Pages

Monday, July 18, 2011

Sekurang-kurangnya

Salam alaik.

#sekadar perkongsian. ada beberapa cerita, mungkin boleh dijadikan renungan bersama.

pada jumaat yang lepas2. kami menaiki bas menuju ke masjid al-azhar untuk menunaikan solat jumaat. di mesir cuti umum jatuh pada hari jumaat. jadi keadaan jalan raya pada sebelum jumaat agak lenggang sedikit. dalam kami sekumpulan sahabat menaiki bas menuju ke masjid al-azhar, kami ternampak seorang akhawat. saya rasa dia tu pelajar medic. sbb tudung dia tu brfesyen2 sikit. *cmtu ek?

kawan saya perhati je akhawat tersebut. ya kami pun rasa cm pelik, apa pulak akhawat ni buat dkt stesen bas dlm waktu sebegini. jadi terjadilah satu dialog antara kami.

Ikhwah 1 : Eh akhawat lah. dak mana ni?
Ikhwah 2: Eh mana2. meh ana tgk.
Ikhwah 3: Eh tak pernah pulak ana nampak. lawa lah

Ikhwah 1: ala. kacau lah. muka dia ada jerawat.
Ikhwah 4: Sekurang2nya akhawat tu tak kutuk enta.

.............................................................

ni perbualan pertama. perbualan seterusnya berlaku ketika solat jemaah di sebuah masjid.

Ikhwah 1: eh tadi yg mengimamkan kita tu org baru ke?
Ikhwah 2: kenapa?

Ikhwah 1: tada la, sebab dia banyak lupa surah yang dia baca. sampai siap mengeluh lagi dalam solat.
Ikhwah 2: sekurang2nya dia mencuba.


Ini contoh perbualan pendek. yela takda pa pun. mungkin terjadi dekat kita tanpa kita sedari. cuma apa yang saya mahu highlight kat, perkataaan sekurang2nya. ya perkataan yang digunakan untuk menukar pendapat negatif menjadi positif.

kadang2 kita tak sedar, kita hanya tahu memberi komen terhadap perlakuan orang. tapi kita tak pandai nak komen diri sendiri. bayang2 orang kita sedar. tapi bayang2 kita?

selalu juga kita menyalahkan orang lain dalam sesuatu masalah. adakah kita tidak menjadi punca masalah? mungkin dalam sesuatu hal mmg konfem2 membe tu yang cari hal. tp knp mulut kita terlalu ringan untuk mengomen perihal orang sekeliling sedangkan diri kita tak sesempurna mana?

boleh jadi komen2 kita itu lebih bersifat melepas geram, atau mencaci atau juga menfitnah. kerana mulut kita hanya satu. situ lah pahala. situlah amalan dosa. Jadi berfikir sebelum bersuara. lebih baik diam. tak salah untuk menegur, tetapi bukannya mencaci.


Jam 10.13 malam, 17 Julai 2011, kita menyaksikan kehilangan seorang Serikandi yang sebelum ini sering memperjuangkan yang hak demi rakyat di bawahnya. Almarhumah Dr Lo' Lo bt Ghazali meninggal dunia akibat barah yang dihadapinya. Al-fatihah buat arwah. dan moga perjuangannya akan disambung lagi oleh jiwa2 yang dalam hatinya tidak wujud sedikit pun perasaan gentar pada musuh melainkan pada Allah azza wajalla.

Wallahu'alam

No comments: