Pages

Friday, April 1, 2011

Dunia hampir ke penghujungnya.

Salam alaik. Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul). Ali-'Imran ayat 137.

Dalam kesibukan manusia mengejar kemewahan dunia, yang memimpin membiarkan pengikutnya ketinggalan, menjadikan harta sebagai tuhan kedua, mengangkat watak-watak yang fasik sebagai hero. sedarkah kalian bahawa kita ini benar2 ditunjukkan oleh Allah swt bhw dunia ini sudah semakin hampir ke penghujungnya?

Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka). Al-Baqarah ayat 59.


Bangkitnya rakyat menentang pemerintah yang zalim. Oh ini berlaku di negara2 arab. pemimpin2 yang kalau kita lihat pada nama dan 'pakaian' mereka merupakan Islam pada luarannya, tetapi apabila Allah menghendaki sesuatu, Dia berhak merubahnya. Lihatlah bagaimana perubahan dibeberapa buah negara arab yang didahului oleh Tunisia, diikuti Mesir dan merebak ke seluruh negara arab. Adakah ini menunjukkan bahawa Islam kini mula dihidupkan semula untuk bersedia melawan Dajjal yang bakal muncul tidak lama lagi?


Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Ar-Ruum ayat 41.

Fenomena alam yang sememangnya betul2 berada di tangan Allah. KekuasaanNya yang menentukan segalanya, sehebat mana pun teknologi,setinggi mana pun ilmu di dada, kalau ditakdirkan gempa bumi,banjir besar, tiada satu pun yang dapat menghalangnya. Hanya doa yang menjadi 'salahul mukmin' untuk kita menghindarkan diri daripada diuji sedemikian rupa. Moga2 saudara yang sedang berada dalam kesusahan itu dapat menerimanya dan bersabar dengan apa yang berlaku.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. Al-Baqarah ayat 155-157.

Oh tadi ada gempa bumi bermagnitude 5.6(kalau x salah) di Greece dan alhamdulillah Allah memberikan saya peluang untuk merasai gegaran di Mesir. Ingatkan kawasan Kaherah sahaja yang merasai gegaran,tetapi merebak ke seluruh Mesir dan Jordan. Pada ketika itu saya terfikir dan teringat kembali kata2 Prof Anatomy saya, Dr Saleh. Sbg info, beliau merupakan graduan dpd Jepun, so katanye hari2 la dia rasai gegaran tersebut, bila rasai gegaran antara langkah2 yang perlu ialah menyorok di bawah meja. tapi bagi prof saya, kalau Allah dah takdirkan dia mati ketika itu, menyorok la dkt mana sekali pun, tak kan dapat lari. memang kami semua teruji bila gegaran trsebut dirasai, melihat sndiri dinding bergoyang(mungkin sbb rumah atas sekali, tu yg nmpk ketara). Kalau pd ketika itu diri kita sedang berada dlm kancah maksiat? Nauzubillah.

Gegaran yang sementara membuatkan kami berfikir, adakah ajal kita terlalu dekat, adakah ini petandaNya, bagaimana pula dengan dosa2 kita? dapat ke kita melunaskan dosa2 kita dgn bertaubat?


Akhir zaman, bila orang yang bersalah diangkat sbg hero. dah la tak nak mengamalkan undang2 Islam, dia angkat pulak yang bersalah. Kes mereka bertiga ni, saya yakin kalau kalian tahu hukumnya, kalian tahu siapa yang benar dan salah.


Kalau melihat isu yang berlaku di Malaysia, bolehlah saya katakan fitnah di Malaysia ini terlalu hebat. Sampai orang yang menfitnah diangkat menjadi pemberi maklumat. Kalau Islam berdiri seteguh2nya di Malaysia, yang menfitnah itu boleh dikenakan Qazaf/ 80kali sebatan. Tapi mana hukuman itu dijalankan di Malaysia, sbb tu manusia spesies ini tidak takut melakukan dosa.

Malaysia ini tanah lahir ku. tempat saya melihat tanda2 kekuasaan Allah, tempat keluarga saya membesar, tempat saya kaut ilmu, tempat saya mengenali erti persahabatan, tempat yang bakal saya dan rakan2 mencorakkan Islam..

Saya sayangkan negara ini, dan saya bharap, suatu masa nanti kemungkaran ini dapat dihentikan.

Cuba kalian lihat peta yang saya letakkan ini. Kiri kanan atas bawah tanah Malaysia, semua sudah dilanda gempa bumi, saya risau kalau sampai waktunya untuk Malaysia terima ujian ini, saya berdoa kepada Allah agar dijauhkan segala bencana alam dan berharap mereka yang sepatutnya digulingkan, akan dijatuhkan secepat mungkin!

Dari Sahabat, Abu Hurairah r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, at-Turmudzi, dan an-Nasai dari Sufyan bin Uyainah dengan isnadnya. Sahabat Abu Hurairah r.a. berkata:

"Ketika turun ayat 'man ya'mal suuan yujza bihi' (Siapa yang berbuat kesalahan akan mendapat balasannya, QS 4. An-Nisaa: 123), kaum muslimin kelihatan sangat susah. Rasulullah Saw pun bersabda kepada mereka; 'Bidiklah dan dekat-dekatkan sasaran. Sesungguhnya dalam setiap musibah yang menimpa orang Islam, ada kaffarah sampai pun duri yang mengenainya dan kecelakaan yang menimpanya.'"

Maksudnya, setiap musibah yang mengenai orang Islam, sekecil apa sekalipun, merupakan tebusan bagi setiap kesalahan.

Masih terbuka pintu taubat bagi kita semua.
Wallahu'alam.

2 comments:

MiztER MURTphalanx! said...

suke2..

Menantikan kepulangan sedara ke Malaysia utk mencorak ISLAM..

insyaALLAH..

Jom,gegar tarbiayh kt SEPINTAR,ade brani?

AriFrukAi!! said...

Insyaallah. Moga Allah memberi kekuatan :)