Salam alaik.
"Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong."
(Q.s. Al-Mu'min: 76).
Kita wajib menghormati dan mematuhi segala arahan guru kita selamgi mana tidak menyalahi hukum agama, patuhi! walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Cuba igt bagaimana Imam Syafi'e walaupun berijtihad bahawa Qunut di dalam solat Subuh itu (ab'adh) iaitu perlu sujud sahwi sekiranya tidak melakukannya, tetapi Imam Shaf'ie tidak melakukannya apabila beliau mendirikan solat berhampiran maqam gurunya iaitu Imam Malik kerana menghormati Imam Malik sebagai gurunya. Bagaimana dgn kita? Nak buat mcm tu? aduh, kalau dah berbeza fikrah, mauh ko p bgaduh. Ulama' silam begitu menjaga dan menitikberatkan masalah keberkatan ilmu, kita?
Teringat saya cerita Ustaz Kamisan iaitu terdapat seorang pensyarah pada mana ketika dia sedang memberi kuliah,dengan sengaja beliau menjatuhkan pen di hadapannya lalu membongkokkan badannya untuk mengambil kembali pen tersebut, walhal sebenarnya pensyarah itu hendak memberi hormat seorang lelaki tua yang pernah memberi tunjuk ajar kepadanya. Itu juga Guru bukan?
Tetapi bagaimana pula kalau seorang pelajar ini menjadikan guru2nya sebagai bahan mainan? Menjadikan gurunya sebagai bahan jenaka?
kalau menjadikan bahan jenaka, bukankah itu mcm menghina?
Di dalam sebuah hadith yang sohih, Baginda Rasulullah SAW bersabda:- Maksudnya: " Setiap orang Islam ke atas orang Islam yang lain, diharamkan darahnya (yakni tidak boleh membunuhnya), hartanya (tidak boleh dirampas) dan kehormatannya (tidak boleh dicaci hina)".
Kalau dari segi fizikal, mungkin ada yang membuat lawak jenaka kerana gurunya seorang yang botak, atau pun bersaiz besa dan sebagainya. mungkin lawak itu lebih cenderung kepada fizikal. Tak pun lawak itu lebih kepada dalamannya, seperti cara bercakap dan sebagainya.
Apabila guru kita menjadi bahan lawak dikalangan pelajarnya, manakah keberkatan ilmu yang di cari?
Boleh tak kalau saya cakap bahawa orang yang menjadikan guru mereka sebagai bahan lawak merupakan mereka yang ada sifat takabur dalam diri? sifat takabur
Penulisan kali ini sebenarnya nak menyatakan pendapat kepada sesetengah golongan manusia yang merasakan dirinya cukup bagus, cukup la kot ilmu dekat kepala, tapi doa qunut pun terkontang-kanting.
Saya melihat bagaimana para ulama' atau pun bakal ulama' di Mesir ini selalu dipersoalkan oleh ulama' yang lain, mungkin ada perbezaan dari segi memberi pandangan, atau pun kesatuan, perbezaan fikrah dan sebagainya. Mereka berbahas *terutama dlm facebook. Dalam kesungguhan mereka berbahas*membalas2 komen tiba2 disampuk pula dengan manusia2 yang belajar pun tak setare mane, memberikan kata2 yang kesat dan mengeji para ahli ilmu ini.
contoh: Ah kau, ilmu mane yang kau pakai ni?/ adoi ustaz,mcm mana nak dakwah org kalau diri sndri mcm ni/ aku menyampah btol dgn hujah ustaz ni/
p/s: nak letak contoh asal, kang dituduh berpolitik pulak. pehe2 je lah.
Kalau diri kita nak menghafal Al-Quran pun payah, tolong la hormat orang yang mempunyai ilmu, mereka berbahas dan mengutarakan pendapat masing2, sesetengah statement yang mereka keluarkan itu mungkin bagi kita sebagai manusia yang jahil tentang agama akan merasakan statement tsebut salah, tapi mereka ada hujah dan2 nas2 yang mereka gunakan, dalam erti kata lain, tutup mulut, belajar dalam lagi.
Dalam kisah perjuangan Rasulullah saw ketika baginda dan para sahabat menghadapi para kafir Quraisy dalam peperangan uhud, semua maklum apabila umat islam pada ketika itu tewas kepada kaum kafiq Quraisy dgn beberapa sebab yang kalian mungkin maklum. Dalam kalian cuba menceritakan balik peristiwa peperangan uhud, pernah tak ade org menyalahkan para sahabat kerana meninggalkan posisi mereka? meninggalkan tanggungjawab sebagai pemanah dan sebagainya?
Kalau ada *biasanya ada, cuba renung balik, orang yang menyalahkan para sahabat dengan tarah para sahabat itu sndiri?
Kita salahkan para sahabat yang menyebabkan kekalahan Islam pada ketika itu, walhal para sahabat merupakan orang yang paling dekat dengan Rasulullah saw. Siapa yang lagi beruntung? Siapa yang lagi mulia? Para sahabat itu ada kelebihan mereka tersendiri, lihatlah bagaimana para sahabat itu diberikan keistimewaan yang tinggi di sisi Allah, mereka diberi Jaminan ke Syurga lagi, kalau kita ni dosa melimpah ruah, tapi menyalahkan para sahabat yang meninggalkan posisi mereka ketika perang uhud, pkir balik la diri kita. Siapa kita nak menghina mereka?
Sama sahaja dalam kes menuntu ilmu, mungkin pensyarah kita itu tak reti bercakap dalam bahasa Inggeris, mungkin grammar error tlalu bnyk, tetapi ilmu dia yang lain sangat tinggi dan ilmu itu yang kita cari, tapi kalau kita meperlekeh bahasa dia, mcm mana nak melekat ilmu yang lain tu?
Anda belajar bahasa melayu, belajar engineering, belajar medic, tapi nak menghina golongan yang belajar dalam aliran agaman, yang lebih tahu selok belok dalam urusan agama, siapa anda nak menghina mereka?
"jadilah orang yang mengajar, atau orang yang belajar, atau orang yang mendengarkan, atau orang yang menyukai, dan jangan engkau menjadi orang yang kelima, maka nescaya engkau binasa" HR Al-Bazzar dan At-Thobrani
No comments:
Post a Comment