Pages

Monday, June 7, 2010

Apakah Hukum Kaum Adam Dan Hawa Memakai Seluar Jeans?

Maka jawabnya tidak kisahlah seluar jeans atau apa2 pun, sekiranya seluar itu ketat sehingga apabila kaum wanita memakainya maka dapat kelihatan bentuk punggungnya sehinggalah bentuk peha dan sebagainya maka hukumnya haram.Tetapi jika kaum wanita memakai seluar yang hanya ketat di bahagian punggungnya sahaja maka tidak haram dengan syarat dia mestilah memakai baju yang labuh sehingga menutup bahagian punggungnya itu. Baju yang dipakai itu hendaklah labuh sehingga sama bawah dengan bentuk punggungnya itu atau sebaiknya lebih bawah dari bentuk punggungnya itu.

Kaum lelaki pula yang memakai seluar ketat sehingga menampakkan bentuk punggungnya hukumnya adalah makruh.Tidak sama aurat lelaki dan wanita.Tetapi jika menampakkan bentuk alat sulitnya seperti yang berlaku pada seluar2 lumba basikal yang begitu ketat maka tidak sunyi hukumnya dari haram.

Wallahu'alam.

No comments: