Pages

Saturday, September 11, 2010

Antara mercun di Malaysia dan Gaza.

Salam Alaik.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.

Sedang kita bergembira menyambut lembaran ini,jangan lupa mereka yang sedang menderita di Gaza. Mereka adalah saudara seislam kita walaupun ada antara kita yang tidak memperdulikan mereka. Nauzubillah.

Sesungguhnya Aidilfitri bermaksud Kembali kepada Fitrah, kembali mnjadi asal, kembali seperti bayi yang baru dilahirkan yang mana masih suci daripada dosa.

Kemenangan ini disambut kerana kita akhirnya mndapat pembebasan daripada api neraka.

Dan secara zahir kita berfikir apabila mereka yang berpuasa penuh telah mndapat kemenangan dgn mnyambut hari raya Aidilfitri. Tetapi adakah kemenangan itu adalah kemenangan yang sebenar-benarnya? Adakah kita menang sekiranya rezeki berbuka itu datang daripada sumber yang haram? Menangkah kita kalau waktu siangnya kita mengumpat? Kita berbohong? Mata kita terdedah dgn suasana maksiat?

Sedang kita duduk beraya di rumah di tgh malam,kita seringkali mndgr dentuman mercun bola yang dimain oleh remaja2,kanak2 yang x serik2,kalau dah hilang sebelah mata baru timbul rasa benci trhadap mercun kot.

Tapi kalau di Gaza bukan bunyi mercun yang mereka dgar di malam raya, tp bunyi bom yg dilontar oleh rejim zionis. Merekalah sebenarnya orang2 yang mncapai kemenangan di Aidilfitri.

Wallahu'alam.

Sumber: Palestin Kini

Selasa , 07/09/2010 – Setiap kali Subuh, seorang gadis berusia 16 tahun, Madeline Kalab akan meninggalkan rumahnya dan belayar ke laut Mediterranean dengan menggunakan sebuah bot kecil milik keluarganya.

Madeline mempunyai 2 orang adik lelaki dan keluarganya tinggal di Bandar Al-Sudanyiah, utara Genting Gaza. Gadis remaja itu mewarisi pekerjaan bapanya, Abu Kayed yang telah didiagnos mempunyai penyakit yang memaksanya berhenti kerja. Madeline terpaksa bekerja menggantikan bapanya bagi menyara keluarganya.

Ibu Madeline, Um Kayed turut bekerja sebagai tukang jahit untuk membantu anak gadisnya. Madeline bukan sahaja mecahkan tradisi penduduk Gaza, malah turut melanggar kebiasaan semulajadi serta sekatan rejim Zionis yang dikenakan sejak 4 tahun lalu.

No comments: