan cthnya, dan kedua-dua keluarga kekurangan bekalan makanan,yang mana anda bantu?bukannya nak suruh anda bantu satu keluarga sahaja tapi dalam keadaan itu anda akan berfikir, agama atau bangsa?? Perjuangan bangsa ini bukannya sampai ke syurga dan ia adalah perjuangan yang taghut! Yang wajib kita perjuangkan ialah Islam,bkn bangsa.Prjuangan bgsa ialah perjuangan taghut yg Nabi x mngaku umat.Apalagi krajaan yg zalim yg tidak mghukum dgn hukum Allah,memakai undg2 otk manusia.sbb itu jk mrk mati dlm prjuangan bgsa,Nabi x mengaku umat. --(ucapan ustaz Ibrahim Libya[1985])--
--petikan drpd buku MEMOIR TRAGEDI MEMALI-


dengan berakhirnya Ramadhan nanti kita tapis dan semak balik diri kita? adakah kita menjadi bersih seperti bayi yang baru dilahirkan?

Yang baik kita jadikan teladan dan yang burku kita jadikan sempadan. semua yang ditulis adalah pendapat saya sahaja. tolong perbetulkan jika ada yang salah.

Sunday, September 5, 2010

Sambungan post mengenai iklan raya tv3

Salam alaik.
saya ada tjumpe huraian mengenai iklan tu. xdpt pastikan kebenaran dia. Kaji lah sendiri samada benar atau x. Kalau leh jgn terburu2 dlm menuduh k. kalau btol la semua nih,haih

Yang paling penting, Terjaminkah Islam di Malaysia?


Scene 1 -



Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu2.Buku - Bible3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Scene 2
Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism
Scene 3
Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
Scene 5
Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.
Scene 6 Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan
Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.
Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.
1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.
Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.1.Pulau - Singapore lah.
Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.
1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah
Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.
1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)
2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab


apa pandangan korang?
Walaubagaimanapun Alhamdulillah tv3 dah pun memohon maaf dalam berita mlm td. Harap lepas nih jgn la Islam dipermain sebegini rupa.
p/s : sape ek pnye idea nih?sbb ni mcm sengaja nih,hurm

Iklan Raya tv3 yang sengkek.




Salam Alaik.
Sekarang saya ingin meluahkan perasaan mengenai video smgt 1 Malaysia.
Ni iklan raya yang dikeluarkan tv3. kalau xsilap la tv3 sbb nmpk kt tv3 je,kt tv lain xnmpk lagi.
Ok la selepas anda menonton iklan ini pastinya anda sendiri faham maksud yang dibawa.
Mungkin pengarah video ini tidak sengaja tetapi proses membuat iklan seperti ini pasti memakan mase bukan?xkan x terpikir imej video ini?

Bangsa dan Agama bukan lah perkara yang sama.

Melayu : Cina : India : dll

kalau bangse2 di atas dikatakan sama xkesah lah, tetapi Agama Islam bukanlah agama yang boleh disamakan dgn agama lain.

Kepada pengarah video ini silalah rujuk surah Al-Kafirun.

Perkara menyama2kan agama nih dah berlaku dah mase zaman Jahiliyyah di mana arab quraisy asek menghalang Rasulullah saw dpd menyebarkan dakwah Islam hingga mereka terpakse membuat tawaran kepada baginda iaiut mereka menyembah Allah pada tahun pertama kemudian diajak Rasulullah saw mnyembah berhala buatan mereka itu.

Lalu turunlah Surah Al-Kafirun.

Knplah Malaysia dah jadi smpai macam ni?

Wednesday, September 1, 2010

Sebelum terlambat.




Kadang-kadang kita masih memandang enteng dgn seruan memboikot barangan yahudi.
Kadang-kadang kita buat-buat miskin apabila diseru untuk menderma di tabung Palestine.
Kita mampu membeli 1kotak rokok sedangkan untuk membantu kanak-kanak ini kita liat sekali.

Kadang-kadang kita ingkar dan derhaka terhadap ibu-bapa kita.
Adakah kita masih ingat susah payah mereka?
Kita ini manusia jenis apa?

Berubahlah. Takkan nk tggu kepala ibi kita pecah,otak ayah kita terkeluar baru kita nak memboikot barangan yahudi? baru kita nak dengar cakap ibu bapa kita.

fikirkanlah.