Pages

Monday, March 14, 2011

Sedikit perkongsian.

Salam Alaik.

Alhamdulillah akhirnya saya selamat tiba kembali di bumi anbiya' mesir. Bila masuk je dalam bas selepas arrive dkt terminal 3 Cairo Airport, drebar bas mula tanya2 khabar dan mengeluarkan statement Mubarak Kholas. terkekek kitorg gelak tanda memberi sokongan. yeke?

Ok la, rasanya statement kali ni mungkin berbau unsur politik tapi saya bukannya nak menyokong mana2 parti politik, tetapi sekadar berkongsi dan membetulkan pandangan bebarapa sahabat yang saya rasakan ada betul dan ada salahnya.

Seperti yang diketahui, kos penghantaran pulang pelajar Mesir ditanggung oleh setiap kerajaan negeri, dan Selangor merupakan negeri yang menghantar pulang pelajarnya ke Mesir tanpa memberi wang saku. Kalau negeri2 lain puratanya mereka mendapat rm500 seorang. Setibanya kami di Cairo airport, kerajaan selangor menguruskan perjalanan kami hingga tiba di rumah masing2. alhamdulillah, berbeza pula dengan Kuala Lumpur apabila saya mendapat maklumat bahawa mereka perlu menguruskan sendiri perjalanan pulang kerumah, mungkin tujuan kerajaan negeri memberi wang saku antaranya ialah menguruskan sendiri perjalanan pulang ke rumah. harap2 rakan2 dapat selamat tiba ke destinasi yang dituju. Sekali lagi terima kasih kepada kerajaan dan rakyat selangor khususnya yang tak putus2 mendoakan keselamatan kami.

Ok la. masuk kepada isi.

Minggu lepas kalau x silap, berlakunya satu isu iaitu pemberian wang saguhati oleh UMNO Selangor kepada pelajar Selangor Mesir. Bila dah ada kaitan dgn politik, haa ni la yang buat masalah. Sebab isu politik ni mmg sensitif. hurm

Saya juga tidak terkecuali dalam misi pemberian wang saguhati ini kerana saya juga ditelefon oleh pihak UMNO untuk mengambil wang tersebut, telefon tgh2 malam kot.

Maka bermacam2 lah pandangan dan pendapat tentang wang ini, dan bagi saya,saya rasakan ini juga merupakan bacaan politik, yang saya maklum, tak pernah2 pulak UMNO Selangor ini mengambil berat terhadap pelajar Mesir dan tiba2 boleh pula bagi duit, hurm apa2 pun semua ada fahaman masing2 dan kita perlu berfikir sebagai seorang mahasiswa.

Cuma dalam hal sebegini, kalau boleh jangan la kita menghukum perkara ini tanpa ilmu, mana tak nya, ada pulak yang cakap ini duit haram, duit itu, duit ini, ada yang kata ini duit rakyat,kita ambil je,hak kita, ada yang cakap kalau tak ambil wang ni nanti akan disalurkan ke tempat2 yang lain, bagi saya eloklah kita diam kalau tak ada fakta yang menyokong pendapat kita dan bertanya pada mereka yang arif tentang perkara ini.

Bagi mereka yang nak ambil duit ini,ambillah, dan yang tak nak ambil pun tak apa. Cuma kita sebagai mahasiswa perlu bijak dalam membuat keputusan kerana hal ini berkait rapat dgn masa depan sesebuah kerajaan. Cuba kita ingat kembali sejarah Masjid Dhirar. Haa ingat tak?

Ok la kita baca dulu sejarah Masjid Dhirar ini.


Firman Allah;

والذين اتخذوا مسجدا ضرارا وكفرا وتفريقا بين المؤمنين وإرصادا لمن حارب الله ورسوله من قبل وليحلفن إن أردنا إلا الحسنى والله يشهد إنهم لكاذبون

Maksudnya;
“Dan (diantara orang munafiq itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: “kami tidak menghendaki selain kebaikan”. Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpah mereka)”. (surah at-taubah : 107)

Ayat ini mengisahkan tentang perancangan jahat yang telah di lakukan seorang Pendeta Nasrani yang bernama Abu ‘Amir Ar-Rahib.

Ketika Islam muncul di Madinah dan menarik banyak penganut ajaran Nasrani kepada Islam, maka Abu Amir Ar-Rahib telah menyusun strategi bagi mematahkan usaha Rasulullah s.a.w dan para Sahabat tersebut dengan mengadakan usaha kerjasama bersama kaum munafiq Madinah dari suku Aus dan Khazraj.

Baginda s.a.w menyedari akan perancangan Abu Amir Ar-Rahib dan orang-orang munafiq itu, lalu Rasulullah s.a.w hendak menjatuhkan hukuman terhadapnya, tetapi dia telah lari dari Madinah ke Mekkah dan kemudiannya ke Taif dan kemudiannya ke Syiria.

Dari Syiria, dia telah mengatur perancangan untuk membinasakan usaha dakwah Rasulullah itu dengan menulis surat kepada golongan munafiq di Madinah, yang menyuruh supaya orang Munafiq membina sebuah masjid berhampiran dengan Masjid Quba dengan tujuan untuk merosakan usaha dakwah Rasulullah s.a.w dan para Sahabat.

Mengikut satu riwayat, Abu Amir Ar-Rahib menyuruh golongan munafiq membina masjid sebelum dia keluar dari Madinah dengan katanya kepada mereka : “binalah masjid kamu dan bersedialah kamu dengan kemampuan kamu dari kekuatan dan senjata, maka sesungguhnya aku akan pergi berjumpa dengan Qaisar Raja Rom, dan aku akan membawa tentera dari Rom dan aku akan mengeluarkan (menghambat) Muhammad dan sahabat-sahabatnya dari Madinah”.

Seperti musuh-musuh islam yang lain, Abu Amir Ar-rahib menyedari bahawa untuk sesuatu Negara yang di dalamnya agama yang benar dan mantap, cara terbaik untuk menghancurkannya adalah dengan menggunakan agama itu sendiri. Dengan mempergunakan Islam, mereka dapat merasuk dan mempengaruhi umat Islam supaya terpedaya dengan tipu daya mereka.

Lalu golongan munafiq telah membina masjid tersebut disebelah rumah seorang munafiq yang bernama Khuzzam bin Khalid

Berkata Ibnu Ishaq : orang-orang munafiq yang membina masjid tersebut adalah dua belas orang, mereka adalah Khuzzam bin Khalid, Tha’labah bin Hatib, Mu’tab bin Qasyir, Abu Habibah bin Asaa’r, Ubbad bin Hanif, Akhu Sahl bin Hanif, Jariyah bin ‘Amir, dua anak Jariyah iaitu Majmak dan Zaid, Nabtal bin al-Harith, Bajad bin Othman (keturunan Bani Dhobi’ah) dan Wadi’ah bin Thabit.

Ketika Rasulullah s.a.w hendak ke Tabuk, beberapa orang munafiq telah datang berjumpa dengan Baginda s.a.w dan berkata:

“Wahai Rasulallah! Sesungguhnya kami telah membina sebuah masjid yang merupakan keperluan kepada kami. Demi Allah, tidaklah kami kehendak untuk membinanya melainkan kebajikan dan kebaikan, sesungguhnya kami suka, jika kamu datang dan menunaikan solat didalamnya dan berdoa keberkatan padanya”.

Tujuan mereka minta Rasulullah s.a.w menunaikan solat dan berdoa dalam masjid itu adalah untuk mereka boleh berhujjah mengatakan bahawa masjid itu telah di akui oleh Rasulullah s.a.w sendiri.

Lalu berkata Rasulullah s.a.w kepada mereka : “sesungguhnya aku hendak bermusafir. Sekiranya kami pulang nanti, Insya Allah, kami akan datangi kamu dan kami solat di dalamnya (masjid)”

Ketika Rasulullah s.a.w pulang dari Tabuk, turun ayat 107 surah at-taubah di suatu tempat yang bernama Zu Awan (sebuah tempat sejam dari Madinah). Lalu menyuruh Rasulullah s.a.w akan beberapa orang sahabat iaitu Malik bin Ad-Dakhsyim, Maan bin Adi atau saudaranya ‘Asim bin Adi dengan kata Baginda s.a.w;

انطلقوا الى هذا المسجد الظالم أهله فاهدمواه و أحرقواه

Maksudnya;
“Berangkatlah kamu kepada masjid ini yang zalim ahlinya dan hancurkannya dan bakar olehmu akannya”

Lalu mereka melakukan suruhan nabi tersebut sehinggakan masjid itu rata..

Ok dapat tak mesejnya? Apa kaitannya dengan perkara yang berlaku tempoh hari?

Islam itu indah, Islam juga Ahsan. Bukannya jatuh hukum haram pun kalau ambil duit ni, dalam kisah masjid Dhirar ini, cuba kalian berfikir, apa kesannya kalau Rasulullah saw yang bersembahyang di masjid tersebut? apa pula kesan kalau sahabat2 yang lain sembahyang di masjid tersebut?

Pasti ada 2 kesan yang berbeza bukan?

Bermakna kalau Rasulullah saw bersembahyang di masjid tersebut, kaum munafik akan menggunakan hujah bahawa Rasulullah saw telah mengiktiraf masjid itu, akan tetapi kalau para sahabat yang sembahyang, mungkin tak ada kesan yang baik pun untuk kaum munafik.

Dalam konteks wang saguhati ini, tak kisah la pun kalau anda ambil atau tak. Kalau anda merasakan anda memerlukan wang, ambil je la, sebab memang anda kesempitan wang, keadaan anda dengan orang lain tidak sama, mungkin orang lain merasakan dia tak patut ambil wang itu, tak pe kalau dia tak ambil dan orang yang ambil pun tak pe, kita juga bukan menyatakan bahawa pihak yang memberi itu munafik, takut2 kang ade jugak yang nk memutarbelit maksud post ni, cuma apa2 pun kita kene sedar dan faham bagaimana politik itu dikaitkan dalam isu sebegini.

Mungkin post ini berbaur politik tetapi saya cuma mahu berkongsi dengan pembaca dan mungkin membetulkan pandangan2 sahabat2 dan diri sendiri.

*tahniah kepada kerajaan kedah, yela,Kedah kot yang paling lambat buat statement nak hantar pelajarnya pulang ke Mesir tapi Kedah juga negeri yang terawal menghantar pelajarnya pulang.

Wallahu'alam.

4 comments:

Unknown said...

Bagus.
siapa nak bagi duit ambil jela.
aku ni je xde sape nk bg duit.
but i'm confuse.
how do u get under TSK??
hahah
no politics kay.

AriFrukAi!! said...

cop. aku blur. ape tu TSK? haha

Unknown said...

haha.
mesti kau dah google and xjumpe kan?
khalid.
ring any bells?

AriFrukAi!! said...

haha cne ak under TSK?
pe mksod kau nih? -___-?
u mean nape ak balik ikot selangor ke?