Pages

Friday, July 22, 2011

Mahasiswa Mesir di Buang dpd Kuliah.

Salam alaik.

Kita berada di Sya'aban. Tak lama dah masuk Ramadhan. Ahlan Ahlan Ahlan

Pada saat umat islam menanti saat tibanya bulan Ramadhan, saat masing2 akan berusaha meningkatkan ibadah, saya trasa untuk menceritakan beberapa hal yang berlaku dibumi ilmu ini, bumi yang sedang saya dan rakan2 yang lain berjalan untuk mencari ilmu.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan." - Abu ad-Darda' r.a

Hadis yang cukup terkenal dikalangan penuntut ilmu. Kami dberi kalam2 semangat untuk terus tabah dalam mnghadapi dugaan sbgai seorg penuntut ilmu kerana jalan ini merupakan jalan yang dinaungi para malaikat. Kesusahan untuk memahami matapelajaran, ingatan yang lemah, peperiksaan yang susah, semua itu akan menjadi manis setelah mendengar hadis ini.

Tapi..

Apa pula yang sepatutnya kita katakan pada mereka yang menghalang daripada kita atau penuntut ilmu ini daripada meneruskan pencarian ilmunya. apa hukumnya seseorang yang menghalang org lain dpd menuntut ilmunya?

Siapa tak kenal Mesir. Bumi yang wujudnya Firaun. Bumi yang juga melahirkan Nabi Musa. Ada baik. Ada buruk. Begitu juga dgn penduduknya sekarang. Saya merasakan mereka lebih teruk dpd Firaun. *geram apabila perkara ini berlaku.

Perkara apa yang saya maksudkan?

Seorang mahasiswa Mesir, pelajar Darul Ifta' Saudara Firdaus Madzlan telah dibuang daripada universiti setelah didesak oleh pihak kedutaan dan pihak EM. Ya. Memang ada kaitan langsung dgn pihak2 yang zalim ini.

Apa yang berlaku? Ok saya ceritakan dgn ringkas.

Firdaus Madzlan ini atau dikenali dgn panggilan Alang dikalangan pelajar2 Mesir, merupakan seseorang Mahasiswa yang lantang bersuara menegakkan yang Hak dan Menentang yang batil! Sesuai lah dgn pengajiannya di Darul Ilta' iaitu pusat untuk melahirkan para Mufti yang seharusnya nanti menjadi suara2 yang lantang menentang kemungkaran. Bukannya bisa ketika yang batil berleluasa!

Firdaus Madzlan merupakan Pengerusi SUARA iaitu salah satu persatuan pelajar di Mesir yang ditubuhkan untuk menyuarakan pelbagai pendapat seorang mahasiswa kepada umum dan Ustaz Alang bersama ahli2 SUARA yang lain bersetuju untuk menjalankan Bersih 2.0 serentak seluruh negara bersama-sama mereka diseluruh dunia yang menuntut Pilihan raya yang bersih dan adil!

Dipendekkan cerita, sebelum 9 Julai, pihak kedutaan, telah mengeluarkan pekeliling yang menyatakan larangan kpd sesiapa pun rakyat ataupun mahasiswa Malaysia untuk terlibat secara langsung atau tidak dalam perhimpunan ala2 demonstrasi yang bakal diadakan. Jika arahan ini diingkari, Kami tak akan mendapat pengesahan kuliah. *pengesahan kuliah/Tasdiq ini dipohon setiap tahun untuk meminta bantuan zakat dpd Pusat Zakat negeri masing2.

Mengetahui kelantangan Saudara Alang untuk meneruskan Bersih, pihak Duta bertindak untuk berhubung dgn saudara Alang akan tetapi sehingga 6Julai saudara Alang cuba untuk mnghubungi pihak kedutaan akan tetapi gagal. 7 Julai, Ustaz Alang akan berangkat ke Jordan bagi menguruskan Pendidikan di Jordan dan pada 7 Julai itulah Dato' Duta berjaya menghubungi ustaz Alang untuk menemuinya, akan tetapi permohonan itu tpaksa ditangguhkan kerana Saudara Alang akan bertolak ke Jordan pada saat itu jugak. Mungkin pd ketika itu Dato' Duta memahami ustaz Alang dan hanya berbicara melalui telefon sahaja mengenai Bersih yang bakal dianjurkan 9 Julai nnti.

Ustaz Alang menegaskan beliau akan tetap menjalankan Bersih dgn jaminan tak akan ada provokasi, perarakan dan sbgnya. Hanya menurunkan tandatangan di kain rentang yang disediakan.

Ustaz Alang bertolak ke Jordan dan berada di sana sehingga 9 Julai dan kembali ke Mesir pada jam 1 petang 9 Julai. Beliau berehat dan pada petangnya beliau turun untuk mengetuai proses menandatangani di atas kain rentang tanda setuju dengan tuntutan Bersih.

Saat malang bermula bg Ustaz Alang apabila pihak Duta bersama2 pegawai EM mengadakan pertemuan dengan pihak Darul Ifta' dan meminta pihak Darul Ifta' menyingkirkan ustaz Alang serta merta, tanpa hitam putih dan perbicaraan yang adil, Ustaz Alang dibuang serta merta pada 14 Julai 2011*kalau tak silap pada tarikh ini

Sbg makluman, pada tempoh tersebut, ustaz Alang akn menduduki peperiksaan dan pada 25 Julai ini, beliau akan menghadiri majlis Konvo sbg tanda beliau sudah pun menamatkan pengajiannya di Darul Ifta' selama 3 tahun dan pada 25 Julai ini juga beliau sudahpun bergelar seorang Mufti.

Akan tetapi, mereka yang terus menzalimi mahasiswa ini, menjadikan Ustaz Alang sebgai mangsa seterusnya dan akhirnya menjadikan usaha beliau selama 3 tahun sia sia sahaja. Alasannya, kerana menganjurkan bersih dan menipu Duta. Kata pergi Jordan, tapi 9 Julai ada pulak dkt Mesir?

.......................................................................................


Saya terus bersuara di facebook, menyatakan rasa tidak setuju dgn tindakan tersebut, rasa terpalit rasa marah di hati atas tindakan tersebut.

Ada kawan saya bgtahu, knp marah sgt, betullah tindakan Kedutaan, biar padan muka, menyusahkan kerajaan je.

Saya terdiam. Kawan saya mungkin tidak memahami perkara yang sebenar. Mana hitam putih yang menjanjikan mahasiswa akan dibuang dpd tmpat pengajiannya sekiranya terlibat dalam Bersih. Mana ? Saya terus btanya mana? Sehingga datang seorang "ustaz" yang memberitahu pihak Kedutaan tidak pernah mengkhususkan tindakan. Adakah bermakna Pihak kedutaan boleh menzalimi kami yang menuntut ilmu sbegitu rupa? menarik kembali pengajian? Apa manusia ini tidak mempunyai hati budi? Dan ada pula yang cakap 'padan muka'? Astaghfirullah

Ada yang ckp. yang awak sibuk2 ni asal? awak tu student. yang kene buang tu Alang. Bukan awak. Saya tdiam lagi.

Bukankah kita patut membela saudara kita yang dizalimi? bukankah mukmin itu akan trasa sakit skiranya disakiti saudaranya?

Tidak sempurna iman kamu sehinggalah dia menyukai untuk saudaranya apa yang disukai untuk dirinya.

[HR: Al-Bukhari no.13 dan Muslim no.179]


Perbandingan orang-orang mukmin dalam kasih sayang, simpati dan belas ihsan mereka seumpama satu badan, apabila satu anggota sakit, seluruh badannya akan berjaga malam dan merasai sakit.

[HR: Al-Bukhari no.6011 dan Muslim no.6751)


Sesiapa yang membebaskan satu kesusahan daripada kesusahan dunia seorang mukmin, Allah SWT akan membebaskan untuknya satu kesusahan pada hari kiamat.

[HR: Muslim no.7028]


Bantulah saudaramu yang menzalimi atau dizalimi.

[HR: Al-Bukhari no.2443)


Saya cuba untuk menerangkan betapa Islam itu menekankan ukhuwah. dan kalau kita tidak dapat bantu secara khusus. apa salahnya kita mendoakan agar mereka yang dizalimi ini akan dibela suatu hari nanti?


Ada juga mahasiswa Islam yang membela tindakan Pihak kedutaan. Saya yang cetek ilmu ini hanya mampu berdiam diri dan memendam rasa benci atas tindakan para ugamawan yang terus menegakkan benang yang basah.

Mahasiswa Pengajian Islam di Mesir terus dizalimi.

Zakat ditarik. Dibuang asrama, dibuang Kuliah. Knp pelajar agama diperlakukan sedemikian?

Suka saya ingatkan, kepada rakan2 dan adik2 yang bakal tiba untuk mengaji di Mesir, kalian seharusnya igt, di Mesir ini ilmunya banyak. Kebaikan itu luas. Dan 'Mereka' ini dihantar untuk melenyapkan kebaikan itu. Cm na? dgn cara menzalimi mahasiswa. Saya suka untuk meluahkan kpd readers skalian, kami terus dizalimi oleh mereka yang menjadi Firaun di Mesir.

Doakanlah kami, yang terus dizalimi ini mendapat pembelaan dpd Allah swt. Agar mereka yang menzalimi kami ini sempat bertaubat sebelum tiba masanya.

Janganlah sekali-kali kamu memandang remeh sesuatu perkara kebaikan, walaupun sekadar kamu bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang ceria.

[HR: Muslim no.6857]



Ceriakanlah penuntu agama ini. Cukuplah menzalimi kami. saya merayu kepada pihak yang terlibat, cukuplah. cukuplah, cukuplah.

Maafkan saya andai ada terkasar bahasa, tapi inilah realitinya, Ya Rabb, bantulah kami yang dizalimi ini

Wallahua'lam

No comments: