Pages

Saturday, July 23, 2011

Saat di tali gantung.


Salam alaik.

Hari ini saya mahu bkongsi satu cerita. cerita yang saya rasa patut untuk kita jadikan sbgai idola dan tarbiyyah dalam diri masing2.

Cerita mengenai seorang yang telah syahid. Sayyid Qutb. Nama pejuang islam yang gah mempertahankan kalimat Lailahaillallah.

Tentang biodata beliau, kalian boleh search dkt internet. bnyk je mengenai beliau. dan saya tertarik dgn kisah ketika saat beliau dijatuhi hukuman gantung oleh pihak Kerajaan Mesir.

Kisah ini pendek sahaja. saat beliau akan dijatuhi hukuman gantung, beliau melihat para sahabatnya sedih mengenangkan pemergian beliau, akan tetapi kesedihan bknlah pkara yang dialami oleh syahid pd ketika itu. kata as-syahid " Mengapa kalian bersedih? Bukankah ini yang kita harapkan? Bukankah Syahid yang menjadi tujuan kita? "

Dan apabila As-Syahid ditawarkan pengampunan dengan mengaku bersalah, lantas as-syahid berkata, " Jari telunjuk ini yang diangkat ketika bacaan tahiyyat yang menjunjung tuhan yang Esa tak akan sesekali menandatangani permohonan pengampunan ini" Subhanallah. Kalau kita apabila ditawarkan pengampunan, bagaimana?

Dan cerita yang terakhir yg saya akan kongsikan begitu menarik bg saya. Saat mana beliau ditali gantung, datang seorg 'ustaz'. mcm biasalah kalau kita akan menjalani hukuman mati, pasti akan datang seorang imam yang akan meminta kita bertenang dan mengucap dan sebagainya. Ketika imam itu meminta as-syahid mengucap, lantas as-syahid menjawab " Aku tak akan mengucap! " kenapa? jawab as-syahid " Buat apa aku mengucap di saat ini? aku akan dijatuhkan hukuman gantung disebabkan aku mempertahankan kalimah Lailahaillallah! Jiwa aku sudah sebati dengan kalimah ini! Aku yang mempertahankan kalimah ini sehingga aku dihukum mati! "

Subhanallah. Jiwa seorang pejuang. Menegakkan yang hak. tidak gentar dgn ugutan musuh. Sungguh daku sangat jauh berbanding as-Syahid. Juga pejuang yang lain. apatah lagi untuk menyamai para Sahabat dan Rasulullah. Apa yang pernah aku suarakan untuk menegakkan yang hak? Pernahkah aku melawan mereka yang zalim? Adakah aku masih diambang ketakutan ketika tajaan aku menjadi ugutan? Astaghfirullah.

لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ

Indeed in their stories, there is a lesson for men of understanding.. (Yusuf 12:111)

Wallahu'alam


1 comment:

School Of Tots said...

TQ Arif for sharing this piece. Hidup ini hanya jambatan ke Akhirat. Syurga kita di Akhirat sana, bukan di dunia ini. Usah tertipu oleh helah dan lara dunia. Be firm. Be tough. Bila Resah Segera Zikrullah. Selamat Berjaya !!