Pages

Tuesday, September 7, 2010

Antara Bangsa dan Agama.

Salam Alaik.
dalam sedar x sedar kita dah hampir ke pengakhiran Ramadhan pada tahun ini.
Adakah kita akan berjumpa lagi dgn Ramadhan yang akan datang? Adakah Kelebihan pada Ramadhan pada tahun ini kita guna sebaik-baiknya?

Dalam bulan yang mulia yg mana sepatutnya kita gunakan untuk mengecas iman kita seharusnya cas sebaiknya. Cas yang bagaimana? Cas agar aktiviti ibadah yang kita lakukan pada bulan Ramadhan kali ini diteruskan. Kalau pada Ramadhan kita boleh melakukan solat sunat Tarawikh hingga 20 rakaat,kita cubalah lengkapkan solat sunat Rawatib pada setiap 5 waktu solat. Kita tambah ibadah sunat kita sgn melakukan solat sunat dhuha dan solat sunat witir. Ingatlah bulan Ramadhan bukanlah Bulan Ibadah. Ai kalau cmtu bulan ni jela beribadahkan? Seharusnya bulan ini sebagai madrasah untuk kita tempuhi ujian dan godaan nafsu+syaitan untuk 11 bulan yang akan datang.

Tentang negara kita, Malaysia, macam2 hal yang berlaku dalam bulan puasa ini. Kalau kita lihat masalah yang selalu timbul di negara kita ialah berkaitan politik,sensitiviti agama dan sensitiviti kaum.

Kalau bab politik di Malaysia,kalau fitnah,tuduh menuduh xpernah sunyi dalam arena politik. Yang paling menyedihkan bila umat Islam sendiri yang bersemangat menjatuhkan umat Islam yang lain. Mereka sudah lupakah ketika mereka dibangku sekolah merekah diberitahu oleh ustaz2 bahawa fitnah itu lebih teruk daripada membunuh?

Kalau sensitiviti agama tu bukan Malaysia sahaja, di negara lain pon sama sahaja. Dalam perkara ini, kita ambil sahaja contoh di negara kita,bagaimana hukum hudud itu diperlekehkan oleh umat Islam sendiri,terigt masa kene terlibat sama dalam program Biro Tata Negara, yang mana fasi kamu tu dengan sekeras2nya membantah hukum rejam bagi penzina dgn alasan cara berzina sekarang lain dgn cara dahulu. Kalau dahulu org yang berzina boleh nampak, jadi senang nk jumpa 4 saksi lelaki yang waras. Kalau sekarang berzina dekat hotel, kalau ada video tah2 diedit ke, terfikir kitorg oada masa tu adakah fasi BTN nih hanya mengetahui bahawa hudud itu ialah rejam sahaja? Sedih apabila mereka memperlekehkan agama kita sendiri. Kemudian isu iklan tv3. Iklan yang menimbulkan kontroversi. Baguslah kalau datuk Farid sudah memohon maaf dan kita mmg berharap iklan sepertinya tak muncul lagi. Tapi kalau kita berfikir,bukanlah masih nak menyalahkan pihak tv3,mungkin ada yang peminat nombor satu tv3 akan lupa dah iklan ini,tp teringin plak tahu sapa pula pengarah kepada iklan ini? Takkan lah x terfikir? Takkan pula datuk Farid yang pastinya lebih bijak dan boleh berfikir tak dapat hidu akibat2 jika iklan ini disiarkan? Wallahu'alam. Biarlah urusan mereka dengan Allah. Tapi ingat, kita sebagai hambanya bukanlah menyerahkan bulat2 kepada yang maha kuasa, seharusnya kita mesti membuat tindakan susulan perkara2 yang terjadi agar tidak berulang,kalau x mau bala yang datang? Nauzubillah. Yang paling menyedihkan semuanya berlaku dalam bulan yang penuh barakah ini.

Ok la kita bercerita tentang kaum. Malaysia ini merupakan sebuah negara yang dilengkapi pelbagai kaum,pelbagai warna kulit. Saya yakin,kalau xde India, maka tiadalah Malaysia. Kalau tiada Cina tidak wujudnya Malaysia. Sebab itulah pelbagai pihak cuba mewujudkan api2 kemarahan dikalangan kaum2/bangsa2 ini agar Malaysia itu akan terhapus pada suatu masa nanti. Dengan kes pengetuanya,kes Namewee lagi, semuanya berkaitan dengan bangsa. Kita sebagai Islam,yang wajib kita rase sensitif ialah yang berkaitan dengan Islam. Bukan dengan Melayu. Kalau Islam dihina kita bangkit untuk 10 minit sahaja, tapi kalau Melayu dihina,mau berbulan2 x habis2 lagi. Saya bagi analogi, kita mempunyai 2 jiran. sebelah kanan keluarga melayu yang solatnya x terjaga, sebelah kiri keluarga cina yang baru memeluk Islam. Ketika berlaku krisis makanan cthnya, dan kedua-dua keluarga kekurangan bekalan makanan,yang mana anda bantu?bukannya nak suruh anda bantu satu keluarga sahaja tapi dalam keadaan itu anda akan berfikir, agama atau bangsa?? Perjuangan bangsa ini bukannya sampai ke syurga dan ia adalah perjuangan yang taghut! Yang wajib kita perjuangkan ialah Islam,bkn bangsa.Prjuangan bgsa ialah perjuangan taghut yg Nabi x mngaku umat.Apalagi krajaan yg zalim yg tidak mghukum dgn hukum Allah,memakai undg2 otk manusia.sbb itu jk mrk mati dlm prjuangan bgsa,Nabi x mengaku umat. --(ucapan ustaz Ibrahim Libya[1985])--
--petikan drpd buku MEMOIR TRAGEDI MEMALI-


dengan berakhirnya Ramadhan nanti kita tapis dan semak balik diri kita? adakah kita menjadi bersih seperti bayi yang baru dilahirkan?

Yang baik kita jadikan teladan dan yang burku kita jadikan sempadan. semua yang ditulis adalah pendapat saya sahaja. tolong perbetulkan jika ada yang salah.

3 comments:

Rusli said...

salam...post yang sangat menarik...tahniah...
pemahaman yang sangat mengagumkan.kupasan yang menarik...teruskan pengkajian...semoga ALLAH beri ilmu dan petunjuk...ameen...

Farhaana Ishak said...

adakah fasi BTN nih hanya mengetahui bahawa hudud itu ialah rejam sahaja?*

yg ni nk ckp psl hukum hudud tu ada mcm mcm lagi slain zina ke ATAU ada cara lain yg boleh ganti hukum brzina slain rejam? tolong jawab eh, tk faham

yup, setuju dgn comment ustaz ijan. salam wbt

AriFrukAi!! said...

syukran ustaz ijan. insyaallah saya akan tros mndalami sume mnde ini,hehe

ふあなチン : mksod yg ak nk bgtahu dlm btn tuh fasi2 tuh seolah2 nk bgthu hudud tu ialah hukum merejam org berzina. alasan diorg bg sbb ape xleh wat hudud pon atas kesalah berzina,cmne dgn org mncuri?knp x ptg tgn?diorg x bg alasan plak. so dats y nk ckp fasi2 btn tuh seolah2 bfikir hudud tu hanya bg kes zina sahaja.