Pages

Wednesday, July 6, 2011

Hari jadi?

Saya pernah dengar dan terbaca bahawa sambutan hari lahir dengan meniup lilin di atas kek merupakan cara Yahudi meraikan kemenangan Islam. Lilin umpama cahaya dan kek umpama Islam. ditiupnya cahaya lalu bertepuk tangan meraikan kejatuhan umat Islam. sebab itu ada yang mengatakan pelbagai pendapat mengenai sambutan hari lahir ni. hurm nice. mcm mana pun orang yahudi akan cari juga jalan untuk sesatkan kita. dalam sambut hari lahir pun kita boleh disesatkannya.

Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (al-Baqarah: 120)
.

Sebab itulah Allah dah bagi peringatan pada kita untuk sentiasa berhati2. ye la, ade org cakap takkan lilin tu boleh disamakan dengan cahaya islam, apa2 pun kite kene beware sebab ini tindak tanduk yahudi.

kita kena kaji lagi tentang bab ni. kalau hari ibu tidak boleh disambut kerana terang2ngan menyerupai agama lai, apa pula dengan hari jadi? tapi tak salah kalau kita nak sambut hari jadi. isi lah program2 yang mulia dan berfaedah ketika sambutan tersebut. contoh kalau dah sampai 20 tahun kita hidup, muhasabah balik apa yang kita perjuangkan atas jalan islam.

kalau zaman sahabat, belia2 dan remaja2 sudah boleh syahid di medan jihad, sudah boleh mengangkat nama islam, sudah boleh menawan kota constanipole. kalau kita yang sudah menjangkau 20 lebih ni, apa pula kejayaan yang kita bawa untuk islam?

apa salahnya kalau kita isi sambutan hari jadi dengan solat sunat, qiamullail, solat taubat dan ziarah guru2, rakan2 dan memberi mereka makan dan sedikit buah tangan, apa salahnya kita mengucapkan rasa syukur kepada tuhan dengan cara sebegini.


Dan (ingatlah), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti
Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka
sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" ibrahim ayat 7.

.
Happy birthday to me :)

3 comments:

Anonymous said...

betul tu...

Unknown said...

Sanah Helwah dr.

iqapika said...

besday aku selalu dpt ayam.. lagi best dari kek.. xyah psg lilin lagi.. huu